Anda di halaman 1dari 7

SEMESTER 1 SESI 2013/2014

PENILAIAN KURSUS
(PPGPJJ)


KRS 3013
KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS


DR. NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH
(PENYELARAS KURSUS)

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA
1.0 PENGENALAN

Kursus ini memberi pendedahan mendalam tentang kemahiran-kemahiran tumpuan dalam
mempelajari sains iaitu kemahiran saintifik, yang merangkumi kemahiran proses sains serta
kemahiran manipulatif, dan juga kemahiran berfikir terutama kemahiran berfikir aras tinggi
serta kemahiran menaakul secara saintifik. Penekanan kursus adalah kepada bagaimana
kemahiran-kemahiran tersebut dapat di integrasi dalam pengajaran serta diajar secara
langsung kepada pelajar sekolah bagi membolehkan pembinaan kemahiran saintifik dan
berfikir yang lebih berkesan.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menghuraikan konsep kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir aras tinggi.(C5)
2. Menghuraikan pendekatan dan teknik mengajar kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
aras tinggi.(C6,A1)
3. Mereka bentuk pengajaran tajuk-tajuk terpilih yang secara langsung berupaya membina
kemahiran saintifik dan berfikir pelajar.(C4,A3,P4.CS2)
4. Berfikir secara kritis dan kreatif (CT6,LL1)

3.0 PENILAIAN KURSUS
3.1 PEMBERATAN
Kategori Pemberatan

Kerja kursus 70%

Peperiksaan akhir 30%

JUMLAH 100%


3.2 AGIHAN PEMBERATAN KERJA KURSUS
Bentuk Kerja Kurus

Jenis Tugasan Agihan Markah (%)
INDIVIDU Tugasan 1 25%

Tugasan 2 25%

E-Forum 20%

JUMLAH 70%




4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya pelajar mendapat kefahaman
sebenar tentang bagaimana hendak menyiapkan kerja kursus.

TUGASAN ARAHAN TARIKH HANTAR %

Tugasan 1

Pilih satu tajuk dari sukatan mata pelajaran sains
(rendah/menengah), bina satu Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) untuk 60 minit
pengajaran. Dalam RPH tersebut perlu
dinyatakan bagaimana kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir diintegrasikan secara
langsung kepada pelajar. Jelaskan model,
pendekatan, strategi, teknik serta alat yang
digunakan untuk mengendalikan sesi pengajaran
dan pembelajaran ini.


Hari Terakhir
Minggu 10

25%

Tugasan 2

Sediakan 1 artikel/ esei ilmiah berkaitan
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam
pengajaran sains . Bincangkan isu /
kaedah/penemuan terkini berkaitan kemahiran-
kemahiran ini . Panjang artikel adalah 5-10
muka surat, font 12, times new roman, 1.5
spacing. Penulisan mestilah merujuk kepada
sekurang-kurangnya 5 jurnal terkini sebagai
rujukan.


Hari Terakhir
Minggu 10


25%

E-FORUM

Perbincangan Forum Secara Atas Talian (20%)
Pelajar perlu memberi respon kepada 5 (LIMA)
soalan forum yang diberi oleh Pensyarah/Tutor
E-Learning kumpulan masing-masing
berasaskan mana-mana tajuk yang terdapat
dalam modul KRS 3013. Pelajar diminta
menjawab semua soalan forum tersebut dengan
idea yang bernas dan berkualiti. Minimum 300
patah perkataan bagi setiap satunya. Pelajar
juga dimestikan memberi respon/ pandangan/
ulasan/ penambahan/ komentar (minimum 200
patah perkataan) terhadap jawapan rakan yang
lain bagi setiap satu soalan forum. Walau
bagaimanapun lebih banyak perbincangan

Sepanjang Masa
Hingga Hari
Terakhir Minggu
10


20%
adalah lebih baik dan digalakkan.

