Anda di halaman 1dari 14

Noor hidayah binti Ishak

9

Soalan Tugasan 2

Secara individu juga, anda dikehendaki menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian
tentang salah satu tajuk Pengajaran Pendidikan Islam Pendidikan Khas dan membuat
analisis terperinci secara banding beza dengan rancangan pengajaran harian KBSR bagi
tajuk pengajaran yang sama dan merumuskan idea-idea baru yang relevan dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. (50%)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PPKI ( KSSR)

Mata pelajaran : Pendidikan Islam (Amali Solat)
Kelas : PPKI Budi
Tarikh : 09.10.2013
Masa : 9.15 pagi-9.45 pagi (30 minit)
Bilangan Pelajar : 4 (3 Lelaki;1 Perempuan)
Tajuk : Ibadah ( Wuduk)
Standard Kandungan : 4.1 Amali Wuduk
Standard Pembelajaran : 4.1.1 Membasuh pergelangan tangan
4.1.2 Berkumur
4.1.3 Memasukkan air ke hidung
4.1.4 Niat
4.1.5 Membasuh muka

Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu cara-cara menggunakan pili air
Objektif Pembelajaran :1. Murid dapat menyebut 4 anggota wuduk
:2. Murid dapat kenalpasti 4 anggota wuduk
:3. Murid dapat menunjukkan 4 anggota wuduk

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Guru menayangkan video simulasi wuduk
2. Guru menunjukkan cara mengambil wuduk
3. Murid berwuduk dengan bimbingan guru
4. Murid membuat lembaran kerja

Elemen Merentas Kurikulum ( EMK) : Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
Elemen Nilai Tambah ( ENT) : Pengiraan ( Matematik), Akidah,
Bahan Bantu Mengajar :Video, carta dan lembaran kerja
Penilaian :1. Menghafal niat wuduk
:2. Amali wuduk
Noor hidayah binti Ishak

10


Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Muqaddimah
1 minit

Bacaan Doa
Penerang Hati




Maksudnya : "Wahai
Tuhanku, lapangkanlah
bagiku, dadaku; "Dan
mudahkanlah bagiku,
tugasku; "Dan lepaskanlah
simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham
perkataanku"




Murid : Murid Membaca
doa sambil dibimbing
guru


Set Induksi
3 minit

Lagu Sepohon kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi







Guru : Guru
menayangkan video lagu
sepohon kayu dan
menyanyi bersama-sama
murid

Murid : Murid melihat
video sambil menyanyi
bersama guru

Guru: Guru menceritakan
kepentingan solat dan
bersoal jawab dengan
murid

Murid: Murid menjawab
persoalan guru dengan
kreativiti masing-masing

Guru : Guru mengaitkan
jawapan murid dengan
isi pelajaran


BBM :
Video

ENT :
Akidah
Noor hidayah binti Ishak

11


Langkah 1
3 minit

Pengertian wuduk



Guru:Guru menayangkan
video mengambil wuduk

Murid : Murid memberi
respon kepada video


BBM :
Video


Langkah 2
6 minit


Cara-cara berwuduk






Guru : Guru
menerangkan cara-cara
berwuduk dengan
menggunakan carta
wuduk

Murid : Murid menyebut
anggota wuduk satu
persatu sambil dibimbing
oleh guru



BBM :
Carta

ENT:
Matematik


Langkah 3
12 minit

Soalan :
1. Apakah 4 permulaan
anggota wuduk ?










2. Apakah niat wuduk?











3. Berapa kalikah bilangan
anggota wuduk yang
harus di basuh?



Guru menunjukkan
simulasi wuduk sambil
bersoal jawab dengan
murid.

Murid : Murid menyebut
anggota wuduk
berdasarkan perlakuan
guru

Murid: Murid
menunjukkan anggota
wuduk yang disebut oleh
guru


Guru : Guru membaca
niat wuduk beberapa kali
sambil diikuti oleh murid

Murid : Murid membaca
niat wuduk berulang kali
sambil dibimbing oleh
guru

Murid : Murid menjawab
bilangan anggota wuduk
yang perlu dibasuh
apabila ditanya oleh
guru.




EMK:
Pendidikan
Kesihatan
Noor hidayah binti Ishak

12


Penutup
5 minit

Melengkapkan turutan 4 anggota
wuduk






Guru: Guru
mengedarkan lembaran
kerja kepada murid

Murid : Murid menjawab
lembaran kerja sambil
dibimbing oleh guru


Lembaran Kerja 1 :





Lembaran Kerja 2 :







BBM :
Lembaran
Kerja

Catatan refleksi kendiri :

1. 2 dari 4 orang murid dapat mengenal pasti 4 anggota wuduk
2. 2 dari 4 orang pelajar masih tidak dapat menunjukkan 4 anggota wuduk mengikut
turutan yang betul
3. Seorang pelajar dapat menguasai niat mengambil wuduk dengan sempurna
4. Pengajaran dan pembelajaran perlu ulangan bagi 3 orang murid yang masih lemah


Noor hidayah binti Ishak

13



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PPKI ( KBSR)

Mata pelajaran : Pendidikan Islam (Amali Solat)
Kelas : PPKI Budi
Tarikh : 09.10.2013
Masa : 9.15 pagi-9.45 pagi (30 minit)
Bilangan Pelajar : 4 (3 Lelaki ;1 Perempuan )
Bidang : Ibadah ( Wuduk)
Tajuk : Wuduk
Kemahiran : Amali Wuduk
1. Membasuh pergelangan tangan
2. Berkumur
3. Memasukkan air ke hidung
4. Niat
5. Membasuh muka

Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu cara-cara menggunakan pili air
Hasil pembelajaran :
Aras 1 :Murid dapat menyebut 4 anggota wuduk
Aras 2 :Murid dapat kenal pasti 4 anggota wuduk
Aras 3 :Murid dapat menunjukkan 4 anggota wuduk

Kemahiran berfikir : Banding beza pengertian wuduk dengan solat
Pengertian Nilai : Kerjasama dan berani
Gabungjalin : Akidah
Penyerapan Ilmu : Pengiraan ( Matematik)
Bahan Bantu Mengajar :Video, carta dan lembaran kerja












Noor hidayah binti Ishak

14

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Muqaddimah
1 minit

Bacaan Doa
Penerang Hati




Maksudnya : "Wahai
Tuhanku, lapangkanlah
bagiku, dadaku; "Dan
mudahkanlah bagiku,
tugasku; "Dan lepaskanlah
simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham
perkataanku"




Murid : Murid Membaca doa
sambil dibimbing guru



Set Induksi
3 minit

Lagu Sepohon kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa
gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa
gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu
sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi






Guru : Guru menayangkan video
lagu sepohon kayu dan
menyanyi bersama-sama murid

Murid : Murid melihat video
sambil menyanyi bersama guru

Guru: Guru menceritakan
kepentingan solat dan bersoal
jawab dengan murid

Guru : Guru mengaitkan
jawapan murid dengan isi
pelajaran


Strategi :
Berpusatkan
murid

BBM : Video

Ilmu : Muzik

KB:
Kenal pasti
maklumat
Noor hidayah binti Ishak

15


Langkah 1
3 minit

Pengertian wuduk



Guru: Guru menayangkan video
mengambil wuduk

Murid : Murid memberi respon
kepada video


BBM :
Video


Langkah 2
6 minit


Cara-cara berwuduk

Gabungjalin: Matematik





Guru : Guru menerangkan cara-
cara berwuduk dengan
menggunakan carta wuduk

Murid : Murid menyebut anggota
wuduk satu persatu sambil
dibantu oleh guru





BBM :
Video

Langkah 3
12 minit

Soalan :

4. Apakah 4
permulaan
anggota wuduk ?










5. Apakah niat
wuduk?






6. Berapa kalikah
bilangan anggota
wuduk yang
harus di basuh?










Guru menunjukkan simulasi
wuduk sambil bersoal jawab
dengan murid.

Murid : Murid menyebut anggota
wuduk berdasarkan perlakuan
guru

Murid: Murid menunjukkan
anggota wuduk yang disebut
oleh guru


Guru : Guru membaca niat
wuduk beberapa kali sambil
diikuti oleh murid

Murid : Murid membaca niat
wuduk berulang kali sambil
dibimbing oleh guru

Murid : Murid menjawab
bilangan anggota wuduk yang
perlu dibasuh




Teknik :
Simulasi











Teknik :
Hafalan
Noor hidayah binti Ishak

16


Penutup
5 minit

Melengkapkan turutan 4
anggota wuduk






Guru: Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada murid

Murid : Murid menjawab
lembaran kerja sambil dibimbing
oleh guru


Lembaran Kerja 1 :




Lembaran Kerja 2 :






BBM :
Lembaran
Kerja













Noor hidayah binti Ishak

17

CARTA DIBAWAH MENUNJUKKAN BANDING BEZA RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN KBSR DAN KSSR



RPH KBSR
MATA PELAJARAN
KELAS
TARIKH
MASA
BILANGAN MURID
TAJUK
KEMAHIRAN
PENGETAHUAN SEDIA ADA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
AKTIVITI PNP
KEMAHIRAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI
GABUNGJALIN
PENYERAPAN ILMU
BAHAN BANTU MENGAJAR
RPH KSSR
MATA PELAJARAN
KELAS
TARIKH
MASA
BILANGAN MURID
TAJUK
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
AKTIVITI PNP
ELEMEN MERENTAS
KURIKULUM(EMK)
ELEMEN NILAI TAMBAH ( ENT )
BAHAN BANTU MENGAJAR
PENILAIAN
REFLEKSI
Noor hidayah binti Ishak

18

RUMUSAN BANDING BEZA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR DAN KSSR
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu
jangka waktu yang telah ditetapkan.Rancangan Pengajaran harian atau singkatannya rph
ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif
serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan
input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru
telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan pengajaran harian KBSR dan rancangan pengajaran harian KSSR
mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Antara persamaan rancangan
pengajaran harian KBSR dan rancangan pengajaran harian KSSR adalah butiran yang
perlu dicatatkan didalam format RPH bermula dengan mata pelajaran, kelas, tarikh,
masa, bilangan murid dan tajuk. Semua ciri-ciri ini perlu ada pada setiap rancangan
pengajian harian bagi memudahkan guru mengenal pasti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang bakal dilakukan kepada murid.
Bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi isi kandungan pengajaran yang mana
didalam rancangan pengajaran harian KBSR isi pelajaran adalah berdasarkan sukatan
pelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia manakala isi
kandungan didalam rancangan pengajaran harian KSSR adalah berdasarkan dokumen
standard yang juga disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dokumen standard ini
mempunyai standard kandungan dan standard pembelajaran untuk rujukan guru bagi
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang sistematik. Band 1
hingga 6 didalam standard prestasi juga diwujudkan bagi memberi pentaksiran kepada
setiap murid bagi mengetahui tahap pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilansungkan oleh guru. Bagi KBSR pula pentaksiran dan penilaian
akan direkodkan berdasarkan latihan dan ujian yang diberikan oleh guru kepada anak
murid.
Selain itu, dalam rancangan pengajaran harian KSSR juga terdapat elemen
merentas kurikulum dan elemen nilai tambah bagi membina tahap keperibadian murid yang
tinggi dari segi intelek, rohani dan jasmani. Bagi rancangan pengajaran harian KBSR pula
adalah didalamnya terdapat elemen gabungjalin dan penyerapan ilmu yang mana fungsinya
menggabungjalin mata pelajaran lain didalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Penyerapan ilmu juga ditulis bagi memupuk sikap etika, kerohanian dan disiplin
yang baik hingga boleh diserap oleh murid. Akhir sekali guru harus menulis impak atau
refleksi bagi rph KSSR yang mana ditulis dengan pen merah untuk menandakan dan
merekodkan tahap pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat..
Noor hidayah binti Ishak

19

RUMUSAN IDEA-IDEA BARU YANG RELEVAN DENGAN PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah satu pelan pendidikan bagi
memastikan sistem pendidikan di Malaysia berjalan lancar. Program Pendidikan Khas
Integrasi ada satu-satunya program pendidikan didalam pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid-murid berkeperluan khas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi melahirkan insan-insan yang berkemahiran
tinggi, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif.
Oleh itu, bagi menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup
dan dapat memberikan sumbang bakti kepada masyarakat dan negara, pelbagai idea telah
dicipta bagi memperkasa pendidikan khas khasnya untuk pelajar-pelajar pendidikan khas.
Antara idea-idea baru yang boleh diketengahkan adalah bolehlah diwujudkan subjek
pendidikan teknologi maklumat supaya dapat dipelopori oleh bukan sahaja murid kelas
perdana tetapi khasnya juga untuk murid-murid pendidikan khas. Ini kerana subjek ini dapat
menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu yang baru dan memperluas pandangan mereka
tentang dunia dengan hanya dihujung jari. Selain itu, ia akan memudahkan mereka bekerja
dimasa hadapan dengan hanya menggunakan internet sebagai medium perniagaan atau
salah satu daripada bidang kerja secara online.
Selain itu, kerajaan bolehlah cuba mewujudkan online Standard Prestasi pelajar
pendidikan khas yang mana ianya merupakan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
dari swasta hingga kerajaan bagi memudahkan pihak ketiga melihat data prestasi pelajar
dari awal pendidikan hingga pendidikan dewasa. Ini bagi membolehkan pihak ketiga melihat
akan kebolehan dan bakat pelajar-pelajar ini melalui online standard prestasi tersebut dan
seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat pelajar-pelajar pendidikan khas.
Selain itu, kerajaan juga boleh menambahbaik buku teks kelas pendidikan khas
untuk setiap masalah pembelajaran murid contohnya buku teks murid sindrom down, buku
teks murid autisma, buku teks murid hiperaktif dan sebagainya bagi memastikan guru
mengajar pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Ini kerana buku teks
pelajar pendidikan khas sekarang merangkumi semua masalah pembelajaran murid . Oleh
itu, sekiranya buku teks ini diperinci lagi, guru akan lebih mudah memahami dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid berdasarkan tahap penerimaan
murid masing-masing.
Noor hidayah binti Ishak

