Anda di halaman 1dari 74

1

BENCI
ZI NA













































Disediakan oleh : J abatan Pelajaran J ohor
PANDUAN
PELAKSANAAN
MODUL 5 MINIT
BENCI ZINA
SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI JOHOR


2


BENCI
ZI NA





























Disediakan oleh : J abatan Pelajaran J ohor
2010

PANDUAN
PELAKSANAAN
MODUL 5 MINIT
BENCI ZINA
SEKOLAH-SEKOLAH
NEGERI JOHOR


3


BENCI
ZI NA

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Kata Alu-aluan
- Pengarah Pelajaran Johor 4
- Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan 5
- Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam 6
Matlamat 7
Objektif 7
Panel Penggubal Modul 8
SUBTAJUK
Pengenalan 12
Punca 16
Teknik 26
Peranan 56
Kesan 59
Prosedur dan Tatacara 61
Lampiran 68
Penghargaan 73



4


BENCI
ZI NA

K A T A A L U -A L U A N
PENGARAH
JABATAN PELAJARAN JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia
Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan semua pihak, khususnya pihak
kerajaan. Pelbagai usaha, perancangan, peruntukan dan tindakan telah diatur bagi
mencapai tahap pendidikan yang tinggi, seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Murid
diibaratkan sebagai rebung yang masih boleh dilentur. Namun murid kini berada dalam
dunia globalisasi. Globalisasi bergerak seiring dengan modenisasi. Dalam dunia serba
moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan.
Oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah
budaya dan pemikiran. Gejala sosial kini semakin merebak tanpa penghujungnya.
Perhubungan seks secara bebas ataupun zina (menurut Islam) dalam kalangan murid-
murid sekolah merupakan satu gejala yang membimbangkan. Ia seterusnya
menyumbangkan kepada kes pembuangan bayi yang menjadi isu hangat kebelakangan ini.
Oleh itu, guru seharusnya memainkan peranan dalam usaha melentur mereka menuju ke
arah kejayaan melalui usaha pembangunan modal insan.
Modul 5 Minit Benci Zina ini merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan
oleh guru-guru bagi menangani masalah ini. Ia bukanlah satu panduan yang mutlak tetapi
masih mampu memberikan sumbangan ke arah menerapkan sikap benci zina dalam
kalangan murid.
Saya berasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada Sektor Pembangunan
Kemanusiaan dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, kerana berjaya
menerbitkan Modul 5 Minit Benci Zina ini yang selari dengan objektif Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP). Ia merupakan satu sumbangan yang sangat bermakna
kepada perkembangan pendidikan di Malaysia khususnya di Negeri Johor.
Sekian, terima kasih.


5


BENCI
ZI NA

K A T A A L U -A L U A N
KETUA SEKTOR, SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.....
Syukur Alhamdulillah akhirnya sebuah Modul 5 Minit Benci Zina telah berjaya
diterbitkan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan
kemenjadian murid yang bersahsiah tinggi bagi mengekalkan jati diri ke arah
pembangunan insan kamil yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.
Terbaru, menurut Berita Harian bertarikh 15 Julai 2010, Statistik Jabatan
Pendaftaran Negara mendapati seramai 17,303 orang anak tidak sah taraf atau anak luar
nikah dilahirkan pada tahun 2009 sahaja. Ia menjadi ancaman dan kebimbangan negara,
seterusnya melibatkan maruah dan agama Islam, amat perlu ditangani segera.
Justeru, fokus modul ini adalah bagi memberi pendedahan serta pencegahan benci
zina dalam kalangan murid sekolah. Program ini mengandungi modul khas 5 minit benci
zina yang memainkan peranan bagi melahirkan individu untuk membenci perlakuan zina
secara bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Sehubungan itu, pelaksanaan Modul 5 Minit Benci Zina ini seharusnya dilaksanakan
secara menyeluruh dengan melibatkan seluruh warga sekolah agar semua murid mendapat
panduan dan bimbingan sewajarnya. Diharapkan modul ini dapat dijadikan sebagai
rujukan utama bagi menjauhi perbuatan zina.
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa khususnya pasukan
penggubal yang telah bertungkus lumus sehingga berjaya menerbitkan modul ini.
Sekian, terima kasih.



Jabatan Pelajaran Johor
6


BENCI
ZI NA

K A T A A L U -A L U A N
KETUA SEKTOR, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.....

BENCI ZINA USAHA BERTERUSAN
Dipanjatkan syukur ke hadrat-Nya kerana dengan limpah kurnia-Nya maka
terhasillah sebuah Modul 5 Minit Benci Zina hasil penulisan pasukan penggubal di
kalangan Guru-Guru Cemerlang Kaunseling serta Guru-guru Pendidikan Islam di Negeri
Johor.
Sesungguhnya perbuatan zina adalah maksiat dosa besar yang amat buruk dan
terkutuk. Allah telah melarang kita dari mendekati sebarang bentuk perbuatan yang boleh
membawa kepada zina. Larangan mendekati merupakan pencegahan bukan rawatan.
Apabila zina telah banyak berlaku maka usaha menyedarkan perlu dilipatgandakan dengan
segala yang terdaya. Bermula dengan memberikan kesedaran, kefahaman dan seterusnya
program-program pencegahan dan pemulihan yang terdaya.
Modul 5 Minit Benci Zina merupakan satu usaha membina kesedaran untuk murid-
murid sekolah memahami dan seterusnya menjauhi sebarang bentuk perbuatan yang boleh
menjerumuskan diri ke arah zina. Bagi yang telah terjebak dengan zina amatlah wajar
bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Semoga modul yang menggabungkan pendekatan
kaunseling dan Pendidikan Islam ini akan memberikan manfaat kepada murid-murid
sekolah khususnya di negeri Johor.

Sekian, wasallam

Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Johor


7


BENCI
ZI NA

MODUL 5 MINIT BENCI ZINA
Matlamat

Menzahirkan kemenjadian murid bersahsiah tinggi bagi mengekalkan jati diri ke arah
pembangunan insan kamil yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.

Objektif

1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang pentingnya
menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang memberi kesan buruk
daripada aspek agama mahupun saintifik.

2. Melahirkan generasi murid yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan etika diri
yang ampuh dalam menghadapi cabaran perubahan sosial masyarakat.

3. Mengukuhkan sikap prihatin, penyayang serta bertanggungjawab kepada diri
sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

4. Mendorong remaja memilih laluan hidup yang benar dan selamat sekaligus
membentuk generasi pewaris masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.








8


BENCI
ZI NA

PANEL PENGGUBAL MODUL 5 MINIT BENCI ZINA
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2010

Pengerusi : Tuan Haji Sufaat bin Tumin
Pengarah Pelajaran Johor

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Markom bin Giran
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

Setiausaha 1 : En. Abdul Aziz bin Haji Redwan
Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Setiausaha 2 : Tuan Haji Hassan bin Issa
Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

Jawatankuasa:

Tn Hj Shahrom b. Sukari - Timbalan Ketua Sektor, SPK
Tn Hj Rozman b. Harun - Penolong Pengarah Kaunseling, SPK
Tn Hj Anuar b. Ahmad - Penyelia Kaunseling, SPK
Ust Omar b. Salleh - Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam
Ust Muhd Hairozi b. Muhammad - Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam
Tn. Hj Ahmad Jazree b. Arifin - Guru Cemerlang (B&K) SMK Kota Kulai , Kulai
Tn. Hj Khairudin b. Hj Abu Nawas - Guru Cemerlang (B&K) SMK Bandar Tenggara, Kulai
En. Mohamed Zaidi b. Wahaid - Guru Cemerlang (B&K) SMK Impian Emas, J.Bahru
Pn. Ruhanah bt Mohd Som - Guru Cemerlang (B&K) SMK Taman Universiti, J.Bahru
Pn. Rosmawati bt Salleh - Guru Cemerlang (B&K) SMK Taman Puteri, Kulai
Pn. Nor Azfahani bt Jamaludin - Guru Cemerlang (B&K) SMK Permas Jaya 3, P.Gudang
Pn. Jamilah bt Sabtu - Guru (B&K) SMK Bandar Seri Alam, P.Gudang
Pn. Rukiah bt Bahari - Guru (B&K) SMK Seri Alam 2, P.Gudang
En. Junaidy b. Ismail - Guru ICT SMK Impian Emas, J.Bahru
En. Rosli b. Muhammad Junaidi - Guru Pendidikan Islam SMK Sri Rahmat, J.Bahru
En. Abdul Rahman b. Kasmin - Guru Pendidikan Islam SMK Mohd Khalid, J.Bahru
Pn. Roslina bt Abu Bakar - Guru Pendidikan Islam SMK Tmn Desa Skudai, J.Bahru
Pn. Rosmaziah bt Ab. Kadir - Guru Pendidikan Islam SMK Dato Usman Awang, J.B
En. Mohd Yazid b. Mahhadi - Guru Pendidikan Islam SK Majidi Baru, J.Bahru
En. Ezaddin b. Mohamad - Guru Pendidikan Islam SK Kempas, J.Bahru
En. Mohd Rizalman b. Ashari - Guru Pendidikan Islam SK Taman Pelangi, J.Bahru
En. Mohammad Shafarizam - Guru Pendidikan Islam SK Sri Skudai, J.Bahru
b. Mohamed Ani





9


BENCI
ZI NA

Pendahuluan

Perhubungan seks secara bebas ataupun zina (menurut Islam) dalam kalangan
murid-murid sekolah merupakan satu gejala yang membimbangkan. Statistik Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan perlakuan seks di luar perkahwinan dalam kalangan
remaja ialah 4.6% - 18%. Ianya melibatkan golongan remaja yang berumur 13 hingga 29
tahun.

Modul 5 Minit Benci Zina ini dirancang khusus bagi memberi panduan kepada
golongan murid menghadapi persekitaran luar sekolah yang mencabar. Pepatah Melayu
ada mengatakan Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya
memberi maksud yang amat bermakna kepada golongan murid yang berpotensi terlibat
dengan perlakuan seks bebas. Modul ini memberi panduan kepada guru untuk
membimbing murid-murid ke arah pemupukan nilai. Sikap dan ciri-ciri amalan hidup yang
sihat, berketrampilan dan asertif bagi menghadapi cabaran serta perubahan persekitaran
yang semakin mencabar. Modul ini turut membantu memberi bimbingan kepada murid-
murid untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, bermatlamat dan dinamik.

Modul ini memberi tumpuan kepada pendidikan pencegahan agar murid-murid
mempunyai daya kesedaran yang tinggi akan pentingnya menjalani gaya hidup yang sihat
melalui amalan menjauhi perlakuan seks bebas dan sebarang perlakuan yang mendorong
kepada berlakunya seks bebas. Antara aspek yang ditekankan ialah pengetahuan asas
kepada gejala seks bebas, statistik semasa, unsur-unsur yang mempengaruhi, kesan-kesan
kepada gejala seks bebas dan tatacara yang boleh dijadikan panduan kepada murid-murid
yang ingin mendapatkan bantuan daripada guru kaunseling di sekolah.





10


BENCI
ZI NA

Pengenalan

Remaja ditakrifkan sebagai individu yang berumur di antara 14 21 tahun. Mereka
merupakan aset penting dalam masyarakat dan negara kerana tanpa remaja,
kesinambungan zuriat generasi akan datang akan terjejas. Di Malaysia golongan remaja
mengisi lebih 70% daripada jumlah penduduk sedia ada. Oleh itu dari sudut kenegaraan,
remaja mempunyai peranan yang amat penting untuk menyumbang kepada pembangunan,
kemajuan dan pemodenan sesebuah negara.

Pada usia remaja, mereka dikatakan sangat naif terhadap apa-apa perkara yang
menyeronokkan dan selalu ingin mencuba sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan dan
akibatnya pada masa akan datang. Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang
melalui satu kemelut sosial dan kecelaruan hidup akibat daripada perkembangan sosial,
ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.

Isu yang hangat diperkatakan hari ini adalah perlakuan seks bebas ataupun zina
(menurut Islam) dalam kalangan remaja. Zina menurut istilah bahasa bermaksud
hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses
perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang
dipandang keji di sisi masyarakat yang memberikan kesan yang amat berbahaya kepada
perkembangan remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkahlaku
negatif seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang
berleluasa, minum arak, lari dari rumah dan penagihan dadah.







11


BENCI
ZI NA


MODUL 5 MINIT
BENCI ZINA









12


BENCI
ZI NA

TAJUK : PENGENALAN

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang
pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang
memberi kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun
saintifik.
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Definisi pengenalan
AKTIVITI : 1. Penerangan mengenai definisi
Perlakuan seks bebas ataupun zina (menurut Islam). Zina menurut istilah
bahasa bermaksud hubungan seks yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan
tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di sisi undang-undang. Zina
merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi masyarakat yang
memberikan kesan yang amat merbahaya kepada perkembangan remaja
masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkahlaku negatif
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah
yang berleluasa, minum arak, lari dari rumah dan penagihan dadah.
2. Bahan sokongan akhbar dan isu semasa
KEBURUKAN ZINA:












SAINTIFIK:Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorea, Hepatitis B dan HIV yang
mengakibatkan komplikasi. Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel semen
dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan. Manakala bagi
wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau jangkitan
pelvis. Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat akal.
'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.
ISLAM: Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang
memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.
13


BENCI
ZI NA

TAJUK : STATISTIK
OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang
pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang
memberi kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun
saintifik.
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit
HURAIAN : Statistik kes
AKTIVITI : 1. Penerangan mengenai statistik yang dikumpulkan
Statistik Anak Luar Nikah atau Tidak Sah Taraf daripada Jabatan
Pendaftaran Negara mengikut kaum dari tahun 2005 2009
(Sumber Berita Harian , 15 Julai 2010)
Lain-lain 91922 kes
Melayu 74723 kes India 23696 kes Cina 23692 kes
Tahun 2007 16100 kes Tahun 2008 16541 kes
Tahun 2009 17303 kes
Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia
Tahun 2006 2010 seramai 21 kes murid mengandung, 20 kes
melibatkan suka sama suka dan 1 kes melibatkan kes rogol. Semua kejadian
berlaku di tempat kediaman masing-masing atau tempat yang diketahui.
( sumber Harian Metro, 28 Julai 2010)
2. Bahan sokongan akhbar dan isu semasa
KEBURUKAN ZINA




SAINTIFIK:Teenage pregnancy (Mengandung usia remaja) mendedahkan remaja
perempuan kepada komplikasi semasa mengandung seperti keguguran, pendarahan,
risiko tinggi kematian semasa melahirkan.
ISLAM: Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam
kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang
mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Tuhan, maka Tuhan akan
memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkan dan Tuhan tidak menjadikan
maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

14


BENCI
ZI NA

TAJUK : FAHAMI DOSA BESAR ZINA
ZINA ialah salah satu perbuatan dosa yang tergolong di dalam dosa-dosa besar.
Zina boleh ditakrifkan sebagai persetubuhan haram yang dilakukan oleh seorang lelaki dan
perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama. Allah SWT telah menjelaskan
pengharaman ini di dalam ayat 32, surah Al Israk yang berbunyi;
,1. _.l ..| l :>. ,!. ,,. __
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya zina itu
adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang jahat.

Ayat di atas bukan sahaja melarang seseorang muslim itu melakukan perbuatan
zina, tetapi menghampirinya pun dilarang. Ini menunjukkan betapa Allah SWT mahu
hamba-Nya memikirkan dengan serius sebelum terjebak dengan perbuatan keji tersebut.
Kebelakangan ini negara kita telah dikejutkan dengan kes-kes pembuangan bayi
yang semakin kerap didedahkan dan ini tidak lain bersangkut paut dengan perbuatan zina
yang dilakukan oleh golongan remaja yang masih bersekolah. Hal ini telah mendapat
perhatian luas dan banyak pihak mula mencari mangsa untuk disalahkan.
Perbuatan zina ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah
kerana lemahnya iman dan rapuhnya pegangan agama anak-anak remaja kita untuk
menolak ajakan syaitan ini. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan internet untuk
melayari laman-laman web lucah dan pornografi serta pilihan berkawan dengan rakan-
rakan yang jelek akhlaknya dan jauh daripada praktikal keislamannya.
Oleh itu, rakan yang menghayati ajaran agamanya dan baik akhlaknya perlu
menggalas tanggungjawab untuk menjadikan dirinya role model kepada rakan-rakan di
sekelilinginya untuk diteladani. Selain itu ia tidak boleh berdiam diri melihat rakan-
rakannya yang menyimpang dari jalan yang sebenar berterusan bergelumang dengan noda
dan dosa. Dengan menghayati sunnah Rasulullah yang sabar, gigih dan istiqamah
15


BENCI
ZI NA

berdakwah kepada kaum kafir, begitulah juga rakan yang dipancarkan hidayah ke dalam
hatinya hendaklah menguatkan semangatnya membimbing rakan-rakan dengan penuh
hikmah supaya mereka membenci untuk menghampiri zina apatah lagi melakukannya.
Ia juga perlu sentiasa mendampingi mereka dengan memberi informasi tentang
keburukan, balasan dan ancaman azab yang berat bagi mereka-mereka yang terjebak
dengan nafsu kotor ini. Ini mungkin kerana mereka ketandusan ilmu pengetahuan sebenar
tentang kejelekan perbuatan zina dan akibat daripada perbuatan tersebut. Justeru, rakan
baik mampu memikul tugas ini seiring dengan peranan masyarakat lain kerana mereka
adalah golongan yang paling hampir dengan rakan selepas institusi keluarga. Tiada
gunanya kita sahaja yang baik penghayatan agama sedangkan kita tidak boleh memberi
kebaikan itu kepada orang lain. Wallahualam.














16


BENCI
ZI NA

TAJUK : PUNCA-PUNCA ZINA (DIRI SENDIRI)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan punca dan bahaya zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Punca-punca Zina
AKTIVITI : Penerangan punca-punca zina
A) Diri sendiri

1. Lemah pegangan agama . Tidak mempunyai pengetahuan asas dalam agama yang
dianuti. Ia mungkin berpunca daripada diri sendiri yang tidak dapat mengikuti
ajaran agama yang diajar secara formal atau pun tidak.
2. Berfikiran dan berkelakuan negatif (perbuatan, kata-kata, tingkah laku). Sering
berfikiran negatif kepada perkara-perkara yang dilalui dalam kehidupan.
3. Mudah terpedaya dengan ajakan orang sama ada baru kenal atau tidak dikenali.
4. Mudah percaya dengan ajakan/ pujuk rayu/ permintaan negatif daripada teman
lelaki atau kawan-kawan yang rapat dengannya.
5. Tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (pergaulan bebas)
terutamanya yang bukan muhrim.
6. Tidak menjaga aurat terutama perempuan (berpakaian ketat dan menjolok mata).
Berpakaian menutup aurat hanya kerana mematuhi peraturan sekolah bukannya
datang dari hati yang ikhlas.
7. Tidak mudah/ tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain(memendam
masalah). Tidak mempercayai individu lain terutamanya ahli keluarganya sendiri,
sebaliknya mempercayai rakan sebaya.

KEBURUKAN ZINA




SAINTIFIK:Sehingga Disember 2004 sebanyak 64 439 kes HIV dilaporkan di Malaysia dan
lebih 40% daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun.
ISLAM: Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada
ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
17


BENCI
ZI NA

TAJUK : PUNCA-PUNCA ZINA (KELUARGA)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan punca dan bahaya zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Punca-punca Zina
AKTIVITI : Penerangan punca-punca zina

B) Keluarga
1. Keruntuhan rumahtangga . Perceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi
mangsa. Mereka kurang diberi perhatian kerana ibu bapa sibuk menyelesaikan
urusan perceraian ( di mahkamah ) dan perebutan hak jagaan anak. Mungkin juga
salah seorang daripada ibu atau ayah meninggal dunia terutamanya dalam keadaan
yang tragis.
2. Peranan ibu, bapa dan anak-anak tidak jelas .Ibu bapa yang pentingkan kerjaya &
pekerjaan sering mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
3. Pergaulan bersama ahli keluarga tidak teraputik. Tidak wujud kemesraan antara
ahli keluarga.
4. Tiada peraturan yang jelas dalam keluarga menyebabkan ahli-ahlinya tidak
mempunyai panduan untuk diikuti.
5. Tahap sosio- ekonomi keluarga yang rendah menyebabkan keperluan asas dalam
kehidupan tidak dapat dipenuhi. Ia akan mendorong anak-anak menagih kasih
sayang daripada orang lain kerana mereka akan rasa diberi penghargaan.

