Anda di halaman 1dari 8

Adat Resam bermaksud peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun dalam sesuatu

masyarakat dan sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat itu. Masyarakat Melayu
sememangnya amat terkenal dengan adat resam yang unik dan istimewa dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Adat resam yang diamalkan dalam masyarakat Melayu dapat dilihat dalam
perkahwinan masyarakat Melayu di mana setiap peringkat untuk menuju ke gerbang
perkahwinan perlu dititik beratkan. Antaranya ialah:-
Tradisi yang saya kaji ialah Tradisi Perkahwinan Melayu. Tradisi ini diamalkan hampir seluruh
Malaysia. Masa diamalkan tidak dapat ditentukan kerana ia terpulang kepada individu yang ingin
berkahwin itu sendiri. Dalam tradisi ini, pihak yang terlibat. di antaranya ialah pihak perempuan,
pihak lelaki, mak andam, tok imam dan sebagainya yang terdapat dalam tajuk 'cara diamalkan'.
untuk tradisi ini, tepak sirih, sirih junjung, tepung tawar, merupakan antara peralatan penting
yang diperlukan. Jika tidak, anda dianggap kurang sopan. Terdapat banyak lagi maklumat yang
boleh diketahui di dalam. Teruskan membaca sehinggalah ke lampiran.
Sebab Tradisi Diamalkan
Salah satu sebab tradisi ini diamalkan adalah adat. Sejak zaman pemerintahan Parameswara lagi
adat istiadat perkahwinan melayu diamalkan. Jadi, tidak mustahillah jika adat ini diteruskan lagi
oleh generasi kini dan akan datang. Suatu perkahwinan, tidak kira bangsa apa pun, sememangnya
penuh dengan adat istiadatnya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan adat perkahwinan Melayu
yang merupakan suatu upacara yang panjang lebar dan memerlukan belanja yang besar. Namun
begitu, banyak istiadat dianggap sangat rumit dan sukar diikuti. Pandangan ini membuatkan adat
yang tidak mustahak ditinggalkan.
Aspek agama juga merupakan di antara sebab tradisi diamalkan. Adat perkahwinan Melayu
amata berkait rapat dengan agama Islam. Ini dapat dibuktikan apabila orang Melayu dilarang
berkahwin dengan orang bukan Islam kecuali jika orang bukan Islam itu memeluk agama Islam.
Selain itu, bakal pengantin juga perlu menjalani kursus perkahwinan yang berdasarkan Perkara
Asas Fardhu Ain (PAFA) bagi menyemai tanggungjawab bakal pengantin sebagai seorang suami
dan isteri yang soleh.

Cara Diamalkan
:: Persediaan Sebelum Diamalkan ::
Adat Merisik
Sebelum pihak lelaki meminang gadis yang dipilihnya, mereka akan merisik terlebih dahulu
untuk mengetahui sama ada gadis tersebut sudah berpunya ataupun belum.Biasanya orang tengah
akan dijadikan medium bagi mewakili pihak lelaki yang selalunya terdiri daripada kaum
keluarga terdekat, jiran tetangga dan kadang-kala digunakan juga khidmat mak andam. Dengan
merisik, pihak lelaki akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang keluarga,
pendidikan, serta pengetahuan gadis tersebut dalam menguruskan rumahtangga. Hasil daripada
perisikan akan disampaikan kepada pihak lelaki.
Adat Meminang
Jika hati sudah berkenan, kedua-dua pihak juga bersetuju, umpama bulan jatuh ke riba. Pihak
lelaki kemudiannya menghantar rombongan untuk meminang si gadis. Terpulang kepada mereka
sama ada ingin menghantar wakil ataupun ibu pengantin lelaki untuk hadir meminang. Majlis ini
adakalanya dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. Bersama rombongan, di bawa bersama tepak
sirih sebagai pembuka adat dan beberapa hantaran untuk diberikan kepada pihak perempuan.
Ada juga yang memberi cincin belah rotan sebagai tanda janji.
Adat Bertunang
Selepas perbincangan diadakan majlis pertunangan akan diadakan. Pihak lelaki akan diwakili
oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat untuk upacara pertunangan tersebut di rumah
pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai
bingkasan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih
muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pengantin perempuan.

Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin,
hantaran untuknya juga akan diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran
juga agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, sembilan, tujuh, sebelas atau tiga
belas. Ini kerana jumlah genap dikatakan memberikan implikasi yang tidak baik.

Jumlah hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak
lelaki. Adat menghantar belanja juga turut diadakan semasa adat pertunangan ini dijalankan.
Namun begitu ada yang menjalankannya secara berasingan daripada adat pertunangan iaitu
mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan diadakan.

Upacara itu akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil
pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam
upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi,
wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan
lain-lain hal berkaitan.

Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah
pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak
lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi
kepada pihak perempuan dikira hangus.

Sekiranya pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan
sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di
mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan
cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Adat Akad Nikah

Akad nikah merupakan satu acara penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-
ratanya beragama Islam. Ia bukan satu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan
kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanijian
yang dilakanakan seperti wang belanja, mas perkahwinan dan barangan lain sepertimana yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan
akan dijalankan oleh tok kadi atau tok imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin
perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh
mewakilkannya kepada tok kadi atau imam,

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum
majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu
berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara
menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang
diadakan.

Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok
kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan.

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ataupun di atas sebidang tikar
ataupun di atas bantal di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin
perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan sama ada dia bersetuju atau tidak dengan
pernikahan itu.

Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan
tanggungjawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Selepas
itu tok Kadi atau imam akan melafazkan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin
lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok Imam menggoncangkan
tangannya.

Lafaz nikah berbunyi 'Aku nikahkan dikau dengan....(nama pengantin perempuan) dengan mas
kahwin sebanyak.....(mengikut negeri) tunai' dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz
berbunyi 'Aku terima nikahnya...(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).'

Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak. Sekiranya tidak jelas,
pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat
akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah
selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si
suami akan menarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam
bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol
bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan.

Adat Berinai

Bagi orang selatan terutamanya Melaka dan Johor, sangat kukuh dengan adat berinai. Walaupun
berada di alaf baru, mereka masih berpegang kuat kepada adat berinai terutamanya masyarakat
kampung. Majlis berinai diadakan secara berperingkat-peringkat iaitu berinai curi, berinai kecil
dan berinai besar. Berinai curi diadakan tiga malam sebelum persandingan dan dihadiri oleh
saudara-mara serta rakan terdekat sahaja. Pihak lelaki tidak dijemput. Majlis berinai kecil pula
diadakan keesokan harinya. Ketika ini pihak lelaki juga tidak dijemput. Adat berinai diteruskan
lagi dengan majlis berinai besar, satu malam sebelum hari persandingan. Pada masa ini para
jemputan khas seperti penghulu dan tok imam serta saudara mara si teruna dan si gadis. Bagi
memastikan pihak lelaki mengambil bahagian dalam upacara ini, sengaja diadakan akad nikah
sebelum majlis berinai. Untuk adat berinai besar, pengantin lelaki akan diarak kerumah
perempuan. Sebelum menaiki tangga rumah perempuan, pengantin lelaki disambut dengan tepak
sireh dan disiram dengan beras kunyit. Sekiranya pengantin lelaki tidak membawa tepak sireh,
dia tidak akan dibenarkan naik ke rumah, sebaliknya terus tunggu di tangga. Pengantin
perempuan juga mesti turun dari rumah dan berarak semula ke rumah. Kedua-dua pengantin
akan mengambil bahagian dalam majlis ini. Andaikata majlis akad nikah diadakan sebelum adat
berinai, maka pengantin hendaklah menyalin pakaian terlebih dahulu. Selesai acara berinai si
teruna akan dibawa masuk ke bilik manakala pengantin perempuan pula akan didudukkan di atas
pelamin untuk dititik inai. Biasanya apabila pengantin didudukkan di atas pelamin, yang
melakukannya adalah jemputan pihak gadis. Begitulah juga dengan pengantin lelaki. Bilangan
mereka mestilah ganjil. Tidak boleh genap. Upacara menginai dimulai dengan menepung tawar.
Tepung tawar disediakan dengan inai ditumbuk halus. Upacara ini diteruskan lagi dengan
penaburan bertih di sekeliling pengantin. Setelah itu, mak andam akan menitik inai dengan
mengambil sedikit inai di dalam piring dan meletakkannya di atas tapak tangan pengantin.
Selepas itu, pengantin akan mengangkat tangan dan menyembah tanda hormat serta berterima
kasih. Tujuan istiadat ini ialah untuk mengukur kebersihan dan kesucian pengantin kerana inai
itu sendiri dianggap mengandungi 'berkat' iaitu satu cara penyucian dan perlindungan. Dahulu,
sebelum upacara dimulakan, mak andam atau tok dukun akan tampil ke hadapan menghiris
beberapa biji limau nipis serta memerahkan air limau itu ke cawan yang mengandungi dua sudu
air kelapa. Campuran itu dicurahkan ke dalam sebuah mangkuk untuk dicampurkan dengan air
mandi pengantin.

:: Perlaksanaan Semasa Diamalkan ::

Adat Bersanding

Inilah kemuncak istiadat perkahwinan dari dulu hingga kini. Adat ini tidak dapat ditinggalkan
dalam perkahwinan, kecuali jika si pengantin tidak mahu bersanding. Ketika ini, kedua-dua
pengantin didudukkan di atas pelamin dan didandan serta berpakaian serba indah. Dari sinilah
timbulnya konsep raja sehari.Sebelum persandingan dijalankan, pengantin akan diberi makan
sekapur sireh yang dijampi oleh mak andam, kononnya untuk menaikkan seri muka.

Dengan iringan paluan kompang, rebana atau rodat, pengantin lelaki akan diarak perlahan-lahan
menuju ke rumah pengantin perempuan.Kumpulan ini juga diiringi dengan dua orang pemegang
bungan manggar dan didahului dengan kaum ibu yang dikenali sebagai 'bunga seri'. Mereka akan
berhenti berarak pada jarak yang tertentu untuk menanti dijemput pengantin perempuan. Bagi
menandakan bahawa pengantin perempuan mengalu-aluka kedatangan mereka, pihak perempuan
akan mengirimkan 'sirih lat-lat' atau juga dikenali sebagai sirih genggam kepada mereka.
Sekiranya pihak lelaki di halaman rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan
taburan beras kunyit dan renjisan air mawar oleh waris-waris tua pihak pengantin perempuan.

Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, pihak pengantin lelaki didudukkan dahulu di
halaman rumah sambil menyaksikan persembahan pencak silat bagi menunjukkan penghormatan
raja sehari. Pencak silat ini dikenali sebagai silat pulut. Ketika ini, akan datanglah seseorang
berbisik kepada pengapit lelaki mengenai adat naik ke rumah perempuan. Adat cukai pintu dan
cukai pelamin akan dikenakan sebelum persandingan. Sampai sahaja pihak lelaki di tangga
rumah pengantin perempuan, perminta-peminta penebus pintu akan mengerumuninya.Setelah
diberi tebusannya, barulah pengantin akan dibenarkan naik. Bilangan cukai yang perlu dibayar
oleh pihak lelaki bergantung kepada bilangan pintu yang ada di rumah tersebut. Setelah penebus-
penebus pintu mendapat habuan mereka, tibalah pula giliran mak andam menerima tebusannya
pula. Ketika ini, berbagai-bagai tawaran berlaku di antara pengiring pengantin lelaki dengan mak
andam. Adakalanya kedengaran pengiring berkata," Sudah jauh perjalanan kami, terpaksa
menanggung rindu dan susah, cukuplah tebusan yang kami beri." Mak andam pula akan
berkata," Bila lagi nak merasa duit engineer." Kadangkala usikan diiringi dengan kata-kata
sindiran, "Dalam telur lagi dinanti, ini pula sudah menetas." Setelah ditebus cukai mak anam,
barulah pengantin lelaki dibenarkan naik ke atas pelamin. Semasa bersanding, lelaki diadatkan
duduk di sebelah kanan manakala perempuan di sebelah kiri. Semasa inilah upacara 'makan
semangat' atau adat bersuap-suapan dilakukan. Pengantin lelaki akan menyuapkan sireh dan
pulut kuning ke mulut isterinya. Kadang kala mak andam akan menyuapkan kedua-dua
pengantin dengan nasi semangat dan telur secara berkelakar, ajuk mengajuk, untuk membuat
pengantin ketawa dan tersenyum bagi menambahkan lagi keceriaan dan kegembiraan pada hari
yang bersejarah ini. Upacara disusuli dengan adat merenjis oleh saudara-mara, rakan dan ibu
bapa pengantin serta adat masuk bilik.

Adat Makan Beradab

Istiadat ini atau juga dikenali sebagai makan berdamai diadakan selepas persandingan. Pengantin
lelaki akan ditemani oleh pengiringnya manakala mak andam akan menemani pengantin
perempuan. Turut memenuhi meja makan beradab ini termasuklah keluarga terdekat pihak lelaki.
Bacaan doa selamat diadakan untuk memohon agar kedua-dua mempelai sentiasa selamat
daripada malapetaka dan kekal bersama hingga ke anak cucu, Usik mengusik dan gelak ketawa
memeriahkan lagi suasana. Biasanya, waktu makan beradab, pengantin telah makan. Namun,
kedua-dua pengantin akan saling melayan atas panduan mak andam dan pengiring pengantin
lelaki. Jika adapun, ia sekadar membuat syarat. Menu hidangan untuk makan beradab pengantin
ialah berbeza dengan hidangan buat para jemputan. Ia dimasak khas dan digubah cantik bagi
membezakan meja makan beradab dengan meja para jemputan.

Adat Bersiram

Dalam upacara adat bersiram ini, pengantin akan dimandikan secara langsung. Ia diadakan
selepas upacara persandingan dan makan beradab sebagai upacara penamat. Ketika ini,
pengantin akan disiramkan dengan 4 biji air kelapa muda yang telah dijampi serta satu baldi air
yang sudah dibacakan doa selamat. Adat-adat atau bahan yang diperlukan ialah beluru, mayang
kelapa, daun pudina emas dan perak, serta tepung tawar yang dicampurkan dengan sedikit
minyak. Mereka dimandikan oleh mak andam.Upacara dimulakan dengan menyapu tepung tawar
bercampur minyak ke tubuh kedua-dua pengantin. Diikuti pula dengan curahan air beluru ke atas
tubuh mereka. Daun pudina emas dan perak pula dimasukkan dalam satu bekas berisi air.
Campuran ini dijampi dan kemudiannya barulah ia disiramkan ke atas tubuh pengantin.Setelah
air pudina kehabisan, pengantin disiram dengan air biasa. Acara akhir dalam istiadat ini ialah
pelepas, kononnya dapat melepaskan kedua-dua pengantin dari segala mara bahaya. Dalam
istiadat pelepas, benang kasar atau benang mentah iaitu benang yang digunakan untuk membuat
sumbu pelita diperlukan. Adat ini biasanya dilakukan di atas balai yang dibuat khas ataupun di
depan tangga dan di tempat lapang. Upacara ini diakhiri dengan bacaan doa. Air lebihan
pengantin akan disiram kepada orang ramai yang menyaksikan adat bersiram ini bagi mendapat
berkat atau sekadar suka-suka.

:: Upacara Selepas Diamalkan ::

Adat Bertandang

Dalam istiadat bertandang, pengantin lelaki terpaksa menunggu tiga malam di rumah pengantin
perempuan sebelum upacara menjemput. Tetapi, lantaran tuntutan masa dan tanggungjawab, adat
ini dicepatkan.Biasanya, selepas sehari persandingan berlangsung, pihak lelaki akan menjemput
pihak perempuan pergi bersama-sama dengan mereka ke rumah pengantin lelaki. Kenduri ini
dipanggil 'mengambil makan'. Ketika ini, kedua mempelai akan menjalani aturcara majlis
sebagai mana majlis dijalankan di rumah pengantin perempuan. Walaubagaimanapun, sebelum
bertolak ke rumah pengantin lelaki, istiadat menyembah akan diadakan iaitu kedua mempelai
akan menyembah ibu bapa dan kaum keluarga. Rombongan ke rumah pihak lelaki akan disertai
oleh beberapa pengiring sebelah pihak perempuan. Di rumah pengantin lelaki, pihak perempuan
akan ditemani dua orang perempuan separuh umur yang dipanggil peneman agar pengantin
perempuan tidak keseorangan bersama orang yang belum dikenalinya.


top
Kesan Daripada Tradisi Yang Dikaji
Antara kesan daripada tradisi perkahwinan Melayu ialah ke atas individu dan keluarga. Setelah
adat perkahwinan dijalankan, pengantin diijabkabulkan. Maka terhubunglah dua keluarga iaitu
keluarga pihak lelaki dan perempuan menjadi satu keluarga yang besar. Namun begitu, selepas
perkahwinan, berkemungkinan besar pengantin akan meninggalkan rumah serta keluarganya dan
berpindah ke rumah baru. Ini terpulang kepada pengantin sama ada mahu menetap di rumah ibu
bapa atau berpindah ke rumah baru. Tetapi, biasanya pengantin akan berpindah ke rumah baru
bagi meringankan beban orang tua mereka.
Dalam adat-istiadat perkahwinan Melayu, adat seperti bersanding, bersiram dan lain-
lain semakin dilupakan oleh generasi kini. Ini berlaku kerana zaman ini menuju ke arah
kemodenan. Selain itu, ramai yang berpendapat adat bertandang dan bersiram hanya membuang
masa mereka setelah banyak mengeluarkan wang yang banyak untuk upacara tersebut.
top
Pengajaran
Saya bersyukur kerana telah mengetahui pelbagai adatdan istiadat perkahwinan Melayu dalam
usia yang muda. Ini membolehkan saya mengekalkan tradisi tersebut untuk pengetahuan generasi
yang akan datang. Tradisi ini patut dijadikan teladan kepada masyarakat kerana daripada adat-
adat perkahwinan Melayu ini, tersemai sikap bekerjasama antara satu sama lain tidak kira bangsa
dan agama.

Anda mungkin juga menyukai