20

REFLEKSI
Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat
baru berkaitan model-model pengajaran pendidikan agama islam pada zaman-zaman
terdahulu bagi menambahbaik kaedah pengajaran dalam menangani cabaran pendidikan
islam masa kini. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta ilmiah
kepada saya yang merupakan seorang guru . Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya
telah mempelajari model pengajaran di zaman Rasullah, Imam Shafie, Imam Hanbali, Imam
Hanafi dan Imam Ghazali dalam memperkembangkan pendidikan agama Islam hingga ke
serantau dunia. Malah, saya juga dapat mengetahui perkembangan pendidikan di Malaysia
khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hinggalah 2025. Banyak idea-
idea dan fakta-fakta menarik tentang manfaat-manfaat yang akan diterima oleh warga
Malaysia keseluruhannya dalam bidang pendidikan masa kini.

Berdasarkan model pengajaran pendidikan Islam telah saya kaji, saya dapati model
pengajaran di zaman Rasullah S.A.W amatlah berkesan dalam memperkembang pendidikan
agama Islam yang mana ianya adalah agama yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai
pegangan hidup didunia dan akhirat. Pendidikan agama Islam sememangnya penting dan
wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Ini kerana tanpa pendidikan agama,
biarpun seseorang itu tinggi pengetahuannya tetapi akan sia-sia kerana tidak dapat
dimanfaatkan pengetahuannya kerana kekurangan moral dan didikan agama. Oleh itu,
pendidikan islam adalah pendidikan yang dapat melahirkan muslim yang bukan sahaja
berpengetahuan tinggi tetapi bertakwa, beramal dan beriman serta berpegang teguh kepada
ajaran Islam. Sesungguhnya menuntut ilmu khasnya pendidikan Islam itu adalah penting
demi kesinambungan warisan agama sebagai panduan hidup untuk anak-anak kita hingga
akhir zaman.

Selain daripada itu, sebagai seorang guru pelatih , saya perlu belajar menjadi
seorang guru yang peka terhadap prinsip-prinsip Islam dan cara-cara mendidik dalam Islam
dalam menjayakan matlamat pendidikan negara demi melaksanakan tugas-tugas sebagai
seorang pendidik dan guru agama yang cemerlang dan berperibadi murni. Antara langkah
yang boleh diambil untuk menjadi pendidik yang cemerlang adalah saya perlu lebih
memahami pedagogi pendidikan Islam sebagai rujukan saya dalam melaksanakan tugas-
tugas berkaitan pendidikan seperti dalam membuat rancangan pengajaran harian,
menentukan kurikulum pengajaran, bahan-bahan pelajaran dan melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Saya juga bersemangat dan bersedia
bersama-sama rakan seperjuangan yang lain untuk mendukung falsafah pendidikan
Noor hidayah binti Ishak

21

kebangsaan bagi menyahut cabaran didalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015 bagi memastikan pelan pendidikan negara berjalan dengan lancar.

Semoga tugasan Pedagogi Pendidikan Islam ini dapat menjadi pedoman dan
inspirasi kepada saya dalam segala usaha memartabatkan dan memperkembang
pendidikan islam samaada di dalam atau di luar institusi . Akhir kata, dengan adanya
tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan perjuangan saya sebagai
seorang pendidik dan menuntut saya agar sentiasa bersedia dan berdisiplin didalam kerjaya
ini. Dengan ilmu dan iman didada, besarlah harapan saya agar saya dapat praktikkan ilmu
ini untuk memastikan murid-murid yang diajar oleh saya dapat menjadi murid yang berjaya
bukan sahaja dalam kehidupan mereka didunia tetapi juga diakhirat. InsyaAllah..





































Noor hidayah binti Ishak

22

RUJUKAN

1. Bahagian Pendidikan Khas KPM (2008), Perlaksanaan Amali Solat j-QAF Pendidikan
Khas. Gemilang Press Sdn Bhd
2. Bahagian Pendidikan Khas KPM (2008), Perlaksanaan Kaedah Iqra j-QAF
Pendidikan Khas. Gemilang Press Sdn Bhd
3. http://myjqaf.webnode.com/emodul/
4. http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/03/riwayat-hidup-imam-
syafie.html#axzz2h1DrTsSo
5. http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
6. http://anapendidikanislam.blogspot.com/p/rancangan-pengajaran-harian.html























-