Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KE ENAM

TARIKH: 18 OGOS 22 OGOS 2013



MASALAH:
Selepas dua minggu bercuti bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, minggu ini
merupakan minggu pertama sekolah dibuka semula. Seperti biasa, permasalahan
yang wujud pada minggu ini haruslah di kenalpasti agar ia dapat ditangani dengan
segera. Untuk minggu ke enam bagi praktikum Fasa II ini, masalah utama yang
dapat dikenal pasti dan menjadi keutamaan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran ialah penyesuaian aktiviti yang dirancang. Setiap kali saya ingin
merancang sesuatu Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani terutamanya, sering kali saya menghadapi masalah untuk merancang
aktiviti yang sesuai mengikut tajuk. Sudah menjadi keutamaan, setiap kali aktiviti
yang di rancang haruslah ansur maju dan berbentuk pertandingan. Ini kerana
kebanyakan murid-murid di sekolah ini kurang bergerak apabila waktu Pendidikan
Jasmani. Maka, bagi mengelakkan ia berlaku lagi untuk minggu hadapan dan
seterusnya, saya haruslah merancang aktiviti yang bersesuai mengikut tahap mereka
dan dapat menarik minat.

ANALISIS:
Masalah ini wujud adalah kerana saya tidak pernah mengajar Pendidikan
Jasmani di luar bilik darjah kerana minggu sebelum ini merupakan bulan puasa
menyebabkan saya perlu mengajar murid-murid di dalam bilik darjah secara teori.
Maka, saya tidak dapat menilai tahap penerimaan murid terhadap aktiviti pendidikan
jasmani. Oleh itu, apabila minggu ini saya melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani , saya dapat perhatikan setiap murid kurang
bergerak menyebabkan proses perlaksanaan pengajaran tidak menarik. Jika ia
berterusan dalam sesuatu sesi pengajaran, maka objektif pengajraan dan
pembelajaran akan kurang tercapai.



CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI:
Antara cadangan yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
a) Saya haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian mengikut tahap
kemampuan murid-murid
b) Pastikan aktiviti yang dirancang haruslah ansur maju
c) Aktiviti yang dirancang perlu berbentuk pertandingan bagi menggalakkan
mereka bergerak
d) Sokongan dan galakan dari kumpulan masing-masing harus ditekankan dari
semasa ke semasa
e) Arahan yang disampaikan haruslah jelas, ringkas dan tepat

TEMPOH MASA:
Bagi mengatasi masalah ini, saya harus bertindak cepat dengan
menyesuaikan aktiviti apabila mendapati murid-murid kurang bergerak. Selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran selesai, saya perlu melihat kembali Rancangan
Pengajaran Harian dan menilai kembali kekurangan yang ada agar memudahkan
saya untuk menambahbaik semula proses perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Rancangan Pengajaran Harian seterusnya dirancang mengikut seperti mana
yang disarankan oleh pensyarah pembimbing saya. Aktiviti dirancang adalah
berbentuk pertandingan. Apabila saya merancang aktiviti ini, di dapati terdapat
banyak perbezaan jika dibandingkan dengan pengajaran saya yang lepas. Dapat di
lihat setiap murid bergerak dan berdaya saing apabila melakukan setiap aktiviti.






TINDAKAN SUSULAN:
Saya perlu menggunakan cara pengajaran seperti mana yang disarankan
kerana kebanyakan murid-murid di sekolah ini lebih seronok melakukan aktiviti
secara bertanding antara satu sama lain. Oleh itu, setiap kali aktiviti ingin dirangka,
saya harus memastikan aktiviti tersebut menarik dan mempunyai ganjaran kepada
pemenang.