Anda di halaman 1dari 11

1.

Kebolehan sel membahagi pada


kadar tersendiri dikenal sebagai mitosis
terkawal.

2. Proses ini dikawal oleh gen dalam
kromosom melalui penghasilan protein
dan enzim tertentu serta mengawal kitar
sel (fasa G1, S, G2 dan M)
3. Mitosis penting untuk pertumbuhan
dan perkembangan yang normal.
Jika gen yang mengawal atur kitar sel
rosak atau mengalami mutasi, sel akan
membahagi di luar kawalan.
Keadaan ini dikenali sebagai mitosis
tidak terkawal.

Sekelompok sel-sel yang abnormal
terbentuk dengan cepat dan dikenal
sebagai ketumbuhan atau tumor.
Sel-sel abnormal menggunakan banyak
nutrien dan mengganggu pertumbuhan
sel normal.

Keadaan ini berlaku disebabkan
pendedahan pada radiasi (sinar UV /
sinar X); bahan karsinogen (asap rokok,
arsenik dan formaldehid) ; virus (HIV,
HPV) ; serta faktor keturunan yg diwarisi.


Pengklonan (pd haiwan) dan Kultur tisu
(pd tumbuhan) adalah dua teknik
aplikasi mitosis.

Pengklonan proses penghasilan
organisma baru yang seiras dengan
induknya drpd segi genetik melalui
pembahagian mitosis.
Klon organisma baru yang mempunyai
trait yang serupa dengan induk.
1. Tumbuhan dapat dihasilkan dalam
kuantiti yang banyak dan singkat.

2. Kualiti ditingkatkan/ kadar
penghasilan meningkat.

3. Kesinambungan pewarisan ciri.
4. Boleh dilakukan pada bila-bila masa.
1. Kerintangan semua klon terhadap
penyakit dan serangga perosak adalah
sama.

2. Menghalang pemilihan secara
semulajadi, iaitu tiada variasi.

3. Perlu dilakukan dalam persekitaran
yang terkawal.