Anda di halaman 1dari 3

Name: Qazin Khoo K-Shin Class: P5K

NO. K/P: 910121-02-5603 NO. Matrik: 2012251340169



REFLEKSI KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA KESATUAN OLAHRAGA
MALAYSIA
Pada 18 dan 19 April 2014, saya serta semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) semester 5 telah berjaya menghadiri Kursus Kepegawaian
Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang telah diadakan di Dewan Bukhari,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Kursus yang telah diadakan
selama 2 hari itu ternyata memberi banyak pengalaman baru kepada saya terutama
mengenai peraturan dan undang-undang sukan olahraga.
Kursus kepegawaian olahraga melibatkan sesi teori dan amali. Hal ini
bersesuaian dengan konsep olahraga yang memerlukan murid untuk terlibatkan diri
secara langsung. Pada hari pertama kursus kepegawaian olahraga, kami telah diberi
taklimat serta pendedahan mengenai undangundang dalam kepegawaian olahraga
amatur Malaysia (KOAM). Berdasarkan teori yang diberikan, terdapat banyak
undangundang dalam sukan olahraga ini. Kami menggunakan buku yang
dikeluarkan oleh IAAF (International Association of Athletics Federations) sebagai
panduan dalam kursus tersebut.
Undangundang dalam sukan olahraga dapat dibahagikan kepada lapan
seksyen. Kesemua seksyen ini mempunyai kepentingan masingmasing dan
menjurus kepada bidang tertentu dalam olahraga. Seksyen pertama adalah undang
undang yang berkaitan dengan pegawaipegawai. Pegawaipegawai yang
diperlukan dalam sesuatu kejohanan olahraga adalah ramai seperti pengadil, hakim,
pengurus kejohanan dan juga hakim. Kesemua pegawai ini perlu memainkan
peranan masingmasing semasa kejohanan olahraga dijalankan. Seksyen kedua
adalah melibatkan peraturanperaturan am pertandingan. Seksyen ini lebih menjurus
kepada syaratsyarat bagi melibatkan diri dalam acara olahraga.
Seksyen ketiga adalah berkenaan dengan peraturanperaturan bagi acara
balapan. Seksyen keempat adalah berkenaan dengan peraturan bagi acara padang.
Seksyen kelima adalah peraturan bagi acaraacara bercampur. Seksyen keenam
adalah berkaitan dengan peraturan acara lumba jalan kaki. Seksyen tujuh adalah
berkenaan dengan peraturan perlumbaan jalan raya manakala seksyen kelapan
Name: Qazin Khoo K-Shin Class: P5K

NO. K/P: 910121-02-5603 NO. Matrik: 2012251340169

adalah berkenaan dengan acara merentas desa. Kesemua seksyen ini
membincangkan mengenai peraturanperaturan bagi setiap acara secara terperinci.
Kursus kepegawaian ini juga memberikan pendedahan kepada kami cara
untuk membuat lorong bagi acara balapan serta cara membuat padang berdasarkan
teknik yang betul bagi acara padang. Fasilitator bagi bahagian ini adalah Encik Ong
Kek Heang. Beliau mempunyai banyak pengalaman mengenai peraturanperaturan
dalam sukan olahraga. Kami telah mempelajari cara untuk membuat padang balapan
yang mempunyai lapan lorong. Ternyata begitu sukar untuk membentuk lorong
dengan ukuran yang betul. Tambahan pula, keadaan akan menjadi lebih sukar untuk
membentuk lorong pada setiap selekoh. Penggunaan ukuran yang tepat diperlukan
bagi memastikan jarak setiap lorong yang dibuat terutama di selekoh adalah sama
dengan garisan lurus setiap lorong. Kepastian ini adalah penting untuk mengelakkan
berlakunya ketidakadilan kepada atlit kerana lorong yang bengkok akan
menyebabkan berlakunya perbezaan jarak.
Selain itu, dalam kursus kepegawaian ini juga kami diajar untuk membina
sektor bagi acaraacara padang. Bagi kelas pembinaan trek acara padang ini, kami
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Hal ini kerana cara untuk pembinaan
sektor acara padang ini adalah rumit. Acara padang yang telah kami pelajari adalah
bagi sektor rejam lembing, lontar peluru dan juga tukul besi. Ukuran bagi setiap
sektor pada ketigatiga acara ini adalah berbeza. Memandangkan pembinaan sektor
setiap acara mestilah tepat, setiap langkah yang diambil semasa pembinaan sektor
memerlukan penelitian yang rapi dengan cara yang betul.
Di samping itu, kursus ini juga memberi pendedahan yang lebih mendalam
kepada kami bagi acara balapan. Kami juga diajar mengenai kedudukan pelepas
bagi setiap acara balapan sama ada acara jarak dekat, acara sederhana atau acara
jarak jauh. Garisan permulaan bagi setiap acara juga kami pelajari. Garisan
permulaan bagi setiap acara balapan adalah tidak sama kerana ia bergantung
kepada jarak acara balapan tersebut. Namun begitu, setiap garisan penamat
perlulah berakhir di tempat yang sama. Garisan penamat perlu berakhir di hadapan
astaka atau di hadapan tetamutetamu kehormat yang hadir semasa kejohanan
Name: Qazin Khoo K-Shin Class: P5K

NO. K/P: 910121-02-5603 NO. Matrik: 2012251340169

olahraga tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan tetamutetamu yang hadir dapat
menyaksikan pemenang dengan lebih dekat.
Acara lain yang turut diberi pendedahan adalah lompat jauh. Dalam acara
lompat jauh, trek dan pasir telah disediakan. Pasir yang digunakan adalah pasir
halus yang telah diasingkan batu dan segala bahan lain. Hal ini bagi mengelakkan
kecederaan atlit semasa melakukan lompatan. Menerusi kursus ini, saya dan rakan-
rakan telah didedahkan dengan peraturan dalam lompat jauh. Antara peraturan
lompat jauh adalah kawasan lari landas mestilah berukuran antara 1.22 meter hingga
1.25 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter hingga 45 meter panjang. Papan
lonjakan pula mesti diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai.
Dalam pada itu, kursus ini juga memberi pengajaran kepada kami mengenai
kedudukan pengadil, hakim, penjaga masa dan pegawaipegawai lain semasa acara
olahraga berlangsung. Dari segi pemarkahan, kami mempelajari cara pemarkahan
bagi setiap acara seperti lompat tinggi dan lompat jauh. Kami juga mempelajari
mengenai pembatalan sesuatu acara semasa acara tersebut berlangsung. Setiap
pegawai yang bertanggungjawab perlu peka terhadap setiap perlakuan atlet semasa
acara berlangsung. Hal ini untuk memastikan peserta bagi setiap acara tidak
melakukan sebarang kesalahan.
Sebagai kesimpulan, kursus kepegawaian olahraga yang diadakan selama
dua hari ini telah memberi pelbagai pendedahan dan pengalaman kepada saya.
Kursus ini mengajar saya dari segi tugas serta tanggungjawab seorang pegawai
olahraga, peraturan dalam acara padang serta cara untuk pembinaan trek. Ilmu
pengetahuan seperti ini adalah sukar untuk dicari melainkan mempunyai inisiatif
dalam diri sendiri. Segala ilmu yang dipelajari adalah penting terutama sebagai
seorang bakal guru. Ilmu kepegawaian olahraga ini akan diaplikasi semasa berada di
sekolah kelak. Justeru saya berharap kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari ini
akan kekal berada dalam diri saya serta dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan
pihak yang memerlukan.

Anda mungkin juga menyukai