Anda di halaman 1dari 39

1

Isi kandungan
Noor Hazimah binti Hazah
AE 9

Bab 1-2 :
CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU

CERITA KE-2 ANAK RAJA SURAN

Mamai Anak Guang
AE 16

Bab 3-10
CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURA
CERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN RAJA KECIL
MUDA
CERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN MAJAPAHIT
CERITA KE- 6 BADANG
CERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRA
CERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRA
CERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI SINGAPURA
CERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAK

Nazurah binti Hamdan
AE 10

Bab 11-18
CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKA
CERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDAN
CERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKA
CERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI PENYADAP
CERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINA
BAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG KASTURI
CERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKA
CERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD MEMBUNUH ANAK
BENDAHARA


Norizan Binti Ridzuan
AE 8
Bab 19-26
CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKA
CERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI MELAKA
CERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPA
ERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA PASAI YANG LARI KE MEL
CERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN MANSUR SYAH
CERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARU
CERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKA
CERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAM

Nurjanatul Majidah B.
Hj Abd Rahman AE 6
Bab 27-34
CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR KAMPAR DAN
BENDAHARA
DAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG
CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN TINGGAL DI
MELAKA, KISAH
CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN TEJA
CERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINAL
CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG.
CERITA KE-32 CAU SERI BANGSA MEMELUK ISLAM
CERITA KE-33 TUN FATIMAH BERKAHWIN DENGAN SULTAN
MAHMUD SYAH.
CERITA KE-34 JATUHNYA NEGERI MELAKA DITANGAN PORTUGIS.



2



Bab 1-2:

y CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU

y CERITA KE-2 ANAK RAJA SURAN

















Dikaji oleh-

Noor Hazimah Binti Hazah AE 9













3

CERITA KE- 1 ASAL KETURUNAN RAJA-RAJA MELAYU

Bab ini mengisahkan mengenai Raja Iskandar Zulkarnain iaitu anak Raja Makduniah yang inigin melihat
matahari terbit. Beliau tiba di Hindi. Ada banyak peristiwa yang berlaku sehingga beliau berkahwin. Di antara
keturunan yang terkenal ialah Raja Suran yang memerintah di Amdan Nagara. Raja Suran dapat menakluki
kerajaan-kerajaan penting. Beliau juga Berjaya menawan kerajaan Gangga Nagara. Akan tetapi, Raja Suran
gagal menakluki Negeri China dan di sebabkan kegagalan ini beliau mengubah rancangan untuk melihat
kehidupan di dasar laut. Di sana, beliau berkahwin dengan Mahtabul Bahari dan mendapat 3 orang putera.
Sebelum pulang ke dunia, beliau berpesan kepada bapa mertuanya supaya menghantar putera-puteranya
apabila mereka dewasa nanti. Setelah sampai di dunia, baginda mengarahkan orang-orangnya membuat satu
tanda bahawa beliau pernah ke dasar laut. Lalu, di pulang ke negerinya di Benua Keling.
Watak-watak:
1. Raja Iskandar Zulkarnain
2. Raja Suran
3. Mahtabul Bahari
4. 3 Orang Putera Raja Suran
5. Bapa mertua Raja Suran


CERITA KE-2 ANAK RAJA SURAN
Wan Malini dan Wan Empok berkahwin dengan seorang lelaki bernama Bat yang dimuntahkan bersama buih
oleh lembu yang dinaiki tiga orang putera keturunan Raja Dzul Kanain di Bukit Siguntang. Akhirnya lahirlah
anak-anak bernama Awang dan Dara. Anak-anak raja tadi digelar Sang Sipurba. Dia berkahwin dengan Wan
Sedari anak kepada Deman Lebar Daun. Mereka mengikat perjanjian. Kemudian mendapat anak bernama
Sang Nila Utama. Dia menjadi raja di Mingkabau apabila Berjaya menewaskan seekor ular bernama ular
Saktimona.

WATAK-WATAK
WAN MALINI
WAN EMPOK
RAJA DZUL KARNAIN
BAT
AWANG
DAYANG
DARA
SANG SAPURBA
RAJA PALEMBANG
SANG NILA UTAMA
ULAR SAKTIMONA.





4




Bab 3-10

y CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURA
y CERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN
RAJA KECIL MUDA
y CERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN
MAJAPAHIT
y CERITA KE- 6 BADANG
y CERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRA
y CERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRA
y CERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI
SINGAPURA
y CERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAK










Di kaji oleh-
Mamai Guang AE 16








5

CERITA KE- 3 ASAL USUL SINGAPURA
Sang Nila Utama yang tinggal di Bentan ingin pergi berburu dan membawa isterinya Wan Seri Beni bermain-
main di Tanjung Bemban. Walaupun hajatnya ini di halang oleh Permaisuri Iskandar namun ia tetap berkeras
dan akhirnya ia diizinkan pergi ke Tanjung Bemban. Sang Nila Utama ditemani oleh dua orang pengiringnya
yang setia iaitu Aria Bupala dan isteri-isteri mereka. Setelah tiba di Tanjung Bemban, raja perempuan dan
para dayang begitu asyik mengutip lokan, siput dan ketam sementara Sang Nila Utama pergi berburu. Semasa
berburu ini, baginda telah naik ke atas satu batu besar lalu terlihat tanah seberang yang terlalu putih pasirnya
dan bila mengetahui tempat itu bernama Temasik, di hujung tanah besar maka baginda berhasrat untuk ke
sana lantas rombongan baginda menyeberang. Dalam pelayaran menyeberang ini, turun ribut yang kuat dan
kapalnya dipenuhi air. Segala barang-barang yang berat telah dibuang teyapi kapal itu tetap hamphir
tenggelam. Akhirnya dengan nasihat penghulu, mahkota Sang Nila Utama dibuang ke laut. Dengan itu ribut
pun teduh. Sampai di pantai, baginda berjalan ke padang Kuala Temasik dan terlihat seekor binatang yang
tangkas bernama Singa, lalu mengambil keputusan untuk membuat negeri di situ dan dinamakan Singapura.
Sang Nila Utama mengarahkan Indera Bupala kembali ke Bentan untuk memberitahu mertuanya yang ia
hendak membuka negeri di Temasik. Baginda telah ditabalkan sebagai raja Singapura oleh Bat dengan
gelaran Seri Teri Buana. Di singapura ini Seri Teri Buana ini mendapat dua orang anak lelaki bernana Raja
Kecil Besar dan Raja Kecil Muda.

WATAK-WATAK
1. Sang Nila Utama
2. Wan Seri Beni
3. Permaisuri Iskandar
4. Aria Bupala
5. Indera Bupala
6. Pembesar-pembesar
7. Dayang-dayang
8. Bat
9. Raja Kecil Besar
10. Raja Kecil Muda



CERITA KE- 4 PERKAHWINAN RAJA KECIL BESAR DAN RAJA KECIL MUDA
Bab ini mengisahkan perkahwinan anak-anak Seri Teri Buana iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda.
Seri Teri Buana Menghantar utusan yang diketuai oleh Maha Indera Bupala dan Maha Indera Bijaya ke Benua
Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi iaitu anak Raja Jambuga Rama Mendeliar untuk anaknya Raja
Kecil Besar. Utusan ini telah disambut sendiri oleh Raja Mendeliar dan bersetuju dengan peminangan tersebut
dan baginda juga berjanji untuk menghantar anaknya ke Singapura dan menyatakan keputusan Raja Mendeliar
kepada Seri Teri Buana. Setelah semusim berganti, Raja Mendeliar memerintahkan agar sebuah kapal
bersedia untuk menghantar Puteri Nila Pencadi serta 500 orang perwiranya. Ia diiringi oleh 40 orang
hulubalang yang diketuai oleh Nina Marikana Ampama sebagai panglimanya. Setelah tiba di Singapura,
rombongan inji dialu-alukan dengan kemuliaan dan Puteri Nila Pencadi dikahwinkan dengan Raja Kecil
Besar. Adindanya Raja Kecil Besar Muda pula menjadi Bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Permuka
6

Berjajar. Paduka Seri pikrama telah membuat satu peraturan mengenai tempat duduk orang-orang besarnya.
Seri Pikrama Wira dan Puteri Nila Pancadi mendapat seorang anak dan diberi gelaran Raja Muda.

WATAK-WATAK
1. Seri Teri Buana (Sang Nila Utama)
2. Raja Kecil Besar
3. (Paduka Seri Pikrama Wira)
4. Raja Kecil Muda (Perpatih Permuka Berjajar)
5. Maha Indera Bupala
6. Maha Indera Bijaya
7. Puteri Nila Pancadi
8. Raja Jambuga Rama Mendeliar
9. Nina Marikana Ampama
10. Cucu Demang Lebar Daun



CERITA KE- 5 PEPERANGAN SINGAPURA DENGAN MAJAPAHIT
Perkahwinan Betara Majapahit dengan anak raja Bukit Seguntang telah menghasilkan dua orang putera iaitu
Raden Inu Merta Wangsa dan Raden Mas Pamari. Setelah Betara Majapahit mangkat Raden Inu Merta
Wangsa ditabalkan sebagai pengganti ayahnya. Baginda mendengar bahawa Singapura adalah sebuah negara
besar, tambahan pula rajanya adalah saudara sepupu dengannya telah menghantar utusan dan bingkisan ke
Singapura. Bingkisan berisi sekeping tatal, tujuh depa panjangnya seperti subang dan dipersembahkan kepada
Raja Singapura. Tujuannya berbuat demikian ialah untuk menanyakan adakah Singapura mempunyai tukang
utas yang sepandai tukang utas di Majapahit. Bingkisan tersebut membuatkan Seri Pikrama marah kerana ia
menyangka yang persembahan itu seolah-olah mempermainkan baginda. Raja Singapura juga telah
menunjukkan kepandaian orang Singapura dengan mengarahkan seorang pakar, Pawang Bentan untuk
menarah rambut seorang kanak-kanak yang sedang menangis dengan menggunakan kapak dan kapak itulah
yang dipersembahkan kepada Bertara Majapahit. Bertara Majapahit rasa tersinggung dan mengganggap ianya
satu kejian ke atas dirinya. Akibat dari pengiriman dan pembalasan bingkisan ini, Bertara Majapahit telah
menghantar hulubalang untuk menyerang Singapura tetapi angkatan perang ini tidak dapat menawan
Singapura. Setelah beberapa lama kemudian, Raja Paduka Seri Pikrama mangkat dan digantikan oleh
anaknya Raja Muda dengan gelaran Seri Rama Wira Kerma. Baginda telah dikahwinkan dengan anak
Bendahara Perpatih Permuka Berjajar (sepupunya). Bendahara juga telah mangkat dan digantikan oleh
anaknya Tun Perpatih Tulus.

WATAK-WATAK
1. Bertara Majapahit
2. Anak Raja Bukit Seguntang
3. Radin Inu Merta Wangsa
4. Raden Mas Pamari
5. Raja Paduka Seri Pikrama
6. Pawang Bentan
7. Raja Muda(Seri Rama Wira Kerma)
7

8. Anak Bendahara Perpatih Permuka Berjajar
9. Tun Perpatih Tulus

CERITA KE- 6 BADANG
Bab ini mengisahkan Badang iaitu seorang hamba yang berasal dari benua Sayung dan disuruh oleh tuannya
membersihkan hutan di Saluang. Sambil menebang pokok ia juga manahan lukah tetapi setiap kali dia melihat
lukahnya, didapati hanya tinggal sisik dan tulang saja. Pada suatu hari diintainya siapa yang selalu mencuri
ikan-ikannya dan didapati hantu sedang makan ikan dalam lukahnya. Badang pun menangkap hanyu itu dan
hendak dibunuhnya dengan parang puting. Hantu itu meminta ia dilepaskan dan sebagai gantinya Badang
boleh meminta apa saja. Dengan iti Badang meminta untuk menjadi gagah. Dia telah disuruh memakan
muntah hantu tersebut tetapi janggut hantu tersebut tetap tidak dilepaskannya sambil dia mencuba mencabut
kayu besar. Kayu itu dengan mudahnya dapat dicabut. Dengan itu hantu itupun dilepaskan dan Badang
menjalankan kerja menebang hutan dalam masa yang singkat sahaja. Oleh kerana ia telah berbakti kepada
tuannya ia telah dimerdekakan dan berkhidmat dengan raja Singapura dan diberi gelaran Raden. Raja Benua
Keling telah mengetahui tentang kekuatan Badang mengarahkan hulubalangnya yang bernama Nadi Bijaya
Pikrama pergi ke Singapura untuk beradu kekuatan dengan Badang dan membawa 7 buah kapal sebagai
pertaruhannya. Akan tetapi Badang telah berjaya mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama dan kapal tersebut pun
diserahkan kepada Badang. Khabar tentang kekuatan Badang juga telah Sampai ke Perlak. Benderang
meminta izin daripada rajanya untuk beradu kekuatan dengan Badang. Mendengarkan itu, Badang meminta
supaya raja Singapura mengadakan jamuan pada malam sebelum perlawanan dimulakan dan Benderang pun
didukan di sebelah Badang. Dalam jamuan itu Benderang telah mencuba menindih peha Badang tetapi dapat
diangkat oleh Badang. Badang kemudiannya menindihkan pehanya ke atas peha Benderang tetepi Benderang
tidak dapat mengangkatnya. Kesokannya apabila persediaan telah siap, Mangkubuminya Tun Perpatih Pandak
pun menghadap Seri Rama Wira Karma dan memberitahukan hal tersebut kerana bimbang menjadi
perselisihan antara Singapura dan Perlak. Dengan itu, Benderang dan Badang dititahkan merentangkan rantai
besar di Seri Rama supaya kapal tidak boleh lalu. Setelah beberapa lama kemudian Badang pun mata dan
dikuburkan di Buru. Apabila berita ini di ketahui oleh Raja Benua Keling, ia telah mengirimkan batu nesan
sebagai tanda peringatan.

WATAK-WATAK
1. Badang
2. Hantu
3. Raja Benua Keling
4. Nadi Bijaya Pikrama
5. Benderang
6. Mangkubumi Tun Perpatih Pandak
7. Seri Rama Wira Kerma





CERITA KE- 7 PEMBUKAAN NEGERI SEMUDRA
Merah Caga dan Merah Silu merupakan dua orang adik-beradik yang berasal dari gunung Sanggung dan
tinggal berhampiran Pasangan. Merah Silu bekerja sebagai penahan lukah tetapi lukahnya ini sering dimasuki
cacaing gelang. Telah beberapa kali dibuangnya tetapi cacing gelang juga yang masuk ke dalam lukahnya.
8

Oleh itu direbusnya cacing-cacing gelang tersebut lalu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Abangnya
Merah Caga menyangka adiknya memakan cacing gelang lalu hendak dibunuhnya dan Merah Silu pun
melarikan diri ke Rimba Jerum. Merah Silu mempunyai seekor anjing perburuan bernama si Pasai. Suatu hari
ia pergi berburu di kawasan tanah tinggi dan anjingnya menyalak ke arah sesuatu. Di lihatnya seekor semut
sebesar kucing. Semut itu ditangkapnya lalu dimakan oleh Merah Silu. Bersempena denga kejadian tersebut
tempat itu dinamakannya Semudra, bererti bsemut besar. Nabi pernah bersabda mengenai sebuah negeri
bernama Semudra dan menyuruh para sahabatnya kenegeri itu untuk mengislamkan penduduknya dan
berpesan supaya membwa bersama raja negeri Muktabar. Berita kewujudan negeri semudra telah diketahui
oleh penduduk Mekah dan Syarif di Mekah telah menyuruh sebuah kapal dan segala perkakas kerajaan ke
Semudra dengan bernakhodakan Syeikh Ismail. Kapal ini singgah di negeri Muktabar dan sultan Muhammad
telah mengetahui bahawa kapal tersebut hendak belayar ke Semudra, ia turun dari takhta dan melantik
anaknya yang tertua sebagai raja. Setelah sampai ke Semudra, Sultan Muhammad bertemu dengan Merah Silu
di tepi dan langsung mengislamkannya. Merah Silu dirajakan di negeri tersebut dengan gelaran Sultan
Malikus Salleh. Pengislaman Merah Silu ini diikuti oleh dua orang pemuda di Semudra dengan mamakai
nama Sidi Ali Ghiyathuddin dan Sidi Ali Hishamuddin. Sultan Malikus Salleh kemudiannya berkahwin
dengan anak gundik Sultan Perlak yang bernama Puteri Genggang dan mendapat dua orang putera iaitu
Malikut Tahir dan Malikul Mansur. Negeri Semudra bertambah Makmur dan berpengaruh bila ramai
penduduk dari Perlak yang datang datang berikutan kekalahannya untuk dibuat negeri. Semudra ditinggalkan
di bawah kekuasaan Malikul Mansur. Malikus Salleh telah membuka negeri Pasai dan meletakkan Malikut
Tahir sebagai rajanya. Sebelum beliau mangkat beliau telah berpesan kepada anaknya supaya berbaik-baik
dengan kedua-dua orang besar negeri itu iaitu Sidi Ali Ghiyathuddin (pembesar Pasai) dan Sidi Ali
Hishamuddin (pembesar Semudra).

WATAK-WATAK
1. Merah Caga
2. Merah Silu
3. Syeikh ismail
4. Sultan Muhammad (Sultan Malikus salleh)
5. Puteri Genggang
6. Malikut Tahir & Malikul Mansur




CERITA KE- 8 AWI DICU MENANGKAP RAJA SEMUDRA
Kebesaran dan kemaknuran Semudra telah sampai ke pengetahuan Raja Syahrun Nuwi iaitu Raja negeri siam.
Baginda telah menitahkan 4000 orang hulubalang diketuai oleh Awi Dicu untuk menangkap Raja Semudra
itu. Angkatan ini menuju ke Semudra bersama seratus buah pilu dengan alasan untuk berniaga. Setelah sampai
ke darat, Awi Dicu pun mengisikan empat buah peti dengan hulubalang yang gagah. Peti ini akan dihadiahkan
kepada Sultan Malikut Tahir Sebagai persembahan dari Raja Syahrun Nawi. Apabila peti tersebut sampai di
hadapan sultan Malikut Tahir, keempat-empat hulubalang itupun keluar daripada peti masing-masing lalu
menangkap raja Semudra. Hulubalang raja Semudra menjadi gempar dan cuba menyelamatkan raja mereka
tetapi pahlawan Semudra telah diugut jika mereka menentang hulubalang siam, raja mereka akan dibunuh.
Oleh itu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Raja Semudra telah dibawa pulang ke Siam oleh Awi Dicu
9

dengan selamatnya. Baginda telah diberikan persalinan dan dijadikan seorang gembala ayam. Sidi Ali
Ghiyathuddin telah bermuafakat dengan menteri-menterinya cara untuk menyelamatkan raja mereka. Oleh itu
Sidi Ali Ghiyathuddin telah menyamar sebagai seorang saudagar Arab kerana semua penduduk Samudera
pada ketika itu pandai berbahasa Arab. Beliau belayar ke Syahrun Nuwi bersama barang-barang untuk
diperniagakan. Setelah sampai ke sana, beliau membawa berbagai-bagai persembahan untuk rajanya.
Persembahan pertamanya ialah pohon kayu emas dan buahnya dari permata dan persembahan keduanya ialah
papan catur emas dan buahnya juga diperbuat daripada emas. Sidi Ali Ghiyathuddin tidak menerima sebarang
hadiah daripada Raja Syahrun Nuwi kerana persembahannya yang bergitu berharga sehingglah tiba
persenbahannya yang ke tiga. Beliau telah menghadiahkan Raja Syahrun Nuwi sepasang itik berserta pasu
emas. Bila ditanya apakah balasan yang diminta oleh Sidi Ali Ghiyathuddin, beliau memberitahu yang ia
mahukan gembala ayam yang terdapat di istana tersebut. Dengan ini, Sultan Malikut Tahir telah dapat
diselamatkan dan dibawa balik ke Samudera dengan penuh kebesaran.

WATAK-WATAK
1. Raja Syahrun Nuwi
2. Awi Dicu
3. Raja Semudra
4. Malaikat Tahir
5. Sidi Ali Ghiyathuddin





CERITA KE-9 ALAMAT AKAN BINASA NEGERI SINGAPURA
Mengisahkan peristiwa raja Malikul Mansur berhasrat untuk pergi melihat keadaan saudaranya Malikut Tahir
di Pasai. Hasratnya ditegah oleh mangkubuminya Sidi Ali Hisamudin kerana takut timbul fitnah memfitnah
tambahan pula ketika itu Malikut Tahir tiada di Pasai kerana baginda masih lagi dalam tawanan Syahrun
Nuwi. Raja Malikul Mansur sedikit pun tidak menghiraukan tegahan Sidi ali hisamudin itu, lalu beliau telah
berangkat mengelilingi Pasai lalu masuk ke Istana sultan Malikut Tahir. Baginda telah mengambil seorang
daripada dayang sultan malikut tahir dan membawa pulang ke istannya. Dia menyedari kesilapannya itu
kerana mengikut hawa nafsu tetapi telah terlambat. Akibat dari perbuatannya itu raja Malikul tahir
menyimpan dendam terhadap saudaranya itu. Sultan Malikut Tahir mempunyai seiorang anak iaitu raja
Ahmad, ketika ia ditangkap anaknya masih kecil dan ketiak baginda pualng dari Syahrun Nuwi anaknya
sudah besar dan Sidi Ali meletakan jawatannya. Sultan Malikut Tahir dan Mangkubuminya yang baru iaitu
Tun Perpatih Tulus Tukang Sagari telah membuat perancangan membalas dendam dengan menjemput Sultan
Malikul Mansur dan Ali Hisamudin di hari mengkhatankan puteranya raja Ahmad. Setibanya di dalam istana,
Malikul Mansur dan Sidi Hisamudin ditangkap lalu dihukum pancung dan kepalanya telah dibuang ke laut.
Sultan Malikul Mansur dibawa ke arah timur, sebelah Jambu Air dan semasa berperahu itu, kepala Sidi
Hisamudin telah lekat pada kemudi perahu tersebut. Baginda pun memerintahkan supaya mayat Sidi ali
dicantumkan dan di kuburkan di padang Maya. Setelah 3 tahun Sultan Malikul Mansur dibuang di Manjung
barulah Malikut Tahir merasa menyesal dengan sikapnya dan menjemput saudaranya kembali. Dalam
perjalanan pulang itu, Malikul Mansur telah singgah di Padang Maya tempat Sidi Ali dikebumikan. Baginda
bersembahyang dan tertidur disisi kubur lalu meninggal dunia. Dia dikebumikan di padang Maya seperti adat
10

raja-raja. Baginda terlalu sedih dengan kemangkatan Malikul Mansur lalu baginda turun dari takhta dan
digantikan oleh anaknya raja Ahmad.




