Anda di halaman 1dari 45

TOPIK 2 PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUSAN

Pengenalan

Tajuk kedua dalam modul ini menerangkan tentang konsep pecahan, jenis- jenis
pecahan dan operasi asas melibatkan pecahan. Selain dari itu, modul ini akan
membincangkan tentang nombor perpuluhan khususnya perkaitan dan pertukaran
antara pecahan asas dan nombor perpuluhan. Juga bagaimana menentukan nilai
tempat dan kedudukan bagi nombor perpuluhan dan membundarkan nombor
perpuluhan. Belajar tentang pecahan dan perpuluhan selalu dikaitkan dengan
peratusan seperti dalam modul ini.


Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar- pelajar dapat:

1. Menerangkan tentang konsep pecahan, perpuluhan dan peratusan
dan perkaitannya.
2. Melakukan operasi asas terhadap pecahan, perpuluhan dan peratusan.
3. Merancang aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk
Nombor Bulat.

4. Membincangkan isu- isu yang berkaitan dalam tajuk ini.

2.1 PECAHAN

Kemahiran dalam topik pecahan dan operasi mengikut sukatan KBSR:
- Menamakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
- Menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
- Membandingkan nilai dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama
hingga 10
- Membandingkan nilai sebarang dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan
penyebutnya hingga 10
- Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara
- Menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah
- Membanding nilai sebarang dua pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
- Menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
- Menyatakan pecahan daripada satu kumpulan benda yang peneyebutnya

hingga 10
- Menambah pecahan wajar yang penyebutnya satu digit dan senilai,
hasilnya tidak
lebih daripada 1
- Menambah pecahan yang penyebutnya satu digit
- Menambah nombor bercampur yang penyebut bahagian pecahannya hingga 10
- Menolak pecahan yang penyebutnya senilai dan tidak lebih daripada 1
- Menolak pecahan yang penyebutnya satu digit
- Menolak nombor bercampur yang penyebut bahagian pecahannya hingga 10
- Mendarab pecahan dengan nombor bulat, penyebutnya hingga 10
- Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dan nombor bercampur

Pecahan merupakan satu tajuk yang agak sukar dikuasai oleh murid.Ianya melibatkan
pengusaan dalam operasi nombor dan sifir. Oleh yang demikian anda perlu
menitikberatkan strategi yang berkesan terutamanya penggunaan bahan manipulatif
secara hands on. Bagaimana anda memulakan pelajaran bagi tajuk pecahan pada kali
pertama pengajaran?
Anda boleh memilih antara aktiviti-aktiviti berikut:
- Membincangkan apa akan berlaku apabila sebuah pinggan kaca jatuh ke lantai
simen dari atas meja yang tinggi.
- Membincangkan bahagian-bahagian sekeping pizza yang dibahagikan kepada 8
bahagian sama rata
- Membincangkan bagaiana memotong buah epal kepada dua bahagian yang
sama rata

2.1.1 Konsep pecahan
a) Pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan
Setelah menbincangkan aktiviti-aktiviti dalam tajuk pengenalan di atas, anda boleh
memulakan pengajaran dengan merujuk kepada sekeping pizza yang dibahagikan
kepada 2, 4 , 6 dan 8 bahagian sama rata secara hands-on dan lakaran rajah.
Contoh pecahan perempat


hands on lakaran rajah

Merujuk kepada gambarajah di atas, satu bahagian dikeluarkan daripada sekeping
pizza yang pada asalnya dibahagikan kepada 4 bahagian sama rata.Maka bahagian
pizza yang dikeluarkan boleh diwakili oleh nombor pecahan iaitu satu perempat.
Konsep pecahan sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan boleh dijelaskan
dengan contoh di atas iaitu :
Satu : satu bahagian
Per : daripada
Empat : keseluruhan yang terdiri daripada 4 bahagiansama rata




Aktiviti 1
Bincangkan contoh-contoh seharian yang lain bagi meneguhkan lagi
konsep pecahan bagi pecahan perdua, perlapan dan sebagainya.
Konsep suku, setengah, tiga suku dan keseluruhan perlu
dimasukkan dalam penerangan anda.

b) Pecahan sebagai sebahagian daripada sekumpulan benda
Seorang guru meminta 10 orang murid ke hadapan dan berdiri dalam satu kelompok.
Seterusnya guru tersebut meminta murid memberitahu jenis kenderaan mereka ke
sekolah. Didapati seramai 3 orang menaiki bas, 6 ornag menaiki kereta dan seorang
berjalan kaki.
Dalam situasi di atas, anda boleh memperkenalkan konsep pecahan sebagai
sebahagian daripada sekumpulan benda seperti berikut:

3 orang daripada 10 orang menaiki bas tiga persepuluh
6 orang menaiki kereta enam persepuluh
1 orang berjalan kaki satu persepuluh
Satu per empat

Lakarkan gambarajah yang sesuai untuk menjelaskan situasi di atas dalam ruangan di
bawah:










Seterusnya anda boleh meneguhkan kefahaman murid dengan membincangkan
beberapa situasi melibatkan objek maujud yang berlainan ciri, bentuk atau
warna.Bincangkan bersama rakan kuliah anda.




Aktiviti 2
Bagaimana anda menjelaskan kepada murid perbezaan antara
kedua-dua konsep pecahan di atas.

c) Tatacara menulis nombor pecahan
Setelah murid jelas dengan konsep pecahan, guru boleh menerangkan bahawa
pecahan boleh ditulis dalam bentuk nombor pecahan dalam bentuk a/b :
. dimana a dan b adalah nombor bulat lebih daripada 0 dan a < b;
a dipanggil sebagai pengangka manakala b sebagai penyebut.

Dalam konteks ini, a mewakili bahagian yang diambilkira manakala b adalah bilangan
bahagian keseluruhan.Pada tahap ini kita bincangkan jenis pecahan wajar dahulu.

Merujuk kepada contoh pecahan pizza dalam bahagian 2.1 di atas, pecahan satu
perempat boleh ditulis sebagai .Bagi contoh dalam bahagian 2.2 pecahan yang
terlibat boleh ditulis sebagai 3/10, 6/10 dan 1/10 masing-masing.





Aktiviti 3
Jelaskan bagaimana pelbagai bentuk gambarajah selain daripada
bentuk bulatan boleh digunakan sebagai latihan murid menyatakan
nilai pecahan dalam lembaran kerja. Nyatakan kemahiran-kemahiran
yang berkaitan yang perlu dikuasai oleh murid dalam menyiapkan
tugasan lembaran kerja tersebut.

2.1.2 Nilai sesuatu pecahan wajar
Selain daripada objek maujud seperti pizza dan lakaran gambarajah seperti yang
dibincangkan di atas, sesuatu nilai pecahan boleh ditunjukkan melalui aktiviti lipatan
kertas. Bentuk-bentuk kertas seperti segiempat sama, segiempat tepat, bulatan dan
jalur kertas mudah digunakan untuk menunjukkan nilai pecahan secara hands
on.Murid boleh melorek atau mewarnakan nilai pecahan yang dikehendaki dan sekalus
boleh membandingkan nilai sesuatu pecahan dengan membandingkan luas kawasan
yang diwakili. Contohnya 3/4 lebih besar daripada 1/4 3/6 kurang daripada 5/6 dan
sebagainya. Perlu diingat bahawa perbandingan antara dua pecahan hanya boleh
dibuat berasaskan rajah yang sama.

Garis lipatan






Lipatan kertas secara hands on
Untuk membandingkan nilai pecahan, anda juga boleh menggunakan plastik lutsinar
dengan menggunakan teknik tindan tindih.Bagaimana caranya?
Secara praktikal guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar dengan menggunakan
dua keping kad manila berlainan warna yang dipotong dalam bentuk bulatan. Lukiskan
bilangan bahagian pecahan yang dikehendaki, contohnya 6 bahagian bagi kedua-dua
kad. Guntingkan mengikut satu jejari kad dan selitkan antara satu sama lain seperti
berikut:




Gunting

Selitkan antara satu sama lain




Pusingkan salah satu kad untuk menunjukkan pecahan yang dikehendaki.Dalam rajah
di atas, warna kuning mewakili 1/4 manakala warna hijau mewakili 3/4. Anda boleh
pelbagaikan penggunaan bahan bantu tersebut dalam pengajaran.

Dalam membandingkan sebarang dua pecahan wajar, guru boleh membimbing murid
membina carta pecahan.Carta pecahan boleh dibina dengan menggunakan potongan
kad kepada 2, 3, 4, sehingga 10 bahagian atau jalur kertas berwarna melalui teknik
lipatan.Potongan kad atau jalur ketas kemudian susun dan tampal mengikut urutan.Nilai
sesuatu pecahan boleh dibandingkan dengan mengambilkira luas atau panjang jalur
yang terlibat.

1

1/3

1/5
1/6
1/7
1/8
1/9
1/10
Carta pecahan





Aktiviti 4
Beberapa kemahiran dalam subtopik pecahan boleh diajar dengan
menggunakan carta pecahan dalam bentuk hands on atau
tayangan menggunakan skrin layar lcd. Bincangkan bagaimana
kemahiran-kemahiran berikut boleh diajar menggunakan carta
pecahan:
i) membandingkan sebarang nilai pecahan dengan
pengangka 1
ii) membandingkan sebarang nilai pecahan dengan
penyebut yang sama
iii) membandingkan sebarang nilai pecahan wajar yang
pengangka dan penyebutnya tidak lebih daripada 10.

Aktivitii penambahan dan penolakan antara dua pecahan wajar dengan menggunakan
carta pecahan akan dibincangkan dalam bahagian operasi pecahan kemudian.

a) Pecahan setara

Dua nombor pecahan yang berlainan penyebut atau pengangka adalah setara jika
nilainya adalahsama. Contohnya 1/3 adalah setara dengan 2/6 dan 3/9 manakala 1/4
adalah setara dengan 2/8, 3/12 dan seterusnya.Anda boleh membimbing murid anda
mengenalpasti pasangan atau kumpulan pecahan setara dengan menggunakan carta
pecahan.Mulakan aktiviti tersebut dengan mencari pecahan setara bagi 1/2, 1/3 dan
seterusnya dengan menggunakan carta pecahan.Gunakan jadual seperti di bawah bagi
memudahkan murid melakukan penyiasatan.









1

1/3
1/4
1/5
1/6 1/6 1/6
1/7
1/8 1/8 1/8 1/8
1/9
1/10 1/10 1/10 1/10 1/10

Pecahan setara bagi

Daripada pemerhatian, murid akan dapati pola pecahan seperti berikut

Pengangka 1 2 3 4 5 6
Penyebut 2 4 6 8 10

Pengangka 1 2 3 4 5 6
Penyebut 3 6 9 12

Didapati bahawa: 1/2 = 2/4 = 3/6 = 4/8 dan seterusnya
1/3 = 2/6 = 3/9 = 4/12 dan seterusnya

Bimbing murid untuk mendapatkan pola untuk mengira pecahan setara bagi sebarang
nilai pecahan.Apakah pola tersebut?Seterusnya bimbing murid untuk mengenalpasti
formula untuk memudahkan kita mencari pecahan setara.Bolehkah anda jelaskan
formula tersebut?

Pada tahap ini, bolehkah anda menerangkan kepada murid pentingnya mencari
pecahan setara?Bincangkan bagaimana pengetahuan tentang pecahan setara boleh
membantu kita mencari nombor pecahan dalam bentuk paling ringkas.


b) Membandingkan nilai pecahan wajar

Sesuatu pecahan boleh dibandingkan nilainya dengan meneliti nilai pengangka atau
penyebutnya.
Didapati > > > > dan > > > > .
Bolehkah anda membuat dua generalisasi berdasarkan pernyataan di atas?
Panduan (lengkapkan):
i) Bagi pecahan yang penyebutnya sama,
ii) Bagi pecahan yang pengangkanya sama tetapi berbeza penyebut, ..

