Anda di halaman 1dari 12

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

1


TAJUK 1 PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK

1.4.1 SEMAKAN KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahami kurikulum
matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulum matematik
merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua guru matematik. Kurikulum
matematik digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan objektif-objektif yang tertentu. Matlamat Kurikulum matematik sekolah
rendah adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran
asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan dan
boleh mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian

1.4.2 Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester dan
Rancangan Pengajaran Harian
Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara berkesan guru
perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk satu tahun atau satu semester.
Berdasarkan skema kerja tahunan/ semester, guru merancang dan menyediakan
rancangan pengajaran harian (RPH).

RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTER
Rancangan tahunan/ semester ialah dokumen bercetak yang disediakan oleh guru atau
panitia matematik sekolah berdasarkan kurikulum matematik bagi mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan. Rancangan tahunan/ semester perlu menunjukkan
agihan tajuk mengikut minggu.
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting bagi seseorang
guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru
dikelas bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi
apa yang guru akan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayang
pelajar akan laksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
RPH yang dirancang dengan rapi dan teliti dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan
mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. RPH hendaklah disediakan lebih
awal sebelum sesi pengajaran berdasarkan format tertentu. Perkara-perkara berikut
perlu ada dalam RPH:
1. Tajuk
2. Hasil Pembelajaran
3. Pengetahuan sedia ada
4. Media pengajaran
5. Set induksi
6. Perkembangan isi pelajaran
7. Penilaian
8. Penutup
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh guru semasa
menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah:
1. Hasil pembelajaran
2. Peruntukan masa
3. Pengetahuan sedia ada murid
4. Saiz kelas
5. Media pengajaran
6. Tahap keupayaan murid
7. Kemahiran berfikir dan nilai murni
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
3

8. Pendekatan pengajaran

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KBSR:
Rancangan Mengajar Harian Berdasarkan
PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN
Topik Ukuran Panjang
Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran
panjang
Tahun 4
Masa 1 jam
A. Hasil Pembelajaran
Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh menyatakan:
i. hubungan antara 1 cm dengan unit mm iaitu 1 cm = 10 mm dan
10mm = 1 cm
ii. menyatakan ukuran dalam mm jika diberi ukuran dalam cm dan
sebaliknya dengan menggunakan pembaris dalam sengatan cm
dan mm
B. Media Pengajaran : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter &
300 milimeter), LCD, Laptop, lembaran kerja
C. Kaedah : Inkuiri penemuan
D. Aktiviti : Mengukur benda konkrit di dalam kelas menggunakan pembaris
E. Pengetahuan sedia ada: Murid boleh mengukur objek dalam unit cm dan
mm.
Set Induksi (5 minit) :
1. Guru menayangkan 2 batang pen berwarna merah dan biru yang sama
panjang disukat dengan klip kertas dan getah pemadam masing-
masing. (Gambar: pen merah bersamaan panjang 6 klip kertas. Pen
biru bersamaan panjang 2 batang getah pemadam)
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
4

2. Soalan Guru:
Berapakah panjang pen merah?
Berapakah panjang pen biru?
Adakah pen merah dan pen biru sama panjang?
Apakah kesimpulan yang anda boleh buat mengenai hubungan
panjang klip kertas dan getah pemadam?
(panjang 6 klip kertas = panjang 2 getah pemadam)
3. Guru menayangkan 1 batang getah pemadam dengan 3 klip kertas di
sebelahnya. Guru membimbing murid membuat kesimpulan hubungan
antara panjang getah pemadam dan klip kertas
1 batang pemadam = ______ klip kertas
4. Soalan guru: Apakah hubungan antara unit cm dan mm?

Perkembangan
Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit
1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satu
kumpulan)
2. Murid mengenal pasti benda konkrit yang hendak diukur (ukuran
panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam
papan tulis, dan lain lain)
3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris
milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk
merekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi.
Contoh rekod murid:
Kumpulan
Sentimeter
(cm)
Milimeter
(mm)
Pemadam
papan tulis
9 90
Panjang meja 60 600
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
5


4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah mereka
kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan
bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit yang
berasingan.

Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit
5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di
hadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan.
6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada
benda konkrit yang sama.
7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda konkrit yang sama
mempunyai nombor dan unit yang berbeza.

Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak
1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran
panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja
murid 100mm = 10cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm = 70mm.
Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah sama.
Guru memberi contoh contoh yang berkaitan.
2. Guru memberi garis AB panjang 1 cm yang dilukis pada sehelai
kertas kepada 2 kumpulan murid. setiap kumpulan dikehendaki
mengukur garis tersebut dalam unit cm dan mm.
3. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa
1cm = 10 mm dan 10 mm = 1 cm
Penilaian
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
6

Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak
1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu.
2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan
iaitu cerdik, sederhana dan lemah.
3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada
murid.

Penutup
1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Guru
membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan.
2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru, guru
menegaskan 1 cm = 10 mm. 10 mm = 1 cm

Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid.
Kumpulan cerdas :

Lukiskan garis mengikut unit panjang yang diberi dan ukur garis tersebut mengikut
unit yang dikehendaki:
1. 1cm = ________mm
2. 12 cm =_______mm
3. 45 cm =_______mm
4. 68 mm=_______cm
5. 70 mm = _______cm
6. 5.2 cm = ______mm
7. 18.6 cm = ______mm

Kumpulan sederhana :
Selesaikan :
1. 5 m = ________cm
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
7

2. 12 m=_______cm
3. 56 cm= _______m
4. 18 cm=______mm
5. 260 cm=______mm
6. 80 mm=______cm
7. 50 mm=______cm

Kumpulan lemah :
Selesaikan :
1. 1 cm = _____mm
2. 2 cm = ______mm
3. 20 mm = _____cm
4. 15cm = ______cm
5. 40 mm = _____cm

CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa
2. Tema/Tajuk
3. Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)
4. Objektif Pembelajaran
5. Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada
seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan
Patriotisme masih diterapkan dalam P&P
7. Bahan Bantu Belajar
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
8

8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa
Perkembangan, Fasa Tindakan
9. Penilaian P&P
10. Refleksi:
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&P
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas : Matematik Tahun Satu Damai
Topik : Nombor Bulat Hingga 100
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan kuantiti secara
a. Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
b. Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
c. Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.
o Di luar bilik darjah
o Objek yang disediakan
o Kad gambar.
Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan saiz.
Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
9

Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan
memadan.
Alam sekitar (pokok bunga).

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek sekeliling sekolah.
Lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan.

Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing
dalam kelas akan datang.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran : Matematik Tahun Satu Damai
Tajuk : Tambah
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1. Perbincangan mengenai:
o Dua kumpulan objek
o Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
o Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
2. Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan jumlahnya.
3. Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan objek.

Murid LINUS (Numerasi)
1. Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
o Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
10

o Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2. Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang berikutnya.
3. Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut berdasarkan garis
nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi satu
kumpulan objek)
Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai
dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

1.4.3 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN KOMUNIKASI
Pengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yang penting ke
arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan disiplin dan tingkah laku
murid di dalam bilik darjah ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi ianya
juga berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
konsisten.
Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, guru
perlu tahu dan memahami murid dari aspek tingkahlaku, kedudukan murid dalam kelas,
MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
11

termasuklah nama murid. Guru perlu juga mengadakan dan menguatkuasa peraturan
dalam kelas.
Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang supaya apa yang dirancang dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan
secara berkesan. Walaupun begitu guru perlu bersikap fleksible dalam mengurus aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayan murid untuk belajar.

KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
Komunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untuk guru dan murid berkongsi idea
dan menjelaskan konsep matematik. Proses komunikasi membantu murid membina
kefahaman konsep yang bermakna. Komunikasi yang berkesan boleh membantu murid
meningkatkan kemahiran berfikir.
Guru perlu menggalakan murid berbincang tentang idea-idea matematik supaya murid
dapat meneroka konsep-konsep matematik dari pelbagai perspektif. Keadaan ini akan
meningkatkan lagi pembentukan pemikiran matematik dalam minda murid.
Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang menggalakan murid-
murid berkomunikasi sesama mereka dan guru. Aktiviti-aktiviti seperti pembelajaran
koperatif, pembentangan hasil kerja dan projek amat bersesuaian bagi meningkatkan
komunikasi di dalam bilik darjah.





MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
12

1.4.4 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan mengajar
kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.
PENGAJARAN MIKRO
Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal guru dengan
suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran mikro dijalankan dalam
kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang. Masa pengajaran mikro adalah antara 10-
15 minit. Kemahiran penyampaian pula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti
set induksi, satu langkah aktiviti pengembangan atau penutup.
Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran
mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik pengajaran mereka dari semua aspek
perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
PENGAJARAN MAKRO
Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran mikro, tetapi
dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan sesi pengajaran sebenar tetapi
dikalangan rakan sebaya dan bukan dalam suasana bilik darjah sebenar. Pengajaran
mikro melibat bilangan murid yang ramai dan masa mengikut kelas sebenar.

Anda mungkin juga menyukai