Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

PROGRAM JALINAN SISWA 2013





TARIKH
19-21 APRIL 2013


HARI
JUMAAT-AHAD


LOKASI
KAMPUNG JOHOR LAMA, KOTA TINGGI, JOHOR



ANJURAN
PELAJAR SEJARAH TAHUN 1 DENGAN KERJASAMA
KELAB MAHASISWA PENGAJIAN SEJARAH POLITIK DAN STRATEGI
(PESEPSI)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA





PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 2
KERTAS KERJA PROGRAM
PROGRAM JALINAN SISWA 2013
KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



1.0 PENDAHULUAN


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebagai salah satu badan kepimpinan mahasiswa dalam Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kelab Mahasiswa Pengajian Sejarah,
Politik dan Strategi sesi 2012/2013 berbesar hati ingin menganjurkan Program Jalinan
Siswa 2013. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi ruang yang luas kepada
mahasiswa untuk mendekati masyarakat. Program ini juga dianjurkan adalah untuk
membentuk kemahiran-kemahiran kesukarelaan, kepimpinan dan melatih mahasiswa/i
untuk berfikir secara kritis dan mampu menjana idea yang kreatif dan matang. Program ini
juga dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang
kepentingan memelihara sejarah artifak dan sejarah negara dan menjaga warisan negara.

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia,
untuk menjayakan Program Jalinan Siswa 2013, Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian
Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.



2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG


2.1 Menyedari betapa pentingnya program berteraskan pemantapan akademik dan
pembentukan sahsiah diri dijalankan secara berterusan khususnya kepada para pelajar,
Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI), UKM telah
mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan satu program iaitu Program Jalinan Siswa
2013 yang merupakan salah satu program yang diadakan bertujuan memasyarakatkan
mahasiswa/i di hati rakyat serta mewujudkan suasana dan tuntutan mahasiswa untuk turun
padang bersama-sama dengan masyarakat khususnya masyarakat peribumi bagi tujuan
melihat budaya, cara hidup dan seterusnya memberi sumbangan dan kesedaran kepada
penduduk di sana .




PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 3
3.0 MATLAMAT

Penganjuran Program Jalinan Siswa 2013 ini adalah bertujuan untuk memberi
kesedaran dan rasa motivasi kepada mahasiswa/i tentang kepentingan silaturrahim,
persaudaraan, kesukarelaan, kebertanggungjawaban dan kebajikan kepada
masyarakat umum serta memupuk budaya kepentingan menuntut ilmu dalam
kalangan masyarakat setempat.



4.0 OBJEKTIF

4.1 Menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelaan untuk memberikan khidmat
soial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan
sosial sebagai satu langkah kearah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga
kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa
4.2 Menjalinkan silaturrahim sesama pelajar dan melatih kemahiran berkomuniti
mahasiswa dan mengaplikasikannya dalam situasi komuniti yang sebenar.
4.3 Membentuk sahsiah dan keperibadian yang unggul dalam diri pelajar.
4.4 Meningkatkan kemahiran insaniah, dinamis dan sikap prihatin untuk
membentuk kepimpinan diri di dunia kemasyarakatan dalam kalangan
mahasiswa



6.0 TEMA


Masyarakat DiHati Mahasiswa


7.0 ANJURAN
_____________________________________________________________

Pelajar Sejarah Tahun I dengan kerjasama Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian
Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI),
Universiti Kebangsaan Malaysia





PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 4

8.0 TEMPAT, TARIKH & PENGANGKUTAN


Program dicadangkan untuk diadakan di:

8.1 : Tempat penginapan : Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor
8.2 : Tempat program : Rumah Angkat, Kampung Johor Lama, Kota
Tinggi, Johor
8.3 : Tarikh : 19-21 April 2013 (Jumaat-Ahad)
8.4 : Pengangkutan : Bas Universiti Kebangsaan Malaysia


9.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan dengan menggunakan beberapa medium publisiti yang
akan ditempatkan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia seperti:

Akhbar
Banner
Bunting
Papan Digital UKM


10.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian Pembuka Program : Prof. Madya Dr. Siti Daud, Ketua Pusat
Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
UKM

Perasmian Penutup Program : YB Puan Asiah binti Md. Ariff, ADUN Johor
Lama merangkap EXCO Kerajaan Johor dan Tuan Haji Habib Zam Zam bin
Haji Abdul Latif, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.



PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 5
11.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

80 Orang mahasiswa/i dan 1 orang Pensyarah Pemantau


11.0 STRUKTUR ORGANISASI


Sila Rujuk Lampiran A



11.0 ATURCARA PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B



14.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Sila Rujuk Lampiran C.



