Anda di halaman 1dari 11

Bab 1 pengenalan kepada reka bentuk grafik berkomputer

Pengenalan
Grafika merupakan antar media yang paling utama dan popular digunakan bagi
memperlihatkan ketrampilan, kehebatan dan keberkesanan sesebuah aplikasi multimedia.
Secara umumnya, peenggunaan grafik sama ada dulu dan sekarang adalah sangat penting
untuk seseorang individu atau sesebuah organisasi itu menyampaikan sesuatu maklumat
atau mesej kkepada orang ramai. Sekiranya dahulu, grafik ddihasilkan hanya menggunakan
kaedah manual seperti penggunaan berus dan kanas tetapi disebabkan perkembangan
teknologi semakin mengalami perubahan yang pesat dari hari ke hari, dunia grafik turut tidak
ketinggalan dalam mencapai pembaharuan dari segi teknologinya, sesuai dengan
perkembangan zaman dan aliran semasa. Dengan wujudnya perkembangan teknologi
digital, definisi grafik menjadi semakin luas dan ia bukan sahaja merujuk kepada imej yang
dilukis tetapi sebaliknya meliputi grafik digital perlbagai format, bentuk dan rekaletak di mana
ia mampu memberikan impak yang lebih hebat berbanding grafik konvensional.
Definisi Grafik
- Grafik boleh didefinisikan ssebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang
kebiasaannya dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media seperti pen, pensel,
cat, berus dan banyak lagi
- Berdasarkan kamus dewan bahasa dan pustaka menerangkan bahawa grafik adalah
suatu perkaara yang berkenaan ukiran, gembar rajah dan lukisan.
- Grafik dikaitkan dengan lukisan kerana ia merupakan suatu bidang seni halus yang
bertujuan untuk mengkaji struktur, bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.
Lukisan juga menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara
dan bidang.
- Grafik juga membawa maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang
tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
- Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu paparan atau
persembahan dengan cepat dan konsisten kepada audien.
- Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imeh yang dihasilkan
menggunakan sebarang jenis berkomputer seperti Personel computer(PC),
Maintosh, Silicon Graphics dan sebagainya, imej berkomputer ini boleh merujuk
kepada imej yang mudah seperti ikon yang ringkas, garisan atau bulatan malah yang
lebih kompleks seperti facial ataupun abstrak iaitu imej kompleks yang dihasilkan
oleh computer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

Sejarah Perkembangan Grafik
- Grafik wujud pada sekitar 15,000-10,000 S.M, di mana orang roman telah
menggunakan Gambaran atas dinding gua sebagai bahasa visual. Ini juga boleh
dikaitkan dengan perkembangan industri percetakan apabila penggunaan mesin
percetakan digunakan untuk menghasilkan poster yang terawal.
- Pada tahun 1880, akhbar pertama New York Daily grafik banyak mengunakan
elemen grafik iaitu dengan memasukkan unsure fotografi.
- Tahun 1890 hingga 1930, kumpulan Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art
Nouveu atau seni baru yang melopori seni huruf. Kumpulan ini telah menguasai seni
huruf bebas dan tidak terkonkong dengan cara lama yang berkonservatif dan formal.
Lukisan grafik ini lebih m ementingkan cirri dekoratif. Penggayaan yang hebat lebih
cenderung kepada aplikasi prinsip pergerakan imbangan. Pereka grafik yang
terkenal dari kumpulan Avant Garde ialah Henri De Toulouse-Lautrec(1864-1901),
Peter Behrens(1869-1940) dan Jules Cheret(1836-1932).

