Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI,

81700 PASIR GUDANG


MEMOHON PERALATAN PASUKAN NASYID SEKOLAH

PENGENALAN
Nasyid merupaka nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para
nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya. Nasheed juga disebut nasyid di Malaysia merupakan sejenis lagu
kebudayaan Islam yang mana secara tradisinya dinyanyikan secara a capella, yakni nyanyian mengikut cara yang diiringi
dengan daff. Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali seperti conga, gendang arab,
shaker, chimes dan tamborin kerana pengarunhya yang bermula di bahagian negara Arab dengan irama padang pasir.
Namun kini, kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk menarik minat para
pendengar sekali gus memupuk sifat daya saing dalam bidang seni.

RASIONAL
Penubuhan pasukan nasyid sekolah adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai Islam dalam diri murid-murid sekali gus
menjadi medium dakwah secara tidak langsung kepada murid-murid lain lebih-lebih lagi dalam mengharungi cabaran
sosial pada masa kini.

OBJEKTIF
Di dalam program ini, murid akan dapat ;
i. Mempelajari pelbagai jenis lagu berirama padang pasir yang menjadi asas dalam mana-mana alunan
lagu nasyid pada masa kini.
ii. Mempelajari cara memainkan pelbagai alat muzik yang digunaka dalam sesebuah lagu nasyid.
iii. Menjadi medium dakwah dalam menyampaikan nasihat-nasihat kepada murid-murid lain khususnya
dan kepada masyarakat amnya.
iv. Menyerlah dan memperkembangkan lagi bakat dan potensi diri murid sesuai dengan saranan Falsafah
Pendidikan Negara.

TENAGA PENGAJAR :
Terdiri daripada guru-guru Agama Islam dan guru Pendidikan Muzik SK Taman Nusa Damai

MURID YANG TERLIBAT
Murid yang terlibat adalah seramai 10 orang. Murid yang dipilih adalah daripada kelas Tahun 4 dan Tahun 5.

JADUAL LATIHAN
Hari : Rabu
Masa : 12.05 tengah hari 1.05 petang
Tempat : Bilik Muzik SK Taman Nusa Damai






PERALATAN YANG DIPERLUKAN :

Rujuk Lampiran


KESIMPULAN

Dengan tertubuhnya pasukan nasyid sekolah ini, diharapkan ia nya menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain
untuk bersama-sama mengembalikan kegemilangan nasyid dan sentiasa mengekalkan dan menjaganya agar tidak
tenggelam ditelan arus kemodenan yang lebih mengutamakan lagu-lagu semasa. Sehubunga dengan itu, Kelab Seni
Teater dan Kebudayaan SK Taman Nusa Damai memohon keperluan tersebut daripada peruntukan Panitia Muzik dan
Panitia Agama Islam.





Disediakan oleh,




____________________________
(JANNATUN NAIM BINTI BAHARIN)
Setiausaha Kelab Seni Teater dan Kebudayaan
SK Taman Nusa Damai





Disahkan oleh,



_______________________
(YUASMADI BIN SELAMAT)
Guru Pen. Kanan Kokurikulum
SK Taman Nusa Damai





Diluluskan oleh,



_______________________________
(TUAN HAJI SAMSUDIN BIN A BAKAR)
Guru Besar
SK Taman Nusa Damai

Anda mungkin juga menyukai