Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH FIQH ASAS DAN PECAHANNYA

Kaedah Asas 1 : Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (

)
Kaedah pecahan :
i. Dikira sesuatu pada hakikat dan makna bukan pada lafaz dan perkataan
( )
Sesuatu perkara diambil kira menurut tujuan dan makna ia dilaksanakan, bukan lafaz
atau perkataan luarannya. Apabila sesuatu perbuatan dilakukan dan padanya terdapat
perbezaan antara niat dengan lafaz yang diucapkan, maka yang dikira adalah niat
selagi niat itu dapat diketahui. Contoh: seseorang yang menderma darah, kemudiannya
mendapat bayaran daripadanya, maka ia dikira sebagai jual beli bukannya derma.
Begitu juga jika wujud pinjaman berasaskan faedah tetapi diberi nama Islam, ia tetap
riba.

ii. Jika bercanggah apa yg terbit dari hati dan lidah, dikira hati
( )
Segala perbuatan dan ucapan lisan tiada nilainya di sisi syarak jika tidak disertakan
dengan niat di hati. Contoh: seorang yang berniat di hati untuk solat zohor, namun di
lidahnya menyebut solat Asar, sah solatnya kerana yang dikira apa yang terniat di hati.

iii. Tidak disyaratkan lafaz bagi niat di hati ( )
Lafaz niat untuk sesuatu amalan tidak wajib diucapkan tetapi hukumnya sunat kerana
sudah memadai tercetusnya niat di hati. Contoh: seorang jurutera yang mencipta
sebuah mesin berniat untuk sedekahkanya kepada orang awam. Ia tidak perlu
melafazkan niatnya untuk memastikan amalannya sahih.

Kaedah Asas 2 : Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (

)
Kaedah pecahan :
i. Asal setiap perkara adalah harus ( )
Setiap sesuatu yang tiada dalil yang mengharamkannya, maka harus untuk kita
memanfaatkannya. Contoh: penciptaan mesin-mesin untuk memudahkan urusan
kehidupan manusia adalah harus selagi tidak bertentangan dengan syarak.

ii. Asal kekal sesuatu mengikut apa yg sebelumnya ( )
Sesuatu perkara yang berlaku pada masa lalu dikekalkan keadaannya seperti itu selagi
tiada dalil mengubahnya. Contoh:

iii. Siapa yang ragu-ragu sama ada telah membuat sesuatu atau belum, maka asalnya
adalah tidak melakukan ( )
Siapa yang sangsi sama ada dia melakukan sesutau perkara tau tidak, maka hukum
yang lebih kuat adalah dia tidak melakukannya. Contoh: seseorang yang ragu-ragu
sama ada dia telah berwuduk atau belum, maka mengikut hukum asalnya, dia belum
berwuduk dan dia mestilah mengambil wuduk.

iv. Asal pada setiap yang berlaku dikira pada waktu yang hampir
( )
Jika berlaku pertelingkahan berkaitan dengan masa sesuatu peristiwa, keputusannya
disandarkan pada waktu yang paling hampir ia berlaku. contoh: sekumpulan doktor
berjaya melakukan pembedahan pemisahan bayi kembar siam. Setahun kemudian,
salah seorang daripadanya mati. Kumpulan doktor itu tidak boleh
dipertanggungjawabkan kerana peristiwa kematian itu perlu dirujuk pada faktor lain
dalam masa yang terdekat.

Kaedah Asas 3 : kesukaran membawa kemudahan (

)
Kaedah Pecahan :
i. darurat mengharuskan perkara haram ( )
keadaan yang merbahaya/ mudarat membolehkan seseorang itu melakukan perkara
yang ditegah. Contoh: seorang doktor lelaki dibolehkan yang merawat pesakit
perempuan yang cedera parah pada bahagian auratnya.

ii. darurat diambil dgn kadarnya ( )
seuatu keadaan darurat yang menyebabkan diharuskan melakukan perkara yang
ditegah, maka keharusan itu dinilai dengan kadar mudarat berkenaan dan tidak boleh
melampaui batas. Contoh: seorang pesakit perempuan cedera pada bahagian betisnya,
maka doktor lelaki dibenarkan merawat pada bahagian yang perlu sahaja. Contoh lain,
seorang yang tersesat di padang pasir dan hanya menjumpai bangkai untuk dimakan,
dia dibenarkan untuk memakannya sekadar untuk menghilangkan rasa lapar sahaja.

iii. hukum mengikut kemaslahatan yg rajah ( )
hukum sesuatu amalan adalah berdasarkan kepada kemaslahatan yang lebih besar
dan kuat. Contohnya: diharamkan arak dan judi walaupun ada manfaat yang sedikit.
Tetapi meninggalkannya akan membawa kemaslahatan yang lebih besar dan banyak.

iv. jika sesatu menjadi sempit, hukumnya diluaskan dan jia sesuatu menjadi longgar,
hukumnya disempitkan ( )
Apabila sesuatu perkara itu menjadi sukar sehingga ia menyukarkan urusan manusia,
maka hukum perlaksanaanya boleh bertukar menjadi longgar. Begitu juga apabila
sesuatu perlaksanaan itu tiada sebab untuk dilonggar/diringankan, maka ia kembali
kepada hukum asalnya. Contoh: seorang doktor yang terpaksa mengetuai operasi
pembedahan pesakit kritikal dari pukul 12pm hingga pukul 6pm, dia boleh mejamakkan
(tanpa qasar) solat zohor dan asarnya pada waktu asar. Namun ketika waktu biasa, dia
perlu menunaikan solat seperti waktu asalnya (waktu biasa).

Kaedah Asas 4 : Bahaya Mesti Dihilangkan (

)
Kaedah pecahan :
i. Bahaya tidak dihilangkan dengan bahaya ( )
Walaupun bahaya mesti dihilangkan, namun bukanlah dengan cara menimbulkan
bahaya yang sama taraf dengannya. Apatah lagi yang lebih besar. Contoh: seorang
doktor tidak boleh mengambil darah pesakit A untuk diberikan kepada pesakit B jika
tindakan tersebut mendatangkan mudarat kepada pesakit A.

ii. Hendaklah dipilih yang paling ringan mudaratnya ( )
Apabila terdapat dua kemudaratan atau bahaya yang berlaku serentak dalam satu
masa, hendaklah dipilih untuk melakukan kemudaratan yang lebih ringan bagi
menghindari mudarat yang lebih besar. Contoh: seorang jurutera diberi kepercayaan
untuk membina sistem jana kuasa elektrik sama ada berasaskan diesel atau nuclear.
Boleh jadi kedua-dua jenis sistem jana kuasa ini mempunyai mudarat. Maka dia perlu
memilih mudarat yang lebih ringan.

iii. Hilangkan kerosakan diutamakan dari mencapai maslahat
( )
Apabila berlaku pertentangan antara perkara yang membawa kemaslahatan dan
perkara yang memdatangkan bahaya, usaha mencegah bahaya lebih diutamakan dari
mendapatkan maslahat. Contoh: sebuah stesen TV mendapat bayaran untuk
mengiklankan rokok. Dengan wujudnya iklan rokok akan meningkatkan lagi bilangan
perokok dan ia membawa mudarat yang lebih besar. Oleh itu, tindakan pengiklanan
tersebut perlu dielakkan.

iv. Mudarat ditolak sekadar yg mampu ( )
Kemudaratan harus dijauhkan menurut batas-batas kemampuan manusia. Ini
bermaksud bahawa kita mesti cuba melakukan usaha-usaha menjauhkan mudarat
seoptimum yang mungkin. Contoh: asal hukum solat adalah secara berdiri. Namun bagi
pesakit yang tidak mampu berdiri, dia boleh bersolat duduk. Jika tidak mampu, boleh
baring dan seterusnya.

Kaedah Asas 5 : Adat dijadikan hukum (

)
Kaedah pecahan :
i. Yang dikira ialah pada kebiasaan yang dominan dan meluas, bukan pada yangg
ganjil
( )
Adat kebiasaan yang diiktiraf Syarak mestilah digunakan secara meluas dan dominan.
Adapun kebiasaan yang terpencil, itu tidak dikira. Contoh: adat kebiasaan menetapkan
kaedah barang sewaan dimanfaatkan. Di Malaysia, seorang penyewa rumah boleh
memanfaatkan rumah dengan membawa keluarganya dan menerima tetamu.
ii. Yang terkenal menurut uruf, seperti yang disyaratkan menurut syarak
( )
Seautu adat yang telah berleluasa mempunyai kekuatan hukum apabila ia dinyatakan
sebagai syarat dalam sesuatu urusan. Contoh: adat kebiasaan menunjukkan bahawa
pemberian wang hantaran adalah satu kemestian. Jika seorang perempuan
mensyaratkan agar wang hantaran jika ingin menikahinya, maka syarat itu perlu
dipenuhi walaupun menurut asal pensyariatan nikah, hanya diwajibkan mahar (mas
kahwin).

iii. Berubahnya hukum mengikut perubahan masa ( )
Apabila berubahnya masa, ia membawa kepada perubahan nilai kemaslahatan
manusia. Kaedah ini dikhususkan untuk hukum ijtihad yang dibina atas adat (`urf)
sahaja. Ertinya, sesuatu hukum diasaskan atas prinsip adat akan berubah apabila
berubahnya adat. Contohnya: suasana masyarakat moden yang runtuh akhlak, maksiat
berleluasa mewajibkan seseorang yang ingin berkahwin mengikuti kursus kahwin dan
menjalani ujian saringan HIV walaupun pada asal hukum nikah, ia tidak diwajibkan.



Disediakan Oleh:

Dr. Azman Ab Rahman
Muhamad Firdaus Ab Rahman
Hussein Azeemi Abdullah Thaidi
11/ 12/ 13