WATAK-WATAK
1. Malikul Mansur
2. Malikut Tahir
3. Sidi Ali Hisamudin
4. Syahrun Nuwi
5. Tun Perpatih Tulus Tukang Sagari
6. Raja Ahmad




CERITA KE- 10 SINGAPURA DILANGGAR TODAK
Bab ini mengisahkan tentang pembunuhan Tun Jana Khatib dan tanda-tanda keruntuhan negeri Singapura
dan permulaan sejarah Melaka. Tun Jana Khathib berasal dari Pasai, merupakan seorang yang bijak dalam
ilmu Tauhid dan khayal telah datang ke Singapura. Ketika beliau lalu berhamphiran dengan istana, raja
perempuan terpandangkan wajahnya lalu beliau menunjukkan kepintarannya menilik batang pinang hingga
terbelah dua.melihatkan ini Paduka Seri Maharaja sungguh marah dan memerintahkan supaya Tun Jana
Khatib dihukum bunuh tetapi badannya ghaib hanya darahnya saja yang menitik ke bumi. Tidak berapa lama
selepas peristiwa itu, Singapura telah diserang todak. Ramai rakyat Singapura terkorban kerana berkubukan
denagn betis sahaja kerana ini adalah arahan dari Seri Maharaja. Muncul seorang kanak-kanak yang
memberikan cadangan yang bernas supaya berkubukan dengan batang pisang. Dengan itu todak yang
melompat pun melekat di batang pisang tersebut. Tanda-tanda keruntuhan ini lebih nyata apabila kanak-kanak
yang cerdik itu dihukum bunuh kerana desakan pembesar-pembesar yang takut ia akan menjadi lebih cerdik
lagi apabila dewasa nanti dan ini tentunya mengancam kedudukan mereka. Selepas Seri Maharaja, Singapura
diperintah oleh Raja Iskandar. Beliau telah berkahwin dengan dengan anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat
seorang putera bernama Raja Ahmad. Walaupun sudah beristeri Raja Iskandar mempunyai ramai gundik
kesayangannya termasuklah anak perempuan Sang Rajuna Tapa iaitu seorang bendahari Singapura. Ia telah
difitnahkan oleh gundik-gundik lain kerana iri hati dan telah dihukum sula dihujung pasar. Sang Rajuna Tapa
berasa sangat malu dan menaruh dendam terhadap Raja Iskandar. Ia telah mengirim surat kepada Betara
Majapahit di Jawa, yang memang berhasrat menawan Singapura, supaya menyerang Singapura. Setelah
beberapa hari berperang Raja Iskandar memerintahkan agar Sang Rajuna Tapa mengeluarkan beras bagi
dilaburkan kepada rakyat tetapi Sang Rajuna Tapa berhelah dengan dengan mengatakan bahawa beras telah
habis. Menjelang waktu subuh Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota Singapura. Tentera Majapahit
berjaya menawan Singapura dan Raja Iskandar lari ke Muar dan terus ke Bertam. Sang Rajuna Tapa dan
isterinya menjadi batu selepas rumah mereka roboh dan segala beras yang disimpan turut musnah.

WATAK-WATAK
1. Tun Jana Khatib
11

2. Raja Perempuan
3. Paduka Seri Maharaja
4. Raja Iskandar
5. Tun Perpatih Tulus
6. Sang Rajuna Tapa
7. Raja Ahmad
8. Betara Majapahit


















12

Bab 11-18

y CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKA
y CERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDAN
y CERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKA
y CERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI
PENYADAP
y CERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINA
y BAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN
HANG KASTURI
y CERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKA
y CERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD
MEMBUNUH ANAK
y BENDAHARA





Dikaji oleh-
Nazurah binti Hamdan AE 10









13


CERITA KE- 11 PEMBUKAAN MELAKA
Mengisahkan tentang pembukaan negeri Melaka dan perkembangannya. Sewaktu Raja Iskandar pergi
berburu, anjing perburuannya ditendang oleh pelanduk putih hingga jatuh ke dalam sungai. Melihat keadaan
itu, baginda bercadang untuk membuka negeri di situ dan menamakannya negeri Melaka sempena nama
pokok yang menjadi sandarannya. Setelah kemangkatan baginda, digantikan pula oleh anaknya Raja Besar
Muda. Dia membuat berbagai-bagai peraturan yang mesti dipatuhi yang mana tidak pernah dilakukan oleh
raja-raja sebelumnya. Beliau mempunyai 3 orang putera iaitu Raden Bagus, Raja Tengah dan Raden Anum.
Setelah kemangkatan Raja Besar Muda digantikan pula oleh Raden Tengah. Raden Tengah seorang raja yang
adil dan mempunyai seorang anak yang bernama Raja Kecil Besar. Beliau bermimpi bertemu Rasulullah dan
dia diajar mengucap dua kalimah syahadat serta diberi nama Sultan Muhammad. Mimpinya jadi kenyataan
saat kapal yang dikatakan di dalam mimpinya itu tiba di Melaka. Mereka turun dari kapal itu dan
bersembahyang di tepi pantai. Rombongan ini dibawa ke istana dan kesemua orang besar serta rakyat Melaka
memeluk agama islam. Semenjak itu, banyak perubahan dalam adat istiadat yang diubah oleh Sultan
Muhammad seperti melarang memakai pakaian atau sebarang benda dari kain yang berwarna kuning, tidak
boleh memakai emas jika tidak dianugerahkan oleh raja, tidak boleh masuk istana jika tidak memakai keris di
hadapan dan tiada kain berpancung. Selain itu juga, Sultan Muhammad sama-sama bersembahyang dengan
pembesar dan orang kebanyakan. Dalam masa pemerintahannya, Melaka mulai masyur kerana menjadi
persinggahan para pedagang terutama dari Arab.

Watak-watak
1. Raja Iskandar
2. Raja Besar Muda
3. Raden Bagus
4. Raden Tengah
5. Raden Anum
6. Tun Perpatih Permuka Berjajar
7. Raja Kecil Besar
8. Rasulullah
9. Sultan Muhammad
10. Fakir Muhammad
11. Makdum Saiyid Abdul Aziz
12. Pembesar
13. Orang Kebanyakan
14. Pedagang-pedagang
15. Iskandar Zulkurnain





CERITA KE- 12 KISAH MANI PURINDAN
Mengisahkan tentang Mani Purindan yang mempunyai 3 orang adik-beradik. Setelah ayahandanya meninggal,
anaknya yang bernama Raja Akhbar Muluk ditabalkan menjadi raja dan berkuasa dalam pembahagian harta.
14

Akibat dari perselisihan paham mengenai pembahagian harta itu, Mani Purindan membawa diri dan sebelum
sampai ke Melaka kapalnya dipukul rebut lalu pecah. Tapi sempat diselamatkan di Pasai di mana kemudian
beliau dikahwinkan dengan anak raja Pasai. Beberapa lama kemudian beliau kembali ke benua keling dan
datang semula ke Melaka bersama dengan penghulu tenteranya yang bernama Khoja Tandil Muhammad
berserta 7 buah kapal. Kedatangannya disambut oleh Sultan Muhammad lalu dia dilantik menjadi menteri.
Seri Nara Diraja pula mengahwinkannya dengan anak gadisnnya Tun Rana Sandari dan mendapat 2 orang
anak yang bernam Tun Ali dan Tun Wati. Setelah Tun Wati dewasa, dia dikahwinkan oleh Sultan Muhammad
dan mendapat seorang putera bernama Raja Kassim. Setelah kemangkatan Sultan Muhmmad Syah, Raja
Ibrahim ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid dan disebabkan baginda masih muda
beliau dibantu oleh bapa saudaranya bernama Raja Rekan. Raja Kassim pula disingkirkan dari istana dan
menjadi pengail. Tetapi Raja Kassim dibantu oleh saudagar Maulana Jalaludin untuk menjadi raja Melaka
dengan syarat ibu Sultan Abu Syahid hendaklah diberikan kepadanya. Setelah rancangan mereka ini berjaya,
Raja Kassim ditabalkan menjadi raja dan memerintah dengan adil. Baginda telah berkahwin dan mendapat
seorang anak lelaki bernama raja Abdullah. Bendahara Seri Amar Diraja digantikan oleh anaknya.

Watak-watak

1. Mani Purindan
2. Nizamul Muluk Akhbar Syah
3. Raja Akhbar Muluk
4. Raja Pasai
5. Khoja Tandil Muhammad
6. Sultan Muhammad
7. Seri Nara Diraja
8. Tun Rana Sandari
9. Tun Ali
10. Tun Wati
11. Raja Kassim
12. Raja Ibrahim
13. Raja Rekan
14. Sultan Abu Syahid
15. Maulana Jalaludin
16. Ibu Sultan Syahid
17. Sultan Muzaffir Syah
18. Anak Bendahara Seri Amar Diraja
19. Raja Abdullah
20. Seri Wak Raja
21. Tun Kudu
22. Tun Perak
23. Tun Perpatih Putih



CERITA KE- 13 SIAM CUBA MENYERANG MELAKA
15

Mengisahkan tentang Raja Syahrun Nuwi yang ingin menakluki negeri Melaka yang pada ketika itu Melaka
tersangatlah masyur. Sultan Muzaffar enggan lalu Melaka diserang oleh Siam. Maka semua rakyat
dikumpulkan dan kesemuanya ialah lelaki tetapi Tun Perak dan orang-orang Kelang membawa anak-anak
serta isteri mereka untuk mempertahankan Melaka bersungguh-sungguh dah akhirnya Siam dapat dikalahkan.
Selepas itu Tun Perak dijadikan bentara dan sama tarafnya dengan Seri Nara Diraja yang menjadi bendahara.
Disebabkan inilah orang-orang besar Melaka terbahagi 2 dan sering menyebabkan pertelingkahan di antara
keduanya. Ini akan menyebabkan kebinasaan negeri Melaka lalu Sultan Muzaffir Syah mencarikan Seri Nara
Diraja isteri supaya boleh berbaik dengan Tun Perak. Akhirnya Sultan terpaksa menceraikan isterinya tun
Kudu kerana dia yang dimahukan oleh Seri Nara Diraja. Setelah itu, Seri Nara Diraja pun berbaik-baik
dengan Tun Perak. Siam sekali lagi mencoba untuk menyerang Melaka tapi tetap gagal atas kepintaran Tun
Perak yang memperdayakan mereka. Selepas kematian Sultan Muzaffir Syah, dia digantikan pula oleh Sultan
Mansur dan baginda telah berkahwin dengan Tun Putih Nur Pualam. Dalam pemerintahannya itu baginda
mengarahkan Tun Perak untuk menyerang negeri Pahang kerana ia adalah negeri taklukan Siam. Pahang
telah kalah dan rajanya melarikan diri tetapi sempat ditangkap oleh Seri Bija Diraja dengan jasanya itu beliau
telah dilantik sebagai raja sementara di Pahang. Hasil perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu telah
mendapat 3 orang anak bernama Tun Tahir, Tun Senaja dan Tun Mutahir. Tun Kudu telah meninggal dunia
sejak anak-anaknya masih kecil lagi. Sultan Mansur berhasrat untuk berbail-baik dengan negeri Siam lalu
memerintahkan Bendahara menulis surat untuk dihantar ke negeri Siam. Di sana mereka telah menunjukkan
kepintaran dan kekuatan orang-orang Melaka di hadapan raja Siam iaitu Bubunnya.

Watak-watak
1. Muzaffir Syah
2. Raja Syahrun Nuwi
3. Awi Cakri
4. Tun Perak
5. Orang-orang Kelang
6. Anak dan Isteri mereka
7. Orang Melaka
8. Orang Siam
9. Seri Nara Diraja
10. Paduka Raja
11. Tun Kudu
12. Kakak Tun Perak
13. Awi Dicu
14. Seri Bija Diraja
15. Tun Hamzah
16. Tentera Siam
17. Tun Umar
18. Cau Pandan
19. Sultan Muzaffir syah
20. Tun Putih Nur Pualam
21. Maharaja Dewi Sura
22. Raja Ahmad
23. Raja Muhammad
16

24. Gajah Sultan Mansur bernama Kuricak
25. Tun Tahir
26. TUn Mutahir
27. Tun Senaja
28. Tun Telanai
29. Menteri Jana putera
30. Raja Siam



CERITA KE-14 KISAH TUAN PUTERI KI KESUMA DAN SI PENYADAP
Raja Majapahit telah mangkat dan digantikan oleh Raden Galuh Wi Kesuma dengan dibantu oleh Patih Aria
Gajah Mada. Suatu hari seorang penyadap di Majapahit telah menjumpai seorang budak hanyut di laut yang
sebenarnya anak kepada Raja Tanjung Pura bernama Raden Kirana Langu. Si penyadap itu menjadikannya
anak angkatnya dan menamakannya Kimas Jiwa. Pada suatu hari, Patih Gajah Mada menyamar menjadi orang
kebanyakkan dan mendengar beberapa orang pemuda mengatakan dia hendak berkahwin dengan Puteri
Majapahit. Oleh itu dia menghimpunkan orang-orang muda kerana Raden Galuh ingin memilih calon suami
dan dalam upacara itu Raden Galuh telah memilih Kimas Jiwa menjadi suaminya dan hasil dari perkahwinan
itu mereka dikurniakan puteri yang bernama Raden Galuh Cendera Kirana. Setelah Raden Galuh Cendera
Kirana beasr ramai yang hendak meminangnya tetapi ditolak oleh Betara Majapahit dan berita ini sampai
kepengetahuan Sultan Mansur Syah. Baginda mengambil keputusan untuk dating meminang.Kedatangannya
disambut secara besar-besaran dan di sanalah mereka menunjukkan kepandaian mereka melalui beberapa
peristiwa dan akhirnya Sultan Mansur Syah pun berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana dan
dikurniakan seorang anak bernama Raden Kelang. Hubungan antara Sultan Mansur dan Hang Tuah semakin
rapat hingglah timbul fitnah yang akhirnya Hang Tuah diperintah bunuh oleh Sultan Mansur tanpa diselidiki
perkara sebenar.

Watak-watak
1. Raja Majapahit
2. Radeb Galuh Wi Kesuma
3. Patih Aria Gajah Mada
4. Bendahara
5. Anak Raja Tanjung Pura
6. Raden Kirana Langu
7. Kimas Jiwa
8. Puteri Majapahit
9. Raden Galuh
10. Sang Aji Jaya Ningrat
11. Patih Aria
12. Raja-raja Besar
13. Sultan Mansur Syah
14. Para pembesar
15. Hulubalang
16. Tun Bija Sura
17

17. Betara Majapahit
18. Pahlawan Majapahit
19. Pahlawan Daha
20. Tun Bija Sura
21. Anjing Betara Majapahit
22. Hang Jebat
23. Hang Kasturi
24. Hang Tuah
25. Raden Kelang
26. Orang Besa

CERITA KE-15 KEDATANGAN ROMBONGAN CHINA
Raja China telah menghantar utusan ke negeri Melaka dengan membawa jarum sarat dalam sebuah pilu,
sutera, benang emas dan beberapa benda-benda yang pelik dan ini dibalas dengan mengisi sagu rending
sehingga penuh pilu melambangkan betapa ramainya rakyat negeri Melaka oleh Raja Melaka. Tun Perpatih
Putih diperintahkan untuk membawa bingkisan tersebut ke negeri china dan ini merupakan tipu muslihat
mereka untuk melihat wajah Raja China yang mana tidak pernah dilihat oleh rakyat china itu sendiri. Raja
China bercadang untuk
mengahwinkan puterinya dengan raja Melaka tetapi disebabkan raja Melaka tidak dapat meninggalakan
negerinya lalu puteri Hang Li Po dibawa ke Melaka dengan kesanggupan Tun Perpatih unuk membawanya
dengan selamat. Setelah tiba di Melaka, Puteri Hang Li Po disambut serta diberi tempat tinggal di kawasan
Bukit China. Perkahwianan antara Sultan Mansur dan Puteri Hang Li Po menghasilkan seorang anak yang
diberi nama Paduka Mimat. Setelah beberapa lama di Melaka, menteri yang menghantar Hang Li Po meminta
izin untuk pulang ke negeri China akan tetapi kapal yang membawa mereka itu dipukul rebut dan tiba di
Brunai. Di sana beliau menghadap Raja Brunai dan ditanyakan tentang isi surat Raja Melaka kepada raja
China itu. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera kembali ke Melaka bersama surat sembah Raja Brunai kepada
Sultan Mansur. Surat Raja Melaka disambut sukacita oleh Raja China dan dengan itu hasratnya untuk
mendapatkan sembah dari raja Melaka tercapai tapi selang beberapa hari tubuh bgainda diserang penyakit
gatal lalu mencari kedal. Beberpa orang tabib tidak dapat menyembuhkan penyakit itu lalu Raja Melaka
berkirim sembah kepadanya dan hanya boleh diubati jika baginda sanggup minum dan mencuci muka dengan
air basuh kaki Raja Melaka. Setelah mendapatkan air tersebut dan membuat seperti yang disuruh maka Raja
China pun sembuh, Baginda bersumpah bahawa baginda dan anak cucunya tiada mahu di sembah oleh raja
Melaka. Ini menunjukkan bahawa kedaulatan Raja Melaka sangat tinggi dan tidak boleh dipermainkan.

Watak-watak
1. Raja china
2. Raja Melaka
3. Rakyat Negeri Melaka
4. Tun Perpatih Putih
5. Puteri Hang Li po
6. Paduka Mimat
7. Tun Telanai
8. Menteri Jana Putera
9. Raja China
18

10. Raja Brunai
11. Sultan Mansur




BAB KE-16 PERTIKAMAN ANTARA HANG TUAH DAN HANG KASTURI
Mengisahkan tentang Hang Kasturi yang inginkan dayang-dayang kesayangan raja dan ini menyebabkan
Sultan Mansur dan seluruh isi istana berpindah ke istana lain dan tiada siapa yang berani mengusir Hang
Kasturi. Akibatnya banyak dayang-dayang sultan tersebut telah dibunuh. Melihat keadaan ini Sultan Mansur
menyesal kerana telah terburu-buru membunuh Hang Tuah tetapi Seri Nara Diraja akhirnya memberitahu
yang dia sebenarnya tidak jadi membunuh hang Tuah seperti yang telah diarahkan. Lalu hang Tuah dipanggil
untuk mengalahkan Hang Kasturi dan akhirnya Hang Kasturi pun tewas ditangan Hang Tuah. Dengan
kejayaan ini Hang Tuah telah diberi gelaran Laksamana dan Seri Nara Diraja pula diserahkan daerah Sening
Ujung. Sultan Mansur tidak mahu lagi tinggal di istannya itu lalu membina istana lain yang sangat besar.
Tidak berapa lama kemudian istana itu dibakar dan tiada siapa berani masuk ke dalam. Banyak barang yang
dapat diselamatkan kecuali warisan dari kerajaan sang Nila Utama dan selepas itu sebuah istana dibina lagi
untuk kediamana SultanMansur. Seri Nara Diraja jatuh sakit dan mewasitakan hartanya kepada anak-anaknya
Tun Tahir, Tun Mutahir dan Tun Abdullah. Semua anak Seri Nara Diraja tinggal bersama Bendahara Paduka
Raja dan suatu malam ketika Bendahara hendak turun untuk bersembahyang subuh beliau melihat satu cahaya
di kepala Tun Mutahir dan terus ke langit. Bendahara meramalkan bahawa Tun Mutahir akan menjadi orang
besar dan lebih berkuasa dari dirinya tetapi kekuasaan itu tidaj kekal. Bila Tun Tahir dan Mutahir besar
mereka telah dipinjamkan emas sebagai modak untuk berniaga tetapi dipulangkan. Kerana kejujuran mereka
inilah Bendahara telah menterhakan emas peninggalan ayah mereka. Tun Tahir dilantik oleh Sultan Mansur
Syah menjadi penhulu bendahari dan Seri Nara Diraja dan Tun Mutahir dijadikan Temenggung bergelar Seri
Maharaja dan Tun Abdullah bergelar Seri Nara Wangsa.

Watak-watak
1. Hang Kasturi
2. Dayang Dayang kesayangan raja
3. Sultan Mansur
4. Raja Perempuan
5. Penghuni Istana
6. Sening Ujung
7. Sang Nila Utama
8. Seri Nara Diraja
9. Paduka Raja
10. Tun Tahir
11. Tun Mutahir
12. Tun Abdullah
13. Sultan Mansur Syah
14. Seri Maharaja
15. Seri Nara Wangsa

19

CERITA KE 17 MELUASKAN EMPAYAR MELAKA
Mengisahkan tentang Maharaja Jaya yang tidak tunduk di bawah kekuasaan Raja Melaka lalu Sultan Mansur
Syah memerintahkan Seri Nara Diraja untuk menyerang Kampar. Setelah Raja Kampar mengetahui hal
tersebut baginda menghimpunkan segala rakyatnya. Mereka pun berperang dengan hebatnya tetapi akhirnya
peperangan ini telah dimenangi oleh Melaka. Tun Demang mati dalam peperangan itu dan ini membuatkan
Maharaja Jaya mengamuk tetapi sempat ditikam oleh Seri Nara Diraja lalu mati. Negeri Kampar pun ditawan
dan Khoja Baba diberikan gelaran akhtiar Muluk. Siak juga telang di serang kerana tidak tunduk kepada
Melaka. Siak kalah dan di sini orang Melaka banyak memperolehi harta rampasan. Anak Maharaja
Permaisuri, Megat Kudu dan mangkabuminya Tun Jana Pakibul dibawa ke Melaka oleh Seri Udani. Hasil
kejyaannya inilah Seri Udani dilantik menjadi Perdana menteri dan Megat Kudu pula dikahwinkan dengan
Raja Mahadewi dan dirajakan di Siak dengan gelaran Pakibul. Perkahwinan Sultan Ibrahim dan Raja
Mahadewi telah dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah.

Watak-watak
1. Maharaja Jaya
2. Raja Minangkabau
3. Raja Melaka
4. Sultan Mansur Syah
5. Seri Nara Diraja
6. Sang Setia
7. Sang Naya
8. Sang Guna
9. Khoja Baba
10. Raja Kampar
11. Tun Demang
12. Seri Udani
13. Maharaja Permaisura
14. Akhtiar Muluk
15. Megat Kudu
16. Tun Jana Pakibul
17. Raja Maha Dewa
18. Sultan Ibrahim
19. Raja Abdullah





CERITA KE-18 PERISTIWA RAJA MUHAMMAD MEMBUNUH ANAK BENDAHARA
Mengisahkan tentang Sultan Mansur Syah yang berhasrat menjadikan Raja Muhammad sebagai pengantinya
kerana puteranya itu yang paling disayanginya. Sehinggalah suatu hari Raja Muhammad telah di buang ke
Pahang disebabkan telah membunuh Tun Besar yang telah menyebabkan dastar Raja Muhammad jatuh ke
tanah. Di Pahang, Raja Muhammad dirajakan bagi menggantikan tempat Seri Bija Diraja yang menjadi raja
sementara di sana. Tun Hamzah dilantik menjadi Bendahara Pahang sementara Seri Akar dilantik menjadi
20

hulubalang besar. Raja Muhammad berkahwin dengan Mengindera Putri iaitu cucu kepada Sultan Iskandar
dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki bernama Raja Ahmad, Raja Jamil dan Raja
Mahmud. Negeri Melaka bertambah maju dan pesat menandingi Pasai dan Haru dan ketiga-tiga negeri ini
mempunyai hubungan yang baik satu sama yang lain. Seorang rakyat Pasai bernama Tun Bahara telah dating
ke Melaka. Dia sangat pandai bermain catur dan tiada siapa dapat menandinginya pada zaman itu.
Bagaiamanapun Tun Pikrama dapat juga menandinginya oleh itu beliau digelar Sayur Keladi.

WATAK-WATAK
1. Sultan Mansur Syah
2. Raja Ahmad
3. Raja Muhammad
4. Bendahara
5. Tun Besar
6. Beberapa anak muda
7. Bendahara Paduka Raja
8. Seri Bija Diraja
9. Tun Hamzah
10. Bendahara Seri Amar Diraja
11. Seri Akar Raja
12. Sultan Iskandar
13. Raja Kelantan
14. Mengindera Puteri
15. Raja Jamil
16. Raja Mahmud
17. Tun Bahara (Sayur Keladi)
18. Tun Pikrama


















21



Bab 19-26

y CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKA
y CERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI
MELAKA
y CERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPA
y CERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA
PASAI YANG LARI KE MELAKA
y CERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN
MANSUR SYAH
y CERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARU
y CERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKA
y CERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAM













Dikaji oleh-
NORIZAN MOHD RIDZUAN AE 8





22

CERITA KE-19 SEMERLUKI KE MELAKA
Mengisahkan tentang Semerluki iaitu putera kepada Keraing Mancoko dengan isteri tuanya. Keraing
Mancoko ialah pemerintah negeri Balului dan mempunyai 7 orang isteri dan semuanya ialah anak kepada
Keraing Ditandering Jokanak. Semerluki telah terpikat kepada ibu tirinya ketika mengadap ibunya dan
kelakuannya itu diketahui oleh ayahnya. Ayahnya menasihati Semerluki keluar dari negeri Mengkasar untuk
mencari wanita yang serupa dengan ibu saudaranya itu. Semerluki pun berlengkap dengan peralatannya untuk
mencari wanita yang serupa dengan ibu saudaranya itu serta berhasrat untuk menakluki negeri bawah angin.
Beliau dapat mengalahkan banyak jajahan di Jawa dan kemudian di Siam dan tiada seorang pun dapat
menghalangnya dan selepas itu beliau pergi ke Ujung Tanah dan merosakkan jajahan Melaka.Sultan Mansur
Syah telah memerintahkan laksamana memerangi Semerluki. Laksamana berjaya mengalahkan Semerluki
walaupun Semerluki menggunakan berbagai bagai kesaktian. Ketika di Pasai, banyak jajahan negeri itu
dimusnahkan oleh Semerluki. Raja Pasai telah memerintahkan orang kaya Raja Kenayan untuk menghalang
Semerluki. Lalu mereka pun bertemu dengan Semerluki di Teluk Perli dan berperang dengan
hebatnya.Semerluki lari dari Pasai dan laksamana dapat mengekorinya bila beliau lalu di Melaka dalam
perjalanannya hendak pulang. Ketika di Ungaran kelengkapan Semerluki telah banyak musnah dan rosak.
Beliau telah mencampakkan stu batu tolak baranya di Selat Ungaran supaya kapal laksamana tidak dapat
mengejarnya dan berjaya puang ke Mengkasar.

Watak-watak

1. SEMERLUKI
2. KERAING MANCOKO
3. ISTERI TUA (IBU SEMERLUKI)
4. IBU SAUDARA/ IBU TIRI
5. SULTAN MANSUR SYAH
6. LAKSAMANA
7. RAJA PASAI
8. ORANG KAYA RAJA KENAYAN
9. 7 ORANGISTERI
10. KERAING DITANDERING JOKANAK



CERITA KE-20 PENYEBARAN KITAB DARUL MAZLUM DI MELAKA

Mengisahkan seorang pendita zahid (warak) yang bernama Maulana Abu Ishak. Beliau telah mengarang Darul
Mazlum dengan menggunakan dua bahasa iaitu bahasa zat dan bahasa sifat. Abu Bakar adalah salah seorang
dari muridnya dan menyuruh Abu Bakar membawa kitab (Darul Mazlum) ke Melaka. Oleh kerana Abu Bakar
menghafal isi kitab itu maka dia mengetahui 3 bahasa. Ketibaan Abu Bakar dengan Darul Mazlum di sambut
dengan kemuliaan. Sultan Mansur Syah pun berguru kepadanya. Kitab itu juga dihantar ke Pasai untuk
diterjemahkan oleh Makhdum Patakan. Sultan Mansur Syah menggalakkan para pembesar Melaka
mempelajari kitab tersebut dan semakin bertambahlah orang berguru dengan Maulana Abu Bakar kecuali
Kadi Yusof iaitu kadi di Melaka. Ketika Kadi Yusof lalu dihadapan rumah Maulana Abu Bakar hendak
semahyang jumaat, beliau telah ternampak rumah Maulana Abu Bakar dikelilingi oleh cahaya lilin yang
23

terang lalu Kadi Yusof pun berubah dan berguru dengan Maulana Abu Bakar. Beliau meletakkan jawatan dan
menyerahkan kepada anaknya Kadi Menawar. Sultan Mansur Syah menitahkan Seri Bija Wangsa ke Pasai
mengemukakan satu masalah dan sesiapa yand dapat menyelesaikan masalah ini akan diberi 7 tahil emas
bersama 2 wanita. Raja Pasai menyuruh Makhdum Muda menyelesaikan dan bertemu dengan Seri Bija
Wangsa secara peribadi untuk member jawapannya. Hadiah itu pun diberikan kepada Makhdum Muda dan
jawapan ditabalkan serta ditunaikan syarat-syaratnya. Dang Bibah diambil oleh Makhdum Muda dan
dinamakan Dang Lela Nidahari.


WATAK-WATAK

1. MAULANA ABU ISHAK
2. MAULANA ABU BAKAR
3. SULTAM MANSUR SYAH
4. PARA PEMBESAR
5. KADI YUSOF
6. KADI MENAWAR
7. MAKHDUN PATAKAN
8. MAKHDUM MUDA
9. RAJA PASAI
10. SERI BIJA WANGSA
11. DANG BIBAH
12. DANG BUNGA




CERITA KE-21 KISAH RAJA CHEMPA

Mengisahkan tentang Pau Gelang yang ditemui oleh Raja Chempa dari mayang pokok pinang berhampiran
dengan istana tersebut. Setelah dewasa Pau Gelang dikahwinkan dengan Pau Bia iaitu anak Raja Chempa
sendiri. Bila Pau Gelang menjadi raja menggantikan mertuanya dann menbuka sebuah negeri bernama Bal
dan melahirkan seorang putera iaitu Pau Gama. Setelah dewasa Pau Gama berkahwin dengan Radin Galuh
Ajang,anak Betara Majapahit. Setelah Radin Galuh hamil, Pau Gama ingin pulang kenegeri Bal tetapi
isterinya tidak dibenarkan oleh Betara Majapahit mengikutnya. Sebelum pulang baginda berpesan
menamakan anak mereka Raja Jaknaka jika lelaki. Radin Galuh melahiran seoranh putera dan menamakannya
Raha Jaknaka. Baginda mencari ayahnya dan dengan restu daru bonda dan datuknya baginda pun ergi
menemui ayahandanya dan disana disambut dengan meriah oleh ayahandanya dan dijadikan pengganti.
Baginda berkawin dengan Pau Chi Banci dan mendapat seorang anak bernama Pau Kubah. Ketika Pau Kubah
naik takhta, Raja Kuci menyerang negeri tersebut kerana tidak mengizinkan mengahwini anak perempuan
baginda. Raja Kuci telah merasuah penghulu bendahari Chempa. Oleh itu ramai rakyat kota Bal telah
terbunuh dan anak raja Chempa dan menterinya melarikan diri. Syah Indera Burma dan isterinya melarikan
diri ke Melaka dan disana Sultan Mansur Syah diislamkan dan dilantik sebagai menteri.

24

WATAK WATAK
1. RAJA CHEMPA
2. PAU GELANG
3. PAU BIA
4. RAJA SUBAL ANAK RAJA KADHIL
5. PAU GAMA
6. RADEN GALUH AJANG
7. BETARA MAJAPAHIT
8. RAJA JAKNAKA
9. PAU CHI BANCI
10. PAU KUBAH
11. RAJA KUCI
12. PENGHULU BENDAHARI CHEMPA
13. SYAH INDERA BERMA DAN ISTERI
14. SYAH PAU LING DAN ISTERI
15. PARA MENTERI
16. SULTAN MANSUR SYAH.




CERITA KE-22 KISAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, RAJA PASAI YANG LARI KE MELAKA
Mengisahkan tentang Raja Muda yang merampas kuasa pemeritahan Pasai dan menyebabkan Sultan Zainul
Abidin turun takhta dan ari ke Melaka. Sultan mengarahkan bala tenteranya menyerang Raja Muda yang
diketuai oleh Bendahara dan diiringi oleh Seri Bija Diraja, laksamana dan segala hulubalang. Pasai tidak dapat
dikalahkan oleh Melaka kerana rakyatnya yang ramai. Ketika mereka berehat di sebuah dusun,Seri Bija Diraja
bercadang untuk pulang ke Melaka kerana sudah lama di Pasai. Tetapi Tun Pikrama Wira bercadang
menyerang Pasai sekali lagi dan kali ini dibantu oleh Laksamana Hang Tuah,Tun Bija Diraja dan Hulubalang
Melaka. Oleh keana angkatan Pasai terlalu besar maka ramai hulubalang Melaka lari dan terjun ke sungai.
Bendahara sungguh marah dann membunuh mereka. Hanya Hang Isap, Tun Pikrama Dan Nina Isyak yang
dapat bertahan. Tun Pikrama memanggil semua hulubalang yang lari dan di antarannya ialah Tun Hamzah
iaitu menantu Tun Pikrama. Nina Isya menyindir Tun Hamzah sehingga beliau mengamuk dan mengetuai
orang Melaka merempuh tentera Pasai sehinnga berpecah belah. Istana Raja Pasai telah ditawan dan Raja
Muda Melarikan diri ke hutan dann Sultan Zainul Abidin di tabalkan menjadi Raja. Raja Zainul Abidin
meyuruh orang Melaka pulang ke Melaka dan tida mahu mereka tinggal di Pasai. Bendahara amat marah
dengan kata-kata tersebut dan berangkat ke Melaka bersama angkatan Melaka. Beliau terdengar bahawa Raja
Zainul Abidin diserang Raja muda ketika beliau sampai di Jambu Air. Laksamana ingin membantu tetapi
dilarang oleh Bendahara kerana Raja Zainul tidak mahu menyembah Raja Melaka. Di Melaka, laksamana
mencerca bendahara. Sultan Mansur Syah amat murka dengan tindakan tersebut tetapi apabila bendahara
dipanggil ia sedikitpun tidak berdendam malah memuji- muji laksamana. Laksamana menyesal dan mengadap
bendahara.

WATAK -WATAK
1. SULTAN ZAINUL ABIDIN
25

2. RAJA MUDA
3. SULTAN MANSUR SYAH
4. SERI BIJA DIRAJA
5. LAKSAMANA
6. SEGALA HULUBALANG
7. TUN PIKRAMA WIRA
8. LAKSAMANA HANG TUAH
9. HANG ISAP
10. NINA ISYAK
11. TUN HAMZAH




CERITA KE-23 KISAH RADEN KELANG ANAK SULTAN MANSUR SYAH
Mengisahkan tentang Sultan Mansur Syah yang sangat sedih kerana anaknya Raden Kelang telah terbunuh
semasa mengembari orang mengamuk di Kampung Keling. Baginda memanggil anaknya Raja Husin dan
bendahara serta semua pembesar semasa baginda gering. Baginda menyampaikan pesanan supaya Raja Husin
dijadikan Raja dan memperbetulan Raja Husin jika berlaku kesalahan kerana beliau masih kanak-kanak.
Baginda juga berpesan supaya banyak bersabar dan adil dan jika teraniaya hendaklah diperiksa bersungguh-
sungguh. Baginda pun mangkat selepas beberapa hari. Raja husin pun ditabalkan menjadi raja dan digelar
Alauddin Riayat Syah. Keadaan di Melaka ketika itu tidak aman kerana kegiatan mencuri. Setiap malam ada
sahaja barang yang hilang. Baginda sungguh sedih lalu baginda merancang menangkap pencuri tersebut.
Baginda pun keluar dari istana bersama Hang Isap dan Hang Siak dengan menyamar menjadi pencuri.
Baginda meronda disekelliling negeri dan betemu dengan 5 orang pencuri lalu 3 orang pencuri dapat di bunuh
dan yang lainnya berjaya melepaskan diri. Keesokkanya baginda memanggil Temenggong Seri Maharaja dan
betanya tentang kawalan dalam negeri dan temenggong menjawab semuanya dalam keadaan baik. Lalu
baginda memanggil Hang Isap dan menceritakan semuanya. Setelah itu kawalan pun diperketatan dan tiada
lagi pencuri di negeri Melaka. Baginda juga memerintahkan Bendahara Paduka Raja supaya membuat
sebuahh balai di simpang empat di tengah-tengah negeri bagi mengumpulkan harta-harta yang tiada tuannya.
Baginda juga menitahkan hukuman potong tangan bagi orang yang mencuri.