Grafik Digital Sepintas lalu
- Grafik digital pada masa kini telah mempengaruhi penghasilan pelbagai jenis grafik
terutamanya penggunaan media moden iaitu komputer.
- Teknologi grafik digital semakin mendapat perhatian dan menjadi kegemaran orang
ramai kerana kewujudan pelbagai perkakasan serta perisisan yang berkaitan
dengannya yang mempunyai pelbagai jenis fungsi dan kelebihan yang boleeh
diperoleh di pasaran.
- Antara bidang grafik yang sering dilihat adalah reka bentuk penerbitan umum, reka
bentuk korporat, reka bentuk papan peraga, reka bentuk digital, reka bentuk
pembungkusan, reka bentuk cetakan iklaan dan komunikasi, reka bentuk papan
tanda dan logo.
- Kelebihan grafik digital adalah ia membolehhkan penghassilan karyaa grafik menjadi
lebih kreatif dan berseni serta mempunyai kualiti yang tinggi selain ia tidak
merumitkan dan juga lebih pantas sejajar dengan tuntutan keperluan kita pada masa
kini.
- Secara keseluruhannya, grafik berkomputer, grafik digital atau pengimejan digital
merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang ddihasilkan menggunakan
sebarang perkakasan serta perisian computer.
Perisian-perisian Grafik
- Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal contohnya dari hasil imbasan imej
biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi mdmbolehkannya
sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek grafik dan
multimedia.
- Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas,
lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan(tool) yang
disediakan oleh kebanyakkan perisian gubahan.
- Contohnya, Microssoft Paint atau Paint Brush, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator,
Corel Draw, Panter 3, Macromedia Freehand, Micrograft Designer dan Autocard.

Kepentingan grafik
- Grafik penting kerana mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih
berkesan seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya, amat membantu di dalam
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
- Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi
maklumat dan grafik boleh digunakan untuk bertujuan ini bagi meningkatkan
penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian
penggunaan mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar
belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik ddi dalam kebanykkan halaman
web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik
dan menyegarkan matta yang memandang serta menghidupkan lagi suasana
pencarian maklumat di sesebuah laman web.
- Grafik juga mampu menyediaakan visual bagi menerangkan sesuatu konsep yang
sukar diterangkan menerusi penggunaan teks semata-mata. Ia juga
mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat.

Kepentingan Grafik Dalam Konteks Reka Bentuk
- Reka bentuk grafik merupakan suatu reka bentuk yang memiliki unsure pemujukkan
dalam persembahannya kepada audien. Reka bentuk grafik juga perlu memikirkan
konsep mesra pengguna. Ransangan audian adalah unsure yang sangat penting
dalam sesuatu reka bentuk.
- Kepentingan membuat kajian sebelum meenghasilkan sesuatu rekaan adalah sangat
penting. Misalnya sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu adalah sasaran
audian di kalangan masyarakat golongan tua, elakkan daripada menggunakan reka
bentuk cara moden yang terlalu laju dan bergaya bebas.
- Reka bentuk grafik yang terpenting seperti Billbroad dan rerambu jalan(bunting) yang
konsepnya mementingkan kesesuaian dengan alam sekitar.
- Warna dan imej yang dikemukakan dalam reka bentuk perlu seimbang dengan alam
sekitar. Ini sangat penting agar audien tidak keliru dan tidak menyebabkan
pencemaran komunikasi dari segi masyarakat.
Kepentingan Grafik dalam Konteks Masyarakat
- Reka bentuk grafik computer dapat memberikan maklumat dengan cepat dan pantas
kepada masyarakat sekeliling. Perletakkan reka bentuk ini sering berada di kawasan
strategik di mana penyampaian audien dapat dilakukan secara berkesan.
- Selain itu, reka bentuk grafik berkomputer seperti Billboard dan Papan tanda dapat
memberi ransangan hiburan kepada audien.
Aplikasi Grafik dalam kehidupan
- Dalam zaman digital ini, implikasi perkembangan teknologi computer dan telknologi
maklumat dan komunikasi(ICT) amat memberi kesan kepada kehidupan kita dari
pelbagai aspek.
- Grafik berkomputer sangat penting bagi seluruh bahagian di dunia ini. Antaranya,
arkitek, jurutera, pereka bentuk dalaman dan lain-lain lagi. Kumpulan ini memerlukan
system computer kerana untuk menukar atau meminda sesebuah imej pada skrin
computer dengan lebih mudah berbanding pada sehelai kertas.
- Bidang automotif, pembinaan dan kejuruteraan dalam prosess penghasilan produk
baru juga memerlukan grafik berkomputer untuk merancang dan menghasilkan
produk.
- Grafik digital dapat membantu meningkatkan daya tarikan terhadap barangan yang
dipasarkan. Contohnya, menggunakan reka bentuk carta dan graf dapat
memudahkan penyampaian maklumat dan menarik minat audien.
- Visual ialah alat komunikasi yang menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik
daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Visual boleh didapati dalam tiga jenis
iaitu fotografi, elektronik di mana ia disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar
atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.
- Grafik juga membawa maksud graphikos bererti lukisan. Ciri-ciri grafik adalah:
Mudah dan jelas dibaca dan difahami
Mesej dapat ditafsir tanpaa terlalu bersusah payah.
Dalam bidang pendidikan, ia dapat mendorong interaksi yang aktif
antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual.
Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat
dalam visual
- Grafik berkomputer juga dapat membantu pelajar mengenali sesuatu obejk terbabit
tanpa perlunya guru menyediakan objek tersebut di depan mata.
- Grafik berkomputer juga memberi sumbangan kepada bidang perfileman di Malaysia
terutamanya gambaran grafik yang menggambarkan ilustrasi fantasi dalam aksi
melalui computer dengan teknik mecipta objek berbentuk 2D kepada 3D yang boleh
digerakkan dan diubahsuai.
Jenis-jenis Grafik dan bagaimana ianya digunakan
- komputer pada masa kini amat memberi satu tradisi moden dalam masyarakat. Hal
ini kerana, penambahbaikan sistem-sistem dalam komputer, jutaan warna, dan
software dapat memudahkan kehidupan manusia dan mudah untuk dikendalikan
berbanding secara manual.
- Kegunaan grafik juga boleh digunakan sebagai penyokong kepada penggunaan teks
dalam menerangkan sesuatu maklumat mahupun sebagai media penyaluran
maklumat yang utama. Ia juga boleh digunakan sebagai latar belakang skrin, antara
muka pengguna, carta, kartun, butang atau ikon dan sebagainya.
Antara jenis-jenis Grafik
a. Fotograf atau Gambar Foto
- Foto atau gambar foto adalah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada
permukaan peka cahaya, biasanya filem fotografi atau pengimej elektronik
seperti peranti caj terganding(CCD) atau cip semikonduktor oksida logam
pelengkap(CMOS).
- Gambar foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta unttuk memfokuskan
panjang gelombang cahaya Nampak daripada sesautu pemandangan demi
membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata manusia.

b. Lukisan
- Merupakan karya sejenis karya seni dan proses menghasilkannya dilakukan
dengan meletakkan pigmen cair dalam pelarut(medium) dan agen pengikat (lem)
di atas permukaaan seperti kertas, kanvas atau dinding.
- Namun kini, melalui perkembangan teknologi moden dalam sistem perkakasan
komputer, lukisan boleh dilukis dengan hanya menggunakan perisisan komputer.
Penghasilan lukisan merujuk kepada imej yang kurang realistic berbanding
dengan fotograf.

c. Komik/kartun
- Kartun merupakan sejenis lukisan atau ilustrasi yang berada pada kelasnya
yang tersendiri.
- Sejak belum merdeka lagi, kartun telah memainkan peranan penting dalam
masyarakat melayu dan Malaysia amnya.
- Kartun menjadi medium untuk meniupkan semangat menuntut kemerdekaan,
mempengaruhi rakyat membenci penjajah dan mengajak masyarakat bersama-
sama membina negara baru yang bebas, maju dan makmur.
- Kartun juga boleh bersifat pendidikan dan pembelajaran seperti ilmu sains dan
teknoologi, pendedahan alam semesta, kecintaan dan keprihatinan terhadap
alam sekitar, pemuliharaan flora dan fauna dan lain-lain lagi.
- Watak kartun sering membantu penyampai dalam penyampaian mesej, dan
membimbing audien. Hal ini kerana kartun boleh dalam bentuk kepelbagaian
warna, menarik dan menghiburkan.

d. Carta atau Graf
- Merupakan salah satu kaedah dalam menyampaikan sesebuah mesej atau
maklumat yang berbentuk numeric atau angka. Sifatnyaa yang ringkas, mudah
diterima oleh pengguna dalam menyampaikan sesebuah maklumat atau mesej.
- Contoh graf atau carta adalah graf garis, histogram, ogif, carta paid an lain-lain.
- Bersifat ringkas dan padat.
- Mempunyai paksi-X dan Paksi-Y.

e. Ikon, symbol, garis dan butang
- Iya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan siantar fungsi yang utama ialah
untuk menyediakan interaksi di antara sistem dengan pengguna.
- Ikon, symbol, garis dan butang boleh digunakan dalam bentuk sistem navigasi
atau sistem penerokaan yang mana pengguna boleh aktifkan ikon, symbol, garis
dan butang yang disediakan contohnya bagi mencari maklumat yang diperlukan



f. Diagram
- Diagram merupakan sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan
sesuatu seperti mana keadaan asalnya. Terdapat tiga kategori diagram iaitu
diagram yang berbentuk graf, carta dan jenis-jenis lain.
- Diagram juga boleeh merujuk kepada imej yang mewakili sesuatu proses,
struktur atau prosedur kerja.
Peranan Grafik DAlam Aplikasi Multimedia atau Laman Web
- Sama ada dalam aplikasi multimedia, laman wed atau persembahan elektronik
yang lain, grafik memainkan peranan yang hamper sama seperti mana ketika
ianya digunakan si dalam penerbitan kovensional. Terdapat pelbagai peranan
grafik. Berikut dibincangkan beberapa peranan yang boleh dimainkan oleh grafik
digital.
Media komunikasi
- Grafik juga berperanan sebagai media komunikasi yang berkesan secara
verbal dan non-verbal.
- Contoh grafik yang memain peranan berkomunikasi dengan audien adalah
Poster Larangan Merokok, Papan Tanda Tolong Diam. Larangan membuat
bising dan sebagainya. Grafik ini secara lansung telah berkomunikasi dengan
audien yang melihatnya walaupun tidak mengunakan vokal.
Menghiburkan
- Grafik sangat mudah menarik perhatian pengguna dengan nilai0nilai
estetikanya yang tersendiri. Sama ada dalam bentuk grafik yang ringkas
ataupun grafik 3D yang lebih kompleks iya nya mampu untuk menghiburkan
pengguna yang memandangnya kerana komputer mempunyai perisian unsur-
unsur seni dan elemen prinsip rekaan yang baik.
Menyampaikan Cerita
- Grafik juga sering digunakan bagi memastikan sesuatu jalan cerita sesebuah
persembahan atau aplikasi dapat disampaikan dengan mudah dan pantas.
Aplikasi berbentuk komik, berilustrasi dan garisan masa(storyboard)
merupakan antara contoh aplikasi yang menggunakan grafik bagi
menyampaikan cerita yang diperlukan.
Memujuk
- Grafik juga mampu melembutkan hati, memujuk serta menggoda para
pengguna. Dalam proses menarik perhatian terhadap sesuatu produk
misalnya, imej yang dihasilkan serta dipersembahkan dengan baik dan
mudah, mampu memikat serta memujuk hati pengguna untuk
mendapatkannya.
- Ini sangat berkaitan dengan strategi promosi sesuatu sesuatu barangan atau
perkhidmatan oleh sesebuah syarikat perniagaan atau organisasi tertentu.
Menzahirkan perasaan dan emosi
- Pemilihan grafik yang tepat mampu menzahirkan perasaan yang tertentu di
dalam sesebuah persembahan. Emosi pengguna jjuga boleh dimainkan
dengan lebih mudah menerusi penggunaan grafik yang tepat. Sebagai
contoh, memaparkan gambar foto kanak-kanak kebuluran dengan mudahnya
mampu menarik perhatian dan seterusnya memikat emosi penonton yang
melihat persembahan yang disediakan.
Peranan Grafik dalam pendidikan
- Tujuan pendidikan adalah untuk menoptimalkan kemampuan anak didik dan
mambantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizikal,
intelektual dan emosi.
- Peranan media grafik dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya tidak
dapat disangkal lagi. Hal ini kerana, grafik merupakan salah satu media yang
mampu menyampaikan maklumat dan mesej dengan baik dan berkesan.
- Grafik juga boleh diubahsuai oleh guru aras penyampaian maklumatnya
berdasarkan tingkat atau umur pelajarnya.
- Rumusan kepentingan grafik dalam dibidang pendidikan, ia mendapat perhatian
yang serius daripada warga pendidik disebabkan kelebihannya. Di bawah
terdapat 7 kepentingan grafik yang dapat ydirumuskan dalam bidang pendidikan:

1. Penyalur media yang baik
- Penggunaan grafik secara moden atau tradisi tetap mempunyai satu
tujuan yang sama iaitu penyampai maklumat kepada audien.
- Di samping itu, ia dapat menyampaikan segala maklumat yang sukar
diterjemahkan secara lisan
- Penerangan kepada pelajar juga dapat dimudahkan secara berkesan
dan releven dengan menggunakan perisian seperti gambarajah atau
carta yang bersesuaian.
- Berdasarkan konsep pembelajaran konstruktivisme, grafik merupakan
salah satu media yang berkesan untuk pelajar memahami isi
pembelajaran kerana sesuatu yang baru dapat diterjemahkan dalam
bentuk gambar dan teks yang ringkas dan padat.

2. Penyalur maklumat dengan pantas
- Sesetengah pelajar sukar untuk menerima pembelajaran yang hanya
berasaskan unsur teks semata-mata. Kerana mengelirukan dan
meletihkan pelajar belajar. Menerusi penggunaan grafik sebagai
sokongan, sesuatu maklumat dapat diterjemahkan menjadi
pengetahuan dalam kadar lebih pantas dan juga lebih ringkas.

3. Penekanan terhadap maklumat
- Visualisasi merupakan satu proses yang amat penting dalam
komunikasi maklumat. Pelajar lebih memahami pembelajaran secara
visual secara tepat dan padat berbanding kata-kata.
- Visual juga mampu membolehkan sesuatu maklumat tersebut
dipetakan terus ke dalam ingatan dengan lebih mudah berbanding
menggunakan perkataan semata-mata.
- Highlight maklumat yang terpenting juga dapat memberi penekanan
kepada pelajar untuk mengingat perkara yang penting dalam isi
pelajaran tersebut.

4. Pengekalan maklumat dalam ingatan
- Dalam proses pengajaran, guru dapat memberi jaminan kepada
penggunaan grafik untuk mengekalkan isi pelajaran dalam ingatan
pelajar.
- Hal ini kerana, penggunaan grafik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dikatakan mampu memberi impak yang lebih signifikan
terhadap ingatan manusia berbanding dengan pengalaman semulajadi
manusia.
- Penggunaan grafik juga menyediakan paparan visual bagi
menerangkan sesuatu dengan lebih mudah dipetakan dalam ingatan
pelajar.

5. Meningkatkan minat dan motivasi
- Proses pengajaran yang berkesan adalah pengajaran yang dapat
menimbulkan minat pelajar di dalam kelas. Untuk meningkatkan
keberkesanan tersebut seseorang guru dalam pengajaran,
pengetahuan grafik boleeh diaplikasikan pada peringkat awal
pengajaran iaitu bahagian set induksi, dengan menonjolkan visual
yang berkaitan dengan pelajaran agar minda pelajar terbuka dan
menarik minta pelajar sebelum melangkah ke isi pengajaran.
- Kebiasaanya, grafik digabungkan dengan pelbagai jenis warna, corak
dan bentuk. Kesemua itam tersebut jika diselitkan di dalam ssesi
pembelajaran akan dapat memberi impak terhadap motivasi pelajar
terhadap pelajaran. Dengan itu guru boleh memberi impak terhadap
motivasi pelajar terhadap kandungan yang agak kompleks dan sukar
difahami.
- Kesannya, pelajar akan lebih mudah faham dan ingat tentang isi
pembelajaran yang lebih mesra dan sekaligus mampu menarik minat
dan meningkatkan motivasi pelajar untuk meneruskan proses
pembelajaran.

6. Maklumat lebih realistik
- Dengan penggunaan maklumat disampaikan melalui grafik akan dapat
melihat persekitaran pembelajaran yang lebih realistik. Seseorang
pelajar lebih mudah untuk memahami kerana mereka akan membuat
perkaitan dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka
dengan lebih mudah dan pantas.
- Contohnya, guru menunjukkan video tentang proses penghasilan
lukisan dengan menggunakan teknik basah atas basah. Maka, pelajar
dengan sendirinya akan membuat perkaitan pengalaman mereka
menggunakan berus lukisan untuk melukis.
- Pelajar lebih memahami dengan melihat berbanding dengan
mendengar kata kata guru semata-mata.

7. Grafik meningkatkan kebolehpercayaan
- Secara lumrahnya, sifat manusia adalah lebih mempercayai sesuatu
apabila melihat sendiri, berbanding jika hanya mendengar atau
membaca mengenainya sahaja.
- Penggunaan Grafik sangat diperlukan untuk menggambarkan sesuatu
maklumat dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan pelajar
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Anda mungkin juga menyukai