2.1.3 Operasi penambahan dan penolakan pecahan wajar
a) Operasi penambahan dua pecahan yang penyebutnya sama
Dua pecahan wajar boleh ditambahkan antara satu sama lain. Kita ambil contoh dua
pecahan yang sama penyebutnya dahulu. Tunjukkan proses penambahan dengan
menggunakan jalur pecahan.dan potongan kad pecahan seperti berikut:

= ?



= =
Anda boleh tunjukkan operasi seumpamanya dengan menggunakan gambarajah
bulatan seperti berikut:
= ?








Warnakan nilai pecahan yang berkenaan rajah di atas bagi menujukkan proses
penambahan tersebut. Teknik tindan tindih menggunakan plastik lutsinar dan teknik
menggunakan rajah dalam power point juga sesuai digunakan.

b) Operasi penolakan dua pecahan yang penyebutnya sama
Anda boleh melaksanakan teknik yang serupa dalam operasi penambahan bagi
menujukkan operasi penolakan.
= ? keluarkan






= =


Tunjukkan operasi selengkapnya dengan menggunakan gambarajah di bawah:








Sebagai nasihat dan panduan kepada murid-murid anda, apakah
langkah-langkah yang perlu diberi perhatian semasa menambah
atau menolak dua pecahan?

c) Operasi penambahan dan penolakan dua pecahan yang berlainan penyebut
Contoh 1
Langkah-langkah yang diperlukan:
- Jika penyebutnya tidak sama, cari GSTK bagi kedua-dua penyebut.

- GSTK bagi 4 dan 8 ialah 8. Maka, tukarkan 1/4 kepada pecahan setaranya
dengan penyebut 8.
- Secara gambarajah boleh digambarkan seperti berikut:
Jalur 8 bahagian mewakili nilai GSTK.



1/4 = 2/8 3/8
Maka,
=

Contoh 2
Langkah-langkah yang diperlukan:
- Jika penyebutnya tidak sama, cari GSTK bagi kedua-dua penyebut.
- GSTK bagi 2 dan 3 ialah 6. Maka, tukarkan dan kepada pecahan setaranya
dengan penyebut 6.
- Lengkapkan gambarajah berikut bagi menggambarkan operasi penambahan
pecahan tersebut.









Contoh 3
=

Contoh di atas boleh digunakan bagi menerangkan konsep keseluruhan atau 1 dalam
bentuk pecahan.





Aktiviti 5
Tunjukkan operasi penolakan pecahan berikut dengan gambarajah
yang sesuai:
i)
ii)

Pada tahap ini, guru boleh meminita murid menggunakan panduan atau formula bagi
memudahkan cara untuk mendaptkan pecahan setara dengan lebih mudah.
(Nota: ;darab dengan nombor bulat yang sama atas dan
bawah).

2.1.4 Pecahan tak wajar dan nombor bercampur
Semua nombor pecahan yang dibincangkan sebelum ini merupakan jenis nombor
pecahan yang pertama iaitu pecahan wajar.Pecahan wajar adalah pecahan dalam
bentuk a/b dimana a, b adalah nombor bulat dan a < b.

a) Pecahan tak wajar
Bagaimana anda boleh merancang satu aktiviti bercorak inkuiri-penemuan bagi
memperkenalkan jenis pecahan tak wajar? Fikirkan!

Contoh aktiviti inkuiri-penemuan
Lakukan operasi penambahan : +
Secara gambarajah, murid akan dapati bahawa hasiltambah pecahan adalah melebihi
1. Bagimana kita hendak menyatakan nombor pecahan tersebut? Guru juga boleh
membuat perbandingan di mana seorang murid makan : pizza jenis A dan pizza jenis
B yang saiznya adalah sama.












