Anda di halaman 1dari 3

ENJIN DIESEL

Pengenalan Diesel

Enjin Diesel telah dicipta pada tahun 1890 oleh Doktor Rudolf Diesel dengan menghasilkan teori terma
motor ekonomikal iaitu melalui mampatan silinder yang tinggi. Prinsip enjin Diesel iaitu ketika lejang
pengambilan (Induction Stroke), Cuma udara sahaja disedut masuk ke dalam silinder. Kemudian udara
dimampatkan dan menjadi panas. Bahan api disuntik ke dalam udara mampat tadi
kemudian tercucuh dan terbakar di dalam ruang pembakaran. Kebanyakan enjin Diesel mengunakan
kitaran empat lejang (Four Stroke Cycle) sementara kitaran dua lejang (Two Stroke Cycle) telah kurang
digunakan pada hari ini.





Prinsip Enjin Diesel

Kitaran Empat Lejang (Four Stroke Cycle):-

i Lejang Pengambilan (Induction Stroke)
Bermula piston di TDC, Piston ditarik ke bawah oleh rod penghubung melalui aci engkol. Apabila piston
bergerak ke bawah injap pengambilan terbuka dan udara disedut masuk melalui injap pengambilan.




ii Lejang Mampatan (Compression Stroke)
Piston bergerak dari BDC ke atas menyebabkan udara dimampatkan dan suhu mencapai 750C. Ketika
ini kedua-dua injap tertutup rapat. Apabila piston hampir TDC, pemancit mula menyuntik bahan api ke
dalam udara panas termampat menyebabkan berlaku pembakaran.







iii Lejang Kuasa (Power Stroke)
Bahan api yang disuntik ke dalam udara panas menyebabkan udara termampat tinggi dan bercampur
lalu terbakar dengan panas pada ruang pembakaran. Pembakaran udara dan bahan api menghasilkan
tenaga haba bahan api yang menyebabkan tekanan haba bahan api, menyebabkan tekanan haba
memuncak dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi ini telah menolak piston untuk bergerak dari TDC
ke BDC.





iv Lejang Ekzos (Exhaust Stroke)
Piston bergerak dari BDC Ke TDC oleh tindakan salingan, pada masa yang sama injap ekzos telah
terbuka. Ini membolehkan piston menolak gas sisa pembakaran keluar melalui injap ekzos. Selepas gas
ditolak keluar, injap ekzos kembali tertutup dan apabila piston hampir TDC injap pengambilan mula
terbuka. Kemudian kitaran enjin berulang dengan memulakan lejang pengambilan.

Anda mungkin juga menyukai