Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MEMERI KSA KARANGAN BAHAGI AN C

1


BAHAGIAN C ( 20 MARKAH )

Aspek yang dinilai
1. Menjawab tugasan
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan/ kata ganda/ kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Ejaan dan tanda baca

Nota : Nilaian utama dalam bahagian ini ialah kebolehan calon menjelmakan nilai atau
pengajaran yang tersirat dalam petikan .

Bahagian C
( 20 markah )
( Masa : 20 minit )

Tulis lima ayat yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah
tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sabtu , 23 Mac 2013
Aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan di hutan Lipur Gunung
Ledang. Aku bertolak dari sekolah bersama-sama 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah
dan lima orang guru penasihat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di sana. Cikgu Roslan
memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah. Beberapa orang ahli
menawarkan diri untuk mencari kayu api.

Ahad, 24 Mac 2013
Kami bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Selepas itu, kami memulakan aktiviti meredah hutan
mengikut ketetapan dalam jadual. Kami mematahkan beberapa batang ranting kayu untuk
dijadikan penunjuk arah ketika aktiviti meredah sungai. Kami diingatkan supaya memegang tali
rentang dengan kuat. Kami berasa takut kerana arus sungai agak deras. Selepas itu, kami
mendaki bukit pula. Kami diajar tentang cara-cara mendaki bukit dengan betul. Kakiku luka
akibat terkena kayu yang tajam. Mujurlah kami membawa peti kecemasan.

Isnin, 25 Mac 2013
Selepas bersarapan dan beriadah, kami mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan.
Kemudian, kami beratur untuk menerima sijil penyertaan daripada guru besar. Kami pulang
pada pukul 2.00 petang. Kami berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang
banyak.




PANDUAN MEMERI KSA KARANGAN BAHAGI AN C
2


NILAI HURAIAN
Menghargai masa/ mementingkan masa/
menepati masa/ berdisiplin
Bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk
menyertai perkhemahan
Berdikari Bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan
Prihatin/ bertanggungjawab/ mementingkan
keselamatan/ menjaga keselamatan/ peka
Cikgu Roslan memberi taklimat
perkhemahan
Bekerjasama/ mufakat/ bersatu hati/
sepakat/ tolong-menolong
Bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan
khemah
Baik hati/rajin/ ikhlas/ suka hati/ ringan
tulang/ rela hati
Menawarkan diri untuk mencari kayu api
Menjaga kesihatan Bersarapan pada pukul 7.00 pagi
Menepati masa/ berdisiplin/ patuh/ akur Memulakan aktiviti meredah hutan mengikut
ketetapan dalam jadual
Bertindak bijak/ rasional/ menjaga
keselamatan/ mementingkan keselamatan
Mematahkan ranting kayu untuk dijadikan
penunjuk arah
Berhati-hati/ berwaspada/ ambil berat/
prihatin/ cakna/ menjaga keselamatan/
mementingkan keselamatan
Kami diingatkan supaya memegang tali
rentang dengan kuat
Mementingkan keselamatan Kami diajar cara-cara mendaki bukit dengan
betul
Beringat-ingat / berwaspada/ ambil berat/
mementingkan keselamatan
Kami membawa peti kecemasan
Menjaga kesihatan Bersarapan dan beriadah
Bertanggungjawab/ cintai alam sekitar/
menjaga kebersihan/ prihatin/ambil berat
Mengutip sampah sarap selepas bersarapan
dan beridah
Berdisiplin Kami beratur untuk menerima sijil
penyertaan
Bersyukur Berasa beruntung kerana dapat menimba
pengalaman yang banyak semasa
perkhemahan
Berhati-hati/ berwaspada/ menjaga
keselamatan diri
Kaki luka akibat terkena kayu yang tajam


Sabtu , 23 Mac 2013
Aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan di hutan Lipur Gunung
Ledang.
NILAI HURAIAN
Menghargai masa/ mementingkan masa/
menepati masa/ berdisiplin
Bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk
menyertai perkhemahan

Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa seperti aku bangun awal
pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan.
PANDUAN MEMERI KSA KARANGAN BAHAGI AN C
3



Aku bertolak dari sekolah bersama-sama 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan lima
orang guru penasihat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di sana. Cikgu Roslan
memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak
diingini.
NILAI HURAIAN
Prihatin/ bertanggungjawab/ mementingkan
keselamatan/ menjaga keselamatan/ peka
Cikgu Roslan memberi taklimat
perkhemahan

Seterusnya, sikap bertanggungjawab merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini seperti
Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak
diingini.

Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah.
NILAI HURAIAN
Bekerjasama/ mufakat/ bersatu hati/
sepakat/ tolong-menolong
Bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan
khemah

Di samping itu, tolong-menolong merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini, Contohnya
bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah.

Beberapa orang ahli menawarkan diri untuk mencari kayu api.
NILAI HURAIAN
Baik hati/rajin/ ikhlas/ suka hati/ ringan
tulang/ rela hati
Menawarkan diri untuk mencari kayu api

Selain itu, kita juga perlu mengamalkan sikap baik hati seperti menawarkan diri untuk mencari
kayu api.


