Anda di halaman 1dari 3

Awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Awan kumulus
Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau
kelabu di langit.
Isi kandungan
[
1 Pembentukan awan
2 Klasifikasi awan
o 2.1 Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)
o 2.2 Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)
o 2.3 Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah)
o 2.4 Keluarga D: Awan menegak
Pembentukan awan
Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan.
Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:
1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat.
Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang
lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak
terhingga banyaknya.
2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi
semakin tepu dengan wap air.
Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi
semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat
titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.


Awan di Gunung Kinabalu
Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu.
Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih
berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak
membawa hujan.
Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah
amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan
di dalam awan menyokongnya.
Klasifikasi awan
Rencana utama: Jenis-jenis awan


Klasifikasi awan mengikut ketinggian
Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan
stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan
kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.
Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)
Sirus (CI)
Sirostratus (Cs)
Sirokumulus (Cc)
Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)
Altostratus (As)
Altokumulus (Ac)
Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah)
Stratus (St)
Nimbostratus (Ns)
Kumulus humilis (Cu)
Kumulus mediokris (Cu)
Stratokumulus (Sc)
Keluarga D: Awan menegak
Kumulonimbus (dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir) (Cb)
Pirokumulus

http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan