Anda di halaman 1dari 5

DISEDIAKAN OLEH:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
RISALAH USRAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI
BUKIT MERTAJAM

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. AKTIVITI USRAH SEPANJANG TAHUN

3. ASMAUL HUSNA

4. ZIKIR MUNAJAT

5. SELAWAT

6. QIAMULLAIL

7. BACAAN & MAKNA SOLAT

8. WIRID & DOA SELEPAS SOLAT

9. DOA HARIAN

TERBITAN
 BKI
 PPI SMKTBM

CETAKAN 2009

1
SEK.MEN.KEB.TINGGI BUKIT MERTAJAM
USRAH PELAJAR

PENDAHULUAN:

Usrah bermaksud keluarga. Adalah menjadi satu tanggungjawab yang berat dalam
mengendalikan keluarga SMKTBM yang besar. Bertitik tolak dari rasa tanggungjawab
untuk mendidik, membentuk akhlak dan meneruskan sunnah Rasulullah saw, dalam
meningkat iman dan amal maka pihak panitia merasakan usrah adalah wadah yang
terbaik bagi menyampaikan mesej dakwah. Usrah merupakan aktiviti mingguan yang
diadakan di SMKTBM. Aktiviti ini telah bermula sejak tahun 1993. Pada awalnya ia
diadakan kepada pelajar perempuan setiap bulan sekali, seterusnya pada tahun 1996, dua
kali seminggu. Pada tahun 1997 diadakan pada setiap minggu. Bermula tahun 2003,
usrah diwajibkan kepada semua pelajar SMKTBM tingkatan 1 hingga 6 Atas. Pada tahun
2007, sayap usrah memayungi guru dan kakitangan perempuan Islam SMKTBM.
Alhamdulillah semoga Allah swt memberi kekuatan jihad pada kita semua untuk
meneruskan aktiviti yang banyak manfaat ini.

RASIONAL:
 Pekeliling menyebut supaya pelajar solat di sekolah sekurang-kurangnya
seminggu sekali.
 Keadaan yang mencabar hari ini memerlukan gabungan tenaga guru-guru untuk
melengkapkan pelajar dengan perisai keimanan.
 Kerohanian yang semakin kontang dengan iman perlu diisi.
 Pengisian akademik dalam kelas amat membataskan pengisian kerohanian.
 Gejala sosial yang berhubung dengan umat Islam perlu didedahkan kepada pelajar
dan diterapkan kaedah menjauhinya.

OBJEKTIF:
 Mengetuk pintu hati murid dengan keimanan yang kental.
 Menyedarkan murid memahami Islam sebagai satu cara hidup.
 Menghubungkan silaturrahim sesama pelajar dan sesama guru serta kakitangan
Islam.
 Menjadikan pelajar peka kepada keadaan semasa
 Menjauhi pelajar daripada budaya negatif.
 Mengesan pelajar bermasalah.
 Menyalurkan nasihat yang berguna dari masa ke semasa.
 Mengawal perilaku pelajar melalui kumpulan kawalan kecil yang dibentuk.
 Membiasakan pelajar dengan amaln sunat
 Melatih pelajar menerapkan fardhu ’ain yang belum dikuasai.
 Membantu memahami kurikulum secara amali.
 Mendedahkan budaya ilmu kepada guru dan pelajar.

2
PENGISIAN:

1. Taaruf
2. Tazkirah - Berdasarkan buku Risalah Usrah dan panduan 2 waktu
tambahan
3. Zikir - Berdasarkan Risalah Usrah
4. Amali - Berdasarkan buku Panduan Amali
5. PAFA - Berdasarkan buku PAFA
6. Solat berjamaah
7. Salam berjamaah
8. Bersurai

PENGENDALIAN:

1. Dilaksanakan secara umum oleh guru ataupun berkumpulan oleh Naqib/Naqibah


2. Usrah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru
3. Diambil kedatangan setiap kali perjumpaan
4. Diambil tindakan bagi yang tidak hadir iaitu;
 Kesalahan pertama diberi peringatan
 Kesalahan kedua demerit
 Kesalahan ketiga dirotan
 Kesalahan keempat berjumpa pentadbir

’SEMOGA KEIKHLASAN USAHA KITA DIBERI GANJARAN OLEH ALLAH S.W.T’

3
JADUAL USRAH SMKTBM 2009

HARI TING MASA TEMPAT GURU BERTUGAS


3,4,5 & 6 Surau Us Muhamad Ghazali
Selasa (Lelaki) 1.30-2.30pm & Ust Nor’Azah Ismail
Sesi pagi Dewan Hjh.Maznah Ahmad
3,4,5 & 6 Surau Us Nor Bee Aziz
Rabu (Perempuan) 1.30-2.30pm & Hjh Che Noora Md Said
Sesi pagi Dewan Hjh Zauridah
1&2 Surau Us Mohd Hafiza Hafiz
Khamis (Lelaki) 12.00-1.00pm & En.Haszahdi Hassan
Sesi petang Dewan Pn.Khatijah Wan Ismail
1&2 Surau Ust Robiatul Adawiyah
Jumaat (Perempuan) 1.30-2.30pm & Pn.Roziah Hashim
Sesi petang Dewan Pn.Rosmah Abdul Razak

Anda mungkin juga menyukai