KEBURUKAN ZINA







SAINTIFIK: Trauma alat kelamin disebabkan system reproduksi belum matang dan
belum bersedia untuk hubungan seksual menyebabkan luka yang dialami
mengambil masa yang panjang untuk sembuh.
ISLAM: Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya
disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya
malah kepada seluruh keluarganya.

18


BENCI
ZI NA

TAJUK : PUNCA-PUNCA ZINA (MASYARAKAT/ PERSEKITARAN)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan punca dan bahaya zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Punca-punca Zina
AKTIVITI : Penerangan punca-punca zina

C) Masyarakat / persekitaran
1. Pengaruh media massa. Rangkaian media elektronik yang semakin meluas
mendedahkan murid kepada input yang negatif. Kemudahan jalur lebar yang telah
diperluaskan ke luar bandar memungkinkan murid-murid gagal menapis maklumat
negatif yang diterima.
2. Kawan-kawan merupakan individu paling berpengaruh dalam kehidupan remaja.
3. Jiran tetangga kurang memainkan peranan sebagai ibu bapa kedua yang sering
mengambil berat dan menegur segala kesilapan murid.
4. Kemudahan-kemudahan yang disediakan disalahgunakan seperti alat berteknologi
moden, pusat hiburan, taman rekreasi dan lain-lain.
5. Perniagaan-perniagaan yang menarik pelanggan seperti kafe siber yang banyak
menawarkan perisian yang berunsur negatif dan ganas.
6. Pesta, karnival atau perayaan yang diadakan secara percuma dan besar-besaran
menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
KEBURUKAN ZINA




SAINTIFIK: Kanser pangkal rahim disebabkan melakukan hubungan seks awal dan
sering bertukar pasangan.
ISLAM: Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan
mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk
Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan
kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan
diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

19


BENCI
ZI NA

TAJUK : CEGAH JENAYAH ZINA DALAM KALANGAN REMAJA
Objektif :
i) Menyatakan sebab berlakunya gejala Zina.
ii) Menyatakan langkah-langkah awal mencegah Zina.
Isi Penting :
i) Maksiat berlaku di mana-mana dan dianggap perkara biasa dalam kehidupan
moden
ii) Penerapan ilmu agama yang kukuh bermula di rumah oleh ibu-bapa
iii) Beramal dengan ilmu yang dipelajari
iv) Memelihara pandangan dan menutup aurat

Kami hanya berbual dan berjalan-jalan sahaja, takkan itupun tak boleh? Persoalan
inilah yang selalu didengar tatkala menegur para remaja yang keluar berdua ataupun
duduk berdua-duaan di taman-taman atau tepi pantai. Walaupun kelihatan seperti
kebiasaan dalam masyarakat moden sekarang tetapi daripada pandangan Islam, ianya
tetap ditegah kerana memungkinkan perlakuan yang lebih dahsyat iaitu zina. Maksud
firman Allah s.w.t.:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya perbuatan zina itu adalah
perbuatan keji dan satu jalan yang buruk( membawa kepada kerosakan).
Untuk menghentikan jenayah zina dalam kalangan remaja bukanlah suatu kerja
yang mudah tetapi bukan suatu perkara yang mustahil. Titik tolaknya adalah keinginan
untuk berubah dan mengejar hidayah Allah s.w.t. Asas agama yang kukuh merupakan satu
kewajipan dan kemestian dalam diri setiap orang Islam. Ibu bapa merupakan bahagian
terpenting dalam didikan agama yang pasti bermula di rumah. Ibu bapa juga yang
bertanggungjawab menanamkan kebencian terhadap jenayah dan kemungkaran yang
ditegah oleh syarak di dalam jiwa anak-anak remaja mereka.
20


BENCI
ZI NA

Bagi diri remaja itu sendiri, langkah pencegahan awal yang boleh mereka lakukan
ialah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu dan beramal dengannya. Kalam pendita
mengatakan ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah.
Kerap kali kita terlepas pandang dengan perkara yang dianggap kecil tetapi
sekiranya dibiarkan, perkara itulah yang menjadi sebab kepada jenayah zina. Suka
dikemukakan di sini antara jalan-jalan penyebab jenayah zina yang terkadang tidak diambil
berat ialah memandang aurat jantina yang berlawanan. Perkara yang kurang dititik
beratkan ini sebenarnya amat ditekankan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang
bermaksud:
Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman, jagalah pandangannya dan jagalah
kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat.{An-Nur: 30}.
Perlu diingat dan disematkan dalam benak hati akan janji Allah s.w.t. sepertimana
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin
berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan
yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)
Adakah kita yang ketika ini sebagai seorang remaja, dan pasti satu hari nanti
menjadi dewasa sanggup dikurniakan isteri dari kalangan orang yang juga melakukan zina?
Tepuk dada, tanya iman.
Salam Perubahan



21


BENCI
ZI NA

TAJUK: PERANAN RAKAN SEBAYA HINDARI ZINA
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita
acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh
rakyat kita sendiri. Sebenarnya dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan
memberikan kesan yang negatif kepada remaja. Remaja hilang ketahanan jiwa. Mereka
mudah terpengaruh dan terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat, dan budaya
kuning. Mereka mudah hanyut mengikut arus. Mereka tidak ada pegangan dan pendirian.
Mereka tidak mampu menangkis pengaruh yang jahat dan merosakkan. Mereka sukar
membezakan yang baik dengan yang buruk. Selalunya sahaja mereka terpengaruh dan
terjebak dengan kegiatan yang jahat dan buruk. Sebenarnya banyak lagi punca yang
menyebabkan remaja bertindak liar, sekali gus mengamalkan hidup yang negatif. Tanpa
menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula
terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi,
"Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat".
Untuk memastikan gejala negatif yang melanda hidup remaja dapat dibendung,
peranan diri remaja itu sendiri amatlah penting. Oleh itu, remaja perlu mempunyai jati diri
yang mantap. Apabila mempunyai jati diri yang teguh, unsur negatif, baik dari Barat,
mahupun daripada rakan sebaya dapat ditolak dengan baik. Sebagai contoh, rakan
mengajar merokok, berpelesiran, apatah lagi berlumba motosikal di jalan raya akan ditolak
kerana mengetahui perbuatan tersebut tidak membawa sebarang faedah. Pada waktu yang
sama, agama perlu menjadi pegangan hidup. Setiap remaja Islam hendaklah memastikan
tidak meninggalkan solat lima waktu sehari. Allah SWT menyebut bahawa, '"Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar". Dengan agama juga remaja
dapat mengetahui sesuatu perbuatan itu halal ataupun haram. Selain itu setiap remaja
perlu pandai memilih rakan sebaya. Pilihlah rakan sebaya yang mempunyai wawasan
untuk berjaya dalam hidup. Bagi remaja yang masih belajar, perlulah memilih rakan sebaya
yang mempunyai kecenderungan untuk berjaya dalam pelajaran. Hidup ini perlu ada waktu
22


BENCI
ZI NA

untuk belajar, ada waktu untuk bermain, dan ada waktu untuk berseronok. Waktu untuk
berseronok perlulah mempunyai sempadan agar tidak tersasar daripada matlamat hidup.
Namun kadangkalanya ada rakan yang membawa kita kepada kebaikan. Dialah
rakan baik kita. Dia juga yang membawa kita ke jalan yang lurus dan dia jugalah yang
mencegah kita untuk terpengaruh dengan rakan yang lain yang mengajak kita menjadi
manusia yang tidak berguna. Selalunya kita akan melakukan pelbagai aktiviti dengan rakan
baik kita seperti bersenam, belajar dan bermain bersama. Dengan aktiviti yang dilakukan
seperti ini, kita dapat mengelakkan diri kita dan juga rakan baik kita daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah yang hanya akan membuang masa kita seperti berzina. Kita
yang telah banyak meluangkan masa bersama rakan baik akan merasa yang kita tidak
perlukan orang lain untuk bergembira dengan kita. Contohnya lelaki yang akan mengajak
kita berzina dengan mereka dan itu akan menambahkan dosa kita dan menjatuhkan
maruah keluarga kita.
Konklusinya, untuk memastikan remaja mengamalkan nilai-nilai hidup yang
dituntut oleh agama dan budaya, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan. Kita
mengharapkan remaja kita berjaya menjadi modal insan yang diimpikan oleh pucuk
kepimpinan negara. Sesungguhnya aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah
warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya,
ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan
adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian
dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal
insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda
Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang cemerlang. Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, dan mempunyai
ketahanan diri. Rakan baik yang dapat mempengaruhi rakannya menjadi yang terbaik,
maka tiadalah lagi perbuatan zina yang berlaku di dunia ini lagi.
23


BENCI
ZI NA

Pakar psikologi Barat, Carl Rogers (1985), menyatakan, ada beberapa perubahan
ketara kepada seseorang remaja. Perubahan itu sedikit sebanyak mampu memperjelaskan
bagaimana rakan sebaya begitu penting dan perlu dalam memenuhi tuntutan naluri
seseorang remaja. Pada peringkat remaja, manusia mula pandai berfikir, menilai perasaan,
mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal mengenai
kehidupan golongan dewasa.

Perubahan ini mendatangkan kegelisahan kepada remaja kerana untuk berdikari
mereka tidak mampu, manakala untuk mengikut jejak langkah golongan dewasa, mereka
tidak berdaya. Hasilnya, mereka kadang kala gembira, kesunyian dan berkhayal terhadap
idola masing-masing. Mereka juga cenderung meniru gaya berpakaian, cara pergaulan dan
cara berfikir golongan dewasa.
Remaja mudah terasa kekuatan kuasa yang ada pada ibu bapa, guru dan orang
dewasa yang boleh menghalang cita-cita mereka. Perbezaan pendapat dan gaya hidup di
antara remaja dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa, akan mencetuskan rasa
permusuhan. Ini kerana golongan remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga
diri mereka yang memang sedang bergelora. Konflik harga diri ini menyebabkan remaja
akan menjadikan rakan sebaya tempat mengadu masalah atau melakukan sesuatu untuk
membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.
Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan sahabat. Sabda Rasulullah saw, yang
bermaksud: Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang
kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.
Imam Al-Ghazali menyatakan: Hendaklah sahabat yang dipilih seorang yang waras
fikirannya, baik budi pekerti, tidak fasik dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan.

Sifat waras fikiran itu menjadi pokok dalam kehidupan kerana tiada guna
bersahabat dengan orang yang kurang akal disebabkan ia akan membawa kepada perasaan
tidak tenteram dan perselisihan. Setiap orang patut memiliki budi pekerti luhur. Tiada
24


BENCI
ZI NA

gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai oleh perasaan marah dan hawa
nafsu yang buruk.
Ketika ini, masalah sosial di kalangan remaja amat membimbangkan. Boleh
dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara. Ini
dapat dilihat melalui pembangunan yang hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian
jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Antara masalah sosial yang sering
dilakukan remaja pada hari ini ialah seks bebas, lari dari rumah, pembuangan bayi,
penagihan atau pengedaran dadah, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan
haram dan sebagainya.
Sesungguhnya, masalah sosial remaja pada hari ini disebabkan beberapa faktor.
Antaranya persekitaran berubah secara mendadak terutama pengaruh media cetak dan
elektronik yang saban hari memaparkan mengenai eksploitasi terhadap wanita serta
kebebasan remaja yang keterlaluan dan banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak
terutama yang baru meningkat remaja. Selain itu, faktor kurangnya didikan agama dan
kasih sayang daripada ibu bapa, perasaan mahu mencuba serta desakan atau pengaruh
daripada rakan sebaya.
Sebenarnya, masalah remaja adalah masalah kita bersama. Oleh itu gandingan yang
mantap dan kerjasama erat antara ibu bapa, guru, rakan sebaya dan anggota masyarakat
amat diperlukan dalam menangani masalah remaja.
Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam
kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling
diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan
berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain.Oleh itu, pendekatan logikal ialah
menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan
teratur.
25


BENCI
ZI NA

Oleh itu adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS
hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa.





















26


BENCI
ZI NA

TAJUK : TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 1)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Teknik-teknik Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

TEKNIK-TEKNIK
1. Membina kemahiran asertif
1.1 Mempertahankan hak peribadi seperti menghalang orang yang bukan muhrim
menyentuh aurat murid.
1.2 Menyatakan perasaan secara jelas, telus dan jujur dalam sesuatu situasi tanpa
memikirkan apa orang lain akan kata.
1.3 Menghormati hak dan perasaan orang lain dengan menerima keputusan orang
lain dan tidak memaksanya.
1.4 Berani menyatakan Tidak bila murid tidak mahu melakukan sesuatu yang
difikirkannya tidak baik.

KEBURUKAN ZINA







SAINTIFIK:Penyakit gonorea merupakan salah satu penyakit kelamin Sex
Transmitted Disease (STD). Mengikut statistik yang telah dikeluarkan, sebanyak 62
juta kes telah dilaporkan dalam masa satu tahun di seluruh dunia. Ini menunjukkan
penyakit yang disebarkan oleh sejenis bakteria, neisseria gonorrhoeae ini berada
dalam peringkat yang membimbangkan. Secara purata, setiap hari lebih 100 ribu kes
telah dikesan.
ISLAM: Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia
menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

27


BENCI
ZI NA

TAJUK : TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 2)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Teknik-teknik Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

2. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
2.1 Remaja perlu menguasai kemahiran komunikasi lisan dengan baik dengan
semua pihak ( ahli keluarga, guru, masyarakat dan kawan-kawan ).
2.2 Mampu dan mahir memberi respon kepada komunikasi lisan dan bukan lisan
supaya berlakunya komunikasi dua hala.
2.3 Mendengar nasihat dengan teliti dan mampu menilai mengikut situasi.
2.4 Menyesuaikan komunikasi dengan situasi semasa iaitu memahami dengan siapa
kita berinteraksi.
2.5 Komunikasi yang ada matlamat supaya tidak terpesong daripada tajuk yang asal.
2.6 Berfikir dan bertindak dengan tegas dalam semua situasi.
2.7 Menilai dan memperbaiki diri bagi mempertingkatkan harga diri.

KEBURUKAN ZINA











SAINTIFIK: Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan
peningkatan kepada risiko pengguguran kandungan oleh remaja perempuan yang
masih mentah serta yang paling dibimbangkan adalah jangkitan penyakit kelamin
seperti gonorea, sifilis dan yang berbahaya, AIDS.
ISLAM: Sekiranya seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan
sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir,maka dia telah memasukkan
orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya
sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya
28


BENCI
ZI NA

TAJUK : TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 3)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Teknik-teknik Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan teknik-teknik menjauhi zina


3. Kemahiran membuat keputusan
3.1 Membuat pertimbangan dari aspek positif dan negatif sebelum membuat
sesuatu keputusan.
3.2 Beredar dengan cepat jika perbualan tidak berfaedah dan terpesong daripada
perbincangan asal.
3.3 Jangan beri perhatian kepada perkara yang tidak baik sebaliknya tumpukan
kepada perkara yang lain.
3.4 Cari dan beri alasan yang boleh diterima sekiranya murid menolak idea atau
ajakan orang lain.
3.5 Tukar topik perbualan atau buat cadangan positif supaya murid lain
terpengaruh dengan anda.

KEBURUKAN ZINA










SAINTIFIK: Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan Negara di bawah
Kementerian Kesihatan, penglibatan remaja dalam hubungan seks luar nikah di
Malaysia adalah 1.8 peratus pada 1996. Jumlah yang paling tinggi adalah di
kalangan remaja perempuan iaitu 2.5 peratus berbanding remaja lelaki sebanyak
1.2 peratus.
ISLAM: Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka,
baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?
29


BENCI
ZI NA

TAJUK : TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 4)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Teknik-teknik Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan teknik-teknik menjauhi zina

4. Menambah pengetahuan Agama
4.1 Mengikuti kelas-kelas dan ceramah-ceramah agama. Murid perlu mencari ruang
dan peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama sebagai perisai
menghadapi perkara-perkara negatif.
4.2 Bertanya sekiranya ada persoalan yang tidak jelas berkaitan hubungan sosial
sesama manusia mengikut pandangan Islam sama ada ianya digalakkan atau
dilarang.
4.3 Membina hubungan baik dengan orang yang lebih tahu dan berkongsi maklumat
agar ia betul mengikut norma dan pandangan Islam.
4.4 Menghadiri atau menyertai pameran-pameran berkaitan nilai-nilai Islam yang
diadakan oleh pihak-pihak tertentu.( Jabatan Agama Islam, Masjid, Sekolah )

KEBURUKAN ZINA











SAINTIFIK: Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu
berkurangnya agama sipenzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada
dosa),buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
ISLAM: Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni
mereka semua akan dimusnahkan oleh Tuhan akibat dosa zina yang
tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
30


BENCI
ZI NA

TAJUK : TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (TEKNIK 5)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan teknik-teknik menjauhi zina
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit

HURAIAN : Teknik-teknik Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan teknik-teknik menjauhi zina


5. Mendapat bantuan PRS atau Guru Bimbingan dan Kaunseling
5.1 Membuat temujanji dengan PRS bagi meluahkan permasalahan yang dihadapi
5.2 Berjumpa dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling atas rujukan PRS atau datang
secara sukarela.
5.3 Menjalankan sesi kaunseling kelompok atau kaunseling individu
5.4 Menambah pengetahuan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
KEBURUKAN ZINA









SAINTIFIK: Antara kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah
penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD. STD bermaksud Sexually
Transmitted Disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks
bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah
dikenal pasti antaranya ialah, syphilis, gonorhea, genital herpes, genital wart,
trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan
yang paling berbahaya ialah AIDS.
ISLAM: Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang
amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
31


BENCI
ZI NA

TAJUK: USAHA MENJAUHI DAN MENBENCI ZINA DALAM MEMBANGUN MASYARAKAT
YANG SIHAT

ARTIKEL :
Di dalam al-Quran larangan zina datang dalam bentuk larangan untuk
mendekatinya seperti mana firman Allah SWT dalam : Surah al-Isra ayat 32 : dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Menariknya ayat ini datang dengan
kalimah la taqrabu yang bermaksud 'jangan mendekati'. Tafsiran Imam Ibn Kathir
berkaitan ayat ini; bukan sekadar menegah manusia melakukan zina, bahkan larangan
mendekatinya mahupun menganjurkan sesuatu yang mendorong kepada perbuatan zina
ini. Justeru, muqaddimah zina juga harus dihindari dan dapat dicegah melalui:
1. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu
bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka
kerjakan. [al-Nur 24: 30]
2. MEMELIHARA AURAT
Peliharalah aurat. Wanita atau lelaki sama sahaja.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka [al-Nur 24: 31]
Arahan Allah bukan perintah menutup rambut. Perintahnya adalah perintah
memelihara aurat termasuk rambut. Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita
32


BENCI
ZI NA

membentuk diri. Apabila menutup aurat, kita belajar mengenai sifat malu, belajar
mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan
batasan-batasan itu.

3. BERURUSAN DENGAN BATASAN
Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.
Namun keharusan itu perlu dipandu oleh batasan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka
mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci
bagi hati kamu dan hati mereka [al-Ahzaab 33: 53]
Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan
batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bermesyuaratlah, tetapi biar beradab sopan
menjaga batasan.
4. TIDAK MELUNAKKAN SUARA
Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa,
jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.
Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara
semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak.
Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf [al-Ahzaab 33: 32]
Moga-moga dengan usaha-usaha mencegah mukadimah zina ini akan
menghindarkan kita daripada dosa berzina. Katakan TIDAK kepada BERDUA-DUAAN,
KERANA orang yang ketiga adalah SYAITAN!.


33


BENCI
ZI NA

TAJUK: CARA PERGAULAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM
Objektif :
1. Menjelaskan batas-batas pergaulan dalam Islam yang sebenar
2. Mengawal diri dan mengelak dari terjebak ke arah penzinaan.
Isi Penting :
1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempua
2. Adab khas untuk perempuan.

Artikel
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan
keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki
dan perempuan. Perkara-perkara inilah yang akan menjaga sikap-sikap serong dalam
pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita
sekarang ini, sama ada di bilik darjah, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah,
bersiar-siar, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran
dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun
akan mengundang kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

1) Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
Dan ucaplah kata-kata yang makruf.
Maksudnya, umat Islam ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada
pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.
34


BENCI
ZI NA

2) Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan
pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
_ ....ll _..-, _. _>..,
(Surah An-Nur : 31)

Maksudnya : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).

3) Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah
memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar
dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.
4) Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia
mahramnya.
5) Menghindari tempat syubhat
Sabda Rasulullah SAW:
Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu
(Riwayat Bukhari)
35


BENCI
ZI NA

Adab khas untuk wanita
1) Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah yang bermaksud :
Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan
jilbab mereka.
Dan firmanNya lagi:
Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.

2) Serius dalam ucapan
Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Allah :
Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang
menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

3) Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda.
Firman Allah:
Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang
mereka sembunyikan.

36


BENCI
ZI NA

TAJUK: PENJAGAAN SOLAT BENTENG MENJAUHI ZINA
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula
sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya
diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya
tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang
fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai
sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari
sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.
Riwayat at-Tirmidzi
Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat
sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang,
mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti
sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya
Ramai umat Islam pada masa kini telah jauh dari landasan yang telah ditetapkan.
Solat dijadikan perkara yang terakhir di dalam hidup sesetengah masyarakat Islam. Oleh
sebab itulah diri mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa mengetahui yang mereka telah
jauh menyimpang dan meninggalkan solat yang sebenarnya senjata utama untuk
mengelakkan perkara- perkara mungkar dan fahsya ini berlaku.
Kewajipan menunaikan solat itu terlalu penting dalam kehidupan seseorang
muslim kerana ia termasuk dalam rukun Islam yang bererti tidak wujud keislaman
seseorang itu tanpa mengerjakan solat. Perintah menunaikan solat adalah lebih berat
daripada rukun-rukun Islam yang lain. Sebagai contoh puasa di bulan Ramadhan boleh
ditangguhkan kepada bulan-bulan lain sekiranya terdapat keuzuran sedangkan solat wajib
dilakukan walaupun mengalami sakit atau hilang upaya tetapi masih waras adalah wajib
menunaikan solat dengan cara duduk atau baring (mengiring atau menelentang ) atau
37


BENCI
ZI NA

menggunakan isyarat kelopak mata. Jika masih tidak mampu, ingatkan kelakuan solat
dalam hati.
Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah
seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan
ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang
sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang
memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu
melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan
sebagainya. Ibadat solat merupakan suatu ibadat yang mendekatkan hubungan di antara
seorang hamba dengan Tuhannya, sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. dalam
hadisnya yang bermaksud: Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah
semasa ia sujud.
Menurut Said Ahmad bin Ata'illah dalam kitab at-Tanwir, solat amat besar
kemuliaannya, malah keadaannya di sisi Allah amat berat dan kerana itulah Allah
berfirman, maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai semulia-mulia amal, baginda menjawab,
maksudnya: (Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.

Berdasarkan hadith-hadith di atas jelas menunjukkan bahawa solat itu amat penting
di sisi Allah s.w.t. Jika sempurna solat seseorang itu, maka sempurnalah segalanya. Solat
ibarat tiang bagi sesebuah rumah, jika tiada tiang tersebut,runtuhlah rumah tersebut. Jika
seseorang itu tidak mengerjakan solat, ia seolah-olah telah meruntuhkan Agama.
Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh
mencegah orang yang melakukannya dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman
Allah SWT yang bermaksud:
38


BENCI
ZI NA

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah)
Allah mengetahuai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Ankabut ayat 45)
Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang
kita masih lagi tidak betul. Maka perbaikilah sembahyang kita melalui pembelajaran secara
majlis ilmu dan boleh juga meminta guru-guru check sembahyang kita.
Semasa zaman pemerintahan Sayyidina Umar, ada seorang lelaki yang ingin sangat
untuk melakukan hubungan seks dengan isteri orang lain. Setelah didesak, perempuan itu
akhirnya bersetuju dan mengenakan syarat Kamu hendaklah sembahyang 40 waktu
berjemaah di belakang Amirul Mukminin Sayyidina Umar. Maka setujulah lelaki tersebut
dan dia melakukan sembahyang seperti yang disyaratkan. Setelah cukup 40 hari,
perempuan itu menemui lelaki tersebut dan Aku tahu kamu sudah selesai 40 hari
sembahyang, kalau begitu marilah kita. Lelaki tadi marah dan berkata nak ke mana,
kamu ini sudah gila agaknya. (lelaki itu sudah benci kepada perkara mungkar) Perempuan
tadi menemui Sayyidina Umar dan menceritakan perkara tersebut, maka kata Sayyidina
Umar seperti dalam ayat di atas.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi
sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat
mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya.
Sesungguhnya solat mempunyai banyak rahsia dan kelebihan, antaranya ialah solat
dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah. Allah berfirman yang
bermaksud:
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan
dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

Apabila sesorang itu sentiasa mengingati Allah maka dia takut untuk melakukan
fahsya dan mungkar. Dia sedar setiap perbuatannya sentiasa diawasi Allah. Seumpama
39


BENCI
ZI NA

seorang murid yang sedang menjalani peperiksaan. Apabila dia sedar dirinya diawasi
pengawas, dia akan berasa takut untuk meniru atau sebagainya.
Solat juga mengajar kita berdisiplin, menepati waktu dan menunaikan amanah.
Apabila masuk waktu sesorang yang berdisiplin akan terus menunaikan amanah yang
dipikul iaitu solat. Oleh itu, kita akan sentiasa berdisiplin dan amanah. Kita tidak
melakukan perkara-perkara mungkar seperti pecah amanah dan membuang masa kerana
kita telah dididik dengan solat supaya amanah dan berdisiplin. Oleh itu, terbuktilah solat
dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan fahsya dan mungkar.
Solat juga dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara
sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala
tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.
Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar
kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah
tentu akan tenang jiwanya.
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan
menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat,
yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)
Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana
solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.
Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih
tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik
untuk turut sama melakukannya.



40


BENCI
ZI NA

TAJUK : PANDUAN MEMILIH RAKAN.
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, para pelajar dan guru-guru yang
berbahagia, kepada pelajar seharusnya kita bersyukur kerana pada saat ini dapat kita hadir
ke sekolah untuk menuntut ilmu bagi menjalankan kewajipan sebagai seorang insan, guru
juga seharusnya berasa bertuah atau beruntung kerana pada hari ini dapat menyampaikan
ilmu kepada pelajar kerana ia akan menjadi bekalan atau amal jariah setelah
meninggalkan dunia yang fana ini sebagai ilmu yang memberi menfaat kepada bangsa
agama dan negara.
Para pelajar dan guru yang berbahagia, kejayaan yang sebenar ialah apabila
manusia itu diselamatkan dari bakaran api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, itulah
kejayaan yang hakiki. Firman Allah Taala di dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 185.
_ _. 1: , !..| _. `> , ..,1l _. _>` _s !.l _>: .>l .1 !
!. :,>l !,. | _... `-l __
Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari
kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah
bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya)
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Untuk mencapai kejayaan di akhirat bukanlah suatu perkara yang mudah, pelbagai
cubaan dan godaan sentiasa menghampiri kita pada setiap saat dan tempat. Ramai manusia
yang telah gagal dalam mengharungi ujian yang sangat mencabar ini, namun ia bukanlah
alasan kita untuk turut sama menjerumuskan diri untuk melakukan maksiat.
Pelajar yang dirahmati Allah Taala, kita sering sahaja mendengar anak-anak muda
yang terjebak dengan pelbagai maksiat umpamanya mencuri, ponteng sekolah, ponteng
kelas, meminum minuman yang memabukkan malah lebih dari itu ada yang sanggup
41


BENCI
ZI NA

membunuh, berzina, melacur dan pelbagai maksiat lagi. Salah satu penyebabnya ialah
kerana gagal memilih rakan yang boleh membimbing mereka kejalan yang diredaai Allah
Taala. Kegagalan ini bukan sahaja merugikan diri mereka sendiri tetapi juga akan turut
dirasai oleh keluarga, masyarakat dan negara.
Oleh itu pada pagi ini, saya ingin berkongsi cara memilih rakan menurut Imam al-
Ghazali di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah. Seseorang itu akan mudah mengikut apa
yang diperlakukan oleh rakan mereka, jika baik rakan mereka InsyaAllah baiklah
perlakuan mereka begitu juga sebaliknya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang telah
diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi, hadith ini dianggap hadith Hasan
oleh Imam al-Baihaqi iaitu :
maksudnya Seseorang itu mengikut agama (cara
hidup) sahabatnya, oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu
siapakah yang patut dijadikan sahabat. Oleh kerana itu Imam al-Ghazali telah menetapkan
lima ciri didalam memilih rakan yang baik samada semasa menjalankan urusan dunia atau
akhirat termasuk juga ketika menuntut ilmu.
Apakah lima perkara itu, pertama hendaklah memilih rakan yang berakal (bijak)
kerana ia akan membantu kita dan menunjuk ajar ketika kita tersalah atau menegur kita
jika kita melakukan perkara yang dimurkai Allah Taala. Rakan yang tidak bijak tidak akan
memandang ilmu itu sebagai suatau yang utama, sehinggakan mereka menganggap
ponteng sekolah atau ponteng kelas itu suatu perbuatan yang tidak merugikan bagi
mereka.
Kedua orang yang baik akhlaknya. Oleh itu janganlah kamu memilih sahabat yang
jahat atau buruk perangainya kerana ia akan mempengaruhi diri kita dengan kejahatannya
perilakunya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud Hati menjadi keras kerana banyak
melakukan dosa. Rakan yang buruk akhlaknya akan mengajak kita melakukan kejahatan
termasuk melihat video-video lucah, menggunjungi tempat-tempat maksiat yang akhirnya
sanggup untuk melakukan pelbagai perkara yang terkutu seperti zina dan pelacuran.
42


BENCI
ZI NA

Ketiga ialah orang yang soleh. Oleh itu janganlah kamu memilih orang yang fasik
iaitu orang yang selalu melakukan dosa besar dan mengekalkan dosa kecil, kerana orang
yang takutkan Allah Taala tidak sesekali akan melakukan dosa manakala orang yang fasik
itu tidak akan segan silu dan teragak-agak untuk melakukan maksiat ini dijelaskan oleh
Allah Taala di dalam surah al-Kahfi ayat 28 yang berbunyi :
. ,.. _. _ _`s., '`, :.-l!, _:-l .,`, .> .-. !.,s .s .,. .,
:,>l !,..l _L. _. !.ls .,l _s !.: _,. > _l .:`. !L` __
Maksudnya: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang
beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan
keredaan Allah semata-mata dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada
mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah Engkau
mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi
pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya
pula adalah melampaui kebenaran.
Oleh itu jauhilah bersahabat dengan orang yang suka melakukan maksiat kerana
sering melihat maksiat itu akan mendorong hati kita untuk sama melakukannya dan
menanggap maksiat itu suatu perkara yang ringan atau biasa.
Yang keempat jangan bersahabat dengan orang yang tamakkan dunia. Kesenangan
di dunia adalah sementara akhirat adalah persinggahan kita yang terakhir. Jadikan dunia
sebagai tempat kita beramal ibadah dan kesenangannya akan kita rasai di akhirat. Para
pelajar yang budiman, seharusnya kita sentiasa ingat apakah matlamat kita dihantar oleh
ibubapa kita ke sekolah, tidak lain adalah untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya. Ibu
bapa anda sentiasa mengharapkan hasil yang terbaik daripada penat lelah mereka mencari
bekalan untuk anda bersekolah dan janganlah dihampakan harapan mereka.
43


BENCI
ZI NA

Yang kelima pilihlah sahabat yang sentiasa berkata benar. Bersahabat dengan rakan
yang suka berkata dusta bukan sahaja kita akan sering dipermainkan atau diperbodohkan
malah kita juga akan turut sama berani melakukan pembohongan umpamanya terhadap
ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Pepatah Melayu ada menyebut Siakap senohong gelama
ikan duri bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.
Kesimpulan daripada apa yang telah saya perkatakan sebentar tadi ialah :
1. Jangan mudah terpedaya dengan keseronokan dunia sebaliknya jadikan dunia
sebagai tempat beribadah untuk kesenangan di akhirat.
2. Pilihlah rakan yang baik akhlaknya, bijak, berkata benar dan gemar melakukan
kebaikan.
3. Jauhi dari bersahabat dengan rakan yang akan menjerumuskan kita ke lembah
maksiat.
4. Maksiat yang dilakukan akan menyebabkan kita malas untuk melakukan ibadah
sebaliknya akan mendorong kita sentiasa melakukan maksiat.
5. Berubahlah dari sifat yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Sekian terima kasih semuga pertemuan kita pada pagi ini memberikan manfaat
kepada kita bersama, saya sudahi dengan kata Wabillahitaufiq wal hidayah
Assalamualaikumwarahmatullah.






44


BENCI
ZI NA

TAJUK: MENUTUP AURAT VS MENUTUP URAT

Objektif :
1. Memberi kesedaran tentang pakaian yang betul di sisi Islam.
2. Memilih pakaian yang sesuai mengikut arus pemodenan.
3. Dapat menjaga maruah diri.

Isi penting :
1. Ciri-ciri pakaian yang di bolehkan dan yang dilarang oleh Islam.
2. Larangan berhias untuk wanita
3. Larangan pakaian untuk lelaki
4. Larangan pemakaian untuk lelaki dan wanita.


Artikel
Bagaimana pakaian anda? Sudah menutup aurat atau sekadar menutup urat?
Kenapa aurat penting? Aurat penting kerana ia adalah salah satu faktor berlakunya
maksiat.
Ramai yang menganggap pakaiannya telah menutup aurat tetapi tidak sedar baju
yang dipakai adalah jarang atau ketat atau membuka mana-mana bahagian badan. Semua
itu hanya sekadar menutup urat bukannya menutup aurat.
Marilah kita bersama-sama memeriksa kembali pemakaian kita terutamanya bagi
golongan wanita kerana pemakaian adalah salah satu yang menyumbang kepada zina.
Terdapat banyak ayat perintah menutup aurat dari Al-Quran dan Hadis. Beberapa perkara
yang akan dibincangkan ini akan disertakan dengan ayat al-Quran atau hadis yang sahih.
1. Menutup aurat
Dari surah Al-Nur ayat 31 memerintahkan kaum lelaki dan wanita Islam
menundukkan pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh
45


BENCI
ZI NA

menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak
tangan bagi kaum wanita.
Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita
pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
Wanita Islam juga dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:
a. Wanita dilarang mencukur bulu kening. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari:
"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau
meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).
b. Larangan menampakkan kaki (tumit kaki) dan menghayunkan atau melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki.
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
c. Wanita juga dilarang untuk memakai wangian kerana ia akan menyumbang ke arah
perzinaan. Wangian dari wanita itu dapat menarik perhatian si lelaki.
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
d. Dada wanita walaupun telah ditutup dengan baju, namun Allah mensyariatkan supaya
ia ditutupi lagi dengan melabuhkan tudung.
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-
dada mereka." Surah An-Nur : 31
e. Gigi adalah ciptaan Allah SWT, manusia dilarang untuk merubah anugerah yang telah
dikurniakan tersebut. Di dalam hadis Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir
gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
46


BENCI
ZI NA

f. Mulut (suara) wanita adalah aurat yang boleh menggoda hati lelaki.
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32.
Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi." (Riwayat Ibn Majah).
g. Rambut adalah mahkota wanita, namun bukanlah diciptakan untuk dilihat oleh orang-
orang yang bukan mahramnya.
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak
mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Tidak menampakkan tubuh
Pakaian Muslimah yang jarang sehingga menampakkan aurat wanita muslim tidak
memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah
boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dua golongan ahli neraka yang belum
pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan
bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi
telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu
dapat dicium daripada jarak yang jauh. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

47


BENCI
ZI NA

Cara pemakaian yang berikut juga merangkumi yang dilarang:
a. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit
atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada
hakikatnya.
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan
wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

b. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian
lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib
ditutup).

c. Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki. Pakailah
tudung atau mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala atau rambut,
tengkuk, leher dan dada. Allah berfirman bermaksud:

"Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan beriman,supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke
seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
kerana itumereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha
Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

d. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.
Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk
tubuh. Pakaian yang ketat juga akan menyusahkan pergerakan si pemakainya.
48


BENCI
ZI NA


3. Tidak menimbulkan riak
Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Buangkan
rasa riak di hati. Memakai baju bukan untuk menunjuk-nunjuk baju yang cantik tetapi
pakailah baju untuk memelihara diri dan juga menjaga maruah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak
akan memandangnya pada hari kiamat. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti. (Ahmad, Abu Daud, an-
Nasaiy dan Ibnu Majah)

Kita dianjurkan untuk memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca doa atau
Bismillah. Bagi mengelak segala ganguan hati dan syaitan. Kita juga disunatkan untuk
melakukan sesuatu dimulai dengan tangan kanan. Terdapat banyak hadis yang mengajar
umat Islam memakai dan melakukan sesuatu dengan doa dan mendahului tangan kanan.
Semoga dengan amalan dari Rasulullah ini dapat mengelakkan kita dari riak dalam
berpakaian. Ikuti Hadis-hadis berikut:
i. Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah
kanan. Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila
menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang
pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya."
(Hadis riwayat Imam Muslim)

49


BENCI
ZI NA

ii. Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga
dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina
Aisyah bermaksud:

"Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai
kasut, berjalan kaki dan bersuci."

iii. Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud):

"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon
kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan
kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya,
Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

iv. Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya
memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah:
"Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat
mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan
Dia."





50


BENCI
ZI NA

4. Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam
Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan
meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.

Nabi bersabda bermaksud:
"Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan
mereka."
(Hadis riwayat Abu Daud)

5. Pakaian Lelaki dan wanita berbeza
Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus
untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya. Seseorang
wanita dan lelaki mestilah menjaga maruah dirinya melalui pemakaian kerana akhlak
seseorang akan dinilai dari penampilannya.

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud:
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru
pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Nabi juga bersabda bermaksud:
"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat
Abu Daud dan Al-Hakim).



51


BENCI
ZI NA

6. Larangan Pakaian Sutera dan Emas untuk Lelaki
Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki
memakai sutera. Nabi bersabda bermaksud:
"Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya
orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat."
(Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas. Nabi bersabda yang bermaksud:
"Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan
(memakainya) kepada wanita."


7. Memilih warna sesuai
Islam juga menganjurkan umatnya memilih warna pakaian yang sesuai. Contohnya
warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna pakaian Muslim
ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda
bermaksud:
"Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-
mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).

Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai. Putih
adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga
melambangkan kesucian. Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan
berserban hitam. Warna hijau merupakan warna kesukaan Rasulullah.
52


BENCI
ZI NA

Marilah kita bersama-sama menghindari dari melakukan semua perkara
tersebut. Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai
menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah
imej seorang Muslim. Pemakaian muslim dapat mencegah dari melakukan ZINA..

















