Anda di halaman 1dari 4

SEK KEB BUKIT LADA,28100 CHENOR

MARAN,PAHANG DARULMAKMUR
BERCERITA SAINS DALAM BAHASA MELAYU
TAJUK : TENTANG BULAN.

Bulan madu,di awan biru
Tiada yang mengganggu,
Bulan madu diatas pelangi,
Hanya kita berdua..

Oooopps minta maaflah kawan-kawan kalau pitching saya lari. Sebenarnya saya bukan mahu
menyanyi ,tetapi ingin bercerita tentang bulan . Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Ada
tak sesiapa disini bercita-cita ingin menjadi angkasawan seperti Neil Armstrong dan Yurin
Gagarin tu
Ada sesetengah orang berkata dalam bulan kelihatan seperti adanya mulut,hidung dan 2 biji
mata.Itulah sebabnya mereka menyatakan ada makhluk hidup di bulan. Pernahkah kawan-
kawan melihatnya..?

Kawan-kawan..
Menurut angkasawan yang penah menjejaki kaki ke bulan menyatakan terdapat banyak batu-
batu kecil dan juga besar. Ada sesetengah bahagian bulan permukaannya adalah rata. Di
kawasan ini angkasawan boleh bergerak dengan agak cepat. Tetapi di bulan terdapat bukit
bukau. Ada yang licin dan berbentuk bulat. Sesetengahnya berbatu-batan besar dan bergerigi.
Terdapat juga curam dan lembah yang dalam.
Di bulan juga tiada air .Sebenarnya bulan adalah lebih kering daripada gurun pasirkawan-
kawan!!!Ha sudah tentulah tiada benda hidup yang boleh tinggal di situkan!Di bulan
keadaannya hitam dan bergelaptiada unsur-unsur warna yang boleh kita ketemui.Hanya
kelabu dan coklat yang boleh didapati di sini

Pada waktu siang di bulan terlalu panas.Suhunya boleh mencapai 250 F.Itu adalah lebih panas
daripada suhu air mendidih.OuchDi bulan tiada lapisan udara yang membolehkan untuk
melindungi daripada terkena sinaran matahari. Pada malamnya pula bulan terlalu sejuk,
suhunya lebih kurang -290 C . Tiada udara untuk menyimpan haba !!! Oleh sebab itu baju
angkasawan diperbuat khas agar angkasawan boleh mengelakkan daripada suhu terlalu panas
dan juga sejuk.

Eh..ehlihat tu ada batu-batu kecil terapung-apunglah !! Seperti kawan-kawan sedia maklum
graviti adalah terlalu rendah. Jika berat kita dibumi ialah 30kg maka berat anda di bulan adalah
5kg sahaja..ini kerana berat kita adalah 1/6 di bulan. Haaa.Sudah tentu kita berasa ringan
dan boleh terapung-apung di bulanseronoknya ya tak

Lihatlah debu-debu halus ini . Permukaan bulan juga dilitupi oleh debu-debu halus. Jika kita
berjalan di atasnya akan meninggalkan bekas pada habuk tersebut. Debu-debu tersebut juga
boleh melekat pada kasut dan pakaian kita.. Bulan tiada udara ,titisan air,atau molekul-molekul
yang terbentuk di awan. Oleh sebab itu awan yang gelap seperti malam . Begitulah kawan-
kawan sedikit sebanyak perihal bulan yang boleh saya kongsikan bersama anda. Mungkin pada
suatu hari nanti manusia akan membina bangunan dan tempat tinggal di bulan. Hakikatnya


bulan nampak indah dari jauh tetapi sebenarnya ia tidaklah seindah khabar dari rupa. Saya
akhiri dengan

B Bulan
U- Umpama
L- Lembah-lembah yang besar
A- diAlam yang
N- Nyata

















PERTANDINGAN BERCERITA SAINS DALAM BAHASA MELAYU,DAERAH MARAN
2014






NAMA : MUHAMMAD SYAZWAN BIN HJ ANNUAR
UMUR : 12 TAHUN
SEKOLAH : SEK.KEB BUKIT LADA 28100 CHENOR

Anda mungkin juga menyukai