Anda di halaman 1dari 17

Che Mah 2787 SPP 2011

Format SPP baru


Temuduga secara berkumpulan (3-5 org).
Perincian markah
20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan)
20% (penyampaian)
30% (pengetahuan akademik/ikhtisas)
30% (pengetahuan isu2 semasa)

Soalan-soalan famous untuk temuduga SPP
1) Rukun Negara
1) Kepercayaan Kepada Tuhan
-Bangsa & Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yg kukuh
kpd Tuhan.
2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara-
setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia,
jujur & ikhlas kpd Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3) Keluhuran Perlembagaan
-melindungi hak dan keistimewaan warganegara
-menghormati, menghargai serta memahami maksud & latar
belakang penggubalannya
4) Kedaulatan Undang-Undang
-patuh kpd undang-undang yg telah digubal supaya keamanan
negara dapat dicapai.
5) Kesopanan dan Kesusilaan
Sifat sopan-santun dan tatasusila penting dlm mewujudkan
perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum

2) Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987
berbunyi:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah
perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan
warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a. Percaya dan patuh kepada tuhan
b. Berilmu pengetahuan
c. Berakhlak mulia
d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama.
Bangsa dan negara.
f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan
dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui
kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal)
supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai
khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan
menyedarkan sesama manusia yang lain.
3) Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
4) 16 Nilai yang terkandung dalam FPK dan mana
datangnya nilai-nilai tu.
Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara.
Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama
sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah
pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit
kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat
mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih
kepada isu nilai dalam pendidikan
Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin,
berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan
dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau "world
view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang
untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output
dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah
melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih
jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan
FPN ini.
Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen
pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai
tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat
utama iaitu JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang
akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang
berakhlak.
Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni.
Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli
masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. Mereka telah
diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan daripada apa yang
dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui
bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan
perlakuan sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan
tidak langsung dan sentiasa berterusan.
Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin
ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara
komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua
matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan
ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik
darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk
memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan
berkesan."
5.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun
1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai
agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan
kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan
maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai
oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh
diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk
membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi
kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.
Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:
a. Secara pertuturan
b. Secara perlakuan
c. Secara teladan
d. Secara isyarat
e. Secara kefahaman
f. Secara interpretasi
g. Secara konteksual
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-
murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat
keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan
masyarakat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-
nilai murni:-
1. Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan
orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan
menilai tindak tanduk orang lain.
2. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain.
3. Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang
patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan
ahli masyarakat yang lain.
4. Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan
memberi layanan yang bersopan.
5. Kasih sayang
Che Mah 2787 SPP 2011
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini
lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur
kepentingan diri:
6. Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah.
7. Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan
undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan
negara.
8. Keberanian
Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin
dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia
harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu
mengakibatkan bencana.
9. Kebersihan fizikal dan mental
Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.
Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan,
pemikiran dan kerohanian.
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas
tanpa mengharapkan sebarang balasan.
11. Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan
sesuatu perkara.
12. Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada
peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab
bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.
13. Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat.
14. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat
dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang
budi dan penghargaan.
15. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh
perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, boleh
membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
16. Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi
mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti
bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam
masyarakat.

5) Teori-teori pengajaran dan pedagogi yang
berkaitan - behavior theory, constructivist theory,
humanistics theory, cognitive theory dan sewaktu
dengannya. Pastikan tahu siapa tokoh2nya.
6) Cara mengajar dan cara meningkatkan motivasi
murid ikut teori behavior, sosial dan kognitif
(berdasarkan kepada teori2 pembelajaran)
7) PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara
mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang
berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan
langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan
yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran
di sesebuah sekolah.
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah
sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh
menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di
sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi
sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan
individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan
untuk kebajikan dan manfaat sekolah dan para pelajar
PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk
para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi
memberi kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus
belajar dan berjaya.
pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan
kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi sebagai penilai terhadap
prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik mahupun
kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh
diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi
mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai
penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan
tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan
guru berasa tertekan dan terancam apabila menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik.
PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di
sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan
tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya.
Gotong-royong yang diadakan ini bukan sahaja akan dapat
merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pelajar, malahan
juga dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu
melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya,
akan wujud kerjasama lain antara mereka. Dengan itu, segala
bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan
dengan lancar. Ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan
lebih ramai pelaj ar yang berkualiti pada masa hadapan.

8) Struktur pentadbiran
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar
yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem
pendidikan negara. Mereka berusaha memperkembangkan potensi
masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga,
masyarakat, dan negara. Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai
alat memenuhi keperluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek
sama ada politik, ekonomi ataupun sosial. (Yahaya Don, 2005).
Definisi Pengurusan Dan Pentadbiran Kementerian Pelajaran
Malaysia
Kamaruddin Kachar (1990) melihat pentadbiran pendidikan sebagai
satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan
pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan
pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan,
penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.
Makna pentadbiran agak berbeza dengan makna pengurusan.
Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat
perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin,
mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada
setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran
pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah
dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal
supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian
sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha
mencapai matlamat pendidikan.
Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan
mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang
paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran
pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana
Institusi Pendidikan (Rosy Talin 2002).

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk
berdasarkan kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem
pendidikan di Malaysia merupakan sistem pendidikan berpusat.
Struktur organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah
sangat besar, namun secara ringkas terbahagi kepada lima peringkat
iaitu;
1. Eksekutif
2. Pengurusan
3. Penyeliaan
Che Mah 2787 SPP 2011
4. Teknikal
5. Pelaksana
Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat
bahagian/struktur pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan,
Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah.
Rajah 1 berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua
belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-
tiap bahagian professional diketuai oleh seorang pengarah
sementara bahagian pendaftaran Sekolah dan Guru di ketuai oleh
Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir diketuai oleh seorang
ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula
diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran
diketuai oleh seorang ketua penolong setiausaha
9) Isu-isu semasa dalam dan luar (baca paper, tengok
berita)
JANUARI - isu PISMP posting lewat + isu KPLI posting dulu dr kite
+ GSTT dpt extend bkhidmat
FEBRUARI - isu PISMP posting (bersyukur) + isu camne nk g konvo
+ isu xde duit
MAC - isu konvokesyen + isu da masuk gaji n x dpt gaji lg + isu
susah nk dftr dlm web SPP
APRIL - isu gambar konvo cam harem + segelintir dh dpt pangilan
SPP
MEI - isu x sbar dah nk cuti tgh thn
JUN - isu paling hot bln ni (ramai yg dh interview n bakal di
interview) + nota2 utk study SPP
10) Isu Pembunuhan Osama
Obama secara simbolik memberitahu rakyat AS bahawa dendam
telah berbalas. Osama yang merencanakan serangan itu kini telah
dibunuh. Rakyat AS bersorak gembira dan Obama mengatakan
bahawa dunia kini lebih selamat setelah Osama dibunuh.Rating
popolariti Obama yang rendah kerana isu-isu ekonomi dan sosial
yang gagal ditanggani Obama telah melonjak naik kerana
pembunuhan itu.Obama akan bertanding bagi penggal kedua
untuk mengekalkan kepresidenannya pada akhir tahun hadapan
kerana itu dia perlu meningkatkan ratingnya dari sekarang.
Kenyataan Obama itu disahut sama oleh Perdana Menteri NajibTun
Razak dengan kata-kata yang sama nadanya.Betapa hebatnya Najib
kerana mempunyai tahap dan aliran pemikiran yang sama dengan
Obama. Sekurang-kurangnya mentornya, Tun Dr Mahathir tidak
berkongsi pandangan dengan Najib dan beliau mengecam tindakan
Obama mengarahkan pembunuhan kejam itu dengan menceroboh
memasuki wilayah Pakistan, sebuah negara berdaulat, walaupun
Pakistan berkerjasama dengan AS dalam perang menentang
keganasan.
11) Isu-isu pendidikan yang terkini
1. Isu cikgu atau guru GSTT. Dari awal Disember hingga ke akhir
Januari, cerita GSTT berjaya masuk ke surat khabar dan banyak
mendapat respon pada setiap hari. Tak kurang juga guru kontrak juga
ingin mengetahui status terkini mereka seperti mana yang berlaku
dengan kes GSTT. Sampai hari ini, belum ada apa-apa berita yang
menggembirakan.
2. Isu buku teks bahasa english. Macam mana boleh ada kesilapan
dalam buku teks tu? Nak salahkan penilai, penilai akan kata dia tak
pilih buku tu. Dia pilih buku lain. Nak salahkan cikgu yang buat buku
teks tu, memang dah sah-sah salah mereka. Tapi kalau buku tu dah
banyak sangat salahnya, apsal nak juga buku tu yang diterima?
Mengapa buku itu yang dipilih? Takkan para penilai nak pilih buku
teks yang bermasalah bukan? Kat sini, banyak isu panas timbul dan
akibatnya..teruk Pak Muhyiddin nak jawab dibuatnya..
3. Isu Interlok. Ini satu lagi isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan.
Bila dah masuk isu politik, macam-macamlah yang akan bersuara.
Bagi aku, ada banyak lagi buku yang lagi panas berbanding Interlok.
Banyak isu perkauman yang diceritakan dan kita kena faham
mengapa buku atau novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir
dijadikan buku komsas dalam sekolah menengah.
Setiap novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir ada jalan
ceritanya, ada nilai-nilainya tersendiri, dan isu-isu yang dibincangkan
ada motifnya tersendiri. Dan kita akan belajar dari jalan ceritanya.
Baik dan buruk kita akan tahu. Bukan untuk dipolitikkan. Jadi, bila dah
jadi macam ni, kalau aku sebagai Abdullah Hussein pun akan merajuk.
Kita buat ikhlas, nak bagitau perkara sebenar, tapi dipolitikkan. Apa
kes?? Itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat kita
ketika, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Yang nak malu,
kenapa? Itu sejarah. Kita belajar dari sejarah untuk jadi insan yang
lebih baik. Takkan sampai hari ini masih tak boleh bezakan? Yang
mana baik dan yang mana tak baik?
4. Isu cikgu masuk mahkamah sana sini. Ada cikgu yang merogol, ada
ustaz yang buat kerja tak senonoh, ada cikgu kena tipu dalam skim
tertentu, ada cikgu pukul budak dan sebagainya. Semuanya berkait
dengan mahkamah. Isu ini, memang panas sepanjang tahun. Tak tahu
bila nak jadi sejuk balik..
5. Isu Krisis Pelajar Malaysia di Mesir. Bila Pak Muhyiddin tersalah
cakap, memang macam-macam yang marah dan mengamuk dan tulis
macam-macam kat blog mereka. Itulah, bila kita dah terlajak kata,
susah nak tarik balik, terlajak kereta atau perahu, boleh diundur,
terlajak kata, buruk padahnya. Bila kata sampai tak ada keperluan
nak ambil pelajar Malaysia balik itu memang buat orang kita marah.
Takkan nak tunggu sampai ada yang dah dikafankan baru nak ambil
tindakan? Dan akhirnya Pak Najib dah ambil tindakan. Mungkin
selepas berbincang dengan Pak Muhyiddin dan rakan-rakan serta
pertubuhan yang lain, mereka sepakat untuk ambil pelajar Malaysia
yang masih berada dalam ketakutan di Mesir.
6.ISU PENDIDIKAN : Peranan PIBG dalam meningkatkan kualiti
pendidikan di sekolah:
mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang
berkualiti di sekolah.
banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi
pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan
pembelajaran di sesebuah sekolah.
sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah
faham yang timbul antara kedua-dua belah pihak apabila
berlakunya kejadian salah laku di kalangan pelajar. Ini
termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin di
kalangan pelajar
7. ISU PENDIDIKAN : Impak dinamik lahir modal insan berkualiti
Lima fokus baru dilaksana fasa kedua pelan strategik pendidikan
tinggi
kedinamikan pengajian tinggi dan arus globalisasi ini akan
berterusan khususnya sepanjang tempoh lima tahun (2011-
2015) Fasa Dua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN). Ini bermakna, Malaysia dan sektor pengajian tinggi
perlu memberi pertimbangan wajar terhadap impak dinamik ini
kepada hala tuju strategik, sistem serta institusi pengajian
tingginya.
Sehubungan itu, lima fokus baru sudah dikenal pasti dan perlu
dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
sepanjang tempoh itu lima fokus itu ialah pengukuhan usaha
melahirkan modal insan, memperkayakan kreativiti dan inovasi,
memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi, memanfaatkan
Che Mah 2787 SPP 2011
globalisasi dan kepemimpinan yang bertransformasi di
kalangan peneraju institusi pengajian tinggi.
Dalam konteks pengukuhan usaha melahirkan modal
insan,pelajar yang akan dilahirkan mestilah bersifat modal insan
yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri,
sebaliknya mempunyai bakat untuk membantu negara
menghadapi persaingan dan menyumbang penyelesaian
cabaran semasa dan akan datang.
Justeru, pembangunan bakat dalam kalangan pelajar perlu
memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkan melalui 5Cs iaitu
Critical Thinking and Problem Solving (pemikiran kritikal dan
penyelesai masalah), Effective Communication Skills
(keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and Team
Building (boleh bekerja secara berkesan termasuk dengan
kumpulan yang berbeza pandangan), Creative and Innovative
(kreatif dan inovatif) dan Culturally Literate (celik budaya untuk
bergerak dalam dunia yang kepelbagaian).
8. ISU PENDIDIKAN : Menakluk Emosi
Guru perlu ada ilmu psikologi
Peningkatan kadar jenayah atau disiplin ini bukan saja
membimbangkan institusi persekolahan malah masyarakat turut
keliru serta tercari-cari apakah mekanisme terbaik boleh diguna
pakai bagi menanganinya.
Meskipun lambakan kempen dilaksanakan menerusi sesi ceramah
dan pameran, ia masih belum ampuh untuk melembutkan hati
pelajar.
Akibatnya, masyarakat tertanya-tanya apakah pendekatan selama
ini salah atau pelajar semakin naik lemak hingga sukar dinasihati
lagi.
Masih adakah lagi jalan penyelesaiannya?
cara didikan pelajar masa kini tidak boleh dilakukan secara
semberono tanpa disuntik elemen tertentu yang boleh
mematahkan sikap degil pelajar.
kemampuan pelajar hari ini sukar dijangka hingga ada ketikanya
mampu mencapai tahap tertinggi dengan keberanian luar biasa.
Bukan hairan lagi apabila masyarakat menganggap pelajar hari ini
terutama peringkat menengah, penyumbang masalah
disiplin.Biarpun hanya segelintir, mereka yang melanggar disiplin
bagaikan memberi persepsi buruk kepada pelajar lain.
Yang bermasalah pula terus bermaharajalela hingga menyebabkan
masyarakat semakin muak untuk membantu sebaliknya
membiarkan guru dan sekolah mengatasinya.
Beliau berkata, meskipun disiplin pelajar menjadi antara isu hangat,
tidak bermakna setiap pihak hanya mampu berdiam diri atau
melepaskannya kepada golongan minoriti.
Pelajar, katanya, adalah kelompok yang memerlukan bimbingan
berterusan selain pendekatan sesuai untuk menyedarkan tindakan
dilakukan adalah salah.
Kebanyakan hanya pandai menuding jari atau melepaskan
tanggungjawab itu kepada orang lain tanpa mahu duduk semeja
mencari jalan penyelesaian.
menganggap pelajar bermasalah sudah tiada masa depan dan
terus memberi tekanan hingga menyebabkan nasib pelajar semakin
terumbang-ambing.
Mencari penyelesaian dengan bertunjangkan konflik akan
memburukkan lagi keadaan dan pelajar melihat pertelingkahan itu
sebagai medium melepaskan diri
menyalahkan guru dan sekolah kerana tidak bertindak namun
kesalahan itu tidak wajar diletakkan pada bahu golongan terbabit
semata-mata.
Masyarakat perlu akur, senario pendidikan sekarang terlalu
banyak pantang larang hingga menyukarkan segala tugasan yang
ingin dibuat.
Jika menggunakan pendekatan lama, sudah tidak sesuai kerana
zaman ini pelajar lebih bijak mencipta alasan. Untuk itu, guru perlu
ada ilmu psikologi yang hebat bagi menakluki emosi mereka.
Kebiasaannya, tindakan atau hukuman diselarikan dengan
pendekatan berbentuk fizikal seperti rotan dan denda namun
terlupa menyentuh emosi sedangkan ia aspek paling mudah untuk
menjinakkan pelajar.
Pendekatan salah bukan saja tidak menyelesaikan masalah malah
mengundang lebih banyak konflik kedua pihak hingga mampu
mewujudkan jurang selain perasaan tidak puas hati, katanya.
guru perlu menunjukkan kasih sayang dan perhatian dengan ikhlas
tanpa niat menghukum atau sindiran supaya pelajar rasa lebih
selesa untuk meluahkan perasaan.
ada guru hanya tahu mengajar namun tidak mendidik
menyebabkan hasrat menjadikan pelajar hari ini sebagai generasi
berilmu, berdisiplin dan berperibadi mulia sukar.
ada kalanya guru tidak pandai berdiplomasi dan hanya mengajar
berpandukan nota semata-mata sedangkan matlamat sebenar
adalah memberi pendidikan.
Antara mengajar dan mendidik memang jauh perbezaannya.
Bayangkan jika guru pun boleh terasa dan melenting jika ditegur,
apatah lagi pelajar yang masih muda dan teraba-raba mencari arah.
pentingnye guru bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai
sebelum mengenakan hukuman supaya pelajar memahami apa
dilakukan itu bukan disebabkan benci namun peringatan
menjadikan mereka lebih baik
Ditanya adakah cara itu seolah-olah membuatkan pelajar seperti
besar kepala dan semakin manja, beliau menafikannya kerana
pelajar pasti faham yang dilakukan itu sekadar hukuman
membetulkan kesilapan.
ramai guru terlupa hingga menyebabkan pelajar melihat hukuman
itu seolah-olah misi balas dendam dan melepaskan perasan benci
hingga menjadikan mereka terus memberontak.
jika guru pandai menggunakan budi bicara, pelajar boleh menerima
dan mampu diubah. Cuma tidak boleh mengharapkan keajaiban
berlaku sekelip mata sebaliknya perlu berterusan dan disertai doa
Faktor penyumbang masalah disiplin pelajar:
globalisasi kerana lebih mengutamakan kerjaya hingga lupa
tanggungjawab mendidik anak.
hingga menyebabkan pelajar ingin meniru dan mencuba.
rakan sebenar lantaran ibu bapa sukar meluangkan masa untuk
mendengar atau berdampingan dengan anak.
kerana ada sebilangan cuba merahsiakan masalah disiplin yang
berlaku.
hingga pelajar lebih gemar menghabiskan masa di tempat tidak
berfaedah.
9. Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya
termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras
kurang menepati keperluan, misalnya:
Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia
tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;
Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai
haluan;
Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan
persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM); dan
Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah
memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan
yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer
sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan
masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah
berkaitan dengan:
pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah
bandar dan luar bandar;
perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
Che Mah 2787 SPP 2011
latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan
sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;
penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di
sekolah; dan
bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid
dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap
institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang
mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan
kokurikulum yang berkesan.
masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat
menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya
beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang
disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.
Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang
amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan
khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman.
Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan
pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu
dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. pada
tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan
KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar
bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di
pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman
atau kurang latihan.
Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan
(mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka
berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di
sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa
mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan
kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan
maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar
mula dipertikaikan.
Program PPSMI
melahirkan pelajar yang bertaraf dunia, KPM juga telah
melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun
penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan
matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini
kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan
kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut
memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka
belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak
berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Kesan globalisasi
melibatkan penggunaan internet.
Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan
maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan
Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang
membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi
sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan
nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana
mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
kosmopolitan.
Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut
menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan
pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar
menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah
yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa
mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di
kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan
sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

10.Isu-isu lain dalam sistem pendidikan
berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi
sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin
pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua
sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan
pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira
kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah
melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun
pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan
dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;
Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin
sepenuhnya;
Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia
setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;
Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang
tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan
pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;
Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan
khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan
Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

12) Menteri-menteri Kabinet
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah
Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai
Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi
Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis DCruz
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Che Mah 2787 SPP 2011
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat
Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong
Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem
Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel
13) Nama menteri pelajaran dan pengajian tinggi
berserta timbalannya
Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah
14) Nama pengarah pendidikan mengikut negeri
masing2 berserta timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dato Abd Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Perak
DATO' MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, D.P.M.P.,P.M.P.,K.M.N.,
A.M.P., P.P.T.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak
TN. HJ. MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, A.M.P
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
EN. ABDUL MAJID BIN YUSOF
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
En. Kamal bin Mansor ,
TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
Tn. Hj. Mohd Nor bin Haji Zakriah,AMN,AMP
Penyelia Sekolah Rendah
En. Mohd Arif bin Mohd Yunus
Penolong PPD (Matematik dan Sains)
Tn. Syed Azelan bin Syed Abu Hassan
15) Wawasan 2020
Cabaran Wawasan 2020 ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir
pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan
berdaya saing.
9 Dasar & Cabaran Wawasan 2020 :
1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat dikongsi bersama.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika.
5. Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat,
kebajikan insan tidak akan berkisar kepada Negara atau orang
perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang
kukuh. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.
Selepas terlancarnya dasar Wawasan 2020 sejak tahun 1991,
Malaysia sudah mampu memiliki.
Bekas bangunan tertinggi di dunia
Litar F1 yang canggih
Koridor pembangunan yang merata-rata
Antara Lapangan Terbang terbaik dunia
Pengeluaran kereta Nasional
Pemilik Lotus, sebuah syarikat kereta yang ternama
Bekas pemilik MV Augusta
Angkasawan yang telah meluncur laju ke stesen angka
lepas (ISS)
Stadium bola sepak yang mampu memuatkan 100 ribu
orang
Syarikat pembuat motorsikal sendiri
Satelit sendiri yang memberikan broadcast kepada Asia
Air Asia, model sistem penerbangan murah yang pertama di
dunia
Multimedia Super Corridor
Dua buah Masjid yang sangat mewah di Putrajaya
Petronas
Putrajaya
Pavilion, Kuala Lumpur
Che Mah 2787 SPP 2011
Pelbagai hotel-hotel bertaraf 5 bintang
Kasino tersohor di dunia di Genting
Dan terbaru bangunan parlimen akan berpindah ke
Putrajaya yang bernilai sekitar RM800 juta
16) Dasar 1 Malaysia
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan
kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata
utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga,
jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak mampu menjadikan
Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia
Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin
memainkan peranan masingmasing.
Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia
memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama
perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga
perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik
dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir
dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu
hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara perkara yang
menjadi kepentingan mereka sahaja.Demikianlah juga dengan kaum-
kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat dan kita mengambil tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus
dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini
bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala
keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di
Malaysia
1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai
kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut
menjaga kepentingan semua kaum,
menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza
dari konsep asimilasi yang diamalkan di Negara negara lain di mana
identity kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu
identiti nasional yang sama.
1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip
Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum
di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan
yang patut dibanggakan.
menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum,
di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya
agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat
menghormat sebagai rakyat dalam satu Negara

Pendidikan bermatlamat untuk membina dan membangunkan
potensi setiap murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Matlamat ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Guru mempunyai
tanggungjawab yang amat besar dalam memupuk bibit-bibit
perpaduan anak bangsa sejak berada di bangku sekolah lagi.
Sekolah merupakan tempat kanak-kanak bersemuka 7 dengan
rakan-rakan tanpa mengira perbezaan warna kulit. Oleh itu, guru
mampu menjana, menyemai dan memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan murid pelbagai kaum sebaik mungkin.
17) SBT
sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik
serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.
Sebelum dianugerah taraf SBT , sekolah tersebut perlu memenuhi
beberapa criteria mantap termasuk pencapaian akademiknya,
sokongan alumni, pengiktirafan dan mewujudkan rangkaian dan
jaringan pada peringkat antarabangsa
etos = ciri-ciri yang membezakan, sentimen, sifat akhlak, atau
kepercayaan membimbing seseorang, kumpulan, atau institusi
SBT akan dianugerahi manfaat berikut bertujuan untuk
membolehkan mereka mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi:
Mengupayakan autonomi dalam membuat keputusan: SBT akan
diberikan kelonggaran dalam memilih kurikulum dan kaedah
pengajaran termasuk proses pemilihan serta penempatan semula
guru sekiranya prestasi guru tidak memuaskan n pengagihan dana
Insentif kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan
kakitangan bukan akademik
Pelbagai opsyen untuk pembangunan modal insan, termasuk cuti
sabatikal untuk guru besar
Kelonggaran bagi pelajar cemerlang memacu kejayaan dalam
sistem pendidikan
Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan
cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara
holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada
antarabangsa.
Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat
sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan
semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan
pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua
sekolah di negara ini.
Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010
adalah;
Sekolah berasrama penuh:
Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru
Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban
Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka
Sekolah menengah harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang
Sekolah rendah:
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
Sekolah Convent Kota Taiping, Perak
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru
Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri
(TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahan
23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011.
Penarafan ini dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang
terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah
yang terbaik melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti,
membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan
masing-masing.
Jadi sebagai rekod dan juga perkongsian, berikut adalah 23 buah yang
diberi penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi tahun 2011:
1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
Che Mah 2787 SPP 2011
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor.
18) MBMMBI
19) 1 Murid 1 Sukan
Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam
sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan,
penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan
berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan
mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh
dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta
memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi
ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan
berdaya saing tinggi

Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:
5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak
mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil
bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga
Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan
1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.Walau bagaimanapun
murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai
program ini berdasarkan kemampuan sekolah
5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut
kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang
dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan
pihak sekolah.
5.3 Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah.
Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua
murid dalam aktiviti sukan.
5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan
intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka
pendek seperti berikut:
6.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;
6.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
6.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;
6.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
6.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
6.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan
keperluan fizikal; dan
6.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
20) Modal Insan
sebanyak RM45.1 bilion yang diperuntukkan bagi melaksanakan
pelbagai program pendidikan dan latihan yang dirancang dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan.
Modal insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran,
kepakaran, profesional, kelebihan maklumat dan sebagainya malah
harus mempunyai ciri-ciri pembangunan ke atas insan yang
menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif,
cergas dan bertamadun.
8 teras Dasar Pembangunan Modal Insan yg telah digariskan iaitu :
1. Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem
penyampaian pendidikan dan latihan.
2. Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan
utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Untuk
tujuan ini, subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan.
3. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara
sekolah luar bandar dan bandar termasuk menggantikan semua
sekolah daif bagi menyediakan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif serta menempatkan guru
berpengalaman di sekolah luar bandar.
4. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan
pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan
majikan.
5. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan
latihan dan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang
berkualiti di semua peringkat.
6. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan
teknologi yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan
menggunakan pengetahuan.
7. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan
masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang
boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta
menghargai tradisi dan warisan.
8. Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan
perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan
masyarakat dalam pembangunan modal insan.
21) NKRA
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
NKRA National Key Result Area
The Government is set to begin the transformation process
in strengthening the efficiency of its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear
measures designed to ensure that the government is
continuously working to better serve the needs of
Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of
government services happen
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan,
kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang
berkualiti dan berkemampuan:
Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan
dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM)
Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
Che Mah 2787 SPP 2011
Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar,
luar Bandar dan pedalaman
Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam
pendidikan Prasekolah.
Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada
akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid
bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum
khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui
peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan
sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing
(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
- Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf
antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua
bidang
- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk
membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui
bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan
prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:
NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional)
1. Prasekolah
2. Literasi dan Numerasi
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Pengetua/Guru Besar

Key Performance Indicator (KPI)
1. Nisbah Guru:Murid ( Sek Menengah 1:17, Sek Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah 0.02%
3. Peratus peningkatan Kelas Intervensi Awal (KIA2M). 1.0%
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada
peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN =
6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di
sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar
bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)
22) KSSR
-Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
(tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran
ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif,
sikap dan nilai.
(tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan
aplikasi 4M
KSSR TERAP 1MALAYSIA
KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011
dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan
yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi
satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang
bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun
satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam
persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan
perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan
melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan
umur.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan
menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu
guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah
rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi
lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua
bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru
untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan
matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah
menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata
pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis
dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul
Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu
kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan
menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan
tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid
prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah,
persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai
kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk
menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain
pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian
dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan

23) KBSR
Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta
penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab
dan bahagi.
Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui
semua mata pelajaran. Konsep Bersepadu Unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Pembelajaran di bilik
darjah diperkukuhkan melalui kokurikulum
24) LINUS
semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu
oleh Guru Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3
dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat
dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
PROGRAM LINUS
LATAR BELAKANG
Che Mah 2787 SPP 2011
* Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012.
(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1
di sekolah rendah (Kohort Pertama).
* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah
dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah
literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.
Rasional
* Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang
dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan
Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
* PROTIM selepas UPSR.
Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang
belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum
dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan
pelbagai program pemulihan. Antaranya:
Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat
memenuhi kehendak NKRA.
* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu
dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan
seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana
murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan
kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan
melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program
yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah
pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan
Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS
- Celik huruf
- Celik nombor
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan
SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1
untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal
tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

25) KPM
26) PIPP
1.Membina bangsa negara
2.Membangunkan modal insan
3.Memperkasakan sekolah kebangsaan
4.Memartarbatkan profesion keguruan
5.Merapatkan jurang pendidikan
6.Melonjakkan kercermerlangan institut pendidikan
27) Konsep Integriti
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi.Integriti berkait
rapat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan
etika dalam tindakan sehari-hari (PIN, 2004)
definisi : Keutuhan,kejujuran,Ketelusan, kesempurnaan
Kategori Integriti
Integriti Individu
Keselarasan di antara apa yang dikata dengan apa yang dikota
Integriti Organisasi
Kod etika, piagam dan sistem prosedur kerja yang diamalkan
Integriti Penjawat Awam
Melaksanakan amanah dan kuasa yang Dipertanggungjawabkan
Isu isu integriti
Penyelewengan
Penyalahgunaan kuasa
Rasuah
Salah laku
Kerenah birokrasi
Perlanggaran sistem dan prosedur kerja
Keruntuhan sistem keluarga yang harmoni
Pecah amanah sektor korporat
AKAUNTABILITI
Menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab
berpandukan peraturan dan undang-undang samada berjaya atau
gagal
28) Ibu negara-negara dunia
Negara Ibu negara
A
Afghanistan Kabul
Albania Tirana
Algeria Algiers
Argentina Buenos Aires
Australia Canberra
Austria Vienna
B
Bahamas Nassau
Bahrain Manama
Bangladesh Dhaka
Belgium Brussels
Bosnia dan
Herzegovina
Sarajevo
Botswana Gaborone
Brazil Braslia
Brunei Bandar Seri Begawan
Bulgaria Sofia
C
Kemboja Phnom Penh
Kanada Ottawa
China Beijing
Colombia Bogot
Cuba Havana
D
Denmark Copenhagen
E
Timor Timur Dili
Ecuador Quito
Mesir Cairo(Kaherah)
F
Fiji Suva
Finland Helsinki
Perancis Paris
G
Georgia Tbilisi
Jerman Berlin
I
Iceland Reykjavk
India New Delhi
Indonesia Jakarta
Che Mah 2787 SPP 2011
Iran Tehran
Iraq Baghdad
Ireland Dublin
Israel Jerusalem
Itali Rome
J
Jamaika Kingston
Jepun Tokyo
Jordan Amman
K
Kazakhstan Astana
Kenya Nairobi
Korea Utara Pyongyang
Korea Selatan Seoul
Kuwait Bandaraya Kuwait
L
Laos Vientiane
Lebanon Beirut
Liberia Monrovia
Libya Tripoli
M
Madagascar Antananarivo
Malawi Lilongwe
Malaysia Kuala Lumpur (rasmi), Putrajaya (pentadbiran)
Mexico Bandaraya Mexico
Mongolia Ulaanbaatar
Morocco Rabat
Myanmar Naypyidaw
N
Nepal Kathmandu
Netherlands Amsterdam (rasmi), The Hague (pentadbiran,
undang-undang, dan kehakiman)
New Zealand Wellington
P
Pakistan Islamabad
Paraguay Asuncin
Peru Lima
Philippines Manila
Poland Warsaw
Portugal Lisbon
Q
Qatar Doha
R
Romania Bucharest
Russia Moscow
S
Arab Saudi Riyadh
Scotland Edinburgh
Serbia Belgrade
Singapore Singapore
Somalia Mogadishu
Sepanyol Madrid
Sri Lanka Colombo (rasmi), Kotte (undang-undang)
Sudan Khartoum
Switzerland Bern
Syria Damascus
T
Taiwan Taipei
Tanzania Dodoma (rasmi), Dar es Salaam (pentadbiran)
Thailand Bangkok
Turki Ankara
U
Uganda Kampala
United Kingdom London
United States Washington, D.C.
V
Vietnam Hanoi

29) Pasal sekolah sendiri - KURI/HEM/KOKU
SKTB (SK Tanjung Belanja) adalah sebuah sekolah yang terletak di
pekan kecil Tanjung Belanja iaitu kira-kira 5 minit dari pekan Parit.
Sekolah ini adalah sebuah sekolah gred A dengan kelengkapan
fasiliti yang mencukupi seperti padang bola sepak, bola jaring,
sepak takraw, bola tampar dan hoki. Sekolah ini juga menyediakan
kelas aliran perdana iaitu dari Tahun 1 - 6, kelas pendidikan khas
bermasalah pembelajaran,pra sekolah dan pra sekolah pendidikan
khas.
K KU UR RI IK KU UL LU UM M
TIADA BUTA 3M
PENCAPAIAN TERBAIK MATEMATIK, BM, BI DAN SAINS
PENCAPAIAN 100% PEPERIKSAAN AWAM
100% LULUS PAFA
S SA AH HS SI IA AH H
ZERO PONTENG, DADAH, ROKOK DAN SALAH LAKU
SIKAP HORMAT MENGHORMATI DI TAHAP MAKSIMA
MENGAMALKAN " BUDAYA SALAM"
PENGURUSAN / KEPIMPINAN
IKLIM KERJA YANG KONDUSIF
PENINGKATAN SEMANGAT KEKITAAN
SISTEM NILAI & HALA TUJU YANG JELAS
ZERO KECACATAN
CEPAT, TEPAT, DAN KREATIF DALAM PENGURUSAN
K KO O- -K KU UR RI IK KU UL LU UM M
PENCAPAIAN CEMERLANG PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI
PENYERTAAN 100% OLEH MURID
30) Lagu sekolah
Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja
Sekolah Kebangsaan Kita
Tekun Berusaha Pasti Berjaya
Itu Matlamat Kita
Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja
Sekolah Yang Indah Ceria
Mari Bersama Kita Menjaga
Agar Bersinar Jaya
Ilmu Suluh Panduan
Kita Amalkan
Usaha Yang Berterusan
Kita Capai Kecemerlangan
31) Lagu negeri
Allah Lanjutkan Usia Sultan
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.
32) Lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan
PERAK SENTIASA DI PUNCAK
KECEMERLANGAN
Langkah Baru Telah Bermula
Bersedia Hadapi Perubahan
Kemuncak Kecemerlangan
Pasti Kita Akan Berjaya
Realisasikan Impian
Jadikan satu Harapan
Jadikan satu Perjuangan
Demi Perak Darul Ridzuan
Integriti... Dedikasi...
Pegangan Kami...
Berdisiplin.... Berpengetahuan...
Kejayaan Dalam Genggaman...
Marilah... Kita Bersatu
Mencapai Matlamat Jitu
Negeri Perak sentiasa
Di Puncak Kecemerlangan...
33) Sejarah Negeri tempat mengajar
bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan
setengahnya pula mengatakan ia diambil dari kilatan ikan dalam
air yang berkilau seperti perak
pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan
khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak
Che Mah 2787 SPP 2011
wujud pada zaman pra sejarah
penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long
Jaafar, kemajuan Negeri Perak
pada tahun l874 getah sebagai sumber ekonomi yang baharu
negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas
Pahang).
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna
berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama
lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan
kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan
34) Rancangan Pengajaran Harian + Refleksi (waktu
sesuai tulis refleksi)
Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan
berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang
murid.Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu
membuatkeputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif
(yang perludicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi
pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu
persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat:
Pertama,mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua,
catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam
sesuatu proses pengajaran pembelajaran.

35) Mengajar depan Panel
36) Menilai pencapaian murid-murid berdasarkan
kepada Taxonomy Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap
berfikir pelajar.
Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk
mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja.
Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada
6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis,
Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori,
hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.
Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah
menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang
lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah,
memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau
kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis
semula.
3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum,
teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.
4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil,
membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian
tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas
yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan
memilih.
5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri
menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat
klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah
membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.
6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan
alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau
kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan
alasan dan kritikan serta membuktikan.
Untuk membuat penilaian dan pengukuran, perlu dirujuk kepada
objektif pengajaran.
Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang
mendasari klasifikasi.
merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.
disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 (wikipedia).
Peringkat Teksonomi Bloom ialah:
1. Pengetahuan-nyatakan, namakan, terangkan, labelkan
2. Kefahaman-pilih, terangkan, tulis semula
3. Penggunaan-selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat
4. Analisis-bezakan, pastikan, pilih
5. Sintesis-bina, hasilkan, susun, kembangkan
6. Penilaian-pilih kritik, berikan alasan, buktikan
Peringkat tertinggi ialah penilaian yang bermula dengan peringkat
pengetahuan.
mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh
pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko.
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.
Domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang
telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam
persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara
berkumpulan seperti dalam kursus rekabentuk sistem dan sebagainya
37) Jenama kereta keluaran German, France - ada juga
soalan camni..LOL
Jerman - Audi R8 5.2 FSI
Perancis -Peugeot
38) Menerapkan konsep 1 Malaysia dlm Pendidikan
8 NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
1. Penerimaan
2. Ketabahan
3. Budaya Kecermelangan
4. Kesetiaan
5. Rendah hati
6. Meritokrasi
7. Integriti
8. Pendidikan
1. guru2 sentuh hal ini setiap kali pnp dlm kelas, lambat laun
akan sebati dlm minda murid
2. tanamkan sikap ke'1malaysia'an dgn menggunakan
contoh2 relevan
3. guru2 sendiri amalkan sikap 1malaysia pd murid2 & guru
4. cuba hindarkan ada unsur2 'berat sebelah' dlm hal2 di
sekolah terutama yg boleh dilihat oleh murid2
5. mulakan pd diri kita sendiri, jgn tunggu org lain amalkan
dulu baru diikuti
6. cari aktiviti2 yg boleh disertai oleh semua
7. beri salam/ucapan salam pd semua guru setiap pagi/hari
tanpa menunggu diberi salam, buat dgn ceria & ikhlas
8. pastikan menjawap salam murid, jgn diamkan diri shj
9. hindarkan drpd menyentuh hal2 yg mungkin boleh
menyinggung bangsa lain
10. jgn berpuak2 / kelompok2 pd bangsa sendiri shj...
bercampur gaullah pd semua tak kira bangsa agama

39) pendidikan spjng hayat
pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan
untuk memperoleh dan memindahan pengetahuan , nilai murni dan
kemahiran
Konsep Pembelajaran sepanjang hayat
konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai suatu
Che Mah 2787 SPP 2011
pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada
secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak
formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.
Pendidikan tidak formal merupakan proses yang berlaku sepanjang
hayat dan kaedah pembelajarannya tidak sistematik kerana ia
diperolehi menerusi aktiviti harian. Pendidikan bukan formal ialah
sebarang aktiviti pendidikan yang tersusun, sistematik yang
dijalankan diluar kelas formal untuk pembelajaran khusus bagi
kumpulan tertentu
Oleh itu, proses pembelajaran tidak akan berakhir walaupun
seseorang itu meninggalkan alam persekolahan.
Pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting,
malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya
golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. Di
Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya pembelajaran
sepanjang hayat telah mewujudkan satu fenomena baru yang
dikenali sebagai employability fever. Golongan mudanya bersikap
agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa bidang pengajian
dan latihan bagi menjamin mereka mendapatkan lebih peluang
pekerjaan yang mereka minati.
konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja bertujuan untuk
meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapi untuk
memperkayakan jiwa dan minda melalui ilmu pengetahuan.
usaha membangunkan modal insan adalah satu daripada
pendekatan utama yang perlu ditekankan dalam konsep
pembelajaran sepanjang hayat di mana setiap warga diberi peluang
untuk melanjut atau menyambung pelajaran
manusia harus terus mengharungi kehidupan ini dengan
pembelajaran secara berterusan, supaya manusia bukan sahaja
dapat memastikan kelangsungan hidupnya tetapi kehidupan secara
bermaruah dan bermakna.
Ini kerana pembelajaran begini dapat memperbaiki kehidupan
seseorang melalui peningkatan kemahiran kerja, pengislahan
sahsiah diri dan bertambahnya ilmu pengetahuan.
empat prinsip iaitu :
1. pembelajaran untuk mengetahui,(tahu)
2. pembelajaran untuk melakukan, (laku)
3. pembelajaran untuk menjadi apa atau siapa (jadi)
4. pembelajaran untuk tinggal bersama. (hidup bersama)
Empat prinsip ini membentuk proses pembelajaran yang sempurna
38) Standard Guru Malaysia
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek
yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan (Keperluan).
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi
profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.
Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha
untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan
berterusan.
Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan
penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard
pendidikan guru di beberapa negara maju.
Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang
saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).
Komponen SGM
Standard merangkumi tiga aspek berikut:
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut
ada pada seseorang guru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan
kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan,
kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.
KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman,
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan
melaksanakan keperluan yang berikut:
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program
Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur
pengambilan calon program latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini
memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan
pentaksiran dan penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan
institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan
tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain
institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan
pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum
kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan
pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan
keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan
ditingkatkan secara berterusan.
Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi
menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan
guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia
mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman
(Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
(Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga
lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek
kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan
bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan
Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai
Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan
prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan
1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan
2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur
(Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas
penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila
Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti
guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan
modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan
kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki
semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi
dan berwibawa.
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk
menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru
Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru
Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat
memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi
Che Mah 2787 SPP 2011
dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang
berikut:
Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan
mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum,
infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan
pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses
latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu,
adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan
diwujudkan, dan
Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am
guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF)
yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan
latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin
tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan
strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik
sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan.
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses
yang berikut:
Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal,
adil, dan realistik,
Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan
kajian serta penandaarasan, dan
Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus,
terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak
berkepentingan.
Asas Penentuan Standard Dan Keperluan
Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek
yang berikut:
Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada
pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras
utama seperti yang berikut:
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk minda kelas pertama,
menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang
berterusan secara membina dan produktif,
meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Guru yang..
berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik,
progresif
berdisiplin.
Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi
mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila
Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti
berikut:
tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara
yang berilmu,
yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan,
yang menyedari betapa pentingnya usaha ke arah kebenaran dan
ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan
yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang
terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya";
tanggungjawab terhadap pelajar,
tanggungjawab terhadap ibu bapa
tanggungjawab terhadap negara dan
tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan
dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu
1.niat yang betul,
2.perlakuan yang baik,
3.penggerak ke arah kebaikan,
4.memperkotakan apa yang dikatakan,
5.berdisiplin dan beradab
6.menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha
organisasi.
39) Konsep Malaysian Malaysia
Berpandukan definisi dan konsep 1Malaysia yang di jelaskan,
konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut
1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai
kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut.
Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu.
Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malayisa
diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep
kesamarataan versi total.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia
juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia.
Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada
kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah
negara Malaysia.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat
berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain
di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan
satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-
prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik
setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset
atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
40 ) profesionalisme guru
Peningkatan Profesionalisme Guru
Peningkatan Kendiri
* Penyelidikan Tindakan
Che Mah 2787 SPP 2011
* Muhasabah/Refleksi
* Budaya Ilmu
* e-pembelajaran
Latihan Dalam Perkhidmatan
Kolaborasi
Peningkatan Profesionalisme Guru
salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran
dalam bilik darjah
dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti
menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan
teknik refleksi dengan kemahiran penilaian kendiri untuk
mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
41 ) siapa Idris Jala
Pengaruah urusan MAS yg beragama kristian yg pernah cuba utk
menyesatkan seorang pramugari MAS
42 ) bagaimana mengaplikasikan ict di dlm
pengajaran
Perkembangan pendidikan masa kini menuju ke arah penggunaan
Teknologi Maklumat sebagai alat pengurusan dan alat pengajaran
serta pembelajaran. Guru kini bukan sahaja berusaha untuk
meningkatkan prestasi mereka dalam tugas harian tetapi juga
sedang berusaha untuk memantapkan diri agar lebih
berketrampilan dalam profesion mereka.
Perisian-perisian pendidikan bolehlah dibahagikan kepada beberapa
kategori:
a. latihtubi
b. tutorial
c. simulasi
d. permainan
e. penyelesaian masalah
f. bank data
g. grafik
h. perisian integrasi
i. pengaturcaraan
Perisian Latihtubi.
perisian pendidikan yang paling banyak digunakan.
amat mudah dibangunkan dan memerlukan perhatian guru yang
paling minima.
Apa yang perlu guru lakukan ialah berikan disket yang mengandungi
program tertentu dan murid akan mengikut arahan komputer dari
mula hingga ke akhir. Murid mungkin akan ditanya berapa soalan
yang ia hendak jawab, tahap kesukaran dan seumpamanya. Guru
hanya perlu dari masa ke semasa memerhati tingkahlaku murid dan
sekali-sekala mendisiplinkan murid.
membuat murid mengulangkaji pelajaran sendirian atau
berkumpulan
daya kreativiti murid sukar dilihat.
Mungkinkah murid akan sengaja silap menjawab soalan semata-mata
untuk menikmati kesan bunyi dan kartun tadi?
menguji fakta-fakta beraras rendah sahaja adalah mundur dari segi
pendidikan.
program ini harus dirancang dengan lebih teliti.
Kemahiran yang dipilih adalah perkara yang perlu bagi kemahiran
aras tinggi yang akan dipelajari.
memberikan suatu ringkasan tentang hasilkerja murid dan murid
boleh mencetaknya selepas tamat mengulangkaji dan
menyerahkannya kepada guru untuk direkodkan.
Beberapa contoh perisian bercorak latihtubi ialah;
perisian-perisian keluaran RAPID
Math Rabbit
Kid Phonics
Maths Blaster
Perisian Tutorial.
progam yang berlagak seperti guru.
Menunjukkan/mengajarkan sesuatu kemahiran kepada pengguna.
disertakan dengan latihan.
banyak dikawal oleh komputer.
Murid hanya perlu menekan beberapa kekunci sebagai tindakbalas
kepada arahan/soalan yang dikemukan kepada skrin.
Penglibatan guru juga amat minima, selain mendisiplinkan murid,
mungkin bantuan dari segi teknikal.
Beberapa contoh perisian tutorial ialah:
typing tutor
secondary english
Perisian Simulasi.
Simulasi bermaksud to give a false appearance/ to look or act like.
perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan.
Pengguna akan seoalah-oalah berada di tempat kejadian dan boleh
bertindakbalas terhadap keadaan tersebut.
Program disusun sedemikian rupa supaya apa jua tindak balas
pengguna boleh menerima suatu reaksi dari komputer.
lebih menitik beratkan pembelajaran secara inkuiri.
Berikut merupakan beberapa cadangan tentang program simulasi.
(a) Jangan menganggap simulasi sebagai permainan komputer
(b) Perkenalkan pelajaran simulasi ke seluruh kelas supaya semua
sedar apa yang akan dibuat dan dipelajari.
(c) Kerja kumpulan dalah sesuai.
(d) Beri peluang murid sendiri menentukan tugasan yang akan
dijalankan untuk menggalakkan decision making dan problem solving.
Beberapa contoh perisian berbentuk simulasi:
Science explorer II
Where is Carmen de Diego?
Dinosours
Perisian Permainan.
paling digemari oleh kanak-kanak, malah orang dewasa.
80% adalah dari jenis perisian permainan.
guru harus bijak menilai memilih perisian agar nialai-nilai pendidikan
tidak terpesong/terabai.
Kebanyakan program seumpama ini akan menggabungkan ciri-ciri
latihtubi, tutorial dan simulasi.
Ia direka bentuk dalam bentuk permainan untuk menarik perhatian.
Antaranya ialah
wordzap
reading blaster
maths balster
operation neptune rescue
Perisian Penyelesaian Masalah.
lebih berbentuk kepada strategi.
Suatu masalah dikemukakan dalam program ini, dan pengguna
dikehendaki menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelseaikan
masalah yang dihadapi.
Contoh yang paling baik sekali kepada perisian penyelesaian masalah
ialah Minesweeper yang disertakan bersama program Window 3.1
atau Window 95.
Kebijaksanaan pengguna diperlukan untuk menganalisisklu-klu yang
diberikan untuk mengelakkan daripada terkena bom. Lain-lain contoh
perisian yang berbetuk penyelesaian masalah ialah
solitaire
hangman
tic-tac-tow
flag
block
memerlukan murid menggunakan pemikiran aras tinggi, latihan
berfikir secara lojik dan analitik serta kritis.
Peranan guru dalam penggunaan seumpama ini telah bertambah.
Guru mungkin diperlukan untuk menerangkan beberapa klu yang
mungkin sukar diterjemahkan.
Guru mungkin diperlukan untuk memberikan peransang atau
bimbingan ke arah menyelesaikan masalah.
Perisian Bank Data
belum lagi digunakan di Malaysia.
telah ada banyak data yang terkumpul.
terdapat data-data peribadi murid, guru, buku atau kalau
diperkembangkan, nanti akan ada data-data mengenai pokok-pokok,
haiwan, bunga-bunga dan lain-lain.
Che Mah 2787 SPP 2011
murid tidak menggunakan perisian pengkalan data untuk mesaukkan
data tetapi menggunakannya untuk mengeksploit data.
Sebagai contoh sebuah sekolah di England telah membuat suatu
bank data mengenai maklumat penduduk di sekitar sekolah itu
dengan lawatan ke tanah perkuburan (maklumat orang hidup adalah
terperingkat! (classified)).
Perisian Grafik.
Perisian grafik sangat popular di kalangan guru-guru sekolah.
kebanyakn sekolah menyediakan buku program Hari Penyampaian
Hadiah menggunakan program grafik yang menyediakan beberapa
imej grafik yang menarik.
Di antara perisian grafik yang dikenali ramai adalah:
Print Shop atau Deluxe Print shop
Paint Brush
Print Magic
Corel Draw
Harvard Graphic
Freelance Graphic
Visio Home
Photo Shop
Peranan guru mungkin besar pada peringkat awal memperkenalkan
perisian sebegini.
guru mungkin hanya perlu buat penilaian kreativiti mereka sahaja.
bagaimanakah caranya anda akan mengintegrasikan perisian-
perisian tersebut dalam bilik darjah?
Aspek-aspek Positif:
Pemangkin kepada interaksi GURU - MURID dan MURID - MURID.
Membina kemahiran penyelesaian masalah ke arah pemikiran lojik
dan membuat keputusan.
Mengamal proses-proses penyiasatan - inkuiri dengan menyiasat,
mengeksperimen, meramal, membuat inferen dan refleksi.
Memupuk nilai-nilai murni dengan sifat-sifat jujur, berani,
bekerjasama dsb.
Aspek-aspek negatif:
Tiada perisian yang sesuai dengan objektif pengajaran.
Perkara lain/baru untuk diuruskan.
Perlukan pengorbanan masa untuk guru/murid pelajari dan mahiri.
Murid gemar buat silap untuk dapatkan gambar kartun/bunyi yang
menarik.
Perisian-Perisian Bilik Darjah hendaklah:
Jelas objektifnya.
Dipersembahkan dengan baik, jelas, dan mudah untuk dibaca.
Disertakan dokumentasi yang baik cara guna perisian
nota guru
contoh pelan/rancangan mengajar
. kandungan mestilah tepat.
Tahan lasak - tidak mudah hilang dengan hanya menekan kekunci
'ESC' atau kekunci yang tidak berkenaan.
Mudah digunakan.
Ada cara untuk beri maklumbalas.
Ada cara untuk guru buat pindaan.
Jika ia 'open-frame'- mestilah mudah untuk dibina, sunting. dan olah.
43) skim kenaikan pangkat guru
Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang
diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu
kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,
kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP),
kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan,
kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan
kenaikan pangkat guru cemerlang.
kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang
membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran
sewajarnya.
kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru
yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru
wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat
lapisan jawatan pertamanya.
"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru
wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred
yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.
Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, laluan kerjaya
guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred
DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi
tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang
untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.
kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi
laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus
dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan
sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua
pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang
membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan
kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.
"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal
ehwal murid dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44
dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.
Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal murid dan
kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred
DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.
"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada
beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan,
jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan
dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya.
44) Apa yang jadi dekat Singapura pada 30 Jun nih
yang ada kaitan dengan Johor *isu stesen keretapi
tutup
Tarikh berkenaan iaitu 30 Jun 2011 ialah hari KTM Bhd menutup
stesennya di Tanjung Pagar dan berpindah ke Woodlands, stesen
barunya di Singapura. Memang sesuai peristiwa berkenaan
dimaktubkan sebagai satu hari bersejarah dan patut diingati.
kereta api yang akan berlepas bagi kali terakhir dari Tanjung Pagar
menuju Kuala Lumpur pada malam 30 Jun itu.
Pada 1918, kerajaan kolonial British di Singapura menjual untuk
selama-lamanya harta benda dan syarikat Singapore Railway kepada
Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States), yang
menukar nama syarikat itu kepada Federated Malay States Railway,
dan akhirnya berubah menjadi KTMB sebagai sebuah badan korporat.
Apabila KTMB berpindah ke Woodlands pada 30 Jun, maka akan
bermulalah juga penyerahan kepada Kerajaan Singapura bukan saja
bangunan stesen Tanjung Pagar tetapi juga tidak kurang daripada
175.7 hektar tanah milik KTMB di merata tempat di Singapura.
Khazanah tanah KTMB di Singapura dianggarkan mempunyai nilai
berbilion ringgit.
Sebagai gantian kepada penyerahan stesen dan tanah berkenaan,
Malaysia diberi peluang membangun bersama dengan Singapura
enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rocher di bahagian
selatan pulau Singapura.
Perhentian di Woodlands bukan stesen kereta api dalam erti kata
biasa. Perhentian Woodlands ialah sebuah pusat pemeriksaan
kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kepunyaan Singapura.
45) Maksud guru,sekolah,kantin
Guru
Guru (dari bahasa Sanskrit ) = pengajar, pendidik, Mudarris dan
pengasuh
merupakan tenaga pengajar dalam
institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan).
Che Mah 2787 SPP 2011
Dalam zaman modern ini = seorang yang pakar dalam sesuatu
bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang
pakar dan handal dalam bidangpengurusan.
Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah.
guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan
pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip
pengajaran.
Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru
mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada
para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal
kerohanian.
Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober
setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16
Mei sebagai penghargaan kepada para guru.
Sekolah
Sekolah = sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan ilmu kepada pelajar
Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan
kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja.
mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik
dan membimbing pelajar.
Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan
institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah
menengah dan akhirnya ke universiti.
Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari
rumah seseorang.
Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah
kerana pelajar tersebut boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga
dikenali sebagai home-schooling.
Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang
biasanya wajib. Dalam sistem ini, pelajar bergerak melalui beberapa
siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap negara,
tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang
masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang
sudah tamat pendidikan rendah, disenaraikan.
[sunting]Sekolah-sekolah di Malaysia
Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah seperti:
Maktab Rendah Sains MARA - Sekolah bagi pelajar cemerlang
yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Sekolah berasrama penuh - sekolah menengah berasrama
penuh dibawah penyeliaan Kementerian Pelajaran
Sekolah pondok - sekolah agama di kampung
Sekolah atap - sekolah kampung yang beratap daun nipah.
Sekolah bestari - sekolah moden dengan infrastruktur yang
bagus
Sekolah khas - sekolah untuk pelajar istimewa
Kantin (dari bahasa Belanda: kantine) adalah sebuah ruangan dalam
sebuah gedung umumyang dapat digunakan pengunjungnya untuk
makan, baik makanan yang dibawa sendiri maupun yang dibeli di
sana. Kantin sendiri harus mengikuti prosedur tentang cara mengolah
dan menjaga kebersihan kantin.Makanan yang disediakan kantin
haruslah bersih dan halal.Jenis-jenis makanan yang disediakan pun
minimal harus memenuhi 4 sehat 5 sempurna.Biasanya para pembeli
harus mengantri dalam sebuah jalur yang disediakan untuk membeli
makanan.
Kantin hampir selalu ada di tiap sekolah di Indonesia. Biasanya kantin
menjadi tempatberkumpul bagi para murid. Pesan-ambil-bayar-
duduk mungkin merupakan prinsip para pengguna fasilitas kantin.
Ramainya kantin disebabkan oleh obrolan siswa-siswi yang makan
bersama. Kebanyakan murid menganggap penting kantin sebagai
tempat bersosialisasi, tempat berkumpulnya seluruh angkatan.

Anda mungkin juga menyukai