Anda di halaman 1dari 1

Kalimah Illahi

Seandainya aku dengari,


Aku cuba memahami,
Ku teliti setiap lakaran suci,
Cerita indah hikmah abadi bersemadi.

Pada setiap irama dan rima rentak,
Setiap kalimah memandu arah aku ke suatu dimensi,
Mungkinkah aku melangkah di jalan yang benar,
Atau tersungkur jatuh di hamparan hiba dan nista.

Aku tak mengerti dunia ini,
Apatah lagi disana nanti,
CeritaMU ku baca,
Cuba ku fahaminya,
Dan aku melangkah lagi,
Dengan seribu satu kemungkinan yang akan terjadi,
Ku lagukan,
Ku nyanyikan,
Pada nada seni yang dianugerahkan.

Berikan aku kemampuan,
Untuk memahami setiap rangkap demi rangkap yang ku alunkan,
Biar rasa tenang ini berkekalan,
Biar aku tenggelam dalam alunan kalamMU Tuhan.