Anda di halaman 1dari 7

Cahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Cahaya (Jawi: ) merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat.
Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak
dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada
kelajuan 299,792,458 meter sesaat.
Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang
utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan
menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini
membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai
haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang
makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.
Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat
melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila
cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat
melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan
cahaya.
Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti
melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya
bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui
udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila
melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza
tidak dibiaskan.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Pembiasan cahaya
2 Pantulan cahaya
3 Warna-warna dalam cahaya matahari
4 Teori tentang cahaya
o 4.1 Teori kurun ke-10
o 4.2 Teori Zarah
o 4.3 Teori Gelombang (Ray)
o 4.4 Teori Elektromagnet
o 4.5 Teori Kuantum
o 4.6 Teori Kembaran Zarah-Gelombang
5 Panjang gelombang nampak
6 Kelajuan cahaya
o 6.1 Formula-kelajuan-cahaya
o 6.2 Perubahan dalam kelajuan cahaya
o 6.3 Sejarah pengukuran kelajuan cahaya
7 Optik
8 Warna dan panjang gelombang
9 Pengukuran cahaya
10 Sumber cahaya
11 Gelombang cahaya
12 Lihat juga
Pembiasan cahaya[sunting | sunting sumber]
Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza ketumpatan
seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya.
Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju
melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan
apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang
berbeza tidak dibiaskan.
Pantulan cahaya[sunting | sunting sumber]
Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak
pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang
adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah dan badan kita di
dalam cermin.
Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan
Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di
dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya. Cahaya yang
jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada
permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat di dalam cermin
kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang di pantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata kita.
Alat-alat yang berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya ialah:
1. Kanta pembesar
2. Mikroskop
3. Teleskop
Warna-warna dalam cahaya matahari[sunting | sunting sumber]


Rajah spektrum cahaya
Cahaya putih matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu:
1. Merah
2. Jingga
3. Kuning
4. Hijau
5. Biru
6. Biru nila (indigo)
7. Ungu
Apabila ketujuh-tujuh warna ini bercampur, cahaya putih dihasilkan. Warna-warna dalam cahaya
putih matahari boleh dipecahkan dengan menggunakan prisma menjadi jalur warna. Jalur warna
ini dikenali sebagai spektrum. Pemecahan cahaya putih kepada spektrum ini dikenali sebagai
penyerakan cahaya.Pelangi ialah spektrum yang terbentuk secara semula jadi. Pelangi terbentuk
selepas hujan, apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan. Titisan air hujan
bertindak sebagai prisma yang menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh warna.
Penyerakan Cahaya Putih Matahari
Spektrum warna terbentuk kerana cahaya yang berlainan warna terbias pada sudut yang
berlainan. Cahaya ungu terbias dengan paling banyak. Cahaya merah terbias dengan paling
sedikit. Warna-warna spektrum boleh digabungkan semula bagi menghasilkan cahaya putih
dengan menggunakan dua prisma.
Teori tentang cahaya[sunting | sunting sumber]
Teori kurun ke-10[sunting | sunting sumber]
Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), juga dikenali sebagai Alhazen,
mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang penglihatan, menggunakan geometri dan
anatomi, yang menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek,
memancarkan sinaran cahaya ke semua arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang
mengenai mata pada sudut tepat, dapat dilihat. Sinaran-sinaran lain yang mengenai mata pada
sudut yang berbeza tidak dapat dilihat. Dia menggunakan contoh daripada kamera lubang jarum,
yang menghasilkan imej songsang, untuk menyokong hujahnya. Alhazen menganggap bahawa
sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad. Dia
memperbaiki teori Ptolemy berkenaan pembiasan cahaya. Hasil kerja Alhazen tidak diketahui di
Eropah sehingga lewat kurun ke-16.
Teori Zarah[sunting | sunting sumber]
Isaac Newton mencadangkan dalam bukunya Hypothesis of Light pada 1675 yang cahaya
adalah terdiri daripada zarah halus (partikel jirim) yang mana memancar pada semua arah dari
sumbernya. Teori ini boleh digunakan untuk menghujahkan pantulan cahaya, tetapi cuma boleh
menerangkan pembiasan dengan secara tidak sebetulnya menganggap yang cahaya menjadi
lebih laju semasa memasuki medium yang lebih tumpat kerana daya tarikan graviti adalah lebih
kuat.--
Teori Gelombang (Ray)[sunting | sunting sumber]
Christiaan Huygens mencadangkan dalam abad ke-17 yang cahaya dipancarkan ke semua arah
sebagai siri-siri gelombang. Pandangan ini menggantikan teori zarah halus. Ini disebabkan oleh
kerana gelombang tidak diganggu oleh graviti, ia telah dianggap yang gelombang menjadi
perlahan ketika memasuki medium yang lebih tumpat. Teori gelombang ini menghujahkan yang
gelombang cahaya akan berinterferens dengan gelombang cahaya yang lain, seperti juga
gelombang bunyi (seperti yang disebut olehThomas Young pada kurun ke-18), dan cahaya
boleh dikutubkan. Kelemahan teori ini adalah gelombang cahaya, seperti juga gelombang bunyi,
memerlukan medium untuk merambat. Satu kandungan hipotesis yang dipanggil luminiferous
aether telah dicadangkan, tetapi kemudiannya tidak dipersetujui.
Teori Elektromagnet[sunting | sunting sumber]
Dalam tahun 1845 Michael Faraday mendapati bahawa sudut pengutuban sinaran cahaya yang
melalui bahan pengutub boleh diubah menggunakan medan magnet. Ini merupakan bukti
pertama bahawa cahaya berkait dengan keelektromagnetan. Faraday mengusulkan, pada tahun
1847, bahawa cahaya ialah getaran elektromagnet frekuensi tinggi yang boleh merambat,
malahan dalam ketiadaan medium seperti eter (aether).
Teori ini dicadangkan oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19, memperkatakan
yang gelombang cahaya adalah gelombang elektromagnet jadi ia tidak memerlukan medium
untuk merambat. Pada permukaannya dianggap yang gelombang cahaya disebarkan
melalui rangka rujukan yang tertentu, seperti ether, tetapi relativiti khasmanggantikan anggapan
ini. Teori elektromagnet menunjukkan yang sinaran boleh lihat adalah sebahagian daripada
spektrum elektromagnet. Teknologi penghantaran radio dicipta berdasarkan teori ini dan masih
lagi menggunakannya.
Kelajuan cahaya malar yang diramalkan dalam persamaan Maxwell adalah bertentangan
dengan hukum mekanikal pergerakan yang tidak pernah disanggah semenjak zaman Galileo,
yang menyatakan bahawa semua kelajuan adalah relatif kepada kelajuan pemerhati.
Penyelesaian kepada pertentangan ini akan dijumpai oleh Albert Einstein.
Teori Kuantum[sunting | sunting sumber]
Ia telah dibangunkan pada kurun ke-19 oleh Max Planck, yang mencadangkan pada
tahun 1900 yang sinaran cahaya adalah terdiri daripada paket (kuantum) tenaga yang dikenali
sebagai foton. Jawatankuasa Nobel menghadiahkan Planck Anugerah Fizik pada 1918 untuk
kerja-kerja beliau dalam penemuan teori kuantum, walaupun beliau bukannya orang yang
pertama memperkenalkan prinsip asas partikel cahaya.
Teori Kembaran Zarah-Gelombang[sunting | sunting sumber]
Teori kembaran zarah-gelombang menggabungkan tiga teori yang sebelumnya, dan
mencadangkan bahawa cahaya adalah zarah dan gelombang. Ini merupakan teori moden yang
menerangkan bukan sahaja tentang sifat cahaya, malahan semua zarah. Ia diterangkan
oleh Albert Einstein pada awal 1900, berdasarkan hasil kerjanya berkenaan kesan fotoelektrik,
dan juga hasil kajian Planck. Einstein menunjukkan bahawa tenaga foton berkadar langsung
dengan frekuensinya. Secara amnya, teori tersebut menyatakan bahawa setiap benda
mempunyai sifat zarah, dan sifat gelombang, dan pelbagai eksperimen boleh dijalankan untuk
menunjukkan sifat-sifat tersebut. Sifat zarah lebih mudah dikesan sekiranya objek tersebut
memiliki jisim yang besar, oleh sebab itu hanya pada 1924 dalam eksperimen yang dijalankan
oleh Louis de Broglie, bahawa elektron dijumpai memiliki sifat kembaran gelombang-zarah.
Einstein menerima Hadiah Nobel pada 1921 untuk hasil kerjanya berkenaan kembaran
gelombang-zarah bagi zarah foton, dan de Broglie pula menerimanya pada tahun 1929 untuk
penyambungan kajian bagi zarah-zarah lain.
Panjang gelombang nampak[sunting | sunting sumber]
Cahaya nampak adalah sebahagian daripada spektrum yang mempunyai panjang
gelombang antara lebih kurang 400 nanometer (kependekannya ialah nm) dan 800 nm
(dalamudara). Cahaya boleh dipecahkan oleh frekuensinya. Frekuensi dan panjang gelombang
adalah berkadar terus.
Kelajuan cahaya[sunting | sunting sumber]
Lihat Halaju cahaya. Walaupun beberapa orang berkata tentang "halaju cahaya",
perkataan halaju sepatutnya ditinggalkan untuk kuantiti vektor (dikaitkan dengan arah). Kelajuan
cahaya adalah kuantiti skalar (ia tidak mempunyai arah), oleh itu kelajuan adalah istilah yang
lebih tepat.
Formula-kelajuan-cahaya[sunting | sunting sumber]
,
Dimana adalah panjang gelombang, f adalah frekuensi, v adalah kelajuan cahaya. Kalau
cahaya bergerak di dalam vakum, jadi v = c, jadi
,
di mana c adalah kelajuan cahaya. Kita boleh menerangkan v sebagai

di mana n adalah pemalar (indek biasan) yang mana adalah sifat bahan yang dilalui
oleh cahaya.
Perubahan dalam kelajuan cahaya[sunting | sunting sumber]
Semua cahaya bergerak pada kelajuan yang terhingga. Walaupun seseorang
pemerhati bergerak dia akan sentiasa mendapati kelajuan cahaya
adalah c, kelajuan cahaya dalam vakum, adalah c =
299,792,458 meter per saat (186,282.397 batu per saat); walau bagaimanapun,
apabila cahaya melalui objek yang boleh ditembusi cahaya seperti udara, air dan
kaca, kelajuannya dikurangkan , dan ia mengalami pembiasan. Iaitu n=1 dalam
vakum dan n>1 di dalam jirim.
Sejarah pengukuran kelajuan cahaya[sunting | sunting sumber]
Kelajuan cahaya telah diukur banyak kali oleh ahli fizik. Pengukuran awalan yang
paling baik adalah dilakukan oleh Olaus Roemer (ahli fizik Denmark), dalam 1676.
Beliau telah mencipta kaedah mengukur kelajuan cahaya. Beliau mendapati dan
telah mencatatkan pergerakan planet Musytari dan satu daripada bulannya dengan
menggunakan teleskop. Adalah mungkin untuk mengira masa kitaran bulan tersebut
disebabkan oleh digerhanakan oleh Musytari pada masa kitaran yang biasa.
Roemer telah mendapati yang bulan tersebut mengorbit Musytari sekali setiap 42-
1/2 jam apabila Bumi adalah paling hampir dengan Musytari. Masalahnya adalah
apabila Bumi dan Musytari berjauhan, putaran orbit bulan tersebut kelihatan
bertambah. Ini menunjukkan cahaya memerlukan lebih masa untuk samapai ke
Bumi. Kelajuan cahaya dikira dengan menganalisa jarak antara planet pada masa
masa tertentu. Roemer mencapai kelajuan 227,000 kilometer sesaat (sekitar
141,050 batu sesaat).
Albert A. Michelson memperbaiki hasil kerja Roemer pada tahun 1926. Dia
menggunakan cermin berputar untuk mengukur masa yang di ambil cahaya untuk
pergi balik dari Gunung Wilson ke Gunung San Antonio di California. Ukuran jitu
menghasilkan kelajuan 186,285 batu/sesaat (299,796 kilometer/sesaat). Dalam
penggunaan harian, jumlah ini dibundarkan kepada 186,000 batu/sesaat dan
300,000 kilometer/sesaat.
Optik[sunting | sunting sumber]
Kajian mengenai cahaya dan interaksi cahaya dengan jirim dikenali sebagai optik.
Pemerhatian dan kajian mengenai fenomena optik seperti pelangi menyumbangkan
pelbagai maklumat sifat semulajadi cahaya serta keseronokan.
Warna dan panjang gelombang[sunting | sunting sumber]
Panjang gelombang yang berbeza-beza diinterpretasikan oleh otak manusia
sebagai warna, daripada merah bagi panjang gelombang terpanjang (frekuensi
paling rendah) hingga ke ungu bagi panjang gelombang terpendek (frekuensi paling
tinggi). Frekuensi-frekuensi perantaraan dilihat sebagai jingga, kuning, hijau, biru,
dan, secara konvensionalnya, indigo. Frekuensi-frekuensi sejurus selepas julat
penglihatan manusia dikenali sebagai ultraungu (UV) pada penghujung frekuensi
tinggi dan inframerah (IR) pada yang rendah. Walaupun manusia tidak dapat melihat
IR, namun kita dapat mengesannya melalui reseptor-
reseptor kulit sebagai haba. Kamera yang mengesan IR dan menukarnya kepada
cahaya nampak adalah dipanggil kamera night-vision. Sinaran UV tidak dapat
dikesan oleh manusia kecuali dalam cara yang agak lambat, iaitu dedahan
berlebihan kulit terhadap cahaya UV boleh menyebabkan kulit terbakar, atau barah
kulit. Sesetengah jenis binatang, seperti lebah, boleh melihat sinaran UV
manakala ular kapak boleh melihat IR menggunakan lubang-lubang yang terdapat
pada kepalanya.
Pengukuran cahaya[sunting | sunting sumber]
Kuantiti-kuantiti dan unit-unit berikut digunakan untuk mengukur cahaya
kecerahan (atau suhu)
pencahayaan (unit SI: lux)
fluks berkilau (unit SI: lumen)
keamatan berluminositi (unit SI: kandela)
Juga lihat: Fotometri
Sumber cahaya[sunting | sunting sumber]
radiasi termal (sinaran jasad hitam)
mentol lampu pijar
cahaya matahari
nyalaan partikel pepejal berkilau (lihat api)
spektrum atom pancaran (garis pancaran sama ada terangsang atau spontan
(serta-merta))
laser dan maser (pancaran terangsang)
Diod pemancar cahaya (LED)
lampu nyahcas gas (lampu-lampu neon, lampu raksa, dsb)
nyalaan (cahaya daripada gas panas, juga lihat di atas)
pecutan bebas zarah bercas (biasanya elektron)
radiasi siklotron
radiasi Bremsstrahlung
radiasi Cherenkov
kemopendarcahaya (chemoluminescence)
pendafluor
pendarfosfor
tiub sinar katod
biopendarcahaya (bioluminescence)
sonopendarcahaya (sonoluminescence)
tribopendarcahaya (triboluminescence)
reputan radioaktif
pemusnahan zarah-antizarah
Gelombang cahaya[sunting | sunting sumber]

Gelombang cahaya boleh dipecahkan kepada dua komponen; medan elektrik dan
magnetik.
Medan elektrik dan medan magnetik cahaya adalah berseranjang antara satu sama
lain.

Anda mungkin juga menyukai