WATAK-WATAK
1. RADEN KELANG
2. SULTAN MANSUR SYAH
3. RADEN GALUH CENDERA KIRANA
4. RAJA HUSIN
5. BENDAHARA
6. PARA PEMBESAR
7. RAJA MENAWAR
8. RAJA ZAINUL
9. TUN SENAJA
10. RAJA HITAM
11. RAJA MAHMUD
26

12. RAJA FATIMAH
13. RAJA PAHANG/ RAJA AHMAD
14. SERI AMAR DIRAJA
15. RAJA MANSUR
16. SULTAN MUHAMMAD SYAH
17. RAJA JAMAL
18. RAJA MUZAFFAR
19. HANG ISAP
20. HANG SIAK
21. 5 PENCURI
22. TEMENGGONG SERI MAHARAJA
23. BENDAHARA PADUKA RAJA




CERITA KE-24 PEPERANGAN PASAI DAN HARU
Mengisahkan tentang Raja Pahlawan yang dibunuh beserta orang-orangnya dibunuh oleh Raja Pasai kerana
mengamuk dan marah kerana surat yang diperutuskan dibaca lain daripada yang ditulis sehinggakan ramai
orang Pasai menjadi mangsa. Berita Raja Pahlawan dibunuh diketahui oleh Maharaja Diraja dan
memerintahkan hulubalang menyerang Pasai dan menitahkan penglimanya Seri Indera merosakkan segala
jajahan Melaka dari Tanjung Tuan hingga ke Jugra kerana Pasai adalah neegeri taklukan Melaka. Paduka
Tuan, anak Bendahara Paduka Raja, laksamana dan Seri Bija Diraja dititahkan untuk menyerang orang Haru.
Di Pulau Arang-Arang, mereka bertemu sehinggakan angkatan Melaka hampir kalah kerana perahu Tun Isap
bersama Seri Bija Diraja telah dinaiki musuh. Banyak perahu orang-orang Haru dilanggar dan mereka dapat
mengalahkan orang Haru. Orang Haru yang dapat melarikan diri menyampaikan berita kekalah kepada
Maharaja Diraja dan perkara ini menyebabkan baginda amat marah dan mengarahkan orang-orangnya
menyerang jajahan Melaka sekali lagi. Di Dungun, kedua-dua buah negeri itu berperang. Angkatan perang
Haru berjaya dikalahkan oleh orang Melaka dan Maharaja Diraja pun menghantar surat utusan berdamai
kepada Paduka Tuan. Semua panglima dan hulubalang perang Melaka diberikan anugerah oleh Sultan
Alaudin. Seri Bija Diraja diganti oleh anaknya yang bernama Tun Kerutup dan mempunyai dua orang anak
bernama Tun Cendera Panjang dan Sang Setia.

WATAK-WATAK
1. MAHARAJA DIRAJA / RAJA HARU
2. SULTAN SUJAK
3. RAJA PAHLAWAN
4. ORANG PASAI
5. HULUBALANG
6. SERI INDERA
7. SULTAN ALAUDDIN
8. BENDAHARA PADUKA RAJA
9. SERI BIJA DIRAJA
10. ORANG HARU
27

11. TUN KERUTUP
12. TUN CENDERA PANJANG
13. SANG SETIA.
CERITA KE-25 RAJA MALUKU KE MELAKA
Mengisahkan tentang Raja Maluku yang telah melarikan diri ke Melaka kerana Negeri Maluku dikalahkan
oleh Kastilan. Sultan Alauddin menjaga baginda dengan mulia. Raja Maluku mempunyai satu keistimewaan
iaitu pandai bermain sepak raga sehinggakan naik tangga pun beliau tidak berhenti menyepaknya. Baginda
juga seorang yang gagah standing dengan Sultan Alauddin. Ketika Raja Maluku datang Melaka, baginda
bertemu dengan Raja Rokan dan Telanai Terengganu. Tun Telanai dan Raja Maluku pun kembali ke negeri
masing-masing. Raja Pahang, Sultan Mahmud mengetahui tentang Telanai Terengganu ke Melaka tanpa
memberitahunya lalu dibunuh oleh Seri Akar Raja. Terengganu telah diserahkan kepada keturunan Seri Akar
Raja. Bendahara Pahang menasihatkan baginda bahawa perbuatan itu adalah salah kerana tidak memberitahu
Raja Melaka. Baginda tidak mahu tunduk kepada Sultan Melaka iaitu adiknya sendiri malah baginda behasrat
hendak melanggar balairong Raja Melaka. Semua keluarga Telanai Terengganu lari ke Melaka dan
memberitahu tentang kematiannya serta khabar Raja Pahang ingin melanggar balairong Melaka. Sultan
Alauddin merasa marah dengan tindakkan abangnya dan hendak menyerang Pahang tetapi ditegah oleh
Bendahara. Megat Sulaiman, Megat hamzah Dan Megat Umar iaitu cucu Telanai Terengganu dijaga dengan
baik di Melaka. Laksamana diarahkan pergi ke Pahang dan membawa perutusan untuk Raja Pahang dan
menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Raja Muhammad cuba berdalih
dengan mengatakan Telanai dibunuh kerana mencerca negeri Melaka. Laksamana pulang ke Melaka dan
menerangkan segala hal ehwal ketika di Pahang. Beliau mendapat kepujian dari Sultan Melaka.

WATAK-WATAK
1. RAJA MALUKU
2. SULTAN ALAUDDIN
3. RAJA ROKKAN
4. TELANAI TERENGGANU
5. SULTAN MUHAMMAD/ RAJA PAHANG
6. SERI AKAR RAJA
7. LAKSAMANA



CERITA KE-26 KISAH SULTAN IBRAHIM RAJA SIAM
Mengisahkan tentang Sultan Alauddin memerintahkan Laksamana menyiasat tentang pembunuhan seorang
rakyat Siak oleh Tun Jana Pakibul atas arahan Sultan Ibrahim lalu Sultan Ibrahim meminta maaf kepada
Sultan Alauddin. Raja Menawar iaitu anak sulung Sultan Alauddin menjadi raja di Kampar dan diberikan
gelaran Sultan Menawar Syah dan Seri Amar Diraja sebagai Bendaharanya. Ketika Sultan
Alauddin gering, baginda memanggil semua pembesar dan member pesanan kepada mereka. Baginda juga
memberi pesanan kepada Raja Muhammad. Selepas kemangkatan Sultan Alauddin, Raja
Muhammadditabalkan menjadi sultan sebagaimana yang diwasiatkan oleh Sultan Alauddin dan diberi gelaran
Sultan Mahmud Syah. Diawal pemerintahannya, Sultan Mahmud telah menunjukkan keperibadian yang tidak
baik. Ketika baginda naik takhta, baginda telah jatuh sakit (cirit-birit). Laksamana dan bendahara yang
menjaga baginda. Berita tentang kegeringan Sultan Mahmud telah sampai kepengetahuan Raja Tua iaitu
28

nenda Sultan Mahmud. Raja Tua ingin membunuh Sultan Mahmud tetapi dihalang oleh bendahara dan
laksamana. Setelah Sultan Mahmud sembuh, laksama dan bendahara telah diberikan persalinan dan usungan.
Laksamana menggunakan usungan tersebut tetapi bendahara tidak mahu menggunakannya kerana tidak mahu
menyamakan taraf sultan dan dirinya. Sebelum Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan mati,beliau berpesan
kepada anak cucunya seorang demi seorang supaya menukarkan agama dan berbakti kepada Raja. Beliau juga
berpesan kepada Tun Puah supaya tidak tinggal di Melaka dan melarang Tun Isap bekerja dengan Raja. Sultan
Mahmud juga sempat bertemu dengan bendahara dan member pesanan. Bendahara mati dan jawatannya
diganti oleh Tun Perpatih Putih yang mana beliau adalah seorang yang pemboros. Sultan Mahmud tealah
berkahwin dengan anak Raja Muhammad dari Pahang. Namun baginda selalu berbuat sumbang dengan
wanita-wanita cantik di Melaka termasuk isteri Tun Biajid. Tun Biajid merasa marah dan menceraika isterina
setelah mengetahuinya dan tidak mahu bekerja lagi dengan Sultan. Sultan Mahmud juga tertarik hati terhadap
Tun Dewi dan menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali yang berada dirumah Tun Dewi ketika itu. Tun Isap
berjaya menbunuh Tun Ali dan menyuruh baginda melarikan diri kerana Seri Dewa Raja hendak membalas
dendam. Tun Isap dibunuh oleh Seri Dewa Raja ketika beliau kembali ke Melaka. Sultan Mahmud tidak
melakukan sebarang tindakan kerana Seri Dewa Raja adalah pembesar kesayangannya selain dari Tun
Umar,Hang Isa Pantas dan Hang Husin Jong. Seri Bija Diraja dihukum bunuh kerana lambat datang ke majlis
Hari Raya di Melaka dan jawatan tersebut digantikan oleh Sang Setia Titayan dan keturunannya. Sultan
Mahmud ingin mengaji dengan Maulana Yusof tetapi tidak dibenarkan masuk oleh beliau kerana dia adalah
seorang fakir yang miskin. Lalu baginda menyamar menjadi Fakir Muhammad. Sultan Mahmud mengarahkan
Paduka Tuan menyerang Manjung kerana ia adalah sebuah negeri besar dan bermusuhan dengan Beruas. Raja
Beruas telah dipertanggungjawabkan oleh Sultan Mahmud untuk memerintah Manjung. Sultan Mahmud telah
berkahwin dengan puteri Raja Kelantan Onang Kening.

WATAK-WATAK
1. TUN JANA PAKIBUL
2. SULTAN IBRAHIM
3. SULTAN ALAUDDIN
4. LAKSAMANA
5. RAJA MENAWAR
6. SERI AMAR DIRAJA
7. RAJA MUHAMMAD / SULTAN MUHAMMAD
8. SERI MAHARAJA
9. SERI BIJA DIRAJA
10. RAJA TUA
11. BENDAHARA PADUKA RAJA
12. TUN PUAH
13. TUN ISAP
14. TUN PERPATIH PUTIH
15. RAJA MUHAMMAD DARI PAHANG
16. RAJA AHMAD
17. TUN BIAJID
18. TUN DEWI
19. TUN ALI SANDANG
20. SERI DEWA RAJA
29

21. SANG SETIA TITAYAN
22. MAULANA YUSOF
23. RAJA BERUAS
24. PUTERI RAJA KELANTAN ONANG KENING




















30

Bab 27-34

y CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN
MENAWAR KAMPAR DAN BENDAHARA
y DAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG
LEDANG
y CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN
TINGGAL DI MELAKA, KISAH
y CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN
TEJA
y CERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINAL
y CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG.
y CERITA KE-32 CAU SERI BANGSA MEMELUK
ISLAM
y CERITA KE-33 TUN FATIMAH BERKAHWIN
DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH.
y CERITA KE-34 JATUHNYA NEGERI MELAKA
DITANGAN PORTUGIS.







