Anda di halaman 1dari 14

PERTANDINGAN POWER POINT

PENDIDIKAN MORAL
Nama Ahli Kumpulan:Wong Kan Lap
Hiew Chi Fung

BIDANG PEMBELAJARAN 5 :
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI
MANUSIA
Nilai :Melindungi Hak Kanak-kanak
Definisi:Membela , memberi naungan dan
memelihara hak
kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan mereka yang sempurna

KANDUNGAN AKADEMIK:Perlindungan
terhadap Kanak-kanak Tanggungjawab Semua
Pihak
Peranan Pelbagai Pihak dalam Melindungi Kanak-kanak

Peranan Kerajaan
1 Semua pihak, sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan, atau
individu mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama untuk
melindungi dan menyayangi kanak-kanak.

2 Kerajaan melindungi kanak-kanak malalui peraturan dan undang-
undang dengan menggubal Akta Kanak-kanak 2001.

3 Akta Kanak-Kanak 2001 memaktubkan bahawa setiap kanak-kanak
harus dilindungi dan disayangi atau sebab yang berikut :

(a) Kanak-kanak berhak untuk membesar dan berkembang dalam
suasana adil, aman, bahagia, dan kasih sayang untuk memperoleh
keyakinan penuh, maruah, dan nilai diri yang positif ;

(b) Kanak-kanak merupakan kunci kehidupan , pembangunan , dan
kemakmuran masyarakat kini dan akan datang ;

(c) Kanak-kanak masih kurang matang dari segi fizikal , mental , dan
emosi .

Sebab Perlunya
Pelindungan
Kanak-kanak
Melalui
Undang-undang
Didera dari segi
fizikal dan mental
Dianiaya dari segi
seks
Terbuang atau
terabai
4 Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 , kanak-kanak memerlukan
pemeliharaan dan perlindungan termasuklah keadaan yang
berikut :

(a) Kanak-kanak telah atau berkemungkinan besar akan dicedera
atau didera sama ada dari fizikal atau emosi .
(b) Kanak-kanak telah atau berkemungkinan besar akan
dianiayai dari segi seks .
(c) Kanak-kanak yang telah mengemis atau menjalankan
penjajahan yang menyalahi undang-undang , menjual loteri
haram , dan perjudian yang memudaratkan kesihatan dan
kebajikan kanak-kanak itu .

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak
yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan
dengannya atau yang berkaitan dengannya.

(i)Kemudahan
(a)Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang orang muda yang
memerlikan jagaan dan perlindungan.

(ii)Takrifan Kanak-kanak
(a)Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun.
(iii)Takrifan Penganiayaan
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3
(a)Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan,
didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh
menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung
atau tidak langsung yang akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan
kepada kesihatannya.
(b)(Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau pendengaran,
kecederaan anggota tubuh badan dan kecederaan otak).

(iv)Hukuman
(a)Bagi kesalahan mengikut takrifan a. di atas hukumannya ialah denda
tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau
kedua-duanya. Seksyen 26 Akta 468.
(b)Bagi kesalahan mengikut takrifan b. diatas hukumannya ialah denda
tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau
kedua-duanya. Seksyen 28 Akta 468.
(v)Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
(i)Menyiasat aduan yang diterima.
(ii)Merujuk kepada Pegawai Perubatan untuk mengesahkan samada
penganiyaan telah berlaku atau tidak.
(iii)Melaporkan kepada polis jika kes yang berkenaan perlu dibawa ke
hadapan mahkamah.
(iv)Mengadakan kaunseling kepada pihak yang terlibat supaya perkara
itu tidak berlaku lagi.
(v)Sebagai ikhtiar terakhir, menempatkan kanak-kanak dengan penjaga
yang sesuai atau dimasukkan ke dalam Rumah Kanak-kanak.

Hak kanak-kanak yang perlu dilindungi
untuk menjamin kesejahteraan hidup
mereka.

1. Menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan
diskriminasi.
2. Mendapat perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa.
3. Mempunyai nama dan kewarganegaraan.
4. Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat kediaman,
rekreasi dan kemudahan perubatan.
5. Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat.
6. Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan.
7. Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi dan
diskriminasi.
5 Dalam Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan ) 1966 ,
dinyatakan bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk bekerja
kecuali dalam syarat-syarat yang tertentu

6 Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja
yang melanggar undang-undang yang melindungi kanak-kanak
seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak dan akta lain
yang berkaitan dengan kanak-kanak .

Peranan Rumah-rumah Pelindungan
1 Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
menupuhkan tempat pelindungan seperti rumah kanak-
kanak untuk melindungi kanak-kanak yang dicederakan
dari segi fizikal atau emosi

2 Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberi pemulihan
kepada juvana yang terbabit dalam kesalahan undang-
undang

3 Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa kepentingan
juvana yang terbabit dalam jenayah sentiasa terbela dan
terjamin dalam masyarakat dan pencegahan awal dapat
dijalankan .


Peranan Badan Bukan Kerajaan

1 Keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat untuk
membesar , menyara , dan memenuhi kebajikan anak-anak mereka
supaya bertanggungjawab dan berakhlak mulia .

2 Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan anak-anak
mereka tentang peraturan , undang-undang , dan nilai sosial yang
diterima oleh masyarakat supaya merka dapat berfungsi sebagai
anggota masyarakat yang bertanggungjawab .

Peranan Individu
1 Setiap individu juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan
menyayangi kanak-kanak supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran
yang sihat dan selamat .

2 Hal ini penting kerana persekitaran yang tidak sihat memudahkan mereka
terdedah dan terperangkap dengan anasir kurang sihat hingga
mempengaruhi mereka melakukan sesuatu yang menentang peraturan dan
undang-undang masyarakat seperti mencuri , gangsterisme atau
mengambil dadah .

3 Semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab bersama dan
komitmen untuk memenuhi hasrat dan harapan kanak-kanak untuk
dilindungi dan disayangi .

4 Kepentingan dan hak-hak kanak-kanak harus dihargai , dipelihara , dan
dilindungi untuk menjamin negara terus maju dan masyarakat yang madani
tercapai pada masa depan .
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai