Anda di halaman 1dari 6

SEJAUH MANA TARANNUM MEMPENGARUHI PENGUASAAN AL-QURAN DAN MENAMBAH KECINTAAN

TERHADAP AL-QURAN
Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan sangat diimpikan oleh seorang
qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran.Pakar-pakar tarannum di dalam dan luar negara sentiasa
berusaha menggembelingkan tenaga ke arah pemantapan seni tarannum al-quran agar ia dialunkan
menepati kehendak bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW , para sahabat dan tabien serta
generasi selepasNya.
Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir adalah merupakan kaedah
pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan Kalam Allah. Melagukan bacaan al-Quran adalah
satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quranyang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa
hati pembaca dengan pendengar kepada keagunganAllah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami
falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah
:1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung.Sabda RasulullahS.A.W yang
bermaksud: diturunkan al-Quran itu denganpenuh kebesaran dan kehormatan.(Riwayat Muslim)
2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca danpendengar terhadapayat-ayat
al-Quran sebagaimana firman Allah Taalayang bermaksud: Mereka segeramenundukkan muka sambil
menangissedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukandan keinsafan.(Surah al-Isra:ayat
109)
3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Taala bermaksud: Dan apabila al-Qurandi baca
hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya)semoga kamu
beroleh rahmat Allah Taala. (Surah al-Araf:ayat 204).
4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: Perelokkan
bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yangelok sahaja mampu
menambahkan keindahan seni al-Quran..

Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam menggerakkan hala tuju sesuatu bidang. Dalam bidang
tarannum al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu
suatu usaha ke arah memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang
bertepatan syara bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati
keagungan Allah sebagai Maha Pencipta. Oleh itu, bertarannum tanpa memahami falsafahnya
merupakan amalan yang sia-sia dan suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu sendiri. Dalam
mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan aset yang perlu diketahui oleh
setiap Qari dan Qariah,. Persoalannya di sini, sejauh manakah tarannum ini mempengaruhi penguasaan
terhadap al-quran dan menambahkan kecintaan terhadap al-quran? Apakah usaha yang telah dilakukan
untuk memastikan taranum ini menjadi medium kepada penguasaan dan kecintaan terhadap al-Quran?

TARANUM AL-QURAN DITADBIR DALAM SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH
Pembelajaran berkaitan dengan tarannum al-quran telah diperkenalkan dari bangku sekolah lagi sebagai
pendedahan awal ilmu tarannum dan memupuk minat pelajar dalam ilmu tarannum. Objektif
pendedahan ini adalag tepat untuk memastikan pelajar sudah mula menguasai al-quran dari peringkat
awal dan menyemai kecintaan kepada al-quran. Bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah
daripada rebung. KPembelajaran tentang tarannum al-quran ini dijalankan dalam kelas kemahiran al-
quran yang mana menekankan aspek-aspek lain dalam bidang penguasaan al-quran.
Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA)
ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ). Kelas Khas Kemahiran
Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah
satu kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di
sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
Jika dilihat dari segi objektif pelaksanaan kelas kemahiran al-quran ini ialah salah satunya untuk
Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam bacaan harian. Kandungan kurikulum
yang di ajarkan juga merangkumi bidang tarannum pada setiap tahun. Jelas menunjukkan kepada kita
bahawa pembelajaran taranum dalam sukatan pelajaran, contohnya kelas kemahiran al-quran
memberikan pelajar peluang untuk mendalami ilmu tarannum al-quran di samping memahami isi-isi
pembelajaran berkaitan dengan al-quran dengan lebih mendalam.
Sebagai contoh, di setiap sekolah agama akan mewujudkan satu kelas yang dipanggil kelas kemahiran al-
quran yang menekankan tentang pembelajran al-quran termasuklah pembelajran berkaitan dngan
tarannum al-quran. Kelas kelamhiran al-quran ini jelas menjadi bukti pengaruhi pembelajaran taranum
dalam menguasai al-quran dan menambah rasa kecintaan terhadap al-quran.








PERANAN MEDIA MASSA DALAM MEYIARKAN PROGRAM BERKAITAN DENGAN TARANNUM AL-QURAN
Media massa merupakan satu jaringan social yang membolehkan sesuatu penyebaran berlaku
dengan pantas dan meluas. Kebaikan dalam media massa ini seharusnya digunakan untuk tujuan
yang baik dan berguna kepada seluruh masyarakat. Dalam aspek tarannum al-quran, media
massa merupakan satu wadah sebagai pencetus minat dalam bidang tarannum yang seterusnya
mempengaruhi penguasaan al-quran dan menambah lagi kecintaan terhadap al-quran. Pada masa
kini, penggunaan media sangat berpengaruh untuk menjadikan sesuatu itu sebagai trend ataru
ikutan. Jika digunakan dalam penyebaran ilmu tentang tarannum al-quran, tidak mustahil
tarannum akan menjadi satu ikutan dan datu hiburan islamiyyah yang digemari ramai.
Tarannum al-quran mempengaruhi dalam penguasaan dan menambah kecintaan dalam al-quran
melalui peranan media massa, Negara kita Malaysia menerbitkan program-program keagamaan
berbentuk ilmiah dan disalurkan dalam bentuk television, corong-corong radio, muat turun dalam
aplikasi internet, artikel dan sebagainya. Usaha Negara kita untuk menyebarkan ilmu tentang
tarannum al-quran memudahkan sesuatu pembelajaran tentang al-quran dipelajari dengan
pelbagai cara yang mudah mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Media ialah
saluran yang paling tepat untuk menjadikan ilmu tarannum al-quran ini berkembang luas dan di
ambil perhatian oleh semua pihak. Keunuikan seni tarannum al-quran ini terserlah dan menyebar
luas ke seluruh dunia.
media massa menjadi factor Sejauh manakah tarannum ini mempengaruhi penguasaan al-quran
dan menambahkan lagi keintaan terhadap al-quran ialah terbukti dengan penyiaran program-
program reality television iaitu Akademi Al-quran yang disiarkan untuk mempelajari ilmu
tarannum al-quran. Program seumpama ini menarik minat khususnya golongan remaja untuk
lebih menguasai al-quran dan menambahkan lagi kecintaan terhadap al-quran dan menjadikan al-
quran sebagai satu keperluan yang nyata dalam kehidupan seharian. P]enyebaran artikel-artikel
tentang ilmu tarannum, penyiaran bacaan lagu-lagu tarannum di corong-corong radio dan
penggunaan aplikasi you tube juga menjadi bukti media massa ini menjadikan tarannum sebegai
wadah untuk menguasai al-quran dan menyemai rasa cinta terhadap al-quran.










MAJLIS TILAWAH AL_QURAN SEHINGGA PERINGKAT ANTARABANGSA
Majlis tilawah al-quran merupakan satu aktiviti yang seringkali dijalankan pada setiap tahun. Objektif
bagi pelaksanaan program ini adalah untuk mengumpulkan qari dan qariah, hafiz dan hafizah untuk
bersaing secara sihat memperdengarkan bacaan al-quran sama ada berbentuk lagu ataupun hafazan.
Majlis tilawah al-quran ini dijalankan pada peringkat persekolahan kemudian berkembang sehingga ke
peringkat antarabangsa. MAjlis tilawah al-quran ini salah satunya menekankan tarannum dalam bacaan
ayat-ayat suci al-quran yang mana menjadikan seni tarannum sebagai salah satu kepentingan terhadap
al-quran.
Sejauh mana taranum al-quran ini mempengaruhi dalam penguasaan dan menambah kecintaan
terhadap al-quran ialah dengan menjadikan tarannum al-quran sebagai satu pertandingan. Para peserta
akan mencari maklumat dengan lebih mendalam tentang al-quran dan mengaplikasikannya dalam
tarannum mereka. Penghayatan tentang tafsiran al-quran semasa melagukan al-quran juga akan
menambahkan penghayatan terhadap al-quran yang membolehkan penguasaan al-quran dan
menambahkan lagi kecintaan terhadap al-quran.

Sebagai contoh, setiap tahun, majlis tilawah al-quran akan diadakan di sekolah. Majlis tilawah al-quran
ini juga diadakan dalam peringkat antarabangsa yang mana para peserta adalah dari pelbagai Negara.
Pertukaran ilmu semestinya berlaku Antara peserta. Jelas menunjukkan kepada kita pertandingan
tarannum al-quran menjadikan taranum sebagai medium untuk penguasaan al-quran dan menyemai
rasa cinta yang mendalam terhadap al-quran











KURSUS KEMAHIRAN AL-QURAN
Kecenderungan umat Islam masa kini terhadap al-Quran semakin ketara terutama dalam bidang bacaan
dan hafalan. Ini terbukti dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz di kebanyakan negeri di Malaysia UMAT
Islam memang dituntut untuk membaca al-Quran dengan baik dan suara merdu. Bacaan al-Quran secara
berlagu atau ilmu taranum adalah antara cabang ilmu yang jika dikuasai memberi kelebihan kepada
seseorang untuk membaca ayat suci dengan berlagu. Pada masa sama, ia juga meningkatkan kefahaman
berkaitan ilmu membaca al-Quran kerana taranum bukan sekadar belajar bagaimana hendak membaca
secara berlagu tetapi turut memberi penekanan kepada aspek penting seperti sebutan huruf serta ilmu
tajwid yang tepat.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bukan semua boleh membaca al-Quran dengan alunan yang merdu
mengikut lagu kerana ilmu taranum memerlukan minat serta kesungguhan seperti biasa ditunjukkan
qari serta qariah Majlis Tilawah al-Quran sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Imam
Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur yang juga bekas johan qari Wilayah
Persekutuan 2001, Mustafa Awaluddin berkata, selain minat mempelajari ilmu taranum juga
memerlukan kesabaran tinggi. Katanya, taranum yang merangkumi ilmu teori serta latihan amali
mengenai cara bacaan yang pelbagai boleh memberi cabaran dan hanya minat mendalam serta
kesungguhan mampu mendorong seseorang menguasai ilmu berkenaan.

Justeru, minat ini yang perlu kita beri perhatian terutama di kalangan generasi muda supaya mereka
mendalami ilmu taranum. Banyak kelebihan bagi mereka yang mendalami ilmu ini kerana dapat
menikmati keindahan ayat suci al-Quran.
Ilmu taranum juga membolehkan kita membaca al-Quran dengan ciri bacaan yang baik, memelihara
hukum tajwid serta kawalan suara, katanya selepas mengendalikan Kursus Taranum al-Quran dan
Berzanji anjuran Jabatan Agama The New Straits Times Press (NSTP).

Sebagai contoh, ajabatan agama NSTP telah menganjurkankursus yang menekankan kepada lagu-lagu al-
quran Mustafa berkata, usaha Jabatan Agama NSTP menganjurkan kursus itu bukan saja menjadi
landasan memperkenalkan ilmu taranum malah dapat membantu meningkatkan kefahaman mengenai
ilmu al-Quran yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad SAW dan juga menambahkan kecintaan terhadap
al-quran. Darul Quran juga telah melaksanakan Kursus Asas Tarannum Al-Quran kepada Persatuan Kebajikan
Guru-Guru al-Quran Negeri Johor bermula 15 Oktober sehingga 19 Oktober 2012. Kursus ini dilaksanakan untuk
membantu para pensyarah dan guru-guru Al-Quran memantapkan lagi pengurusan terhadap ilmu Tarannum.


PERKEMBANGAN TARANNUM SEBAGAI PERLAMBAGAN KESENIAN ISLAM
Setiap manusia sebagai fitrah semula jadi cenderung kepad hiburan, terutamanya kepad seni suara. Tidak semua
seni suara dibenarkan dalam islam.Para ilmuan islam telah mengutarakan seni suara dan muzik mengikut acuan
islam yang berlandaskan kepada syariat islam. Sebahagian besar kesenian suara al-quran pada hari ini merupakan
hasil awal kegemilangan islam. Perkembangan tarannum sebagai perlambangan terhadap kesenian islam
menjelaskan kepada kita iaitu tarannum merupakan seni dalam islam yang mampou menarik minat siapa pun kerana
keunikan dan keaslian sifat tarannum itu sendiri. Taranumm merupakan kesenian islam yang diwarisi secara turun
temurun dan tidak akan pupus dek zaman.

Sejauh mana tarannum mempengaruhi penguasaan al-quran dan menambahkan kecintaan terhadapal-quran ialah
dengan menghayati ilmu tarannum sebagai satu kesenian al-quran yang diwarisi zaman berzaman. Kesenian dalam
pembacaan al-quran mesti dilaksanakan, dengan suara yang baik, bertajwid,dan bertarannum untuk mencapai
martabat bacaan tartil. Melagukanbacaan al-quran adalah sebagai satu usahake arah pencapaian amalan membaca
al-quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepad keagungan Allah (Nik,
Jaafar, 1998).
Sebagai contoh, dalam perkembangan sejarah islam, tarannum merupakan satu kesenian yang sering dilagukan
oleh masyarakat arab sebagai satu yang berbentu syair. Perkembangan tarannum masih berlaku sehingga kini.
Kesenian tarannum al-quran juga tersebar meluas dan menarik minat orang llain dalam kesenian al-quran. Kesenian
Dalam tarannum itu sendiri mempengaruhi penguasaan bacaan al-quran dan menyemai kecintaan terhadap al-quran

Oleh itu, jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa tarannum al-quran mempengaruhi dalam penguasaan al-quran
dan menambah kecintaan terhadap al-quran melalui program-program yang telah dijalankan oleh Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai