Anda di halaman 1dari 2

Peringkat 1 : Permulaan dan Kemasukan ( Membina Hubungan)

Pada peringkat permulaan, guru B&K cuba mendekati dan berbual secara santai bersama murid agar
dapat membina perasaan kepercayaan murid terlebih dahulu. Hal ini bertujuan agar guru dapat
mewujudkan situasi yang menggalakkan murid agar rela meluahkan masalahnya serta mengadu tentang
perkara yang menjadi gangguan dalam fikiran murid tersebut. Murid semakin selesa berbual bersama
guru. Guru berjaya membina hubungan dan mendapatkan kepercayaan daripada murid. Murid
menunjukkan kesediaannya untuk menceritakan masalah yang dihadapinya.

*****
Guru B&K : Cikgu gembira dapat berjumpa dengan kamu. Cikgu harap kamu sudi kongsikan masalah
sebenar yang kamu hadapi. InsyaAllah kita sama- sama dapat ikhtiarkan sesuatu dan cikgu akan cuba
untuk membantu kamu.
Murid B : Ya, cikgu. Begini, saya rasa saya tidak suka belajar di kelas A. Saya rasa semua kawan-
kawan tidak mahu berkawan dengan saya kerana sebelum ini saya daripada kelas B.

*****


Peringkat 2 : Peringkat Penjelasan (Penerokaan)


Guru B&K cuba mendapatkan gambaran secara jelas terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. Guru
menanyakan soalan-soalan terbuka bagi menggalakkan dan mendorong murid agar murid dapat
meluahkan perasaan sebenarnya. Pada waktu ini, guru cuba mengaplikasikan kemahiran menyoal,
kemahiran temu bual, kemahiran interpretasi sepanjang proses kaunseling dijalankan. Selain daripada
respon verbal murid, guru juga melihat tindak balas non-verbal murid. Guru mendengar luahan hati murid
dengan teliti, dan memberi respon positif terhadap murid seperti anggukan, mengiyakan dan empati.


*****
Guru B&K : Bolehkah kamu beritahu cikgu kenapa kamu tidak suka belajar di kelas A?
Murid B : Saya rasa sebab mereka fikir saya daripada kelas yang kurang pandai sebelum ini. Saya
tidak pandai seperti mereka. Saya malu.
Guru B&K : Mengapa kamu rasa begitu? Adakah mereka buat apa-apa pada kamu?
Murid B : Mereka tidak buat apa-apa. Tapi saya rasa segan nak ikut serta mereka.
Guru B&K : Kamu rasa malu nak berkawan dengan mereka kerana kamu fikir kamu tidak boleh jadi
murid yang pandai seperti mereka juga, kan?
Murid B : Ya, betul tu cikgu!

*****


Peringkat 3 : Mengenal pasti Punca Masalah


Setelah guru B&K dapat mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid, guru cuba
mengenal pasti punca yang menjadi sebab kepada masalah yang murid hadapi. Kali ini, soalan guru
lebih berbentuk terancang dengan mengubah masalah yang dikenal pasti dalam peringkat
sebelumnya kepada masalah yang lebih spesifik daripada pelbagai aspek. Kemahiran-kemahiran asas
kaunseling dipraktikkan sepanjang sesi kaunseling bagi memancing perhatian murid agar murid dapat
menyatakan punca sebenar.


*****
Guru B&K : Adakah situasi di kelas A berlainan daripada kelas kamu sebelum ini?
Murid B : Sebelum ini, saya selalu dapat peluang untuk menjawab soalan. Rakan- rakan saya selalu
memuji saya. Tetapi dalam kelas ini semakin sukar. Kadang-kadang saya takut nak bertanya jika tidak
faham. Ramai murid yang lebih pandai daripada saya. Saya takut digelakkan mereka nanti.
Guru B&K : Oh. Sebenarnya kamu bukan tidak suka berada di kelas A. Tetapi kamu tidak yakin kamu
boleh belajar dengan baik seperti rakan-rakan kamu di kelas A.
Murid B : Betul, cikgu. Saya rasa tidak yakin dengan diri saya.

*****

Anda mungkin juga menyukai