Anda di halaman 1dari 30

Tajuk 1

Bimbingan
Dan
Kaunseling
EDU3107/2014 1
Konsep Asas Bimbingan, Kaunseling &
Psikoterapi
Bimbingan:
Memandu atau menunjukkan jalan / cara untuk
individu mencapai apa yang diingini atau
dihasratkan.
Satu proses membantu individu atau kelompok
pada bila-bila masa untuk mengembangkan
kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang
bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik,
kerjaya dan sebagainya demi kepentingan
masyarakat amnya, dan individu khasnya (Forum
Kebangsaan Bimbingan, 2005).
EDU3107/2014 2
Kauseling:
Satu perbincangan antara kaunselor terlatih
dengan Individu / kelompok kecil yang
mengalami kekeliruan dan memerlukan
bantuan, bersama-sama memikirkan dan
meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi
sesuatu kecelaruan dan seterusnya
melaksanakan alternatif yang di pilih.

EDU3107/2014 3
Satu proses perhubungan yang sistematik
berasaskan prinsip psikologi. Dijalankan oleh
kaunselor profesional bagi membantu
perkembangan dan penyesuaian peribadi klien
yang baik. Pertemuan adalah secara sukarela
dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan
etika kaunseling.

EDU3107/2014 4
Krumboltz mengatakan:
Kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti
yang beretika yang dilakukan
oleh kaunselor
dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan
jenis-jenis tingkah laku
yang akan menghasilkan penyelesaian kepada
masalah klien.

EDU3107/2014 5
Corey (1977), menekankan tentang proses
seseorang klien diberi peluang untuk
meneroka aspek diri dan kehidupannya yang
menimbulkan masalah pada dirinya.

James (1982), mendefinisikan kaunseling
sebagai satu proses pembelajaran yang lebih
menekankan kepada proses membantu
individu untuk mencapai kehendaknya,
membimbing dan menilai potensi yang ada
pada diri individu.

EDU3107/2014 6
Perbezaan Antara Bimbingan
& Kaunseling
Bimbingan:
Masalah klien diberikan tumpuan yang rapi,
kemudian maklumat / nasihat dibekalkan
oleh pakar.
Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun
membuat pilihan tentang sesuatu isu. Besar
kemungkinan yang diperlukannya lebih mirip
kepada maklumat lanjutan dan nasihat.

EDU3107/2014 7
Kaunseling:
EDU3107/2014 8
Masalah klien dibincang bersama oleh klien dan
kaunselor.
Di akhir sesi, klien celik akal berhubung dengan
cara penyelesaian serta berupaya membuat
keputusan yang baik.
Dijalankan dalam dua situasi:
1. Membantu klien mempertimbangkan satu-satu
pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut
sebelum membuat pilihan.
2.Membantu klien mengubahsuai, mengukuh atau
mengenepikan satu-satu pilihan yang telah dibuat.
Psikoterapi:
Berasal daripada perkataan Yunani, therapia
yang bermaksud merawat.
Secara amnya, psikoterapi menggunakan pelbagai
teknik untuk merawat kecelaruan kesihatan
mental, emosi dan psikiatri (gangguan mental).
Rawatan kecelaruan emosi, behavioral,
personaliti dan psikiatri dengan menggunakan
komunikasi verbal atau bukan verbal serta
intervensi lain yang tidak bercorak kimia atau
fizikal- Kamus Perubatan Medilexicon.

EDU3107/2014 9
Rawatan bercakap sepanjang sesi, klien
akan bercakap dengan seorang terapis.
Terdapat terapi naratif, drama, seni ataupun
muzik.
Psikoterapi membantu klien memahami punca
perasaan negatif atau kebimbangan mereka,
di samping menerima ciri-ciri kekuatan dan
kelemahan masing-masing.
Klien akan lebih berupaya untuk menangani
situasi-situasi sukar, kompleks dan mencabar
dalam hidupnya.
EDU3107/2014 10
Perbezaan Antara kaunseling
& Psikoterapi
1.Pendekatan yang digunakan:
Psikoterapi berasaskan pendekatan
psikodinamik (proses kuasa mental).
Kaunseling tidak tertumpu kepada satu
pendekatan yang khusus.
EDU3107/2014 11
2. Tempoh latihan:
Psikoterapi perlu menjalankan sesi dengan
klien sebenar bawah penyeliaan seorang
terapis.
Perlu memperoleh kelayakan akademik sarjana
muda kerana kursus ini ditawarkan pada
peringkat sarjana.
Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik.
Tempoh kursus lebih singkat dan kos lebih
murah.
EDU3107/2014 12
3. Isu-isu:
Psikoterapi lebih tertumpu kepada punca
masa lampau berhubung dengan masalah
neurosis ( gangguan emosi akibat konflik
yang tidak dapat diselesaikan / keresahan
sama ada melalui pertuturan atau perlakuan
tertentu) dan psikosis (gangguan mental yang
teruk).
Kaunseling lebih berfokus isu-isu masa kini
untuk membantu individu berkembang dan
mencapai potensi menangani isu yang timbul.
EDU3107/2014 13
4. Seting:
Psikoterapi dikendalikan di seting yang
bersifat perubatan seperti klinik / hospital.
Kaunseling dijalankan dalam seting bukan
perubatan seperti pejabat atau pusat
kaunseling.
EDU3107/2014 14
5. Masa:
Psikoterapi mengambil masa yang lebih lama
sehingga bertahun-tahun bagi kes-kes
tertentu.
Kaunseling mengambil masa yang lebih
singkat, iaitu antara satu sesi hingga beberapa
sesi.
EDU3107/2014 15
Matlamat BnK SR
Memberi sokongan
psikologikal dari
pelbagai aspek
termasuk:
-penyesuaian diri
-kesihatan mental yang
positif
-penerima kendiri
-keberkesanan peribadi
Menyediakan kanak-
kanak untuk
bertanggungjawab
terhadap keputusan
yang dibuat, seterusnya
meningkatkan
kebolehan mereka
untuk memahami dan
menerima kesan serta
akibat pilihan tersebut.
EDU3107/2014 16
Tujuan Perkhidmatan BnK SR
Merealisasikan potensi kanak-kanak:
Membantu kanak-kanak mengagihkan kebolehan,
bakat dan tenaga mereka bagi memaksimunkan
peluang pembelajaran.

Membekalkan guru dengan bantuan teknikal:
Membantu guru-guru biasa untuk memilih,
mentadbir dan mentafsir ujian; memilih serta
menggunakan pelbagai jenis rekod kumulatif dan
anekdotal; mencadangkan bimbingan yang
diperlukan dan melaksanakan LDP

EDU3107/2014 17
Membantu kanak-kanak yang bermasalah:
Mampu menangani masalah kanak-kanak yang
membuat perangai dalam kelas.

Menyumbangkan kepada penyesuaian kanak-
kanak:
Memastikan penambahbaikan berterusan
terhadap aktiviti-aktiviti yang dikendalikan
melalui taksiran keperluan kanak-kanak dan
guru.
EDU3107/2014 18
Prinsip BnK
1. BnK satu proses pendidikan yang terancang
dan berterusan:
Disediakan sepanjang tempoh persekolahan
pada semua peringkat dan tahap.

2. Bnk untuk semua kanak-kanak:
Perancangan tahunan terbuka kepada semua
kanak-kanak tanpa mengira latar belakang,
keturunan, agama atau kepercayaan.

EDU3107/2014 19
3. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk
mendapat bantuan apabila mereka
memerlukannya:
Guru bnk sentiasa bersedia untuk membantu
kanak-kanak yang mungkin memerlukan
bantuan, sokongan dan bimbingan dalam
proses perkembangan dirinya.
Terhad kepada waktu pejabat kecuali timbul
kecemasan atau krisis yang memerlukan
bantuan serta merta.

EDU3107/2014 20
4. Bnk adalah untuk melayan keperluan kanak-
kanak bagi perkembangan potensi dan
kebolehan mereka:
Program bnk dirancang dan dikendalikan
bertujuan untuk melayan keperluan kanak-
kanak agar dapat berkembang dengan kadar
optimum mengikut tahap perkembangan
masing-masing.
EDU3107/2014 21
5.Bnk bertujuan membantu kanak-kanak untuk
memahami dirinya dan orang lain:
Membolehkan kanak-kanak menjelajah tujuan-
tujuan dan matlamat hidup di samping
berupaya untuk memilih serta merancang
hidup dengan lebih efektif.
Menyedari tentang kekuatan dan kelemahan
masing-masing.
EDU3107/2014 22
6. Bnk adalah satu proses pembelajaran:
Kedua-dua pihak saling belajar dalam proses
bimbingan dan kaunseling.
Guru bnk perlu membuat rujukan lanjutan
mengenai isu yang dihadapi oleh kanak-kanak
dan / merujuk kepada pakar psikologi.
Kanak-kanak lebih mengenali dan menyedari
bakat, potensi dan kebolehan diri.
EDU3107/2014 23
7. Bnk berorientasikan masa kini dan masa
depan:
Segala usaha bnk untuk membantu kanak-kanak
bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan
diri dan memahami implikasi tindakan mereka
pada masa kini akan diteruskan sehingga masa
depan.
EDU3107/2014 24
8. Bnk adalah tanggungjawab bersama:
Dalam mengendalikan program bnk warga sekolah
seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan
masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan serta
keberkesanan aktiviti dan program bnk.

9. Bnk memerlukan pemahaman yang mendalam &
menyeluruh mengenai kanak-kanak:
Guru bnk perlu membuat taksiran mengenai
kehendak kanak-kanak. Perlu kumpul maklumat
secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan
aktiviti yang berkesan.

EDU3107/2014 25
10. Setiap kanak-kanak berbeza dari segi gaya,
ketangkasan dan dorongan untuk belajar:
Program bnk perlu mengambil kira ciri-ciri
perbezaan kanak-kanak agar dapat memenuhi
kehendak mereka.

11. Bnk hendaklah dijalankan berdasarkan etika
kaunseling:
Setiap bnk wajib mematuhi etika kaunseling
bertujuan untuk memelihara kebajikan kanak-
kanak.
EDU3107/2014 26
12.Aktiviti bnk dirancang dan dilaksanakan
secara sistematik:
JK bnk perlu berbincang dengan pengurusan
sekolah untuk merancang program tahunan
meliputi aspek akademik, kerjaya, psikososial
dan kesihatan mental seperti yang terangkum
dalam sukatan pelajaran bnk.
EDU3107/2014 27
Kepentingan Bnk
Membentuk asas yang kukuh dan persediaan
yang bersistematik dalam perancangan dan
perkembangan kerjaya sepanjang hayat.

Melengkapi ilmu yang terkini mengenai laluan
kerjaya bagi sesuatu bidang pengajian yang
ingin diikuti.
EDU3107/2014 28
Meningkatkan ketepatan dan akses maklumat
sedia ada individu tentang peluang pekerjaan
jangka pendek dan jangka panjang.
EDU3107/2014 29
Sekian, terima kasih
Encik Ahmad bin Omar
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu.
EDU3107/2014 30