Anda di halaman 1dari 26

1.

Sukan Untuk Semua


2. Sukan Prestasi Tinggi
Sukan Massa (Sukan Untuk Semua)
adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti
rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku
secara spontan atau diuruskan dengan
tujuan untuk menggalakkan penyertaan
yang lebih luas dan bukan semata-mata
untuk pertandingan di Peringkat
Kebangsaan atau Antarabangsa
SUKAN MASSA
Sukan massa adalah bertujuan untuk
membolehkan rakyat mengamalkan
Gaya hidup yang aktif dan sihat.
Visi

Mewujudkan satu masyarakat
sihat, cergas, dan ceria bagi
menuju Wawasan 2020 dan juga
mewujudkan satu masyarakat
'peserta' dan bukan 'penonton'

Pembangunan, pengembangan dan
pemeliharaan sukan dan rekreasi dan
mengalakkan penglibatan masyarakat
dalam kegiatan sukan, rekreasi dan sosial
bagi mencapai kesihatan dan kecergasan
fizikal serta kesejahteraan mental untuk
meningkatkan perasaan muhibah di
kalangan rakyat melalui sukan
Membudayakan dan
mempertingkatkan penglibatan
masyarakat dalam pelbagai aktiviti
sukan dan rekreasi ke arah
kecemerlangan sukan di semua
peringkat.
Sukan dan rekreasi merupakan wahana untuk
membentuk keperibadian individu dan rakyat
yang cemerlang

Untuk memperkenal, menggalak dan memberi
peluang penyertaan yang lebih merata kepada
masyarakat termasuk di kampung dan di
bandar menikmati dan menyertai kegiatan
sukan dan rekreasi


Kegiatan sukan dan rekreasi yang dilaksanakan
akan dapat mengisi dan menyokong wawasan
2020 ke arah menangani masalah dan
mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni
dalam pembentukan generasi muda yang
berwawasan

Program pembangunan sukan dan rekreasi yang
dapat menyediakan kemudahan kesukanan dan
riadah untuk mencapai kecergasan fizikal dan
mental di kalangan rakyat
Untuk menjadikan sukan sebagai satu
keseronokan dengan penyertaan secara
sukarela.

Memupuk dan membina semangat sukarela
dalam penyertaan aktiviti sukan dan rekreasi.

Meningkatkan kepakaran sumber manusia
dalam Pembangunan dan Pengurusan Sukan.


'Leisure Outdoor
Recreation/Adventure Outdoor
Recreation
Kecergasan
Sukan Extreme
Sukan Tradisional

SUKAN PRESTASI TINGGI
Sukan Pertandingan yang
Diuruskan mengikut peraturan -
peraturan dan syarat-syarat
Persekutuan Sukan
Antarabangsa dan
Jawatankuasa Olimpik di
peringkat kebangsaan dan
antarabangsa bagi menentukan
pemenang.
SUKAN PRESTASI TINGGI
Sukan prestasi tinggi memberi peluang
kepada mereka yang berpontesi untuk
membuktikan keunggulan mereka di
pertandingan peringkat antarabangsa
supaya meninggikan lagi maruah
negara.

Dasar Sukan Negara merangkumi sukan prestasi tinggi
dan untuk semua dan digubal berlandaskan atas rasional
yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian
daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh
kerajaan terhadap seluruh rakyat. Sukan berhak
mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan
yang sama sebagai mana juga yang diberikan kepada
keperluan asasi sosial yang lain seperti pendidikan,
pengangkutan, perumah dan perkhidmatan kesihatan
supaya membolehkan mencapai pembangunan negara,
perpaduan dan kestabilan yang berterusan.

1
2
Sukan yang menyumbangkan kepada
penggalakan pertandingan yang sihat ,
muhibah, toleransi, kefahaman dan
pembinaan
kualiti moral dan fizikal memberi satu
landasan
yang selesa untuk mengintegrasi pelbagai
kumpulan etnik kepada satu bangsa yang
bersatupadu serta juga untuk memupukkan
maruah bangsa dan negara.
3
Sukan mempunyai kesan - kesan
manfaat
yang amat besar terhadap individu,
masyarakat dan seterusnya negara
Peringkat Individu
i). Sukan menyumbangkan kepada :-

a). Pembentukan sahsiah , kesedaran diri termasuk
semangat pertarungan
b). Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
c). Penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah
dan bermakna
d). Pengurangan tekanan hidup moden .
e). Interaksi sosial yang bermakna
f). Perkembangan kemahiran - kemahiran asas.
ii). Melalui gaya hidup yang aktif seperti
ini seseorang individu itu akan lebih
sensitif terhadap kesejahteraan
dirinya, dalam mana ia memahami
sebenarnya akan kenikmatan
penglibatanya dan semangat
pertarungan.
Peringkat Masyarakat
a). Penggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral
rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional .

b). Pengujudan suasana untuk memupuk
perhubungan komuniti yang lebih baik di
dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara

c). Penurunan jenayah remaja dengan peluang -
peluang penggunaan masa lapang yang
manfaat.
Peringkat Antarabangsa
a). Pencapaian kecemerlangan kepada
peringkat yang paling tinggi:

b). Peningkatan maruah bangsa,

c). Pemupukan persahabatan

Tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah
untuk membentuk satu masyarakat yang
sihat , aktif dan cergas melalui aktiviti
sukan dan rekreasi fizikal sejajar dengan
usaha - usaha keseluruhan kerajaan
dalam pembangunan negara.
i). Untuk membentuk sebuah masyarakat
yang sihat , berdisiplin dan bersatupadu
melalui penyertaan yang lebih luas dan
peluang yang lebih baik dalam sukan di semua
peringkat masyarakat.

ii). Untuk membangunkan dan meningkat
pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan
kebajikan sosial seseorang individu dan
kenikmatan kesenggangan di kalangan orang
awam
iii). Untuk menyediakan peluang - peluang dan
kemudahan-kemudahan bagi memenuhi
keperluan asasi sosial, psikologi dan
fisiologi bagi individu melalui sukan.

iv ). Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi
sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di
pertandingan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dan juga dengan harapan
mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara.
STRATEGI DAN
PERLAKSANAAN
Sukan massa dan sukan prestasi tinggi
hendaklah dibangunkan serentak
walaupun dengan penekanan yang
berlainan .