Anda di halaman 1dari 3

Tips Menghafaz Al-Quran

www.iLuvislam.com
editor : everjihad


Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan
cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT

Ramai orang yang menghafaz al -Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita
yang menghafaz al -Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran.
Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar
untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan
amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al -
Quran. Sebenarnya, kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih
keredhaan ALLAH, semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan
mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,amin.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu, perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dalam penghafazan al -
Quran, istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat. Tanpa istiqamah,
PERCAYALAH, hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja. Para
penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz al -Quran kemudian diabaikan sehingga
lupa. Sebagai contoh, istiqamah dalam muraja'ah atau mengulang sejuzuk
sehari,insyaALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi
penghafaz cemerlang. Setiap ayat mestilah difahami maknanya dan diteliti takwilnya
agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat. Sebahagian ayat al-
Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan
kemungkaran. Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al -Quran,
mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat
menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman (yang
juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami
kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu
takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk
membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insyaALLAH
kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat di ingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa, namun tidak pelik bagi penghafaz al -Quran.Tabiat
suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita. Ia akan
memeningkan kita dari segi mengingati struktur ayat, kerana setiap al-Quran
mempunyai pelbagai saiz. Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan
sebagainya. Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya, kita
mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafazan kita benar-benar
kukuh dan bersemadi di hati. Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat, ia juga
akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan, kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari, jangan
sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit
demi sedikit. Kata seorang ulama', sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia
akan meninggalkan kita, seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan
meninggalkan kita pula, apatah lagi jika meninggalkan sebulan, maka setahun jadinya.
Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al -Quran. Jadikanlah ia sebagai pedoman agar
kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT

Mengulang hafazan didal am solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-
ayat al-Quran yang telah dihafaz. Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja,
biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat. Ini akan
mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita, kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran
ditangan,dan akan menjadi khusyuk di dalam bacaan dan berusaha untuk membacanya
dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan
buat huffazul Quran agar membiasakan di ri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab
al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat
dari yang mengulang dengan al -Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya.
Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.


Sumber : Forum ti ps.

Anda mungkin juga menyukai