Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan tugasan 1, bincangkan implikasi isu yang paling utama terhadap amalan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mesra budaya dan cadangkan
penambahbaikan melalui langkah-langkah
berikut:
Isu yang paling utama: Kumpulan etnik lebih suka belajar atau berbincang
dengan rakan-rakan mereka dalam kumpulan etnik yang sama

Implikasi positif kepada guru dan murid

1. Mungkin pelajar tersebut lebih selesa dan mudah faham apabila berada dalam
kumpulan etnik yang sama
2. Apabila pelajar dalam kumpulan etnik yang sama, mereka tidak berasa
terancam dan mempunyai perasaan lebih selamat seperti dinyatakan dalam
keperluan Hierarki manusia oleh Maslow
3. Guru dapat membentuk penilaian kendiri apabila tidak mepertikaikan
kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid dan
berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa
murid.

Implikasi negatif kepada murid dan guru:
1. Murid tidak akan mengenali budaya kaum lain dan akan bertimbul diskriminasi
dalam kalangan mereka.
2. Murid tidak dapat memberi kerjasama dengan kaum lain dan menerima
pandangan mereka apabila mempunyai tanggapan salah terhadap sesuatu
kaum.
3. Guru dikehendaki menggunakan gaya pengajaran yang berbeza bagi mengatasi
masalah budaya dalam kalangan murid.
4. Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis
perkauman yang kuat dan membentuk masalah dalam kelas


Cadangan penambahbaikan:
1. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid
mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi
terbuka luas.
2. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra
murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas
dengan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan
budaya dan agama.
3. Guru melayan murid sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas
atasan atau bawahan
4. Guru perlu merancangkan pelbagai aktiviti sosio-budaya bagi mengurangkan
yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan
berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid.
5. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang
diamalkan oleh murid-murid. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang
sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid.
6. Guru perlu menggunakan bahasa yang standard akan memberi peluang
yang sama rata kepada semua etnik murid untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
7. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti serta
peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan
supaya pembelajaran lebih efisen.