Lengkapkan gambarajah di atas bagi menerangkan operasi penambahan dimana
hasiltambahnya melebihi 1.
Didapati,
+ = + = =
Jelaskan kepada murid bahawa nombor lebih daripada 1 boleh ditulis dalam bentuk
pecahan, a/b di mana a, b adalah nombor bulat dan a > b.

b) Nombor bercampur
Nombor bercampur adalah kombinasi nombor bulat dan nombor pecahan yang
mempunyai nilai lebih daripada 1.Bagaimana anda boleh menunjukkan kepada murid
bahawa pecahan tak wajar 11/8 boleh ditulis sebagai 1 3/8?





Bagaimana anda boleh menunjukkan kepada murid bahawa
pecahan tak wajar 11/8 boleh ditulis sebagai 1 3/8?




Aktiviti 6
Buat lakaran secara teknik bergambarajah dan teknik pengiraan bagi
menyelesaikan operasi yang melibatkan nombor bercampur berikut:
+ -






2.1.5 Pendaraban nombor pecahan
a) Pendaraban nombor bulat dengan pecahan




Dalam gambarajah di atas, bahagian berwarna menunjukkan setiap satunya mewakili
bahagian 1/4.Didapati terdapat 3 kumpulan terdiri daripada setiap satunya mewakili
pecahan 1/4.
Dalam konsep penambahan berulang, maka:
+ + =
Atau, dengan menggunakan konsep pendaraban maka boleh dituliskan bahawa :
3 x = x = =
Adakah x 3 = 3 x ?Mungkin anda akan mendapat jawapan yang sama, tetapi
konsepnya adalah berbeza.

b) Pendaraban pecahan dengan nombor bulat
Cuba teliti peristiwa berikut:
Ibu Azam membeli 12 biji epal hijau. Azam makan satu per tiga bahagian epal-epal
tersebut. Berapa bijikah epal yang dimakan oleh Azam?
Dalam situasi di atas, ia boleh digambarkan seperti dalam gambarajah berikut:






Maka daripada 12 biji epal boleh dinyatakan dalam bentuk kiradarab sebagai x 12.
x12 = x = = 4

Konsep darab dalam situasi ini menunjukkan daripada, bermaksud 1/3 daripada 12.
Cuba tunjukkan secara bergambarajah bagaimana anda menerangkan oiperasi x 3
?Berikan contoh situasi yang sesuai.



Aktiviti 7
Pada tahap ini, anda seharusnya boleh membezakan antara
pendaraban pecahan dengan nombor bulat dan pendaraban nombor
bulat dengan pecahan (ch. 5 x ) Bincangkan dengan rakan kuliah
anda.

c) Pendaraban pecahan dengan pecahan
Apakah jawapan x ?Dengan mengambilkirapenyelesaian dalam bahagian 6.2 di
atas, ianya dapat diselesaikan dengan mendarabkan pengangka dengan pengangka
dan penyebut dengan penyebut seperti berikut:
x = =
Namun ianya merupakan satu pendaraban semata-mata tanpa difahami
maksudnya.Sebagai guru anda perlu melaksanakan aktiviti yang bermakna agar murid-
murid dapat mempelajarinya secara lebih konkrit dan bermakna dalam kehidupan
harian.
Contoh 1
Sekeping kek dipotong sama rata kepada 12 bahagian. Zul mengambil bahagian
daripada kek tersebut.Kemudian dia memberikan bahagian yang diambilnya kepada
Samat.
Berapakah pecahan bahagian yang diperolehi oleh Samat daripada kek tersebut?

Penyelesaian:

x 12 = 3 ( 3 daripada 12 bahagian kek)


1 daripada 3 bahagian kek adalah 1
bahagian
x = (1 bahagian kek)




2.1.6 Penyelesaian masalah melibatkan pecahan dan nombor bercampur

Merujuk kepada sukatan pelajaran KBSR, operasi pecahan yang terlibat adalah setakat
pendaraban antara pecahan dengan nombor bulat dan nombor bercampur sahaja.
Operasi pembahagian melibatkan pecahan akan hanya dipelajari di sekolah menengah.

