Anda di halaman 1dari 2

SURAT KIRIMAN RASMI

Kemudahan awam di tempat anda sering dirosakkan oleh pihak pihak yang tidak
bertanggungjawab. Tulis aduan anda kepada pihak berkenaan dalam bentuk surat.
No.9 Jalan Asmaradana,
Taman Seri Perdana,
34000 Taiping ,
Perak.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Taiping ,
34000 Taiping,
Perak. 25 Mei 2013

Tuan,
Kemudahan Awam Sering Dirosakkan
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk makluman dan ____________pihak
tuan.
2. Saya sebagaimana __________dan alamat yang tertera di atas merupakan
____________tetap di kawasan _____________perumahan ini. Untuk pengetahuan
tuan,sejak___________________ini kemudahan awam di _____________tinggal kami
sering _______________oleh pihak yang tidak _______________.Antara kemudahan
awam yang sering menjadi________________ialah pondok _____________.Gagang
telefon sering ____________dan pondok telefon ______________dengan pelbagai
_______________yang tidak menyenangkan.
3. Selain itu, balai raya yang dibina beberapa tahun lalu telah hilang
serinya.________________itu tidak diurus dengan_______________dan segala
kekotoran seperti _______________dan najis binatang yang bertaburan di sana sini.
Lebih mendukacitakan , balai raya tersebut telah menjadi _______________penagih
dadah melepaskan gian. Aktiviti yang tidak ___________ini secara tidak langsung
akan mempengaruhi ____________________kecil.
4. Padang _______________yang menjadi tempat _____________para penduduk
turut menjadi mangsa keadaan. Peralatan seperti papan gelongsor dan
______________untuk kanak kanak telah ________________dan tidak dapat
digunakan lagi.
5. Saya berharap pihak tuan dapat memberikan ___________________dan
membuat _________________di kawasan taman perumahan kami. Kami juga berharap
agar segala kerosakan kemudahanan awam tersebut dapat __________dengan
kadar____________.
Kerjasama dan maklum __________daripada pihak tuan amat saya alu alukan dan
diucapkan berbanyak banyak ________________________.
Sekian , terima kasih.
Yang benar,

__________________
(ZAMIR BIN HALIM)
Wakil Penduduk ,
Taman Seri Perdana.


KARANGAN LAPORAN
Sekolah anda telah mengadakann latihan menghadapii kebakaran. Selaku Setiausaha
Unit Bencana Alam dan Kecemasan , anda diminta menulis laporan tentang rentetan
peristiwa latihan berkenaan.

Latihan Menghadapi Kebakaran 2013
Pada 14 Februari yang lalu, Unit Bencana Alam dan Kecemasan , SMK Seri
Perwira telah menjayakan latihan menghadapi kebakaran. Latihan Tersebut merupakan
aktiviti yang dijalankan tiga kali setahun bagi meningkatkan keberkesanan semasa
menghadapi kebakaran dan saat saat kecemasan.
Latihan tersebut melibatkan 867 orang pelajar dan 60 orang kakitangan
akademik dan bukan akademik. Tepat pada pukul 8.30 pagi, loceng kecemasan dari
bilik bomba dibunyikan secara berterusan selama lima minit. Sebahagian besar pelajar
kelihatan masih tercengang-cengang dan tidak tahun apakah yang berlaku.Namun
begitu, setelah arahan diberikan oleh guru bertugas melalui pembersar suara barulah
mereka bergegas ke padang. Semua pelajar bergerak melalui laluan yang ditetapkan .
Ada segelintir pelajar tidak mengikut peraturan. Berlaku kejadian tolak- menolak
terutama dalam kalangan pelajar tingkatan satu yang menyebabkan beberapa orang
pelajar terjatuh.
Guru guru , kakitangan sekolah dan pekerja swasta turut bergerak ke padang.
Guru guru kelas membawa rekod kedatangan pelajar untuk menandakan kehadiran
pelajar. Setelah semua pelajar dan kakitangan sekolah berada di padang, guru
berkenaan memaklumkan kepada guru bertugas tentang kehadiran pelajar mengikut
kelas masing masing.
Pada masa yang sama, pasukan bomba dan penyelamat tiba seperti
mana yang dirancang . Semua pergerakan dan tempoh masa telah dicatat untuk
dilaporkan kepada pengetua.Pegawai bomba telah memberikan taklimat tentang
tindakan yang perlu dilakukan apabila menghadapi kebakaran.
Kemudian, pengetua menyampaikan ucapan. Pengetua mengucapkan terima
kasih kepada semua yang menjayakan latihan berkenaan. Namun begitu, beliau berasa
kesal kerana masih banyak pelajar yang tidak peka akan keadaan yang berlaku dan
bersikap ambil mudah sahaja. Menurut beliau, sikap sedemikian akan mendatangkan
masalah kepada pelajar terutama ketika menghadapi saat saat genting.
Setelah pengetua selesai menyampaikan ucapan, semua pelajar bergerak ke
kelas masing masing untuk meneruskan sesi pembelajaran. Para pelajar mendapat
manfaat berguna pada hari itu.

Laporan disediakan oleh, 18 FEBRUARI 2013

__________________
(NINA MUSTAFA)
Setiausaha Unit Bencana Alam dan Kecemasan,
SMK Seri Perwira.