Anda di halaman 1dari 1

Minggu Kedua

Hari : Isnin
Tarikh : 06 Januari 2014
BAHASA MALAYSIA ( 7.30 8.30 pagi ) - Tahun 5 Perdana
Tema 1 : Kekeluargaan
Unit 1 : Rumahku Syurgaku
Bahagian 2 : Keluarga Bahagia
Kemahiran : FU 1.1 Aras 1(i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam perbualan.
FS 5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang
mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif : Murid-murid diharapkan dapat :
1. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
2. Membaca perbualan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan contoh rajah pohon keluarga.
2. Murid menyatakan kata panggilan yang terdapat dalam keluarga asas dan
keluarga kembangan.
3. Guru menunjuk cara membaca dialog (BT M/S 2 dan 3) dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
4. Secara kumpulan, murid melakonkan dialog yang diberikan dengan intonasi
yang betul.
5. Murid membincangkan kata panggilan yang terdapat dalam dialog.
6. Murid membina ayat dengan menggunakan kata panggilan yang terdapat dalam
dialog.
7. Murid diminta membina rajah pohon keluarga masing-masing.
8. Guru dan murid merumus isi pelajaran dan penerapan nilai murni.
Sistem Bahasa : Tatabahasa - Kata panggilan
Kosa Kata - Salasilah, beransur-ansur, seronok, berhijrah
Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kajian Tempatan
Nilai murni - Bersopan, Hormat-menghormati
KBT - Kem. Berfikir Menjana Idea, Menghubung kait,
BBM : Carta Rajah Pohon
Kerja Rumah : 012 Menulis karangan dialog.
Impak / Catatan :1. 2 / 42 murid jalani latiha olahraga MSSD di padang SKBK.
2. 40 /40 murid dapat menguasai dan mencapai objektif.
3. Pengayaan membina ayat untuk karangan dialog.