15.0 PEJABAT URUSAN


Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila
hubungi:

Wan Muhammad Hafiz bin Wan Izanatar,
Ketua Pengarah,
Jalinan Siswa 2013,
Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Tel. Bimbit : 012-7445031
E- mail : enhafiz2@ymail.com



PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 6
16.0 PENUTUP

Demi menggapai objektif dan matlamat yang diharapkan, pihak penganjur amat
berharap agar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia, dapat
meluluskan permohonan bantuan kewangan sepertimana yang dipohon demi kelancaran
dan kejayaan program ini. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.


































LAMPIRAN A
PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 7

STRUKTUR ORGANISASI
JALINAN SISWA 2013
KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


PENAUNG
YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
(Naib Canselor, UKM)


PENASIHAT
Ybhg. Prof Ir. Dr. Othman A. Karim
(Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM)


PENYELARAS
Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
(Timbalan Pendaftar, Jabatan Pembanguna Pelajar, UKM)


PENASIHAT PERSATUAN
Dr. Ahmad Ali bin Seman

PENSYARAH PEMANTAU
Dr. Rahilah binti Omar
Dr. Ahmad Ali bin Seman

KETUA PENGARAH
Wan Muhammad Hafiz bin Wan Izanatar FSSK/1 A140520

TIMB. KETUA PENGARAH I
Noor Shahidah binti Hassan FSSK/1 A140246

TIMB. KETUA PENGARAH II
Muhammad Nur Hisyam bin Kamarudin FSSK/1 A140518

SETIAUSAHA
Nurul Zuraini binti Mohd Zaini Shahri FSSK/1 A139963

TIMB. SETIAUSAHA
Mohd Zainul Arifin bin Mohamad FSSK/1 A140675

BENDAHARI
PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 8
Anis Izzati binti Che Aziz FSSK/1 A140282

TIMB. BENDAHARI
Fahrur Razi bin Nasuka FSSK/1 A140496

KETUA URUS SETIA
Mohamad Aidil bin Mat Yasin FSSK/1 A139971

TIMB. KETUA URUS SETIA 1
Nur Solehah binti Mojd Ashri FSSK/1 A140535

TIMB. KETUA URUS SETIA 2
Norashikin binti Zakaria FSSK/1 A142413


SEKRETERIAT


Pengarah Pemasaran & Publisiti : Nur Hasyimah binti Ahmad Azlan FSSK/1 A140067

Timb. Pengarah Pemasaran & Publisiti : Ameer Faris bin Ameer Sharifuddin FSSK/1
A142573

Pengarah Program : Laila binti Pahadis FSSK/1 A140310

Timb. Pengarah Program : Saidatul Eliya binti Rasman FSSK/1 A140587

Pengarah Disiplin : Mohamad Syahril Syariful Albi FSSK/1 A139848

Timb. Pengarah Disiplin : Mohamad Aiman bin Che Rosli FSSK/1 A140313

Pengarah Keselamatan : Muhamad Hafizan bin Mohd Suhairi FSSK/1 A140459

Timb. Pengarah Keselamatan : Nurhayati binti Kamis FSSK/1 A140677

Pengarah Tugas-tugas Khas : Mohd Hasrul bin Mohamad FSSK/1 A140123

Timb. Pengarah Tugas-tugas Khas : Nur Jannah binti Hasanal Azhari FSSK/1 A140422

Pengarah Cenderamata & Sijil : Christine Viena Augustine FSSK/1 A140452

Timb. Pengarah Cenderamata & Sijil : Nurul Afiqah binti Che Sabri FSSK/1 A140135

Pengarah Logistik & Pengangkutan : Safianah binti Molepin FSSK/1 139914

PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 9
Timb. Pengarah Logistik & Pengangkutan : Munirah binti Abdullah @ Abd. Ghani FSSK/1
A142259

Pengarah Protokol : Siti Nurhasanah binti Ali Rahman FSSK/1 A140316

Timb. Pengarah Protokol : Ummi Nadhirah binti Mohd Taha FSSK/1 A140281

Pengarah Jamuan & Kebajikan : Nor Laila binti Nekmat FSSK/1 A142372

Timb. Pengarah Jamuan & Kebajikan : Siew Chir Chuan FSSK/1 A140704

Pengarah Teknikal & ICT : Ahmad Zamri bin Mohamed Nasir FSSK/1 A142403

Timb. Pengarah Teknikal & ICT : Low Sin Loong FSSK/1 A142577

Pengarah Penerbitan : Fais bin Che Seman FSSK/1 A140496

Timb. Pengarah Penerbitan : Ramlah binti Sidi Ahmad FSSK/1 A142578























PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 10
LAMPIRAN B


ATURCARA PROGRAM
JALINAN SISWA 2013
KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