Ringkasan Pemarkahan:
Respon kepada soalan yang bernas dan
berkualiti
(1 respon x 5 soalan = 10 markah)
Respon yang bernas & berkualiti kepada 5 rakan
utk setiap tajuk
(1 respon x 5 soalan = 10 markah)
JUMLAH 70%

5.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

Gred Artikel Ilmiah E-Forum

A Penulisan ilmiah yang cemerlang,
menepati format, isi mencukupi, isi diolah
dan dikembangkan dengan baik, ada
contoh yang baik dan konkrit. Ada idea
asli yang bernas, kreatif dan kritis.Idea
tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan
bahasa.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang
cemerlang, penyampaian yang
cemerlang & kemas, menarik &
kreatif, idea yang bernas, ada elemen
interaksi yang baik.
A- Penulisan ilmiah yang baik, menepati
format, isi mencukupi, isi dikembangkan
dengan baik, ada contoh yang konkrit.
Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun
dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang
baik, penyampaian yang baik, menarik
& kreatif, idea yang bernas, ada
elemen interaksi yang baik.
B+ Penulisan ilmiah yang sederhana,
menepati format, isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

Tahap perbahasan ilmiah yang
sederhana, penyampaian yang baik,
menarik & kreatif, idea yang bernas,
ada elemen interaksi.
B Penulisan ilmiah yang sederhana,
menepati format, isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Idea disusun
dengan baik. Kesalahan bahasa minima
(tidak lebih dari 3 perkara).

Tahap perbahasan sederhana,
penyampaian yang baik, menarik dan
idea yang bernas.
B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan
format yang minima (tidak lebih 2
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea sendiri.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih
dari 3 perkara).
Ada perbahasan secara ilmiah,
penyampaian yang baik & menarik
dan ada idea yang kemas
C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan
format yang minima (tidak lebih 3
Ada penjelasan, penyampaian yang
sederhana, Ada idea sendiri yang
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Ada Idea yang diambil
dari sumber lain. Kesalahan bahasa
minima (tidak lebih dari 5 perkara).

baik.
C Penulisan secara ilmiah, kesalahan
format tidak melebihi 4 perkara. Isi
mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Ada Idea yang diambil dari
sumber lain. Kesalahan bahasa tidak
melebihi 7 perkara.

Tahap perbincangan yang rendah,
penyampaian sederhana dan sekadar
ada,ada idea tetapi kurang kemas.
D Penulisan lemah, kesalahan format
melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi,
isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada
Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan bahasa melebihi
8 perkara.

Tidak ada penjelasan, penyampaian
yang tidak berkesan, idea yang tidak
jelas.
E Tidak diserah pada waktu yang
ditetapkan. Tidak lengkap.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak
menjawab soalan.

6.0 PERHATIAN & PERINGATAN

1. Jawapan E-Forum adalah di tapak forum yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-
Learning kumpulan masing-masing.
2. Penghantaran TUGASAN 1 dan TUGASAN 2 adalah melalui tapak assignment yang
juga akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing.
3. Sebelum penghantaran TUGASAN 1 dan TUGASAN 2, fail perlu ditukar ke format pdf
terlebih dahulu dan didapatkan url bagi fail tersebut.
4. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Sila ikuti
arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing melalui MyGuru3.
Ketepatan tarikh dan waktu perlu diberi pertimbangan utama. Sebarang kelewatan akan
ditanggung oleh pelajar.
5. Perlu diingat juga bahawa keaslian adalah diberi keutamaan. Ketidakaslian seperti
plagiarisme dan sebagainya tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.
6. Kebernasan idea serta hasil kerja pada tahap Ijazah Sarjana Muda adalah aspek kualiti
yang diambil kira.

7.0 PEPERIKSAAN AKHIR (30%)

Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester 1 2013/14. Kertas soalan
peperiksaan terdiri daripada 30 (TIGA PULUH) soalan objektif aneka pilihan. Kesemua soalan
yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul KRS3013
yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan akhir ialah selama 1 jam.



LAMPIRAN 1
TUGASAN 1


Nama : _______________________________No. ID : __________________________

Nama Tutor :__________________________ Kump E-Learning:_________________


MARKAH :



















LAMPIRAN 2
TUGASAN 2


Nama : _______________________________No. ID : __________________________

Nama Tutor :__________________________ Kump E-Learning:_________________


MARKAH :

Anda mungkin juga menyukai