Anda di halaman 1dari 4

GERAKAN AL-RIDDAH

Pengenalan
Gerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam
atau gerakan mengingkari Islam. Selepas kewafatan
Nabi Muhammad, perjalanan sejarah Semenanjung
Arab seolah-olah kembali surut ke belakang.
Masyarakat Islam menghadapi krisis yang hebat yang
hampir-hampir mengalami kehancuran. Terdapat
golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus
daripada Islam (murtad) dan tidak mahu membayar
zakat yang merupakan satu daripada rukun asas
Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah dan Taif.
Menurut Profesor Philip K. Hitti, hanya 1/2 daripada
penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman
dengan agama Islam dan mengakui kekuasaan Nabi
Muhammad.
Golongan al-Riddah
Nabi Palsu
a.Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed
atau Tengah Arab. Di antara ajarannya ialah
menghapuskan amalan sujud dalam sembahyang.
Beliau juga menghapuskan amalan zakat. Beliau
pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untuk
menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.
b.Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai
purdah. Nama sebenarnya ialah Ailat Bin Ka'ab Bin
Auff al-Ansi. Ajarannya ialah membebaskan setiap
pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan
menghalalkan perzinaan.
c.Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan
daripada Bani Tamim di Yamamah.
d.Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di
Yamamah. Beliau telah bergabung dengan Sajjah al-
Harith.
Golongan Murtad
Golongan yang terus keluar dari Islam banyak
terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan Bani
Abdul Qais, di Oman dipeloroti oleh Laqit Bin MAlik
Azadi, di Mahrah terdapat dua golongan iaitu yang
menyokong syakrit dan yang mengyokong al-
Musabbah, di Yaman Selatan oleh Bani Kindah dan
sebagainya.
Enggan Membayar Zakat
Golongan ini timbul di Yaman, Yamamah dan Oman.
Ia dipelopori oleh Malek Bin Nuwairah. Beliau
menyatakan sokongannya terhadap Sajjah Harith.
Sebab Berlakunya Gerakan al-Riddah
1.Islam hanya mula tersebar luas selepas peristiwa
Sulhul Hudaibiyah (6 H) dan penaklukan Kota Mekah
(8 H). Selepas Nabi Muhammad wafat, kefahaman
agama Islam belumlah begitu meresap dengan
mendalam di kalangan orang Arab yang jauh dari
Hijaz. Keadaan kefahaman tersebut semakin cetek di
kalangan kabilah Badwi yang tinggal di pedalaman
dan hidup dalam keadaan berpindah-randah.
2.Ramai juga di antara mereka yang memeluk Islam
tanpa keimanan yang kukuh. Mereka mengaku
memeluk Islam tetapi tidak mempelajari segala
tuntutan dan larangannya. Kebanyakan mereka
memeluk Islam kerana ingin menghindari dan
mendapat hak istimewa daripada tentera dan
pemerintahan Islam. Mereka juga memeluk agama
Islam kerana inginkan harta rampasan perang,
sanjungan dan kedudukan apabila mencapai
kejayaan bersama-sama tentera Islam.
3.Golongan yang lemah imannya itu sentiasa
memperlihatkan ketidakpuasan mereka terhadap
peraturan-peraturan Islam. Mereka menganggap
Islam satu agama yang mengongkong mereka dari
keseronokan kehidupan jahiliah yang menjadi
amalan mereka sebelum ini. Kewafatan Nabi
Muhammad merupakan peluang yang paling baik
bagi mereka untuk keluar dari Islam.
4.Penentangan ini juga timbul kerana mereka masih
kekal dengan sifat kesukuan dan berkabilahan yang
tebal. Semangat assabiyah terhadap suku masing-
masing belum terkikis. Terdapat golongan yang
mahu mempunyai Nabi dari kaumnya sendiri dan
tidak mahu mengikut Nabi dari golongan Quraisy.
Hal inilah kesan daripada sifat assabiyah
membutatuli mereka.
5.Gerakan golongan Nasrani dan Yahudi yang
memainkan peranan yang penting dalam
menimbulkan gerakan al-Riddah. Mereka sentiasa
menjalankan propaganda dan dakyah untuk
menyesat dan menyelewengkan umat Islam dari
landasan yang sebenarnya.
6.Golongan Nabi palsu pula muncul kerana
mengkagumi kejayaan yang dicapai oleh Nabi
Muhammad. Di antaranya yang dikagumi ialah
menguasai masyarakat Arab, mempunyai pengikut
yang ramai dan sanggup berjuang bermati-matian
untuknya dan sebagainya. Mereka juga mengkagumi
kejayaan Nabi Muhammad yang telah
menyatupadukan penduduk Arab di bawah satu
kesatuan ummah Islamiyah. Oleh hal yang demikian,
mereka inginkan kedudukan seperti yang dicapai
oleh Nabi Muhammad. Untuk mencapai tujuan
tersebut, mereka mengakui diri mereka sebagai
"Nabi" dan mengumpulkan pengikutnya.
Langkah untuk Mengatasi Gerakan al-Riddah
Menghantar Utusan
Khalifah Abu Bakar telah menghantar utusan kepada
kabilah-kabilah berkenaan untuk menyeru mereka
supaya kembali ke pangkuan ajaran Islam. Walau
bagaimanapun, hanya Bani Abdul Qais di Bahrain
sahaja yang berjaya dipujuk.
Memerangi Mereka
Bagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah
memerangi mereka. Sebanyak 11 buah pasukan
tentera baru dibentuk. Ketua-ketua pasukan ini
terdiri daripada Khalid al-Walid, Akramah Bin Abu
Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini
telah dikerah untuk menentang golongan Nabi palsu,
murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya
Kahlid al-Walid memerangi Tulaihah al-Khuwailid
dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke negeri
Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi
Musailamah al-Khazzab dan sebagainya. Setiap
pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu
kepada golongan al-Riddah. Sekiranya mereka masih
enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara
habis-habisan.
Kesimpulan
Pembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik
tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam supaya
satu kesinambungan sejarah yang dibentuk oleh
Nabi Muhammad akan berkekalan. Dengan pasukan
tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Islam
yang gagah itu, gerakan al-Riddah dapat disekat.
Islam telah menjadi agama yang unggul di
Semenanjung Tanah Arab.

