Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN
PSK 3101
Rasional Matlamat dan Objektif PSK

Matlamat
PSK bertujuan memberi kesedaran
kepada murid tentang peranan, hak
dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk
melahirkan anggota masyarakat dan
warganegara yang bersatu padu,
patriotik dan boleh menyumbang ke
arah kesejahteraan masyarakat,
negara dan dunia
Objektif PSK
Objektif
PSK
Objektif
Pengetahuan
Objektif
Kemahiran
Objektif
Nilai
Objektif Pengetahuan
1. Mengenal pasti tingkah laku yg blh
menyumbang terhadap pembangunan
watak yang mulia.
2. Menerangkan peranan dan t/jawab ke
arah pembinaan keluarga yg bahagia
3. Menjelaskan kepentingan hidup bersama
secara harmoni
4. Memahami pelbagai agama, tradisi,
budaya masyarakat Malaysia
5. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia
dan sumbangan pemimpin negara
6. Mengenal pasti cabaran dan ancaman
dalam masyarakat
Objektif Kemahiran
1. Mengurus diri dengan baik dan
bertanggungjawab
2. Mengamalkan kesederhanaan dalam
tingkah laku
3. Berinteraksi dengan sopan dgn anggota
keluarga, rakan dan masyarakat
4. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan
5. Belajar hidup bersama untuk
kesejahteraan diri dan masyarakat
6. Menyertai aktiviti masyarakat untuk
kebaikan bersama
7. Membuat keputusan yang bijak dengan
mengambil kira kepentingan diri dan orang
lain.
Objektif Nilai
1. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan
diri
2. Menghargai sumbangan ibu bapa dan
anggota keluarga
3. Menghormati kaum dan budaya lain
4. Menyayangi alam sekitar
5. Menunjukkan semangat kekitaan
6. Menghormati pemimpin dan menghargai
jasa mereka
7. Menunjukkan perasaan bangga dan
cinta akan negara

Prinsip Kandungan PSK
Penekanan kpd pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivik
Digubal secara tematik
Mengambil kira dimensi peribadi, sosial
murid dan cabaran masa depan (dlm
keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan
global)
Tema disesuaikan dengan aktiviti dan isu
semasa yang berlaku di sekolah,
masyarakat dan negara (sambutan Bulan
Kemerdekaan)
Strategi Pelaksanaan
Menggunakan dua waktu untuk sekolah
rendah (30 minit X 2 = 1 jam seminggu)
Memberi penumpuan kpd P&P yg
berpusatkan murid dan aktiviti hands-on di
dalam dan diluar bilik darjah
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya
disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.
Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan
persekolahan di Malaysia mestilah selaras
dengan FPK ini.
Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan
membaca, memahami dan mengingati falsafah ini
agar setiap tindakan mereka melalui proses
pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di
landasan yang betul.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Inti pati FPK
Inti pati utama dalam FPK ini ialah
melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani , intelektual dan
sosial yang sering disebut oleh guru-guru
sebagai JERIS.
Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih
utama antara keempat-empat unsur
tersebut, yakni tidak boleh dikatakan
jasmani lebih penting daripada intelek atau
sebaliknya

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan PSK
Soalan Perbincangan
1. Jelaskan perkaitan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan pelaksanaan P&P
PSK di sekolah
2. Bagaimanakah guru dapat mencapai
matlamat dan objektif PSK