53


BENCI
ZI NA

TAJUK: JAGALAH SOLAT ANDA
Hadirin yang dirahmati Allah,
Solat merupakan syariat Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Ia digelar
sebagai tiang agama. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Pangkal
semua urusan adalah Islam, tiangnya ialah solat dan puncak tertingginya ialah jihad
( Riwayat Tarmizi )
Solat adalah ibadah yang amat penting dalam Islam, ia diletakkan sebagai Rukun
Islam yang kedua, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Islam itu
dibina atas lima perkara, persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad
Rasullullah, menunaikan solat.. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Ia merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat : ( maksudnya ) Amalan
yang mula-mula dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, Jika solatnya baik,
baiklah keseluruhannya. Tetapi jika solatnya buruk, buruk semua umatnya. ( Riwayat
Tarmizi dan Abu Daud )
Solat merupakan ibadah yang sempurna dan mempunyai berbagai hikmah, baik dari
sudut kerohanian, emosi dan fizikal. Antara yang disebut oleh Allah di dalam Al-quran ialah
solat sebagai pembentuk akhlak yang baik. Firman Allah s.w.t. :

Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar. ( Surah al-Ankabut, 29 : 45 )
Solat merupakan ibadah didikan Allah s.w.t. dalam membentuk akhlak seseorang
muslim. Setiap orang Islam yang menghayati ibadah solat akan mempunyai keperibadian
yang tinggi. Ini adalah kerana didikan sempurna melalui solat itu datangnya dari perintah
Allah s.w.t..
54


BENCI
ZI NA

Solat sangat menekankan akidah, solat perlu dilakukan semata-mata kerana Allah,
barulah diterima olehNya. Ianya merupakan lambang pengabdian kita kepada Allah s.w.t..
Ketika solat, kita disunatkan membaca doa iftitah, dalam doa iftitah kita sering
mengucapkan bahawa solat kita adalah kerana Allah s.w.t.. Sebagaimana Firman Allah yang
bermaksud :
Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan
sekalian alam, ( Surah al-Anam, 6 : 162 )
Didikan akidah merupakan asas terpenting dalam membina akhlak manusia.
Seorang yang bersolat dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang berhadapan dengan
Allah s.w.t. akan membawa sifat itu dalam kehidupan, iaitu menyedari bahawa setiap saat
Allat memerhatikannya. Oleh itu mereka mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk
menjaga akhlak mereka daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah seperti zina.
Ibadah solat mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Oleh sebab itu Allah telah
memerintah agar seorang muslim yang mukallaf menunaikan solat. Terdapat beberapa
kaedah didikan akhlak di dalam solat jika diaplikasikan dalam kehidupan, seseorang itu
akan dapat mencegah dirinya daripada melakukan maksiat seperti zina. Antaranya, sifat
sabar dalam melaksanakan solat.
Keadaan manusia yang bermacam-macam seperti susah untuk bangun pagi, sibuk
dengan urusan, keletihan dalam urusan dan sebagainya merupakan cabaran yang besar
untuk melakukan ibadah solat. Justeru, hanya mereka yang mempunyai kesabaran yang
tinggi sahaja mampu melaksanakannya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t.:
`.,-.`. .l!, :l.l !.| :,,>l | _ls _,-:.>' __
Dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar, sesungguhnya solat itu sangat
berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Surah al-Baqarah 2: 45)
55


BENCI
ZI NA

Dalam solat juga perlu ada kesabaran, dalam masa lima hingga lapan minit
kebiasaannya kita mengerjakan solat, pelbagai cubaan dan gangguan samada zahir dan
batin hadir. Justeru, seseorang Muslim itu perlulah sabar untuk menolak semua cobaan dan
ganguan tersebut. Sabar sangat perlu dalam kehidupan manusia, kerana dengan sifat
sabarlah seseorang muslim mempunyai kekuatan untuk melakukan ibadah dan
meninggalkan amalan yang dimurkai Allah s.w.t.. Sifat sabar melahirkan individu yang
istiqamah, gigih, teliti dan berhati-hati dalam kehidupan.
Sifat sabar dalam melaksanakan solat perlulah diaplikasikan di luar solat, kerana
dalam menghadapi kehidupan manusia berdepan dengan pelbagai cabaran yang
menggugat iman seperti kesibukan, tekanan, musibah, nikmat dan godaan, maka kesabaran
yang dididik oleh Allah s.w.t. adalah memainkan peranan utama bagi menjaga iman dan diri
pengamalnya Jika kita sanggup bersabar untuk mengerjakan solat, kerana ia merupakan
kewajipan dari Allah s.w.t., maka pasti kita akan sanggup bersabar daripada melakukan
maksiat.
Sekian, Wassalam.









56


BENCI
ZI NA

TAJUK : PERANAN DIRI SENDIRI DALAM MENJAUHI ZINA








HURAIAN : Peranan Dalam Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan peranan dalam menjauhi zina
A. Diri sendiri

1. Carilah diri kita yang sebenarnya. Muhasabah diri sebelum tidur ; adakah kita
dijadikan untuk mentadbir muka bumi ini atau menjadi pemusnahnya ?
2. Carilah guru atau seseorang yang boleh membimbing ke jalan yang benar bagi
mengisi kekurangan yang ada.
3. Carilah sahabat atau kawan yang positif dan cemerlang supaya dapat
membimbing kita.
4. Cari penyelesaian yang betul bagi setiap masalah yang timbul.
5. Ubahlah cara pemikiran dan corak kehidupan dari yang negatif kepada yang
positif.
6. Berubah daripada seorang yang berharap kepada seorang yang berusaha.
7. Berubah daripada seorang yang menerima kepada seorang yang memberi.
8. Berubah daripada seorang yang hangat-hangat tahi ayam kepada seorang yang
melakukan sesuatu dengan konsisten dan bersungguh-sungguh.
9. Semai sikap malu untuk melakukan perbuatan sumbang.

KESAN BURUK



OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan peranan dalam menjauhi zina
SASARAN : Semua Murid
MASA : 5 minit

SAINTIFIK: Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah
kaum wanita(sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Kos yang diperlukan bagi
merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billian.
AGAMA: Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

57


BENCI
ZI NA

TAJUK : PERANAN KELUARGA DALAM MENJAUHI ZINA








HURAIAN : Peranan Dalam Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan peranan dalam menjauhi zina
B. Keluarga
1. Berbincang dengan ahli keluarga ketika menghadapi masalah. Jadikan ahli
keluarga orang yang paling rapat dan paling dipercayai.
2. Tidak membelakangkan ibu bapa dalam apa juga tindakan. Ibu bapa perlu tahu
pergerakan murid supaya pemantauan dapat dilakukan. Sekiranya berlaku
sesuatu yang tidak diingini, ibu bapa merupakan orang pertama yang perlu tahu.
Segala permasalahan yang timbul, murid perlu kembali semula kepada ibu bapa
dan keluarga.
3. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anaknya berkawan. Ini dapat memberi peluang
kepada ibu bapa untuk mendampingi kawan-kawan anak-anak mereka.
4. Cari keredhaan ibu bapa dengan mendapatkan restu mereka dalam apa juga
yang dilakukan. Ini akan menambahkan keberkatan dan hidup lebih berjaya.

KESAN BURUK






OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan peranan dalam menjauhi zina
SASARAN : Semua Murid
MASA : 5 minit

AGAMA: Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
58


BENCI
ZI NA

TAJUK : PERANAN MASYARAKAT DALAM MENJAUHI ZINA








HURAIAN : Peranan Dalam Menjauhi Zina
AKTIVITI : Penerangan peranan dalam menjauhi zina
C. Masyarakat
1. Sentiasa bersikap terbuka semasa menerima teguran daripada masyarakat
sekeliling. Murid hidup dalam kelompok masyarakat yang sentiasa memerhati
dan membuat penilaian. Jangan berkecil hati dengan teguran atau pandangan
daripada masyarakat sekeliling, sebaliknya fikirkan ianya secara positif.
2. Menerima nilai-nilai baik daripada masyarakat dan menjauhi nilai-nilai negatif.
Nilai yang positif daripada apa juga agama atau kelompok masyarakat perlu
dihormati.
3. Kemudahan yang disediakan oleh dan untuk masyarakat harus digunakan
seoptimum yang mungkin bagi tujuan yang baik sahaja. Ia tidak boleh disalah
gunakan.

KESAN BURUK






OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan peranan dalam menjauhi zina
SASARAN : Semua Murid
MASA : 5 minit

SAINTIFIK: Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan
terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang
berkerja sebagai pelacur,dan menurut The Washington Post yang bertarikh
11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang
melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography
adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun.
AGAMA: Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak
pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
59


BENCI
ZI NA

TAJUK : KESAN-KESAN DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES
ZINA












HURAIAN : Kesan-kesan Zina

AKTIVITI : Penerangan kesan-kesan zina kepada pelaku


A. EMOSI
- Fikiran keliru
- Krisis Identiti
- Mengalami bimbang dan resah

B. PSIKOLOGI
- Kemurungan
- Hilang keyakinan diri
- Rasa Bersalah

C. SOSIAL
- Malu untuk bercampur dengan masyarakat (jika masyarakat telah tahu)
- Rasa rendah diri untuk bergaul dengan masyarakat
- Tidak ada keyakinan diri
- Ketidakharmonian dalam keluarga (ibu bapa & keluarga berasa malu dengan aib
yang dilakukan yang boleh menimbulkan konflik dalam keluarga).

D. SAINTIFIK/ KESIHATAN
- Trauma alat kelamin disebabkan sistem reproduksi belum matang dan belum
bersedia untuk hubungan seksual menyebabkan luka yang dialami mengambil
masa yang panjang untuk sembuh.
- Kanser pangkal rahim disebabkan melakukan hubungan seks pada usia awal dan
sering bertukar pasangan.
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorea, Hepatitis B dan HIV yang
mengakibatkan komplikasi. Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis, vesikel
OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan kesan zina kepada murid
SASARAN : Semua Murid
MASA : 5 minit
60


BENCI
ZI NA

semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan. Manakala
bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar rahim atau
jangkitan pelvis. Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta atau terencat
akal. 'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan semasa
kelahiran.

- Teenage pregnancy (Mengandung usia remaja) mendedahkan remaja
perempuan kepada komplikasi semasa mengandung seperti keguguran,
pendarahan, risiko tinggi kematian semasa melahirkan.
- Sehingga Disember 2004 sebanyak 64 439 kes HIV dilaporkan di Malaysia dan
lebih 40% daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun
(Sumber : www.proster.gov.my : Tarikh : 15.7.2010 ; Program Sihat Tanpa Aids :
Remaja, 2005).

