Anda di halaman 1dari 3

Abdomen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Untuk abdomen manusia, sila lihat abdomen manusia.


Abdomen pada manusia dan semut
Bagi vertebrat seperti mamalia, abdomen membentuk bahagian badan antara toraks (dada)
dan pelvis. Bahagian yang diliputi oleh abdomen dikenali sebagai rongga abdomen.
Dalam artropod, ia merupakan bahagian badan yang paling jauh di mana terletak di belakang
toraks atau sefalotoraks.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Vertebrat
o 1.1 Organ abdomen
2 Interverbrat
3 Rujukan
4 Lihat juga
Vertebrat[sunting | sunting sumber]
Abdomen merupakan rongga yang besar di mana diliputi oleh otot abdomen, secara ventral dan
sisi serta turus vertebra secara dorsal. Tulang rusuk bawah juga diliputi oleh dinding ventral dan
sisi. Rongga abdomen berlanjutan dengan rongga pelvis. Ia dipisahkan daripada rongga
toraks oleh diafragma. Struktur seperti aorta, vena cava inferior danesofagus bergerak melalui
diafragma. Kedua-dua rongga abdomen dan pelvis dilapisi oleh membran serosa
iaitu peritoneum parietal. Membran ini diteruskan dengan peritoneum visera melapisi
organ.
[1]
Abdomen dalam vertebrat mengandungi beberapa organ, sebagai contoh,
kepunyaan saluran pencernaan dan sistem urinari.
[2][3]

Organ abdomen[sunting | sunting sumber]
Saluran pencernaan: Perut, usus kecil, usus besar dengan sekum dan apendiks
Organ saluran pencernaan aksesori: Hati, pundi hempedu dan pankreas
Sistem urinari: Buah pinggang dan ureter
Organ lain: Limpa
Sesetengah mamalia mempunyai organ abdomen yang khas. Contohnya perut ruminan
(suborder mamalia) yang dibahagi kepada empat ruang
iaitu rumen, retikulum, omasumdan abomasum.
[4]

Interverbrat[sunting | sunting sumber]


Dalam semut pekerja, abdomen terdiri daripadapropodeum yang dicantumkan kepada toraks danmetasoma,
dirinya terbahagi kepada petiol sempit dan bebuli gaster.
Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut tergit dan plat atas
cembung yang dikenali sebagaisternit, keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh
diregang.
Abdomen mengandungi saluran pencernaan serangga dan organ pembiakan, ia terdiri daripada
11 segmen di dalam kebanyakan order serangga tatkala segmen ke-11 tiada dalam serangga
dewasa pada kebanyakan order yang lebih tinggi. Bilangan segemen ini berbeza-beza dari
spesies ke spesies dengan bilangan segmen yang ketara dikurangkan kepada tujuh sahaja
dalam lebah biasa. Collembola pula hanya mempunyai enam segmen abdomen.
Kadangkala abdomen telah diubah suai. Dalam semut, segmen abdomen pertama telah
dicantumkan kepada toraks dan dipanggil propodeum. Segmen kedua membentuk petiol sempit.
Sesetengah semut memiliki segmen pospetiol dan baki segmen membentuk bebuli gaster.
Berbeza dengan artropod, serangga tidak mempunyai kaki pada abdomen dalam bentuk
dewasa, namun Protura memilikinya dengan apendaj bak kaki pada tiga segmen abdomen
pertama manakala Archaeognatha pula mempunyai "jarum" kecil dan beratikulat di mana
merujuk kepada apendaj rudimen. Kebanyakan larva serangga
termasuk Lepidoptera and Symphyta (lalat gergaji) memiliki apendaj berisi
dipanggil prokaki pada segmen abdomennya di mana membenarkan mereka untuk
mencengkam tepi daun ketika bergerak keliling.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
1. Jump up Peritoneum. The Veterinary Dictionary. Elsevier,
2007. http://www.answers.com/topic/peritoneum [Dicapai: 22 Oktober 2007)
2. Jump up Abdomen. (n.d.). Dictionary.com Unabridged (v 1.1).
URL: http://dictionary.reference.com/browse/abdomen [Dicapai: 22 Oktober 2007]
3. Jump up Abdomen. Dictionary.com. The American Heritage Dictionary of the English
Language, 4th Edition. URL: http://dictionary.reference.com/browse/abdomen [Dicapai: 22
Oktober 2007].
4. Jump up "Ruminant." The Veterinary Dictionary. Elsevier,
2007. http://www.answers.com/topic/ruminant [Dicapai: 22 Oktober 2007].

Anda mungkin juga menyukai