Anda di halaman 1dari 1

Majlis Hari Jadi

Gambarkan Suasana Sambutan Majlis Hari Jadi Anda pada Tahun Ini.
Saya lahir pada 15 September 2002. Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyambut
hari jadi saya yang ke -12. Majlis Hari Jadi saya telah diadakan di rumah saya pada waktu
malam.
Emak telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Bapa pula menghias ruang
tamu rumah dengan barang hiasan yang cantik seperti belon, riben, kad-kad ucapan dan
bunga-bungaan. Ramai kawan telah datang ke rumah saya pada malam tersebut. Mereka
membawa banyak hadiah untuk saya.
Pada mulanya,kawan-kawan saya memasang lilin di atas sebuah kek yang besar.
Kemudian, mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk saya. Kami menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama sambil bertepuk tangan. Selesai menyanyi, saya pun meniup lilin.
Selepas itu, saya memotong kek dan menjemput kawan-kawan menjamu selera dengan
juadah yang disediakan. Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira. Selepas itu, saya
membuka hadiah yang saya peroleh.
Pada pukul 9.30 malam, Majlis Hari Lahir saya pun tamat. Kawan-kawan saya
mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumah masing-masing. Saya membantu emak
mengemaskan rumah manakala kakak pula membasuh pinggan mangkuk di dapur.
Saya berasa sangat gembira pada hari itu kerana dapat menyambut Hari Lahir saya
dengan meriah sekali. Saya tidak sabar untuk menunggu Hari Lahir yang seterusnya. Saya
berharap agar Majlis Sambutan Hari Jadi saya akan menjadi lebih meriah pada tahun depan.