KAJIAN KAJIAN LEPAS
KESAN HUBUNGAN RAMBANG
Sumber : Dr .Mariani Md.Nor
Jabatan Psikologi & Kaunseling
Universiti Malaya (2008)
(http:/ / nyongattesky.blogspot.com/ 2008)
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan anggaran, seorang
daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin setiap tahun dengan sejumlah 333
juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku dalam kalangan mereka yang berumur
di bawah 25 tahun. Hubungan seks bebas yang tiada perlindungan boleh menyebabkan
peningkatan kepada risiko pengguguran kandungan oleh remaja perempuan yang masih
mentah serta yang paling dibimbangkan adalah jangkitan penyakit kelamin seperti
gonorea, sifilis dan yang berbahaya, AIDS. Berdasarkan Kaji Selidik Penyakit dan Kesihatan
Negara di bawah Kementerian Kesihatan, penglibatan remaja dalam hubungan seks luar
nikah di Malaysia adalah 1.8 peratus pada 1996. Jumlah yang paling tinggi adalah di
kalangan remaja perempuan iaitu 2.5 peratus berbanding remaja lelaki sebanyak 1.2
peratus.
Penyakit gonorea merupakan salah satu penyakit kelamin Sex Transmitted
Disease (STD). Mengikut statistik yang telah dikeluarkan, sebanyak 62 juta kes telah
dilaporkan dalam masa satu tahun di seluruh dunia. Ini menunjukkan penyakit yang
disebarkan oleh sejenis bakteria, neisseria gonorrhoeae ini berada dalam peringkat yang
membimbangkan. Secara purata, setiap hari lebih 100 ribu kes telah dikesan.

61


BENCI
ZI NA

TAJUK : PROSEDUR DAN TATACARA MENGHADAPI KES ZINA











HURAIAN : Kesan-kesan Zina

AKTIVITI : Penerangan kesan-kesan zina kepada pelaku

KESAN KEPADA PELAKU

1. Apabila berlaku kes hubungan rambang dan pelajar terjebak dengan zina, pelajar
boleh berjumpa dengan guru kaunseling bagi membincangkan isu/ keadaan
tersebut.
2. Ini kerana guru kaunseling bersedia menerima dan mendengar pelajar tanpa syarat
demi membantu para pelajar.
3. Perkongsian pelajar bersama guru kaunseling adalah terikat di bawah etika
kerahsiaan sesi kaunseling.
4. Walaubagaimanapun sekiranya keadaan pelajar memudaratkan (mengandung dll),
maka guru kaunseling perlu meminta izin pelajar untuk maklumkan perkara
tersebut kepada pihak berwajib (ibu bapa/ pengetua) demi membantu pelajar. Di
sini akan dibincangkan tindakan dan keputusan yang perlu dibuat.
5. Jika perlu laporan akan dibuat untuk makluman pihak PPD.
6. Di sini dinyatakan ringkasan tatacara tersebut:


KESAN BURUK










OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih
mendalam berkaitan kesan zina kepada murid
SASARAN : Semua murid
MASA : 5 minit
SAINTIFIK: Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antarnya
ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD.STD bermaksud sexually transmitted
disease,dan penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas.Lebih kurang dua
puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikednal pasti antarnya
ialah,syphilis,gonorrhea,genital herpes,genital wart,trichomoniasis,bacterial vaginosis,ifeksi
cytomegalovirus,infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.
AGAMA:Tuhan akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya
liar dan tidak terkawal.

62


BENCI
ZI NA

RINGKASAN
TATACARA PELAPORAN KES









































BERLAKU KES
HUBUNGAN
RAMBANG
KLIEN YANG TERLIBAT MELAPORKAN
KEPADA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
PELAPORAN KEPADA PENGETUA (DENGAN
PERSETUJUAN KLIEN)
TINDAKAN IBU BAPA

PERTEMUAN &
PERBINCANGAN
BERSAMA IBU BAPA (IBU
BAPA MENGAMBIL
KEPUTUSAN BERSAMA
LAPORAN
KEPADA PPD
TINDAKAN SUSULAN
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
BERSAMA IBU BAPA
LAPORAN &
SUSULAN KEPADA
PIHAK/ AGENSI
LUAR
63


BENCI
ZI NA

7. Oleh itu, diharapkan para pelajar dapat berfikir dan bertindak dengan lebih bijak
dan rasional dalam menghadapi keadaan ini dengan berjumpa individu yang boleh
dipercayai dan memberi pertolongan.






















64


BENCI
ZI NA

PROSES KERJA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

MEMBERI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR DAN
INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN KES

Proses Kerja
Pegawai Yang
Meluluskan /
Dirujuk
Undang-undang
/
Peraturan
1. Menerima klien yang dirujuk Pengetua / PK
HEM/ Guru
Disiplin/ GKSM

2. Membuat analisis keperluan sesi
bimbingan / kaunseling krisis seperti kos
,tempatdan kandungan sesi.

Klien / GKSM
3. Penetapan / pengesahan tarikh dan
tempat sesi diadakan.
GKSM / Klien


4. Menjalankan sesi bimbingan dan
kaunseling krisis dengan klien yang
berkaitan dengan kes
Klien / GKSM



5. Membuat analisa dan tindakan susulan
yang perlu hasil daripada sesi bimbingan /
kaunseling krisis seterusnya (jika perlu)
GKSM



6.Konsultasi Pakar Rujuk


7.Menetapkan tarikh sesi bimbingan /
kaunseling krisis seterusnya(jika perlu)
GKSM



8. Merekod hasil bimbingan dan kaunseling
krisis dengan klien dan laporan difailkan.
GKSM


Sulit

65


BENCI
ZI NA

CARTA ALIRAN KERJA
MEMBERI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR DAN
INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN KES


Menerima klien yang dirujuk


Membuat analisa keperluan sesi bimbingan dan
kaunseling


Menetapkan/ mengesahkan tarikh dan tempat sesi
disediakan

Menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling krisis dengan
klien yang berkaitan dengan kes


Membuat analisa dan tindakan susulan yang perlu hasil
daripada sesi bimbingan dan kaunseling krisis yang
dijalankan
Konsultasi
Menetapkan tarikh sesi bimbingan dan kaunseling krisis
seterusnya (jika perlu)
Merekod hasil bimbingan/ kaunseling krisis dan laporan
krisis
66


BENCI
ZI NA

SENARAI SEMAK
MEMBERI KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KRISIS KEPADA MURID-MURID
DAN INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN KES

Bil Proses Kerja
Tandakan
(/ )
Catatan
Norma
Masa
(Minit)/
MINGGU

1 Menerima klien yang dirujuk. 60
2 Membuat analisa keperluan sesi
bimbingan / kaunseling seperti kos,
tempat dan kandungan sesi.

20
3 Penepatan / pengesahan tarikh dan
tempat sesi kaunseling dijalankan.

15
4 Sesi Bimbingan/ Kaunseling Krisis
dijalankan kepada klien yang
berkaitan dengan kes.


90
5 Membuat analisa dan tindakan susulan
yang perlu hasil daripada sesi
bimbingan/ Kaunseling Krisis.


40
6 Konsultansi

30
7 Menetapkan tarikh sesi
bimbingan/ Kaunseling Krisis
seterusnya (jika perlu).

15
67


BENCI
ZI NA

8 Merekod hasil sesi bimbingan/
Kaunseling Krisis dengan klien dan
laporan difailkan.


30
JUMLAH 300



Zina adalah salah satu daripada perbuatan yang sangat dikutuk oleh Allah SWT dan dibenci
oleh semua agama di langit. Perbuatan tersebut adalah salah satu daripada perkara tanda-
tanda akan berlakunya hari Kiamat.

Oleh itu setiap individu dan masyarakat hendaklah sama-sama membanteras
perbuatan zina, sumbang mahram, membuang atau membunuh bayi demi mencapai
keharmonian dan kesejahteraan hidup supaya terhindar daripada bala bencana.












68


BENCI
ZI NA

LAMPIRAN




69


BENCI
ZI NA

JAWATANKUASA INDUK
PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

PENGERUSI : Pengarah Pelajaran Johor
TIMBALAN PENGERUSI : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
SETIAUSAHA l : Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan
SETIAUSAHA ll : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

JAWATANKUASA : Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah
Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan
Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas
Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Makumat
Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling
Ketua Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah-Daerah Negeri Johor






70


BENCI
ZI NA

JAWATANKUASA BERTINDAK
PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
PERINGKAT JABATAN PELAJARAN JOHOR

PENAUNG : Pengarah Pelajaran Johor
PENASIHAT : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
PENGERUSI : Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan
TIMBALAN PENGERUSI : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam
SETIAUSAHA I : Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan
SETIAUSAHA II : Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

JAWATANKUASA : Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan
Kemanusiaan
Ketua Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam
Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Sektor Pengurusan
Kemanusiaan
Penolong Pengarah, Sub Unit Bimbingan Dan Kaunseling,
Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Penolong Pengarah, Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam
Penyelia Disiplin, Hal Ehwal Murid Sektor Pembangunan
Kemanusiaan
Penyelia Dakwah, Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam
Penyelia Bimbingan Dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Ketua Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah-Daerah Negeri Johor


71


BENCI
ZI NA

JAWATANKUASA BERTINDAK
PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
PERINGKAT DAERAH

PENGERUSI : Pegawai Pelajaran Daerah
TIMBALAN PENGERUSI : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
SETIAUSAHA l : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Bimbingan & Kaunseling
Kerjaya Murid
SETIAUSAHA ll : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,Ketua Sektor,
Pendidikan Islam

JAWATANKUASA : Penolong-Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, PPD
Pengerusi, Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah
Menengah
Pengerusi Majlis Guru Besar
Penyelia Hal Ehwal Murid, PPD
Penyelia Pendidikan Islam, PPD







72


BENCI
ZI NA

JAWATANKUASA BERTINDAK
PENCEGAHAN ZINA DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR
PERINGKAT SEKOLAH

PENGERUSI : Pengetua / Guru Besar
TIMBALAN PENGERUSI : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SETIAUSAHA l : Guru Bimbingan & Kaunseling
SETIAUSAHA ll : Ketua Panitia Pendidikan Islam

JAWATANKUASA : Guru-guru Penolong Kanan
Guru Disiplin Sekolah
Ketua Panitia Mata Pelajaran
Guru-guru Pendidikan Islam
Guru-guru Pendidikan Moral
Yang Dipertua PIBG
Pengerusi, J/ Kuasa Pewaris Asrama







73


BENCI
ZI NA

SEKALUNG PENGHARGAAN

Kepada semua yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam memberikan sumbangan
khususnya kepada J awatankuasa Penggubal Modul
dan J abatan Pelajaran J ohor yang banyak membantu
sehingga terhasilnya Modul 5 Minit Benci Zina ini.
Semoga segala apa yang dirancang akan berjaya
dilaksanakan dengan jayanya.





74


BENCI
ZI NA

Anda mungkin juga menyukai