Anda di halaman 1dari 3

Nama: Siti Anis Athirah Bux bt Sheikh Munir Bux

No K/P: 920406-02-5788
Seperti yang diketahui, Bina Insan Guru merupakan salah satu aktiviti
mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat
memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-
nilai keguruan.
Melangkah memasuki semester kelima pada tahun ini, Program Bina Insan
Guru 2014 mengkehendaki kami selaku guru pelatih IPG untuk menganjurkan
Program Lawatan Penanda Aras. . Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ini
sememangnya memberikan pengalaman baru terutamanya buat saya yang kini
bergelar siswazah tahun kedua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program
ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program
ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada mentor BIG dan juga
merangkap pensyarah kami Pn Norazurawati bt Ahmad Zuhdi.
Pada mulanya kami memilih untuk menjalankan lawatan penanda aras di SK
Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Namun begitu, timbul beberapa masalah dan
dengan adanya aral melintang, kami tidak dapat meneruskan program kami ke
sekolah terbabit. Alhamdulillah, dengan serba sedikit pertolongan saat saat akhir,
dari Kamel Hafiz, rakan sekelas kami, kami menukar rancangan ke Sekolah
Kebangsan Rantau Panjang. Ini kerana, Guru Besar di SK Rantau Panjang tersebut
adalah bapa kepada Kamel Hafiz, rakan sekelas kami.
Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program
lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kota Kuala Muda,
Kedah pada 19 Februari iaitu pada hari Rabu. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai
seramai 25 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP TESL (B).
Lawatan ini juga telah diiringi oleh mentor kami sendiri iaitu Puan NorAzurawati bt
Ahmad Zuhdi serta seorang lagi pensyarah pemantau.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengutip maklumat
sepanjang lawatan tersebut diadakan. Kumpulan saya dikehendaki untuk
mendapatkan bahan rujukan, fakta, temubual dan info sedikit sebanyak berkaitan
pengurusan sistematik, misi dan visi sekolah. Kami sememangnya bernasib baik
kerana pihak pengurusan ada memberi penerangan yang sangat terperinci tentang
pengurusan sistematik sekolah berkenaan terutamanya dalam fokus menjana
pencapaian cemerlang dalam UPSR sehingga melonjakkan nama baik sekolah
tersebut sebagai Ranking Top 10 sekolah luar bandar terbaik UPSR.
Seterusnya, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang baru
dan kami dikehendaki membentangkan beberapa tajuk seperti dalam Proforma BIG .
Bengkel ini telah dijalankan secara Round Robin yang mana kami telah
dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk
mencari dan mengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki
membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan
kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),
mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-
sektor serta fungsi dan peranan PPD. Saya dan kumpulan mendapat tajuk mandat
dan ini amat berkait rapat dengan misi dan visi sekolah.
Bagi membentangkan isu mandat sekolah terbabit, saya dan kumpulan
sempat menjalankan beberapa pencarian dan penyelidikan melalui laman sesawang
rasmi sekolah-sekolah lain dari seluruh Malaysia dan juga dari laman web
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami mengadakan sedikit perbincangan tidak
rasmi dan bersama-sama menyiapkan slaid pembentangan kami. Alhamdulillah
semasa hari pembentangan dijalankan, kami mendapat hadiah kumpulan
pembentang terbaik.
Secara kesimpulannya, program lawatan penanda aras kali ini amatah
memberikan banyak input dan ilmu yang baharu kepada saya tentang beberapa
aspek pembangunan sesebuah sekolah. Sebelum ini saya kurang berpengatahuan
dalam aspek pentadbiran sekolah dan bagaimana merancang kejayaan sekolah.
Ternyata lawatan ini memberikan gambaran yang jelas supaya saya boleh
memperbaiki diri sendiri sekaligus cuba menjadi guru yang terbaik pada masa akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai