Anda di halaman 1dari 7

kemiskinan

Masalah kemiskinan sebenarnya bukanlah satu masalah baru. Kajian tentang kemiskinan
telah dibuat sejak tahun 1800-an lagi. Antara yang terawal dan penting ialah yang telah
dibuat oleh Rowntree (1901). Berdasarkan kepada kajian yang dijalankannya ke atas
keluarga-keluarga di York, England dalam than 1899, beliau berpendapat bahawa mereka
yang tergolong dalam kemiskinan utama ialah keluarga-keluarga yang jumlah
pendapatannya tidak cukup untuk mendapatkan keperluan minima untuk mengekalkan
kecekapan fizikal.
Beberapa lama kemudian, Townsend (1979), berdasarkan kepada kajiannya
ke atas sumber isirumah dan taraf hidup di United Kingdom, tidak bersetuju dengan definisi
ini. Belieau memberikan definisi kemiskinan sebagai "kekurangan sumber yang diperlukan
untuk membolehkan seseorang berpartisipasi di dalam aktiviti-aktiviti, adat dan pemakanan
yang biasanya diterima masyarakat". Sumber itu tidak terhad hanya kepada pendapatan
tunai (yang diusaha, tidak diusahakan dan keselamatan sosial). Ia juga merangkumi aset
modal (rumah/flat yang diduduki dan dimiliki keluarga dan aset-aset lain selain dari rumah
yang diduduki), nilai manfaat pekerjaan (subsidi dan nilai insuran pekerjaan, kemudahan
pekerjaan), nilai perkhidmatan sosial awam (terutamanya selain dari wang tunai, termasuk
subsidi dan perkhidmatan kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan, tetapi tidak termasuk
keselamatan sosial), dan pendapatan persendirian dalam bentuk barangan (pengeluaran di
rumah, hadiah dan nilai perkhidmatan sokongan peribadi) (Townsend 1979:88-89).
Di Malaysia, perbincangan pertama tentang kemiskinan telah dilakukan dalam
tahun 1923 oleh Za'ba (1923). Beliau menarik perhatian kepada keadaan kemiskinan orang
Melayu, tetapi tidak mendefinisikan konsep dan pengukur kemiskinan. Yang merasakan
perlunya definisi, pengukur dan mencari sebab-sebab kemiskinan ialah Ungku Abdul Aziz
(1964; 1965), yang menulis lebih kurang 40 tahun selepas Za'ba. Ungku Abdul Aziz (1964)
mengemukakan tiga sebab utama kemiskinan di kalangan orang Melayu, iaitu pengabaian
pemerintah, daya pengeluaran yang rendah dan eksploitasi.
Sebenarnya adalah tidak mudah mendefinisikan konsep kemiskinan. Ada dua
sebab utama kenapa hal ini berlaku. Pertama, definisi kemiskinan berbeza-beza mengikut
disiplin. Dan kedua, ia berbeza-beza mengikut ruang geografi, masyarakat dan masa. Oleh
kerana dua sebab ini, tidak ada satu takrif kemiskinan yang standard yang boleh diterima
oleh semua orang atau oleh semua negara pada setiap masa. Dalam kes perbezaan ruang
geografi, masyarakat dan masa misalnya, kemiskinan terpaksa dirujuk kepada
ketidakcukupan keperluan asas yang berbeza-beza dari individu ke individu dalam
masyarakat yang sama dan dari masyarakat ke masyarakat yang lain serta dari semasa ke
semasa.
Dalam kes perbezaan disiplin pula, masing-masing mempunyai dimensi
definisi yang juga tidak sama. Ahli ekonomi atau neo-ekonomis mendefinisikan kemiskinan
daripada perspektif jumlah pendapatan, ahli ekonomi politik daripada perspektif struktural
dan akses, ahli sosiologi daripada perspektif stratifikasi sosial, ahli psiko-sosial daripada
perspektif keperibadian dan sikap, manakala ahli perubatan daripada perspektif zat atau
kalori makanan (Mohd Nor Ghani 1977:217; Kamal Salih 1983/1984:29; Mohd Taib Dora
2000:14).

Selain itu, ahli sejarah dan perbandingan kemiskinan mendefinisikan
kemiskinan melalui satu garisan (continuum) kemahuan (want) bermula dari kebuluran,
saradiri (subsistence), social coping dan akhir sekali partisipasi sosial (George and Howards
1991:2-11). Ahli teori alam sekitar pula mendefinisikan kemiskinan dari perspektif keadaan
sekitar. Bagi mereka, keadaan sekitar yang mundur tidak membantu melahirkan inisiatif dan
peluang untuk memperbaiki keadaan seseorang kecuali mereka yang berani berhijrah keluar
dari kawasan tersebut. Pemikiran yang dikenali sebagai teori alam sekitar (environmental
theory) ini berhubungan pula dengan konsep kebudayaan kemiskinan (culture of poverty)
yang diperkenalkan Lewis (1966). Mengikut Lewis (1966), kemiskinan mewakili satu cara
hidup yang dicirikan oleh kekurangan partisipasi dan integrasi dengan masyarakat yang
lebih besar. Ia hanya terhad kepada berdepan dengan masalah semasa dalam mencari
sumber hidup, organisasi sukarela yang minima, keupayaan yang sedikit dalam
menangguhkan kegembiraan untuk masa depan, fatalisme, rasa terasing yang kuat, putus
asa, atau rasa kebergantungan, rendah diri dan sebagainya. Di samping itu, ada juga
penulis yang melihat kemiskinan dari pendekatan saradiri atau pendekatan biologikal (yang
menggangap seseorang itu miskin apabila tidak mempunyai cukup keperluan untuk
mempertahankan kecekapan fizikal); dari pendekatan ketidaksamaan (yang melihat
kemiskinan sebagai berhubungan dengan wujudnya ketidaksamaan di dalam masyarakat);
dan dari pendekatan luaran (externality) yang melihat natijah sosial kemiskinan ke atas
masyarakat selebihnya (Rein 1970).

Di tengah-tengah kepelbagaian definisi dan perspektif kemiskinan ini, ada
dua perkara yang kebanyakan mereka bersetuju. Pertama ialah bahawa kemiskinan itu
berkait rapat dengan sindrom `kekurangan' (Sen 1981:22), dan kedua, ia berkait rapat
dengan `ketidakupayaan' atau `ketidakmampuan'.
Dalam kes yang pertama, kekurangan-kekurangan itu umpamanya ialah
kekurangan makanan, taraf kesihatan yang rendah, pendapatan yang rendah,
pengangguran, keadaan perumahan yang tidak selamat, taraf pendidikan yang rendah, tidak
menikmati keperluan moden, pekerjaan yang tidak terjamin, sikap hidup yang negatif dan
fikiran yang kolot (Osman Rani Hassan dan Abdul Majid Salleh 1988:30-31; Chamhuri Siwar
1988b; Jamilah Ariffin 1994:3). Di samping itu ada juga yang mengkategorikan kekurangan-
kekurangan berkenaan ke dalam tiga bahagian. Pertama, kekurangan keupayaan
pendapatan; kedua, kekurangan akses kepada kuasa-kuasa sosial seperti kuasa-suara,
kuasa-politik, milikan punca-punca keluaran, pendidikan dan sebagainya; dan ketiga,
kekurangan keperluan asas seperti perlindungan, pemakanan, pendidikan asas, kesihatan,
pekerjaan dan sebagainya (Kamal Salih 1983/1984:28).
Dalam mendefinisikan kemiskinan dari sudut kekurangan ini, ada dua
pendekatan yang sering digunakan, yakni pertama, perspektif ekonomi dan kedua,
perspektif sains sosial. Dari perspektif ekonomi kekurangan-kekurangan tersebut dikaitkan
dengan jumlah pendapatan yang diperoleh sama ada secara mutlak atau pun relatif.
Kemiskinan mutlak diukur dengan garis kemiskinan manakala kemiskinan relatif diukur
dengan membandingkan taraf agihan pendapatan dalam masyarakat keseluruhannya. Dari
perspektif sains sosial pula, kekurangan dikaitkan dengan stratifikasi sosial masyarakat
kerana golongan miskin adalah golongan yang kekurangan dari segi kelas, status dan kuasa
dalam hiraki masyarakat. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai penekanan dan
penghuraian yang berbeza, tetapi saling berkait dan lengkap melengkapi (Mohd Taib Dora
2000:14).
Masalah kekurangan ini sebenarnya adalah berbentuk relatif. Ia bergantung kepada
masa, keadaan dan tahap sosio-ekonomi masyarakat, geografi (tempat) dan sebagainya
sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Di negara-negara sedang membangun
misalnya, kemiskinan lebih cenderung kepada kekurangan mutlak, umpamanya kebuluran,
kelaparan, kekurangan zat makanan, pengangguran, pengemisan dan kekurangan
keperluan asas. Di negara maju pula, kemiskinan merujuk kepada kekurangan relatif, yakni
golongan yang tidak mampu atau tidak berupaya menampung kehidupan yang setaraf
dengan golongan lain yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dalam masyarakat.
Dalam kes ketidakupayaan atau ketidakmampuan pula, kemiskinan dihubungkan
dengan ketidakupayaan untuk menikmati keperluan-keperluan asas yang dianggap paling
minima untuk hidup seperti keperluan makanan, perumahan, pakaian, perkhidmatan-
perkhidmatan pelajaran, kesihatan, kebajikan dan kemudahan-kemudahan sosial yang lain
(INTAN 1980). Ketidakupayaan ini juga berkait rapat dengan kurangnya pendapatan
mereka. Dalam hal ini, pendapatan dijadikan pengukur kemiskinan dengan menggunakan
konsep garis (atau paras) kemiskinan. Garis kemiskinan ini diukur dengan menggunakan
pendapatan yang dikira boleh menampung taraf hidup minima seseorang atau sesuatu
keluarga. Pendekatan yang dipakai dalam mengukur taraf kehidupan minima ini ialah
pendekatan keperluan asas yang mengambilkira semua keperluan ekonomi (seperti
makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya), keperluan sosial dan politik malah
keperluan budaya sekali pun. Sesetengahnya mengukur garis kemiskinan ini dengan
menggunakan pertamanya, pendekatan profesional atau pakar (dengan mengambil
pendapat profesional atau pakar-pakar ini dalam menentukan kuantiti dan kualiti keperluan
untuk orang miskin); kedua, pendekatan kepenggunaan atau perbelanjaan (dengan melihat
bagaimana orang-orang ramai menggunakan pendapatan mereka); dan ketiga, pendekatan
pendapat awam atau persetujuan sosial (social consensus) (dengan mendefinisi dan
mengukur kemiskinan berdasarkan kepada pandangan orang ramai) (Piachaud 1987;
George and Howards 1991:11-20).
Dari huraian di atas ternampak bahawa sebenarnya, sama ada kemiskinan
yang dilihat dari perspektif kekurangan atau dari perspektif ketidakupayaan, kedua-duanya
memakai angkubah-angkubah yang tidak banyak berbeza. Ia berkisar kepada kekurangan
dan ketidakupayaan memiliki pendapatan, keperluan asas, akses kepada kuasa sosial dan
sikap positif dari perspektif pembangunan, Kedua-duanya pula secara umumnya bersetuju
menggunakan dua pendekatan dalam mendefinisikan kemiskinan. Pertama ialah
pendekatan mutlak dan kedua ialah pendekatan relatif.
Antara kedua pendekatan ini, umumnya pendekatan mutlaklah yang paling
berpengaruh. Dalam pendekatan ini, definisi kemiskinan diukur melalui tahap mutlak
keperluan minima (absolute level of minimum needs) seseorang atau sesuatu isirumah.
Mereka yang hidup di bawah tahap mutlak keperluan minima ini dianggap sebagai hidup di
dalam keadaan miskin. Dalam kes ini, tahap hidup minima dipastikan dalam bentuk tahap
pemakanan, pakaian dan sebagainya, dan pendapatan untuk memenuhi ini diambilkira
semuanya. Kemiskinan mutlak dikatakan berlaku apabila seseorang atau segolongan ahli
masyarakat mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas
mereka (Anand 1983:113; Syed Othman Alhabshi 2000). Ketetapan mutlak ini diukur
dengan garis kemiskinan. Di Malaysia, dalam tahun 2000, garis kemiskinan ialah sebanyak
RM467 sebulan bagi isi rumah yang mengandungi lima orang ahli keluarga. Sekiranya
sesebuah isi rumah mempunyai pendapatan separuh daripada paras kemiskinan mutlak ini,
ia dipanggil sebagai kemiskinan tegar (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2000).
Namun begitu, konsepsi kemiskinan sebagai `mutlak' begini dikritik kerana
keperluan manusia, walau untuk makanan sekali pun, ditentukan oleh masyarakat masing-
masing yang berbeza-beza keperluannya dari semasa ke semasa (Townsend 1979:38-39;
59-60). Selain dari itu, pendekatan ini juga mengalami masalah besar dalam menetapkan
apakah yang termasuk di dalam keperluan asas minima itu. Sesetengahnya mengatakan
makanan, pakaian dan tempat tinggal. Yang lain memasukkan bukan hanya barangan dan
perkhidmatan, tetapi juga perkara-perkara bukan-material seperti hak sivil individu,
kebebasan dan lain-lain. Kalau pun perkara-perkara ini telah dikenalpasti, jenis-jenisnya
masih tetap boleh dipersoalkan lagi. Selain itu, garis kemiskinan yang menjadi pengukur
kepada miskin tidaknya seseorang itu juga boleh berubah mengikut perubahan-perubahan
tahap harga umum (general price levels) (Syed Othman Alhabshi 1996).