APA ITU RIDDAH?
Secara bahasa: Arraddatu (riddah) artinya Ar-rujuu
(kembali)
Menurut istilah: kufur setelah Islam
Riddah berkaitan dengan perbuatan seseorang
manakala murtad berkaitan dengan status seseorang
(QS Al-Baqarah (2): 217)
Artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang
berperang pada bulan Haram. Katakanlah:
Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar;
tetapi menghalangi dari jalan Allah, kafir kepada
Allah, Masjidil haram dan mengusir penduduknya
dari sekitarnya, lebih besar di sisi Allah. Dan berbuat
fitnah lebih besar daripada membunuh. Mereka
tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai
mereka mengembalikan kamu dari agamamu ,
seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang
murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati
dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia
amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka
itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Riddah ada 4 macam:
1. Riddah dengan ucapan
Seperti mencaci Allah atau rasulNya shallallahu
alaihi wassallam, atau malaikat-malaikatNya atau
salah seorang dari rasulNya
Mengaku mengetahui ilmu ghaib atau mengaku nabi
atau membenarkan orang yang mengaku sebagai
nabi
Berdoa kepada selain Allah atau memohon
pertolongan kepadaNya
2. Riddah dengan perbuatan
Seperti sujud kepada patung, pohon, batu, kuburan
dan memberikan sembelihan untuknya
Membuang mushaf Al-Quran ditempat-tempat yang
kotor
Melakukan sihir, mempelajari dan mengajarkannya
Memutuskan hukum dengan selain apa yang
diturunkan Allah dan meyakini kebolehannya
3. Riddah dengan Itiqad (kepercayaan)
Seperti kepercayaan adanya sekutu bagi Allah atau
kepercayaan bahwa zina, khamr dan riba adalah
halal atau hal semisalnya yang telah disepakati
kehalalan, keharaman atau wajibnya secara ijma
(konsensus) yang pasti, yang tidak seorangpun tidak
mengetahuinya.
4. Riddah dengan keraguan
Tentang sesuatu sebagaimana yang disebutkan
diatas
Konsekuensi Hukum setelah terjadinya Riddah
Yang bersangkutan diminta untuk bertaubat.
Jika ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam
masa tiga hari, maka taubatnya diterima kemudian
ia dibiarkan (tidak dibunuh).
Jika ia tidak mau bertaubat maka ia wajib dibunuh,
berdasarkan sabda Nabi shallallahu alahi wassallam,
Barangsiapa mengganti agamanya (murtad) maka
bunuhlah dia (HR Al-Bukhari dan Abu Daud).
Dilarang membelanjakan hartanya saat ia dalam
masa diminta untuk bertaubat, jika ia masuk Islam
kembali maka harta itu miliknya. Jika tidak maka
harta itu menjadi fai (rampasan) Baitul Mal sejak ia
dibunuh atau mati karena riddah. Pendapat lain
mengatakan, begitu ia jelas-jelas murtad maka
hartanya dibelanjakan untuk kemaslahatan umat
Islam.
Terputusnya hak waris mewarisi antara dirinya
dengan keluarga dekatnya, ia tidak mewarisi antara
dirinya dengan keluarga dekatnya, ia tidak mewarisi
harta mereka dan mereka tidak mewarisi hartanya.
Jika ia mati atau dibunuh dalam keadaan riddah,
maka ia tidak dimandikan, tidak dishalatkan, dan
tidak dikubur dikuburan umat Islam.
* Kesimpulannya, setiap umat Islam harus berhati-
hati dalam setiap perkara yang mereka lakukan

Kalian akan dihimpunkan kepada Allah ( pada hari
kiamat) dalam keadaan berkaki ayam, telanjang
bulat dan kulup (Firman Allah : Sebagaimana Kami
jadikan kamu pada kali pertama demikianlah kami
kembalikan semula kejadian kamu. Kami pasti
melakukannya. Sesungguhnya makhluk manusia
yang pertama diberi persalinan (kelak pada hari
kiamat )ialah Ibrahim (S.A.W) . Juga akan berlaku
peristiwa dimana ada segolongan umatku yang akan
dibawa ke saluran sebelah kiri (saluran neraka)
.Namun aku (membantah ) dan menjelaskan bahawa
mereka adalah dari kalangan para sahabatku.
Bantahan ku itu dijawab : Sebenarnya engkau tidak
tahu apa yang telah mereka ada-adakan (dalam
agama) selepas ketiadaanmu.
Akhirnya aku hanya mengucapkan apa yang
diucapkan oleh hamba Allah yang soleh (seperti
dalam firman Allah) Saya hanya boleh menjadi
saksi ketika saya ada bersama mereka , maka
apabila Engkau wafatkan diriku (wahai Allah)
Engkaulah yang yang memantau urusan mereka,
memang Engkau menjadi saksi terhadap segala-
galanya. Andaikata Engkau menyeksa mereka maka
mereka adalah para hambamu jua . Namun kalau
Engkau mengampunkan mereka maka Engkaulah
yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Kemudian diterangkan kepada aku bahawa mereka
sebenarnya telah menjadi murtad (kembali jahiliah)
selepas peninggalanmu.
( Hadith Muttafaqun ;alaihi).
Pengertian
Dari sudut bahasa Riddah bermakna rujuberalih
daripada berpegang kepada sesuatu kepada yang
lain. Dalam istilah syara ia bermakna beralih
daripada berpegang kepada agama Islam kepada
menganut agama lain


Sesiapa dari kalangan kamu yang murtad dari
agamanya kemudian dia mati dalam kaadaan kafir,
maka orang berkenaan amal usahanya yang baik
menjadi lupus ; baik di dunia mahu pun di akhirat.
Mereka menjadi penduduk neraka yang kekal di
dalamnya selama-lamanya
Al-Baqarah: 217
Murtad berlaku bagi seorang lelaki atau wanita Islam
yang meyakini sesuatu yang bercanggah dengan
hakikat akidah agama Islam yang asas dan teras atau
dengan menuturkan perkataan , perbuatan atau
tindakan meninggalkan perkara-perkara yang di
anggap kufur dalam neraca penilaian Islam. Dengan
tindakan berkenaan maka para pelakunya dianggap
terkeluar dari lingkungan agama Islam yang sangat
lapang.
Syarat- syarat Sah Murtad
Orang muslim yang riddahnya dianggap sah mestilah
memenuhi syarat berikut:
Ia adalah seorang yang aqil baligh
Mengaku secara sukarela dan tidak dipaksa
Para alim ulama dalam berbagai mazhab telah
membincangkan dengan panjang lebar masaalah
murtad orang yang belum baligh dan murtad dari
kalangan kaum wanita.Begitu juga dikupas dengan
panjang lebar kes menukar agama kerana dipaksa
dan hukum yang berkaitan dengannya

Anda mungkin juga menyukai