Ahad, 24 Mac 2013
Kami bersarapan pada pukul 7.00 pagi.
NILAI HURAIAN
Menjaga kesihatan Bersarapan pada pukul 7.00 pagi

Akhir sekali, kita juga perlu menjaga kesihatan dengan bersarapan pada waktu pagi.



Selepas itu, kami memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual.
Menepati masa/ berdisiplin/ patuh/ akur Memulakan aktiviti meredah hutan mengikut
ketetapan dalam jadual


PANDUAN MEMERI KSA KARANGAN BAHAGI AN C
4




Kami mematahkan beberapa batang ranting kayu untuk dijadikan penunjuk arah ketika aktiviti
meredah sungai.
Bertindak bijak/ rasional/ menjaga
keselamatan/ mementingkan keselamatan
Mematahkan ranting kayu untuk dijadikan
penunjuk arah


Kami diingatkan supaya memegang tali rentang dengan kuat.
Berhati-hati/ berwaspada/ ambil berat/
prihatin/ cakna/ menjaga keselamatan/
mementingkan keselamatan
Kami diingatkan supaya memegang tali
rentang dengan kuat

Kami berasa takut kerana arus sungai agak deras. Selepas itu, kami mendaki bukit pula. Kami
diajar tentang cara-cara mendaki bukit dengan betul.
Mementingkan keselamatan Kami diajar cara-cara mendaki bukit dengan
betul

Kakiku luka akibat terkena kayu yang tajam.
Berhati-hati/ berwaspada/ menjaga
keselamatan diri
Kaki luka akibat terkena kayu yang tajam


Mujurlah kami membawa peti kecemasan.
Beringat-ingat / berwaspada/ ambil berat/
mementingkan keselamatan
Kami membawa peti kecemasan


Isnin, 25 Mac 2013
Selepas bersarapan dan beriadah, kami mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan.
Bertanggungjawab/ cintai alam sekitar/
menjaga kebersihan/ prihatin/ambil berat
Mengutip sampah sarap selepas bersarapan
dan beridah

Kemudian, kami beratur untuk menerima sijil penyertaan daripada guru besar.
Berdisiplin Kami beratur untuk menerima sijil
penyertaan

Kami pulang pada pukul 2.00 petang. Kami berasa beruntung kerana dapat menimba
pengalaman yang banyak.
Bersyukur Berasa beruntung kerana dapat menimba
pengalaman yang banyak semasa
perkhemahan


PANDUAN MEMERI KSA KARANGAN BAHAGI AN C
5


Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa seperti aku bangun
awal pagi dan bersiap-bersiap untuk menyertai perkhemahan.Seterusnya, sikap
bertanggungjawab merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini seperti Cikgu Roslan
memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Di
samping itu, tolong-menolong merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini, Contohnya
bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah.Selain itu, kita juga perlu mengamalkan
sikap baik hati seperti menawarkan diri untuk mencari kayu api. Akhir sekali, kita juga perlu
menjaga kesihatan dengan bersarapan pada waktu pagi.

( 87 patah perkataan )


Nota :
1. 20 markah hanya diberi untuk lima nilai yang lengkap tanpa apa-apa kesalahan.
2. Calon perlu menyatakan nilai dan contoh yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Nilai yang sinonim tidak diterima ( Sama maksud dengan nilai yang tersurat dalam
petikan . Contoh : tolong menolong dalam petikan sinonim dengan bantu-membantu )
4. Kurungkan huraian yang tidak berkaitan tetapi kesalahan bahasa tetap dinilai.
5. 5 nilai tanpa huraian atau huraian tidak tepat maksimum ARAS MEMUASKAN.
6. Calon menyenaraikan 5 nilai tanpa huraian diberi skor maksimum 03 ( dalam bentuk
point sahaja tiada ayat/huraian )
7. Calon menyenaraikan 5 nilai dalam ayat yang lengkap maksimum ARAS BAIK ( dalam
bentuk nombor )
8. Menyalin keseluruhan petikan diberi 02.
9. Calon cemerlang perlu menggunakan penanda wacana sekurang-kurangnya sekali.
10. Nilai tidak boleh berulang walaupun huraian berbeza.
11. Ulasan lebih daripada satu perenggan layak diberi ARAS CEMERLANG tetapi bukan
markah penuh impression turun.
12. Calon menulis huraian sahaja tanpa nilai ARAS PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM 02.
13. Calon menulis huraian luar kemudian huraian dalam petikan diterima ( Contoh : Selain
itu kita perlulah menjaga kebersihan di kawasan persekitaran hutan supaya dapat
menjaga keindahan flora dan fauna seperti ahli PBSM yang mengutip sampah di tapak
perkhemahan.
14. Jumlah patah perkataan tidak menjejaskan markah.
15. Nilai lebih daripada 6 5 nilai pertama sahaja diterima tetapi bahasa tetap dinilai.
16. Nilai satu hala sahaja diterima .

Anda mungkin juga menyukai