Permasalahan ini membawa kepada lahirnya pendekatan relatif.
Kemiskinan dikatakan relatif wujud selagi ada ketidaksamaan di dalam pengagihan
pendapatan dan kekayaan (Syed Othman Alhabshi 2000). Pendekatan relatif ini
menginterpretasikan kemiskinan dalam hubungan taraf kehidupan masyarakat semasa,
dengan mengiktiraf dengan jelas keadaan saling-kebergantungan antara garis kemiskinan
dan pengagihan pendapatan keseluruhannya (Anand 1983:113). Selagi wujud jurang
pendapatan antara dua individu atau dua kumpulan, yang mempunyai pendapatan yang
lebih rendah akan dianggap sebagai miskin manakala yang mempunyai pendapatan lebih
tinggi dianggap sebagai kaya. Dalam konteks ini, kemiskinan hanya boleh dihapuskan
sekiranya setiap orang atau kumpulan mempunyai pendapatan yang sama. Seseorang yang
secara relatifnya miskin boleh menikmati segala kemewahan kehidupan sekiranya
perbandingan dibuat di kalangan orang-orang kaya. Begitu juga, seseorang yang kaya atau
yang tidak miskin mungkin tidak berupaya memenuhi keperluan asasnya (Syed Othman
Alhabshi 1996).






Washington (ANTARA News) - Bilangan orang yang miskin jatuh mendadak antara tahun
1981 hingga 2005, tetapi kemajuan tidak berlaku di sub-Sahara Afrika, menurut kajian Bank
Dunia, hari ini.

Penanda aras meningkat kepada 1.25 dolar garis kemiskinan daripada 1 dolar sehari,
diselaraskan untuk menggambarkan kaedah statistik yang baru, menurut Bank Dunia
bilangan orang miskin di dunia jatuh kepada 1.4 bilion daripada 1.9 bilion pada suku abad.

Dalam semakan utama anggaran kemiskinan institusi yang beribu pejabat di Washington,
berkata bahawa 1.4 bilion orang di negara-negara termiskin - atau satu dalam empat - hidup
dengan dana di bawah $ 1.25 sehari pada tahun 2005.

Bilangan orang-orang miskin pada tahun 1981 kepada 1.9 bilion atau satu daripada tiga
orang.

Dalam anggaran awal adalah berdasarkan kepada garis kemiskinan satu dolar setiap hari,
mendapati penduduk sebanyak 985 juta orang miskin pada tahun 2004 dan 1.5 bilion pada
tahun 1981.

Bank Dunia berkata anggaran terakhir mereka menunjukkan bilangan orang yang miskin
jatuh 500 juta sejak 1981, daripada 52 peratus daripada penduduk di negara membangun
pada tahun 1981 bentuk 26 peratus pada tahun 2005.

Para penyelidik dikira anggaran emnggunakan garis kemiskinan baru mereka 1.25 ringgit
sehari bagi tahun 2005 di negara-negara termiskin 10-20, berdasarkan peningkatan dalam
data harga setanding di peringkat antarabangsa.

"Sebagai akibat daripada peningkatan dalam pengumpulan data harga dan pemprosesan,
kita mengkaji kos tertinggi yang tinggal di negara-negara membangun," kata
185 peminjam negara-negara membangun dalam satu kenyataan.

"Menurut kepada dunia baru yang akan mencapai Matlamat Pembangunan Milenium dalam
separuh pertama pada tahun 1990 kemiskinan menjelang tahun 2015 dan kemiskinan akan
jatuh oleh kira-kira satu peratus setahun sejak 1981," kata Justin Lin, Ketua Ekonomi di
bank.

Walau bagaimanapun, berita yg menenangkan bahawa kemiskinan adalah lebih meluas
daripada yang difikirkan bermakna kita mesti melipatgandakan, terutama di Sub-Sahara
Afrika, "katanya.

Sub-Sahara Afrika adalah satu-satunya rantau di mana perjuangan menentang kemiskinan
asasnya tidak menunjukkan kemajuan, menurut angka.

Pada tahun 1981, 51 peratus daripada penduduk di Sub-Sahara Afrika hidup di bawah garis
kemiskinan. Jumlah itu meningkat kepada 58 peratus pada tahun 1996 dan jatuh kembali
untuk menjadi 50 peratus pada tahun 2005. Bilangan miskin dua kali ganda dalam tempoh
1981-2005 200000000-380.000.000 orang.

Bank Dunia memberi imbasan tajam pengurangan kemiskinan di Asia Timur, rantau
termiskin di dunia pada tahun 1981, apabila 80 peratus daripada penduduk yang tinggal
dengan dana di bawah 1.25 ringgit sehari. Pada tahun 2005, jumlah itu menurun kepada
hanya 18 peratus,