Anda di halaman 1dari 10

Air

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Untuk melihat air dari segi perspektif kimia dan teknikal, sila lihat Air (molekul).
Untuk melihat rencana air dari segi Islam untuk bersuci, sila lihat Air (bersuci)

Air mineral

Titisan air

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan
biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap
kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)


Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam
bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud
dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).

[sunting] Ciri-ciri
Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air
mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara
elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat
yang dinamakan ikatan kovalen.

Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik
melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom
hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion
OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk
buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri
daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105
darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di
sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian,
molekul air adalah dwikutub.

Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum


yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan
yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan
sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan


akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di
sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan
struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks
seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini
ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini
dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel
yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh
haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan
melarut ini.

[sunting] Bekalan air


Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan
semakin berkurangan disebabkan oleh pencemaran, dan permintaan yang meningkat.
Malah dianggarkan bahawa punca air bersih mampu mencetuskan peperangan di masa
akan datang sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan cermat pada masa sekarang.
erangga
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang
mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas
tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran
jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari
dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah
pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu
juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan
direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus,
sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang
dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan
mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman
rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada
secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying


mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000
lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-

• Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.


• Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.
• Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit
keras.

[sunting] Kaitan dengan arthropoda lain


Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails
(Collembola), disatukan dengan serangga dalam Subfilum Hexapod. Serangga
sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam Kelas Serangga (Insecta)) dibezakan
dengan semua arthropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyai
ectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) segment
badan (abdominal). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa.
Arthropod yang tidak terbang, seperti lipan, gonggok, kalajengking dan labah-labah,
kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya
mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua arthropods)
rangka luar (exoskeleton) yang bersambung-sambung.

[sunting] Morfologi dan tumbesaran


Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada
19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat
panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong oleh rangka luar yang
keras yang sebahagian besarnya terbina daripada kitin. Tubuh terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Kepala memiliki beberapa deria,
sepasang antena, sepasang mata kumpuan, dan alat-alat mulut, seperti labrum, labium
dan maksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap
(bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki oragn dalam tubuh yang
meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan
respirasi.

Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem
penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut
sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang
terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas.
Sistem perkumuhan terdiri daripada tubul Malphigi untuk penyingkiran buangan
bernitrogen dan usus belakang untuk pengosmokawalaturan. Pada hujung usus
belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium.
Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkir air bersama-sama najis mereka, fakta
yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan
semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.

[sunting] Taksonomi
Serangga dibahagikan kepada dua subkelas: Apterygota dan Pterygota.

Antara jenis serangga termasuk:

1. Anai-anai
2. Belalang
3. Cengkerik
4. Gegat
5. Kepinding / pijat-pijat
6. Kerengga
7. Kumbang
8. Kupu-kupu
9. Kutu
10. Lalat
11. Lipas
12. Lebah
13. Mentadak
14. Nyamuk
15. Penyengat
16. Pianggang
17. Rama-rama
18. Riang-riang
19. Semut
20. Pepatung / sibur-sibur
21. Tebuan

Burung merupakan benda hidup dalam katogeri "bipedal", kumpulan haiwan


vertebrata yang besar dan pelbagai yang terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun
sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.
Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang
dibahagikan kepada 27 aturan (orders). Selain itu terdapat pula banyak subspesies
yang jika dikira beserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C.
Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk
mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang
berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai
bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai
berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun
yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa
mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang
sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan
burung adalah seperti berikut :-

• Badan dilitupi oleh bulu pelepah.


• Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
• Mempunyai sisik pada kakinya.
• Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
• Bernafas melalui peparu.
• Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak
mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh
terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat
terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous
iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala
kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung
jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur
dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

[sunting] Kelas burung


Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-

• Struthioniformes, Burung Unta, Emu, Kiwi, and seumpamanya.


• Tinamiformes, Tinamous
• Anseriformes, Burung air
• Galliformes, ayam itik
• Sphenisciformes, Penguin
• Gaviiformes, Loons
• Podicipediformes, grebes
• Procellariiformes, albatrosses, petrels, and seumpamanya.
• Pelecaniformes, Pelican dan seumpamanya.
• Ciconiiformes, storks dan seumpamanya.
• Phoenicopteriformes, flamingos
• Accipitriformes, eagles, hawks dan seumpamanya.
• Falconiformes, falcons
• Turniciformes, button-quail
• Gruiformes, cranes dan seumpamanya.
• Charadriiformes, plovers dan seumpamanya.
• Pteroclidiformes, sandgrouse
• Columbiformes, doves dan pigeons
• Psittaciformes, parrots dan seumpamanya.
• Cuculiformes, cuckoos
• Strigiformes, Burung Hantu
• Caprimulgiformes, nightjars dan seumpamanya.
• Apodiformes, Layang-layang
• Coraciiformes, kingfishers
• Piciformes, woodpeckers dan seumpamanya.
• Trogoniformes, trogons
• Coliiformes, mousebirds
• Passeriformes, passerines

