Imam dan bilal merupakan dua komponen penting dalam menjadikan organisasi sesebuah masjid lengkap dan sempurna. Tanggungjawab imam dalam mengetuai solat amat berat dan amat memerlukan kesempurnaan agar solat yang dilakukan sah dan mengikut syariat Islam. Sungguhpun begitu, tanggungjawab bilal dalam melaungkan azan juga amatlah penting agar solat yang bakal dilakukan dapat dijalankan pada awal waktu. Oleh yang demikian, tanggungjawab orang yang berdua ini bukanlah boleh diperlekehkan, kerana adanya dua orang inilah solat berjemaah dapat diadakan. Namun, malangnya, tidak ramai dalam kalangan kita mampu menjadi imam mahupun bilal yang cemerlang. Oleh yang demikian, Lajnah Takmir Ibadah dan Musolla dengan berbesar hati mengadakan Kursus Imam dan Bilal 2011 bagi melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai imam dan bilal serta pada masa yang sama memupuk minat mereka untuk menjadi imam mahupun bilal.
Kursus imam dan bilal pada dasarnya bertujuan melatih para pelajar bukan sahaja untuk menjadi imam mahupun bilal, bahkan menjadi imam dan bilal yang cemerlang. Latihan dan pendedahan yang bakal diperolehi para guru pelatih pada masa yang sama mampu menjadikan mereka seorang guru yang versatil. Bukan sahaja mampu mengajar ilmu keduniaan, namun, pada masa yang sama mereka adalah imam dan bilal. Kebolehan ini sepastinya akan meninggikan lagi pandangan masyarakat mengenai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) amnya dan IPGM Kampus Dato Razali Ismail amnya. Oleh yang demikian, kewajaran dalam melaksanakan program ini tidak dapat kita nafikan lagi.
Kursus Imam dan Bilal 2011 ini dianjur oleh Lajnah Takmir Ibadah dan Musolla bersama Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) IPGM Kampus Dato Razali Ismail.
4.0 BUTIRAN KURSUS ________________________________________________________________
6.1.1 Merancang program dan membuat surat panggilan mesyuarat. 6.1.2 Membentuk jawatankuasa pengelola bagi melancarkan perjalanan kursus. 6.1.3 Merancang kelancaran dan membuat tentatif program. 6.1.4 Membuat persediaan teknikal seperti tempat dan sistem bunyi. 6.1.5 Membuat surat jemputan rasmi. 6.1.6 Membuat buku program.
6.2 Semasa Kursus.
6.2.1 Memastikan program berjalan lancar. 6.2.2 Memastikan peserta dan penceramah hadir. 6.2.3 Memastikan upacara pembukaan dan penutup berjalan lancar. 6.2.4 Memastikan tahap keselamatan serta disiplin pada tahap yang baik. 6.2.5 Menyedia dan menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.
6.3 Selepas Kursus.
6.3.1 Membuat laporan. 6.3.2 Mendokumentasi kertas kerja, penyata kewangan, dan pelan tindakan.
6.4 Penilaian.
6.4.1 Menilai aspek pelaksanaan program dan sambutan pelajar. 6.4.2 Menilai tahap ketercapaian objektif.
7.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM ________________________________________________________________
PenaungEncik Mohamad Bin Ngah (Pengarah IPGM Kampus Dato Razali Ismail) Tn. Hj. Saleh Bin Jusoh @ Mamat ( Ketua Jabatan Pengajian Agama Islam dan Moral)
Pengerusi: Mohd Nor Bin Jusoh (Pensyarah Penasihat Biro Agama dan Moral)
Timbalan Pengerusi: MUHAMAD FAHMI BIN OTHMAN Penolong Pengerusi: NAIMULLAH BIN RAMLAN Setiausaha: LUQMAN HAKIM BIN HARON Bendahari: NURSYAFIQAH BT ZULFAKER 8.0 JAWATANKUASA KECIL ________________________________________________________________
Tugas-Tugas Khas Ketua : Nur Ramadhilfitri Bin Ishak @ Zakaria Pen. Ketua : Nursyafiqah Bt Zulfaker
Persediaan Tempat Ketua : Ahmad Zakiran Bin Yusri Pen. Ketua : Fatin Nabila Binti Mohamad
Peralatan & Pembesar Suara Ketua : Abdul Hadi Bin Md Kassim Pen. Ketua : Rohaya Binti Abdul Rahim
Rakaman & Dokumentasi Ketua : Ahmad Khumaeni Bin Ismail Pen. Ketua : Nornadzirah Binti Zinuddin
Promosi & Disiplin Ketua : Muhammad Faez Bin Mat Saud Pen. Ketua : Nor Syuhada Bint Khalid
Hadiah & Cenderamata Ketua : Muhd Nur Tarmizi Bin Mohd Sarif Pen. Ketua : Farah Azreyna Binti Mohd Azhar
Jemputan & Sambutan Ketua : Mohd Syukur Bin Abdullah Pen. Ketua : Safanah Binti Adnan
Buku Program, Majlis Pembukaan & Penutup. Ketua : Ku Mohd Hafizudin Bin Che Ku Hassan Pen. Ketua : Siti Nor Safura Binti Zakaria
Jamuan Penceramah & Peserta Ketua : Wan Robiatul Adawiah Bt Wan Majid Pen. Ketua : Nur Zatil Hanan Bt Md Salleh
Diharapkan agar Kursus Imam dan Bilal ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang. Selain itu, diharapkan agar semua peserta program dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi sepanjang mengikuti Kursus Imam dan Bilal ini. Segala input yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung amat penting untuk dikongsi bersama guru-guru pelatih dan juga generasi masa depan yang ditemui ketika bergelar guru suatu hari nanti. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Pihak penganjur dengan hormatnya memohon pertimbangan dan kelulusan pihak institut bagi menjayakan program ini. Segala kerjasama dan perhatian yang diberi oleh pihak institut didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh :
.. (LUQMAN HAKIM BIN HARON) Setiausaha Program, Kursus Imam dan Bilal Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Ismail
Disemak oleh :
(MOHD NOR BIN JUSOH) Pensyarah Penasihat, Biro Agama dan Moral JPP Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Ismail
Diluluskan oleh :
. (MOHAMAD BIN NGAH) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Ismail