Anda di halaman 1dari 9

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas/Masa/Bil Murid : Tahun 4 /8:30 9:30A.M / 2 orang



Tajuk : Perpuluhan

Standard Pembelajaran : 8.1(ii)

Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat:
- Menyebut dan menulis nombor perpuluhan
sehingga tiga tempat perpuluhan dalam perkataan
dan angka.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1. Murid diminta meniup belon sehingga pecah dan mengutip set nombor yang
terdapat dalam belon tersebut.

2. Murid dikehendaki mengesan perbezaan yang terdapat dalam set nombor
tersebut. Guru mengaitkan dengan topik PdP

3. AKTIVITI 1 : Murid bermain permainan KAPPU

4. Pengukuhan secara lisan dilakukan

5. AKTIVITI 2 : 2B2K

6. Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan
EMK : Kreativiti dan inovasi,
BBB : kad nombot, borang 1, lembaran kerja, jam randik
Penilaian P&P/
Pentaksiran : Berdasarkan kepada keupayaan murid

Refleksi :2/2 murid dapat menyebut dan menulis nombor perpuluhan
sehingga tiga tempat perpuluhan dalam perkataan dan
angka.

.

Cara Bermain KAPPU
Guru sebagai pencatat markah
1 set kad yang mengandungi 10 kad nombor diletakkan
di hadapan murid.
Murid A akan mencabut kad nombor dan murid B
dikehendaki menyebut nombor tersebut.
Sekiranya betul, 2 markah akan diberikan dan sekiranya
salah, tiada markah diberi.
Permainan dimainkan secara bergilir-gilir antara murid
A dan B sehinggalah kesemua kad habis dicabut.
Murid yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai
pemenang.
2B2K
Murid dibekalkan jadual yang mengandungi
beberapa aktiviti seperti dalam (Borang 1)
Aktiviti dilakukan secara bergilir di mana
seorang murid akan mencatat masa dan
seorang lagi akan melakukan aktiviti tersebut.
Murid diminta menukarkan nombor yang
diberikan dalam perkataan. (Borang 2)
BORANG AKTIVITI 2
Aktiviti Murid A Murid B
Menahan nafas
Berdiri sebelah kaki
Mengimbang botol air atas kepala
Membilang nombor 1- 20
Menulis perkataan yang dinyatakan guru
SAMBUNGAN
Tulis semula dalam perkataan berdasarkan catatan masa yang
kamu perolehi
Soalan KBAT
Cuba sebut 8.56 tanpa berlakunya persentuhan antara bibir kamu
SEKIAN.TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai