Anda di halaman 1dari 5

KECEMERLANGAN

Kecemerlangan adalah penting dan menjadi idaman setiap manusia.


Kecemerlangan adalah milik setiap individu yang berusaha dengan gigih
dan bersungguh-sungguh. Mencapai kecemerlangan bukan mustahil
asalkan mempunyai semangat dan jati diri yang teguh lagi padu.


HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN
Matlamat yang tidak jelas (kehilangan arah dan tidak mempunyai
sebarang tujuan)
Tiada cita-cita
Tidak pandai mengurus masa
Malas belajar
Kurang bermotivasi
Lemah kemahiran belajar
Pengaruh rakan sebaya
Sering menonton televisyen
Tiada inisiatif
Berpandangan negatif dan berfikiran sempit
Kurang berdoa
Tidak kenal kehebatan dan potensi diri
Tidak minat membaca





CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Bermatlamat dan bercita-cita tinggi
Ianya perlu bagi memudahkan pelajar mengatur gerak kerja selari
dengan matlamat dan cita-citanya dan dilakukan dengan penuh
kesungguhan bagi mencapai keinginannya.

Bijak mengurus masa
Mengisi masa dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah.


Belajar mematuhi jadual
Perbaiki kelemahan mata pelajaran yang lemah dengan memberikan
tumpuan yang lebih pada mata pelajaran itu berpandukan jadual
belajar. Elakkan dari menangguhkan tugas dan tanggung jawab.

Belajar secara konsisten
Berusaha awal dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengulang
kaji pelajaran. Menjadi sentiasa bersedia disebabkan cara belajar yang
berterusan.

Keyakinan diri
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi terus berjaya mencapai
kecemerlangan dan menanamkan rasa yakin dalam dirinya yang ia
mampu cemerlang.

Keseimbangan peribadi
Dapat menyumbangkan semua perkara dalam hidupnya sama ada
akademik, sukan, akhlak, agama dan beberapa aspek penting yang
lain dalam kehidupan.

Rajin berusaha
Perlu rajin berusaha bagi mendapatkan apa yang dihajati. Tidak
mudah berputus asa dan kecewa walaupun menghadapi berbagai
halangan dan kegagalan dalam usahanya itu.

Minat yang tinggi
Mengorbankan diri dengan tidak bersiar-siar dengan rakan-rakan,
menonton televisyen, bersuka ria dan sebagainya semata-mata kerana
minat yang tinggi bagi menuntut ilmu.
Sifat ingin tahu yang tinggi
Sering bertanya dan mengajukan soalan adalah pelajar yang bijak
kerana sentiasa mempunyai sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu mampu
memupuk sikap berani dalam diri seseorang individu.

Daya juang yang tinggi
Mempunyai semangat daya juang yang tinggi bagi memastikan cita-
cita yang diingini terus tercapai. Menyebabkan pelajar tidak mudah
putus asa dan goyah dalam menghadapi halangan-halangan di
hadapannya.

Hormat pada guru
Perlu menghormati guru kerana guru umpama ibu bapa semasa
belajar di sekolah. Guru perlu dihormati kerana tugas mereka sungguh
mulia. Menjaga adab sopan terhadap guru serta memelihara akhlak
yang baik apabila berhadapan dengan guru.

Suka menerima nasihat
Mendengar nasihat dan menerima pandangan daripada individu yang
lebih berpengalaman dan cemerlang supaya dapat dijadikan contoh
yang baik dan menghindari kesilapan serta kesalahan yang mereka
lakukan.

Mendampingi orang Berjaya
Perlu menteladani dan mendampingi orang-orang yang berjaya bagi
mengetahui rahsia kejayaan mereka. Contohi semangat mereka dalam
usaha menjadi seorang individu yang cemerlang.

Imej diri yang positif
Imej diri yang positif (baik) terdapat dalam pelbagai aspek diantaranya
ialah Pakaian, akhlak, penampilan, perwatakan diri, kemajuan dalam
pelajaran, kebolahan berkomunikasi, kemahiran dalam pelbagai
disiplin.

Anda mungkin juga menyukai