Anda di halaman 1dari 1

Namun persoalannya pada hari ini ada daripada kalangan kita yang kaya di dunia tetapi

miskin di akhirat dengan kata lain mereka ini banyak melakukan amalan kebaikan dan
kebajikan semasa di dunia tetapi ketika di akhirat mereka ini dikira sebagai golongan miskin
ataupun muflis.. Kenapa jadi sebegini?. Jawapannya ialah kerana semasa hidup di dunia,
mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta dalam masa yang sama mereka juga
melakukan kejahatan dan dosa sesama manusia. Segala ganjaran pahala kebaikan di ambil
oleh Allah SWT bagi membayar segala hutang kejahatan semasa hidup di dunia ini
sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: Siapa yang muflis? Manusia yang muflis itu bukanlah mereka yang tidak
berharta dan tempat tinggal.Sesungguhnya orang yang muflis itu ialah mereka yang
tidak menunaikan hak-hak orang lain seperti mencaci dan merampas harta tanpa hak,
memukul tanpa sebab dan sebagainya. (Riwayat Muslim) .
Dan sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud; Tahukah kamu siapakah orang yang
muflis? Para sahabat menjawab: Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak
memiliki wang mahupun hartabenda. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari
Kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa
di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta
dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang
di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis
(diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak
berdosa masih banyak, maka Alllah SWT akan memberi pula dosa orang yang dizalimi
itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah SWT campakkan dia ke
dalam neraka. (Riwayat Muslim)

Imam al-Ghazali pernah berkata: menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau
pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk,
bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar
dan penuh dengan kesombongan.
Sebagaimana hidup di dunia, kehidupan di akhirat juga kita memerlukan kekayaan. Kita
memerlukan kekayaan yang digunakan untuk mendapat alam kubur yang luas dan terang,
berada di Padang Mahsyar dengan selesa, meniti Titian Siratul Mustaqim sepantas kilat,
melintasi pintu Syurga, membina mahligai besar di dalam syurga, makan dan minum yang
enak-enak, bergerak tanpa batas, mempunyai bidadari yang cantik dan hidup bersenang
lenang di Syurga abadi. Hanya satu sahaja kekayaan yang bernilai iaitu ganjaran pahala.
Tanpa pahala kita akan menjadi manusia yang miskin di akhirat kelak dan tidak mampu
membeli kesenangan, kita akan susah di alam kubur, di Padang Mashyar dan seterusnya akan
dilemparkan ke dalam neraka bersama kaum kafir dan Iblis.

Anda mungkin juga menyukai