19 APRIL 2013/ JUMAAT *

12.00pm - Ketibaan mahasiswa UKM
- Pendaftaran mahasiswa (Check-In)
- Makan tengah hari
1.30pm - Solat Jumaat/Zohor
2.00pm - Berkumpul
- Taklimat ringkas perjalanan program dan keselamatan
2.30pm - Perasmian Pembukaan : Prof. Madya Dr Siti Daud, Ketua Pusat Pegajian
Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK UKM
3.30pm - Ceramah Khas : Mahasiswa di Hati Masyarakat
(Disampaikan oleh Dr. Ahmad Ali bin Seman (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM)
4.30pm - Solat Asar / Minum Petang
5.00pm - OPKIM I : Membersihkan rumah penduduk miskin/ibu bapa
tunggal/kurang bernasib baik & Membersihkan Sekitar Muziam Johor Lama,
Kampung Johor Lama
6.30pm - Rehat / Solat Maghrib / Persiapan diri
8.00pm - Makan Malam
8.30pm - Malam Masyarakat Bersama Mahasiswa
Bersama : Tuan Hj. Ismail bin Kasim, Pegawai Daerah Kota Tinggi & Dato Zulkefli
Md Isa, Pengerusi Eksekutif Al Jannah Global Marketing Sdn Bhd
10.30pm Minum malam & Sesi suai-kenal dan pembahagian kumpulan
PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 11
20 APRIL 2013/ SABTU *
6.00am - Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah / Slot Kerohanian
7.00am - Berkumpul
7.15am- Riadah Pagi / Senamrobik
8.00am - Sarapan pagi
9.00am - OPKIM II : Membersihkan Tanah Perkuburan & Masjid, Kampung Johor
Lama
10.30am - Minum Pagi
11.00am - Lawatan Bermaklumat : Menziarahi Makam sultan mahmud &Bendahara
Tun Habib Johor, Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor
1.00pm - Persiapan / makan tengah hari / solat
3.00pm- Lawatan Bermaklumat - Muzium Johor Lama
- Tapak Arkeologi Johor Lama (Kajian Arkeologi pernah dilakukan oleh Prof. Emeretus
Dato Nik Hassan Shuhaimi, Pakar Kaji Purba/ATMA UKM)
4.30pm-solat asar/persiapan diri
5.00pm - Program Mahasiswa Turun Gelanggang
(Sukaneka seperti tarik upih, lari dalam guni, bowling kelapa, jala ikan, cari harta karun)
7.00pm - Persiapan diri / makan malam / solat Maghrib
7.30pm - Ceramah Khas : Peranan Mahasiswa kepada Masyarakat
(Disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Mansor, Pegawai Bahagian Istinbat
(Hukum), Jabatan Agama Islam Negeri Johor).
8.45 pm-persiapan diri
9.00pm -Malam Kebudayaan & Persembahan Kebudayaan Johor : Zapin & Kuda
Kepang
11.30pm-Minum malam
PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 12
21 APRIL 2013 / AHAD *
6.00am - Solat Subuh Berjemaah / Tazkirah / Slot Kerohanian
7.00am - Berkumpul & sarapan pagi.
7.30am -Persiapan Kenduri Rakyat
1.30am - Persiapan /solat zohor
2.15pm - Perasmian Penutup : YB Puan Hjh. Asiah binti Md. Ariff, ADUN Johor
Lama merangkap EXCO Kerajaan Johor & Haji Habib Zam Zam bin Haji Abb.
Latif (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian
Pengajian Tinggi)
- Penyampaian Cenderamata
- Makan tengahari
4.30pm-kemas barang & solat asar
5.00pm - Bertolak pulang



** Tertakluk kepada perubahan
PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 13
LAMPIRAN C


ANGGARAN BELANJAWAN
JALINAN SISWA 2013
KELAB MAHASISWA PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA (RM)
1. Saguhati Keluarga Angkat
-Seorang x RM15 x 80 Orang
-Saguhati penceramah agama
-Saguhati Masjid Kg. Bukit Pulau

1200.00
300.00
300.00
1800.00
2. Jamuan Peserta dan Orang Kampung
- 3 Hari 2 Malam (RM 25 X 80 orang)
- Program Kenduri Rakyat (Lembu seekor, Bahan
Masakan Nasi Beriyani, Kuih Muih Johor)

2000.00
3000.00

5000.00
3. Cenderamata VIP
(RM100.00 x 3)
Cenderamata Program
(RM20 x 4)
Cenderamata Pertandingan
(RM80 x 10)

300.00

80.00

800.00
1180.00
4. Pengangkutan
-Ke Kampung Johor Lama
500.00

PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 14
500.00
5. Kelengkapan Urusetia & Peserta
Tag nama (RM2.00 X 80 orang)
Alat tulis

160.00
50.00
210.00

6. Publisiti
-Poster
-Flyers
-Banner/Bunting

300.00



300.00
7. Rencam 310.00
310.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 9300.00





















PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 15

LAMPIRAN D

PERINCIAN PROGRAM

Program 1 : Lawatan Bermaklumat
Lokasi : Muzium Johor Lama

Objektif : Mengadakan lawatan ke Muzium Johor Lama dan Tapak Arkeologi Johor
Lama bersama-sama pelajar mahasiswa UKM untuk menelusuri sendiri sejarah
Johor Lama yang pernah menjadi sebuah kota pentadbiran terunggul ketika zaman
kesultanan Melayu Johor.

Program 2 : OPKIM I : Membersihkan rumah penduduk miskin/ibu bapa
tunggal/kurang bernasib baik.

Lokasi : Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor

Objektif : Mengadakan gotong royong membersihkan rumah penduduk miskin, ibu
bapa tunggal dan penduduk kurang bernasib baik. Hal ini dapat memupuk sikap
saling bantu membantu dan sifat empati dalam diri pelajar. Sesi suai kenal dan
pembahagian kumpulan turut dilakukan untuk memudahkan program berjalan
dengan lancar.

Program 3 : OPKIM II : Membersihkan Sekitar Muzium Johor Lama, Kampung
Johor Lama & Membersihkan Tanah Perkuburan & Masjid

Lokasi : Muzium Johor Lama dan Kampung Johor Lama.

Objektif : Melakukan aktiviti gotong royong bersama-sama para penduduk
Kampung Johor Lama demi memastikan khazanah warisan sejarah terus terpelihara.
Melatih para pelajar menyemai sikap prihatin dan suka membantu pihak lain. Tanah
perkuburan di sini akan dibersihkan oleh mahasiswa yang sekali gus menunjukkan
keprihatinan kita sebagai seorang insan.





PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 16

Program 4 : Program Mahasiswa Turun Gelanggang

Lokasi : Kampung Johor Lama

Objektif : Mengadakan aktiviti riadah berupa mini sukaneka antara mahasiswa
UKM dan penduduk setempat. Hal ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah para pelajar
dengan penduduk setempat disamping dapat membina ketahanan mental dan fizikal
melalui aktiviti yang dijalankan iaitu sukaneka seperti tarik upih, lari dalam guni,
bowling kelapa, jala ikan, dan mencari harta karun.

Program 5 : Lawatan Bermaklumat : Menziarahi Makam Bendahara Tun Habib
Johor.

Lokasi : Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.

Objektif : Meneroka dan merasai sendiri pengalaman membongkar sejarah seorang
Bendahara ketika zaman Kesultanan Melayu Johor sekitar abad ke-19. Mahasiswa
sekali gus dapat pengetahuan sejarah yang wujud di negara ini.


Program 6 : Ceramah Khas : Mahasiswa di Hati Masyarakat

Penceramah : Dr. Ahmad Ali bin Seman (Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, UKM)

Lokasi : Balai Raya Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor

Objektif : Memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan penduduk setempat
tentang kepentingan untuk bersama masyarakat. Mahasiswa perlu turun ke padang
untuk menyelami masalah dan kerja kemasyarakatan agar jiwa masyarakat itu tidak
hilang. Ceramah ini juga akan menjemput beberapa sekolah menengah dan
kebangsaan di sekitar daerah Kota Tinggi.

Program 7 : Ceramah Khas : Peranan Mahasiswa kepada Masyarakat

Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Mansor, Pegawai Bahagian Istinbat
(Hukum), Jabatan Agama Islam Negeri Johor)

PROGRAM JALINAN SISWA 2013
PESEPSI UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
19-21 April 2012



MASYARAKAT DIHATI MAHASISWA 17
Lokasi : Masjid Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor

Objektif : Ceramah keagamaan yang berkisar dengan tajuk Peranan Mahasiswa
kepada Masyarakat di masjid bersama-sama dengan penduduk Kampung Johor
Lama, Kota Tinggi, Johor untuk membongkar peranan sebenar mahasiswa kepada
masyarakat dari pelbagai aspek kehidupan.


Program 8 :Penulisan Laporan Ilmiah

Objektif : Untuk melatih para pelajar membiasakan diri membuat laporan ilmiah
sebagai persediaan sebelum memasuki alam kerjaya.

Program 9 : Kenduri Rakyat

Lokasi : Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor

Objektif : Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa UKM dan penduduk
kampung. Mahasiswa akan merasakan semangat kendiri dan kesukarelaan yang
wujud dalam masyarakat .

Anda mungkin juga menyukai