[sunting] Senarai burung


Antara spesies burung adalah :-

1. Burung Gembala Kerbau


2. Burung Ranggung Padi
3. Burung Bangau Leher Hitam
4. Burung Bangau Kecil
5. Burung Bangau Sederhana
6. Burung Helang Kembara Hitam
7. Burung Pucung Gelam
8. Burung Pucung Keladi
9. Burung Pucung Seriap
10. Burung Pucung Serandau
11. Burung Pekaka Sungai
12. Burung Pekaka Paruh Pendek
13. Burung Perling Mata Merah
14. Burung Pergam Besar
15. Burung Tekukur
16. burung Botak Besar
17. burung Botak Upeh
18. burung Undan Merah Jambu Hitam
19. burung Pucong Keladi
20. burung Sekendi Kepala Hitam
21. burung Angsa Mesir
22. burung Angsa Hitam
23. burung Merak Pongsu
24. burung Cenderawasih
25. burung Serak Gunung
26. burung Kuang Cermin
27. burung Kuang Raya Gunung
28. burung Kuang Cermin
29. burung Kuang Raya
30. burung Merah Mata
31. burung Merak
32. burung Pegar
33. burung Siul
34. burung Serok
35. burung Enggang Papan (Buceros rhinoceros)
36. Burung Hantu punggur (Strix leptogramurica)
37. Burung Hantu Ketumbuk ketampi (Ketupa ketupu)
38. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)
39. Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)
40. Burung Hantu Telinga Panjang (Asio otus)
41. Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus)
42. Pungguk (Ninox scutulata malaccensis)
43. Burung Madu Sriganti (Nectarinia jugulris)
44. Burung Lang Alap Jambul (Accipiter trivigartus)
45. Burung Lang Kanguk
46. Burung Julang Mas (Aceros)
47. Burung Bangau
48. Burung Belatuk woodpecker
49. Burung Bangau egret
50. Burung Helang eagle
51. Burung Layang-layang swallow
52. Burung Murai Magpie
53. Burung Pipit sparrow
54. Burung Unta
55. Burung Merak
56. Burung Enggang
57. Burung Kenari
58. Burung Undan
59. Burung Emu
60. Burung Tiung
61. Penguin
62. Burung Puyuh
63. Burung Hering
64. Burung Kakaktua
65. Burung Hantu
66. Bayan Parakeet
67. Burung Nuri
68. Burung Kiwi
69. Burung Siul
70. Burung Ruak-ruak
71. Burung Gagak
72. Burung Raja Udang
73. Burung Merpati
74. Burung Flamingo
75. Burung Kelicap
76. Burung Enggang
77. Burung Rajawali
Manusia atau orang dapat diartikan berbeda-beda menurut biologis, rohani, dan
istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologis, manusia diklasifikasikan
sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia), sebuah spesies primata dari
golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal
kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana,
dalam agama, dimengerti dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau
makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan ras lain.
Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan
bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan
teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok
dan lembaga untuk dukungan satu sama lain serta pertolongan.

Penggolongan manusia yang paling utama adalah berdasarkan jenis kelaminnya.


Secara alamiah, jenis kelamin seorang anak yang baru lahir entah laki-laki atau
perempuan. Anak muda laki-laki dikenal sebagai putra dan laki-laki dewasa sebagai
pria. Anak muda perempuan dikenal sebagai putri dan perempuan dewasa sebagai
wanita.

Penggolongan lainnya adalah berdasarkan usia, mulai dari janin, bayi, balita, anak-
anak, remaja, akil balik, pemuda/i, dewasa, dan (orang) tua.

Selain itu masih banyak penggolongan-penggolongan yang lainnya, berdasarkan ciri-


ciri fisik (warna kulit, rambut, mata; bentuk hidung; tinggi badan), afiliasi sosio-
politik-agama (penganut agama/kepercayaan XYZ, warga negara XYZ, anggota partai
XYZ), hubungan kekerabatan (keluarga: keluarga dekat, keluarga jauh, keluarga tiri,
keluarga angkat, keluarga asuh; teman; musuh) dan lain sebagainya.

Tokoh adalah istilah untuk orang yang tenar (misalnya 'tokoh politik', 'tokoh yang
tampil dalam film', 'tokoh yang menerima penghargaan', dll).
78.