Dikaji oleh-
NURJANATUL MAJIDAH BINTI HAJI ABDUL RAHMAN AE 6






31

CERITA KE- 27 KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR KAMPAR DAN
BENDAHARA PUTEH
DAN KISAH PEMINANGAN PUTERI GUNUNG LEDANG
- KEMANGKATAN SULTAN MENAWAR RAJA KAMPAR
Setelah kemangkatan Sultan Menawar yang merupakan Raja kepada Negeri Kampar,
tempatnya telah digantikan oleh Raja Abdullah yang kemudiannya menggelarkan dirinya
sebagai Sultan Abdullah.

- KEMANGKATAN BENDAHAR A PUTEH
Sementara di Negeri Melaka, mereka telah kehilangan seorang pembesar Negeri iaitu
Bendahara Puteh. Kemangkatan Bendahara Puteh membuatkan Sultan Mahmud
menghimpunkan Sembilan orang yang layak untuk jawatan Bendahara menggantikan
Bendahara Puteh. Pak Mutahir adalah orang yang telah dipilih dan layak untuk jawatan
tersebut. Pak Mutahir telah digelar Seri Maharaja kerana jawatan yang telah dijawatnya.

- KISAH PEMINANGAN TUAN PUTERI GUNUNG LEDANG
Apabila Permaisuri Melaka mangkat, Sultan Mahmud ingin mencari penggantinya lalu,
mengarahkan pembesar-pembesar negeri Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Perjalanan pendakian Gunung Ledang telah banyak menghalang rombongan peminangan
Puteri Gunung Ledang. Hanya Tun Mamat seorang yang meneruskan perjalanan tersebut
sehingga menjumpai seorang perempuan tua disebuah balai di tengah-tengah hutan tersebut.
Tun Mamat telah menyampaikan hasrat Sultan Mahmud untuk memperisterikan Puteri
Gunung Ledang melalui perbicaraannya dengan Perempuan Tuan tersebut. Perempuan Tua
tersebut telah menyatakan 7 permintaan yang sepatutnya mesti dilaksanakan sebelum Puteri
Gunung Ledang menerima pinangan tersebut. Tun Mahmud tidak mengetahui bahawa
perempuan Tua tersebut adalah Puteri Gunung Ledang sendiri.

WATAK-WATAK
1. Sultan Menawar Raja Kampar
2. Raja Abdullah atau Sultan Abdullah
3. Bendahara Puteh
4. Sultan Mahmud(Melaka)
5. Pak Mutahir atau Seri Maharaja (Bendahara Negeri Melaka)
6. Patih Adam atau Pangeran Surabaya
7. Tun Manda
8. Seri Nara Diraja
9. Permaisuri Melaka
10. Laksamana (Pembesar Negeri Melaka)
11. Sang Setia (Pembesar Negeri Melaka)
12. Tun Mamat (Pembesar Negeri Melaka)
13. Tuan Puteri Gunung Ledang yang menyamar sebagai Perempuan Tua bernama Dang
Raya Rani.
14. 4 perempuan Muda
15. Raja Ahmad *dalam permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang
32

WATAK BINATANG
1. Burung
2. Nyamuk * dalam permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang
3. Kuman * dalam permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang

CERITA KE-28 KISAH ORANG INDERAGIRI BOSAN TINGGAL DI MELAKA,
KISAH SULTAN MAHMUD HENDAKKAN KAIN DI KELING DAN KEMANGKATAN
HANG TUAH.
- KISAH ORANG INDERAGIRI YANG BOSAN TINGGAL DI MELAKA
Orang Inderagiri di Melaka merasa bosan dengan penghinaan yang dilakukan oleh pembesar-
pembesar Negeri Melaka sehinggakan mereka mengadu mengenai perkara tersebut kepada Raja
Nara Singa yang mendapati bahawa Raja Isap telah menjadi Raja Inderagiri. Maharaja Isap telah
dihalau oleh Tun Kecil dan Tun Ali.

- KISAH SULTAN MAHMUD HENDAKKAN KAIN DI KELING
Sultan Mahmud (Raja Melaka) hendak membeli kain Serasah sebanyak 40 helai yang
mempunyai pelbagai jenis bunga dan coraknya dan Hang Nadim yang merupakan menantu
Laksamana telah diarahkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Setibanya Hang Nadim di Benua
Keling, beliau menghadapi masalah dengan pencarian kain tersebut. Selain itu Hang Isap telah
mengambil emas kepunyaan seorang saiyid yang mengatakan bahawa Hang Isap akan mendapat
mala petaka jika dia tidak mengembalikan harta tersebut. Hang Nadim telah memohon kemaafan
daripada wali tersebut. Hang Nadim menumpang kapal Hang Isap untuk pulang ke Melaka yang
ditimpa bencana ditengah pelayaran. Sultan Mahmud murka kerana kain yang didapati hanya
sedikit.

- KEMANGKATAN HANG TUAH
Laksamana Hang Tuah telah kembali ke rahmatullah dan Sultan Mahmud mengkebumikannya di
Tanjung Keling. Khoja Husin telah dilantik menggantikan mentuanya menjadi laksamana. Beliau
mempunyai anak bernama Tun Abdul.
WATAK-WATAK
1. Orang Orang Inderagiri(di Melaka)
2. Pembesar-pembesar Melaka
3. Raja Nara Singa
4. Raja Meriang
5. Maharaja Isap(Raja Inderagiri)
6. Tun Kecil (Bendahara)
7. Tun Ali
8. Sultan Mahmud (Raja Melaka)
9. Hang Nadim
10. Hang Isap
11. Saiyid
12. Hang Tuah
13. Khoja Husin
14. Tun Abdul
33

CERITA KE-29 HANG NADIM MENDAPATKAN TUN TEJA
Sultan Abdul Jamil adalah pengganti kepada Sultan Mahmud Negeri Pahang. Seri Amar Bangsa
Diraja yang merupakan bendahara kepada Negeri Pahang mempunyai seorang puteri cantik yang
bernama Tun Teja Ratna Benggala. Sultan Pahang berhasrat untuk mengahwini Tun Teja. Pada
masa yang sama juga, Sultan Mahmud Negeri Melaka juga berhasrat untuk memperisterikan Tun
Teja sehinggakan baginda bertitah untuk memberikan ganjaran yang lumayan dan diampukan
segala dosa-dosanya kepada sesiapa saja yang Berjaya membawa Tun Teja ke Melaka. Saiyid
Ahmad bersahabat dengan Hang Nadim yang ingin melarikan Tun Teja. Melalui Inang Tun Teja
untuk membantunya untuk membawa Tun Teja keluar dari Istana Bendahara Pahang. Hang
Nadim membawa Tun Teja lari menggunakan Jung Saiyid Ahmad. Bendahara Seri Amar Bangsa
Diraja sangat berdukacita dengan kehilangan Puerinya lalu, mengkhabarkan perkara tersebut
pada Sultan Abdul Jamil yang teramat murka pada Hang Nadim setelah mengetahui akan
perbuatan Hang Nadim melarikan Puteri kesayangan Bendahara Pahang. Pertempuran telah
berlaku diantara Hang Nadim dengan Orang-orang Pahang yang dititahkan oleh Sultan Abdul
Jamil. Khoja Hasan telah diutus oleh Sultan Melaka untuk membantu Hang Nadim dan
meredakan keadan selepas kekalahan Orang-orang Pahang. Selain itu, Khoja Hasan juga
berhasrat untuk memiliki seekor gajah yang dimiliki oleh Sultan Abdul Jamil. Sikap Orang-
Orang Melaka telah membuatkan Sultan Pahang berasa amat terhina. Di akhir bab ada
menceritakan mengenai Sultan Abdul Jamil telah turun dari Kerajaan Pahang dan digantikan
oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Abdul Jamil bermudik ke hulu ke Lubok Pelang dan menetap di
sana dengan seorang Syikh yang digelar Marhum Syikh.
WATAK-WATAK
1. Sultan Abdul Jamil
2. Sultan Mahmud (Raja Pahang)
3. Raja Mansur (putera Sultan Abdul Jamil)
4. Seri Amar Bangsa Diraja (Bendahara Pahang).
5. Tun Teja Ratna Benggala
6. Saiyid Ahmad (nakhoda Chempa)
7. Perempuan Tua (Inang Tun Teja)
8. Laksamana Khoja Hasan
9. Sultan Mansur Syah
10. Syikh (Marhum Syikh)
11. Orang-Orang Pahang
12. Orang-orang Melaka
WATAK BINATANG
1. Gajah



CERITA KE-30 KEMATIAN RAJA ZAINAL
Raja Zainal adalah saudara kepada Sultan Mahmud Syah. Sikapnya yang baik dan wajahnya
yang tampan telah membuatkan ramai Perempuan di Melaka yang jatuh hati padanya. Sultan
Mahmud Syah berasa cemburu dengan sikap Raja Zainal lalu menitahkan Hang Berkat untuk
membunuh Raja Zainal. Hang Berkat telah menipu orang ramai Bahawa Raja Zainal telah
34

dibunuh oleh Pencuri. Hang Berkat diberikan gelaran Sang Sura oleh Sultan Mahmud Syah.
Turut diceritakan mengenai Isteri Sang Sura yang berzina dengan Sang Guna. Oleh kerana Sang
Guna amat dikasihi oleh Sultan Mahmud Syah kerana Sang Guna adalah orang pertama yang
membuat Keris Tempa Melaka. Sultan Mahmud telah mengenakan hukuman kepada Sang Guna
untuk tidak keluar dari rumah kecuali dibenarkan. Tetapi Sang Guna tidak bersetuju dengan
hukuman tersebut kerana dia lebih rela mati dibunuh oleh Sang Sura.
WATAK-WATAK
1. Raja Zainal
2. Sultan Mahmud Syah
3. Perempuan Melaka
4. Pengiring Yang Muda
5. Hang Berkat (Sang Sura)
6. Isteri Sang Sura
7. Sang Guna



CERITA KE-31 SIAM CUBA MENYERANG PAHANG.
Maharaja Dewa Sura yang merupakan Raja Ligur telah menyuruh Raja Siam untuk menyerang
Pahang. Sultan Abdul Jamil telah menitahkan kepada Rakyatnya untuk memperbaiki parit, kota
serta membaiki senjata bagi persetiaan peperangan. Sultan Mahmud Syah yang merupakan
Sultan Melaka membantu Pahang dengan meyuruh pembesar-pembesar negerinya untuk
membantu Negeri Pahang menentang Siam. Di Pahang hanya dalam masa tiga hari saja mereka
membangunkan semula Kota Pahang yang musnah dibakar. Maharaja Dewa Sura telah
menyerang Pahang tetapi mereka menghadapi kekalahan kerana Orang Pahang dan Melaka telah
bersatu untuk mengalahkan Orang Ligur. Sultan Mansor dan Sultan Abdul Jamil dari Pahang
telah mengutuskan surat ke Melaka sebagai tanda terima kasih. Selain itu dalam cerita ke 31 ini
juga menceritakan mengenai anak menteri Sultan Mahmud Syah yang bernama Tun Hussin
yang telah marah kerana Bendahara telah mencerca Ayahnya Tun Pepatah Hitam. Mengikut
adat, kepada sesiapa yang biadap terhadap Bendahara, Laksamana dan Temenggonglah yang
akan menyempurnakan hukuman terhadap seseorang itu. Samada dengan pembunuhan yang
akan dilaksanakan oleh Laksamana atau ditangkap dan dipasong yang akan dilaksanakan oleh
Temenggong. Tun Pepatah Hitam telah ditikam oleh Laksamana dengan pedangnya Lakiwa dan
menyebabkan kematian kepada ayah Tun Husin yang tidak berpuas hati dengan kematian
ayahnya. Akhirnya dia juga ditikam dan meninggal dunia. Di akhir cerita ke 31 ini menceritakan
mengenai Laksamana yang memiliki dua orang isteri.
WATAK-WATAK
1. Sultan Abdul Jamil (Raja Pahang)
2. Sultan Mansor(Pahang)
3. Maharaja Dewa Sura (Raja Ligur)
4. Raja Siam
5. Sultan Mahmud Syah(Sultan Melaka)
6. Sang Setia
7. Sang Naya
35

8. Sang Guna
9. Tuan Biajid
10. Sang Jaya Pikrama
11. Hulubalang
12. Bendahara
13. Laksamana Khoja Hasan
14. Tun Pepatah Hitam(menteri Sultan Mahmud Syah)
15. Tun Hussin
16. Temenggong
17. Laksaman Hang Tuah
18. Seri Bija Diraja Datik Bungkuk
19. Tun Biajid
20. Tun Sirah
21. Tun Sabariah(Isteri Sultan Mahmud)
22. Bendara Paduka Raja
23. Sang Guna
24. Isteri Hang Nadim

CERITA KE-32 CAU SERI BANGSA MEMELUK ISLAM
Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah adalah kota yang sangat indah sehingga
Anak Raja Siam yang bernama Cau Seri Bangsa hendak menyerang kota tersebut. Raja Sulaiman
Syah telah kalah ditangan Cau Seri Bangsa yang berniat untuk memeluk Agama Islam jika dia
memenangi peperangan tersebut. Cau Seri Bangsa telah membuka tanah baru yang dinamakan
Patani dan menhantar surat ke Melaka untuk mendapatkan pengesahan daripada Sultan Melaka.
Sultan Mahmud menggelar Cau Seri Bangsa dengan gelaran Sultan Ahmad Syah setelah
dinobatkan. Raja Kedah juga ingin dirinya dinobatkan. Pada ketika ini Melaka menjadi tumpuan
segala pedagang-pedagang luar. Alfonso DAlbequeqeu melengkapkan 7 buah kapal, 10 kapal
lama dan fusta 13 untuk menyerang Melaka. Benggali Putih telah menyerang Melaka dengan
membedil dan menghancurkan seluruh Kota Melaka yang hairan dengan Senjata yang telah
orang Benggali Puti itu gunakan. Rakyat Melaka bersatu menyerang kembali Tentera Goa
tersebut dan kemenanga berpihak pada orang-orang Melaka. Pada masa yang sama, sebuah kapal
dari Judah dating dengan sorang pendita bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan Mahmud and
Raja Ahmad mengaji dengan pendita tersebut. Ketika Seri Rama dating denga keadaan mabuk,
lalu pendita tersebut telah menegur bahawa Arak itu adalah ibu segala najis dan menimbulkan
Kemarahan kepada Seri Rama. Seri Rama menuduh Pendita dating hanya untuk mencari harta.
Apabila Makhdum mendengar belaiu telah berasa marah dan pulang kerumahnya. Selain itu
dalam Cerita ke 32 ini juga ada menceritakan mengenai Tun Mai Ulat Bulu yang tidak pandai
mengaji sehingga Makhdum berputus asa mengajar Tun Mai Ulat Bulu. Sultan Mahmud
menghantar wakil untuk pergi ke Pasai untuk berbincang tentang Ulama Mawaran-Nahar dengan
Ulama Khurasan dan Ulama Iraq.
WATAK-WATAK
1. Sultan Sulaiman Syah.
2. Cau Seri Bansa / Sultan Ahmad Syah (anak Raja Siam)
3. Raja Siam
36

4. Raja Aji
5. Raja Kedah
6. Bendahara Seri Maharaja
7. Tun Hassan Temenggong
8. Dagang Santri
9. Alfonso DAlburqueqeu
10. Orang Portugis atau Benggali Putih
11. Gonzelo Pariera (kapitan)
12. Rakyat Melaka
13. Tentera Goa (Portugis)
14. Kapitan Mur
15. Maulana Sadar Jahan(Pendita)
16. Seri Rama
17. Tun Mai Ulat Bulu
18. Tun Zainul Abidin
19. Ulama Mawaran-Nahar
20. Ulama Iraq
WATAK BINATANG
1. Gajah.


CERITA KE-33 TUN FATIMAH BERKAHWIN DENGAN SULTAN MAHMUD SYAH.
Tun Fatimah adalah anak kepada Bendahara Paduka Raja. Dia dikahwinkan dengan Tun Ali.
Pada perkahwinannya Sultan Mahmud juga turut menghadirinya sehinggakan dia jatuh hati
melihat rupa paras Tun Fatimah. Perkara tersebut sedikit membuatkan Sultan Mansur terkilan
dengan Bendahara. Seorang Keling keturunan Nina Sura Dewana bernama Kitul berhutang
kepada Raja Mendeliar sebanyak sekati emas. Kitul memfitnah bahawa Bendahara telah member
10 Kati Emas kepada Nina Sura Dewana untuk membunuh Raja Mendeliar dengan harapan
supaya hutangnya kepada Raja Mendeliar akan langsai. Laksamana Khoja Hasan turut
kehilangan pertimbangan apabila Raja Mendeliar menghadiahkan sejumlah harta yang amat
besar kepada laksamana dengan syarat supaya laksamana akan menyampaikan perkara mengenai
Bendahara yang ingin menderhaka kepada Sultan Mahmud. Tun Indera Segera telah dititahkan
untuk membunuh bendahara dan Tun Fatimah diambil sebagai permaisuri apabila smua ahli
keluarganya di bunuh. Setelah disiasat mengenai perkara tersebut ternyata keluarga Bendahara
tidak bersalah dan perkara itu membuatkan Sultan Mahmud menyesal lalu mengarahkan untuk
membunuh Raja Mendeliar, kitul disulakan bersama anak bininya serta Laksamana Khoja Hasan
dirampas harta bendanya. Tun Fatimah tidak pernah tersenyum dan tertawa ketika dia menjadi
permaisusi Melaka. Sultan Mahmud pergi meninggalkan Melaka dan Sultan Ahmad
menggantikan baginda memerintah Melaka
WATAK-WATAK
1. Tun Fatimah
2. Bendahara Paduka Raja
3. Tun Ali
4. Raja Baroh
37

5. Yang Di Pertuan Melaka Sultan Mahmud
6. Saudagar Keling
7. Nina Sura Dewana
8. Kitul
9. Raja Mendeliar
10. Laksamana Khoja Hasan
11. Tun Indera Segara
12. Tun Sura Diraja
13. Bendahara Lubuk Batu
14. Sultan Ahmad
15. Raja Putih
16. Raja Khadijah


CERITA KE-34 JATUHNYA NEGERI MELAKA DITANGAN PORTUGIS.
Feringgi telah menyerang Melaka dan Sultan Ahmad sendiri yang mengetuai dengan menaiki
gajah dan baginda telah luka setelah ditembak. Tun Salehu-din telah mati ditombak oleh
Feringgi. Akhirnya akibat kekalahan Sultan Ahmad beundur ke Ulu Muar lalu tinggal dipagoh.
Selepas kejatuhan Melaka, Sultan Ahmad bersama keluarganya pergi ke Pahang. Hang Nadim
telah menggantikan Laksamana Khoja Hasan selepas kematianya. Tun Fatimah juga melahirkan
seorang putera dan dinamakan Sultan Alauddin Riayat Syah atau Sultan Muda.
Sultan Abdullah telah ditangkap oleh Feringgi di Kampar. Feringgi juga telah membakar
Bengkalis. Sultan Muhammad Terngganu ke Pahang. Raja Terengganu dikahwinkan dengan
sepupu Sultan Mansur Syah di Pahang. Raja Ahmad dikahwinkan dengan Raja Puspa Dewi.
Sultan Mahmud Syah telah gering di Kampar. Baginda telah jatuh sakit dan mangkat. Sultan
Muda telah pergi ke Pahang dan berhasrat untuk mengahwini Raja Kusuma Dewi puteri Sultan
Mansur Syah. Sultan Alaudin atau Sultan Muda mahu menubuhkan Kuala Johor menjadi
Negeri. Hang Nadim diperintahkan untuk menjaga Bentan dan tinggal di Rocoh. Di Johor Sultan
Alaudin Jatuh sakit dan tempatnya digantikan oleh Anakandanya Sultan Muzaffir Syah. Di
Pahang, Sultan Mansur Syah juga digantikan oleh anakandanya Raja Ismail yang bergelar Sultan
Jamal Syah yang membuat negeri di Seluyud. Sultan Muzzaffir mengambil Raja Mansur yang
merupakan Putera kepada Raja Umar. Raja Abdul Jalil telah mangkat dan tempatnya nanti akan
digantikan oleh adindanya Raja Abdullah dan bukanlah Raja Umar. Bendara pun menabalkan
Raja Umar kerana Raja Fatimah cemburu. Raja Umar digelar Sultan Ala Jalia Abdul Jalil Syah.
WATAK-WATAK
1. Alfonso DAlbequeque
2. Sultan Ahmad
3. Orang Feringgi
4. Orang Melaka
5. Tun Salehuddin
6. Sultan Mahmud
7. Pemaisuri Kelantan
8. Sultan Mansur Syah
9. Raja Muzzafir
38

10. Laksamana Khoja Hassan
11. Hang Nadim (Anak Laksamana Hang Tuah)
12. Tun Fatimah
13. Kadi
14. Temenggung
15. Raja Ali(Raja Kecil Besar)
16. Sultan Alauddin Riayat Syah(Sultan Muda)
17. Sultan Abdullah
18. Kapitan Muir
19. Temenggung Seri Udana
20. Sang Aria
21. Sang Jaya
22. Sang Lela Segara
23. Sang Lela
24. Seri Wak Raja
25. Raja Perempuan
26. Raja Terengganu(Raja Muhammad)
27. Raja Ahmad
28. Raja Puspa Dewi
29. Raja Umar
30. Raja Kusuma Dewi
31. Seri Nara Diraja
32. Raja Fatimah
33. Raja Ismail(Sultan Jamal Syah)
34. Raja Umar
35. Raja Abdul Jalil
36. Raja Abdullah(adik Sultan Abdul Jalil)


WATAK BINATANG
1. Gajah













39

KESIMPULAN

Keseluruhan cerita Sejarah Melayu ini sebenarnya merupakan sebuah catatan sejarah mengenai
bermulanya Kesultanan Melayu Di Melaka. Sejarah Melayu mempunyai 34 buah cerita yang
mengandungi beberapa peristiwa-peristiwa penting yang berlaku disekitar tahun permulaan penubuhan
Kerajaan Melayu sehinggalah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.cerita-cerita ini
dicatatkan sebagai sebuah buku Panduan yang dikarang oleh Tun Sri Lanang dengan harapan generasi di
masa hadapan akan mendapat gambaran mengenai sejarah pentadbiran Melayu di masa silam. Selain itu,
sejarah Melayu ini juga dapat membantu bangsa Melayu untuk memperbaiki sesuatu yang perlu dibaiki
dari semasa ke semasa dengan berpandukan sejarah ketamadunan Melayu klasik. Genarasi masa depan
dapat mwngambil iktibar dan pengajaran daripada cerita-cerita yang dicatatkan. Dalam bab 34 ada
menceritakan mengenai kejatuhan Melaka di tangan Portugis tetapi putera kepada Sultan Mahmud Shah
mampu menyelamatkan Kerajaan Melayu dengan membuka sebuah empayar baru di Johor bagi
mewarisi kesultanan Melaka.


RUJUKAN

Arbak Othman (1999) . Kamus Bahasa Melayu : Edisi Kedua . Cetakan Pertama . Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd


http://ms.wikipedia.org/wiki/kesultanan_melayu_melaka
http://wikipedia.org/wiki/sejarah_melaka
http://www.sabrizain.org/malaya
http://malaya.org.uk

Anda mungkin juga menyukai