Tarikh : 23 Januari 2005 Masa : 10:45 - 11:45a.m. (60 minit) Kelas : 4 S Bilangan Murid : 44 orang Bidang Pembelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi Unit Pembelajaran : Tanaman Hiasan Tajuk Pembelajaran : Penjagaan Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat: i) Menyatakan cara menggembur. ii) Mengetahui cara membaja. iii) Mengetahui cara menyiram. Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melakukan kerja menggembur. Nilai : Kerjasama, Kebersihan, berhati-hati. ABM : Kertas Mahjong BBM : Pasu bunga, serampang tangan, penyiram, baja, surat khabar Lama. KBKK : Meneliti Langkah / Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ABM / BB M / KBKK / Nilai Set Induksi ( 2 minit ) Contoh soalan : 1. Adakah kamu masih ingat pelajaran pada minggu lepas ? - Ya, Tidak. 2. Selain membina batas, apakah yang telah kamu pelajari pada minggu lepas? - Merumput / Menggembur. 1. Guru menanyakan beberapa soalan yang murid pelajari pada minggu lepas. ? Murid menjawab soalan guru. Langkah 1 ( 5 minit ) Contoh soalan : 1. Tahukah kamu mengapa kita hendak menggembur tanah ? - Membaiki pengudaraan tanah dan pengedaran tanah. 2. Apakah yang patut kamu perhatikan semasa menggembur ? - Jangan merosakkan akar tumbuhan. Cara Menggembur Tanah Langkah 1 - Kenal pasti bekas yang mempunyai permukaan yang keras. Langkah 2 - Longgarkan tanah dengan serampang tangan. Langkah 3 - Gemburkan tanah dengan serampang tangan. Langkah 4 - Basuh dan keringkan serampang tangan sebelum disimpan. 1. Guru menanyakan murid perkara- perkara yang perlu diberi perhatian. ? Murid ingat kembali pengajaran lepas dan menjawab soalan guru. ABM : Kertas Mahjong Langkah 2 (15 minit ) Contoh Soalan : 1. Pada pendapat kamu, kenapa kita harus membaja? - Supaya tumbuhan dapat hidup dengan lebih subur. Tujuan Membaja a. Membekalkan nutrien yang lengkap kepada tananam hiasan. b. Mengawal perosak dan penyakit ? Tujuan mengawal perosak dan penyakit adalah untuk mengurangkan serangan perosak dan penyakit. ? Antara tanda-tanda yang menunjukkan perlu pengawalan perosak dan penyaki t ialah terdapatnya tanda daun yang berlubang yang dimakan oleh perosak dan tomp ok-tompok berwarna perang / layu yang disebabkan oleh serangan penyakit. Langkah 1 ? Kenal pasti tumbuhan hiasan yang perlu dibaja seperti tumbuhan yang keli hatan tidak subur atau tumbesarannya terbantut. Langkah 2 ? Gemburkan tanah dengan serampang tangan. Langkah 3 ? Taburkan baja berbutir di sekeliling tumbuhan pada tanah yang telah dige mburkan. Langkah 4 ? Gaulkan baja berbutir dengan tanah untuk membantu penghuraian dan penabu ran yang sekata. Langkah 5 ? Siramkan tumbuhan selepas membaja. Langkah 6 ? Basuh dan keringkan alatan sebelum disimpan. Langkah 7 ? Simpan baja berbutir termasuk pembungkusan yang di dalam bekas bukan log am yang tertutup. 1. Guru menunjukkan contoh baja. ? Murid menelitikan baja yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru mengarahkan murid cuba memberi pendapat mengenai tujuan membaja. ? Murid cuba memberi pendapat tujuan membaja. 3. Guru menjelaskan tujuan membaja. ? Murid memberi perhatian terhadap penjelasan guru. 4. Guru menunjukkan contoh daun yang berpenyakit. 5. Guru menjelaskan tujuan dan cara mengawal perosak dan penyakit. ? murid memberi perhatian terhadap pemjelasan guru. 6. Guru memdemonstrasikan cara membaja. ? Murid memberi perhatian demonstrasi guru. ABM : Kertas Mahjong BBM : Pasu bunga, Serampang tangan, Surat khabar lama, baja KBKK : Meneliti Langkah 3 ( 5 minit ) Penyiram ? Digunakan untuk menyiram. ? Gunakan penyiram yang mempunyai muncung yang berlubang halus semasa meny iram. Langkah 1 ? Kenal pasti keadaan tumbuhan yang memerlukan air seperti permukaan yang kering. Langkah 2 ? Pastikan muncung pemyiram tidak terlalu tinggi daripada permukaan tanah yang kering. Langkah 3 ? Siram seminggu ke zon akar tumbuhan.
1. Guru menjelaskan sifat penyiram. ? Murid memberi perhatian terhadap pemjelasan guru. 2. Guru memdemonstrasikan cara menyiram. ? Murid memberi perhatian terhadap demonstrasi guru. Langkah 4 (20 minit ) 1. Guru membahagikan murid kepada 7 kumpulan. ? Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan. 2. Guru mengarahkan murid melakukan kerja menggembur, membaja dan menyiram secara kumpulan mengikut langkah. ? Guru melakukan kerja menggembur, membaja dan menyiram secara kumpulan me ngikut langkah. BBM : Pasu bunga, Serampang tangan, Penyiram, Baja, Surat khabar lama. Nilai : Kerjasama Langkah 5 (10 minit ) 1. Guru mengarahkan murid membersihkan alatan dan tempat kerja. ? Murid membersihkan alatan dan tempat kerja. Nilai : Kebersihan Penutup ( 3 minit ) Rumusan : 1. Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini? Menggembur, membaja, menyiram. 2. Bagaimanakah kita memastikan tumbuhan tersebut berpenyakit? Daun berlubang yang dimakan oleh perosak dan tompok-tompok berwarna perang atau layu yang disebabkan oleh serangan penyakit. 1. Guru menanya balik apa yang telah diajar pada hari ini. ? Murid mengimbas kembali topik yang telah diajar pada hari ini. 2. Guru memberi nota kepada murid.