Berikut adalah contoh-contoh soalan penyelesaian masalah yang melibatkan operasi
pecahan secara keseluruhannya dalam KBSR.

Soalan penyelesaian masalah 1

Dalam sebuah sekolah, seramai 240 orang murid menduduki peperiksaan SPM.3/5
daripadanya adalah pelajar lelaki dan 1/3 daripada pelajar lelaki adalah pelajar aliran
sains.Berapakah bilangan pelajar lelaki aliran sains yang menduduki peperiksaan?

Penyelesaian 1 (teknik lipatan)
- Ambil sekeping kertas A4
- Lipat secara melintang kepada 5 bahagian dan lorekkan 3 bahagian.
- Lipat pula secara menegak kepada 3 bahagian dan lorekkan 1 bahagian.
- Kawasan pertindihan mewakili bilangan pelajar lelaki aliran sains.


1/3





3/5

- Kawasan pertindihan = x = =











Penyelesaian 2 (gambarajah)
x











3/5

Soalan penyelesaian masalah 2

Sebiji kek harijadi memerlukan 1 kg tepung Jika Pn Saleha membeli 6 kg tepung,
berapakah baki tepung yang ada selepas Pn Saleha menyiapkan 3 biji kek?

Penyelesaian 1 (secara gambarajah/ power point/ plastik lutsinar)
1 1






5
Maka, 6 5 = = 1
Baki tepung yang ada ialah 1 kg.

Penyelesaian 2 (secara pengiraan)
Berat tepung yang digunakan = 3 x 1 3 x =
Baki tepung yang ada = 6 - = = 1 kg.




2.1.7 Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran 1 : Membandingkan sebarang nilai pecahan dengan penyebut yang sama
Prosedur pengajaran:
- Minta murid menunjukkan lakaran 4 jalur yang setiap satunya dibahagikan
kepada 4 bahagian sama rata.
- Murid dikehendaki mewarnakan 1 bahagian, 2, 3 dan 4 bahagian dan
melabelkan dengan nama pecahan masing-masing.
- Seterusnya minta murid membandingkan nilai setiap pecahan berdasarkan saiz
kawasan berwarna mengikut urutan dari nilai yang kecil ke nilai yang lebih besar
- Ulang aktiviti bagi pecahan dengan penyebut 8 dan 10.
- Bimbing murid membuat kesimpulan

Kemahiran 2 : Menolak pecahan yang penyebutnya satu digit
Prosedur pengajaran
- Mulakan pengajaran dengan memilih pecahan wajar dengan penyebut satru digit
yang sama, contohnya 6,
- Minta murid menampalkan 4 bahagian daripada 6 bahagian bagi satu jalur bagi
mewakili pecahan 4/6 (gunakan bahan yang sesuai supaya tampalan boleh
ditanggalkan bila perlu).
- Bimbing murid melaksanakan operasi 4/6 1/6 dengan menggunakan jalur tadi.
- Murid dikehendaki mengeluarkan 1/6 bahagian dan bimbing murid untuk
menunjukkan bahawa nilai pecahan yang tinggal ialah 3/6 (iaitu 4/6 1/6 = 3/6).
- Ulang dengan nilai pecahan yang berlainan penyebut tetapi mempunyai GSTK
yang sama. Bimbing murid mencari nilai pecahan setara dengan menggunakan
carta pecahan.









2.2 PERPULUHAN

Hasil Pembelajaran :
Memahami konsep perpuluhan
Mengukuhkan konsep perpuluhan di kalangan kanak-kanak melalui pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2.2.1 KONSEP PERPULUHAN
Sistem angka perpuluhan ialah sistem angka yang menggunakan sepuluh sebagai
asas.Ia merupakan sistem angka yang paling banyak digunakan. Contoh nombor
perpuluhan adalah seperti 0.5, 0.72, 1.35 dan 0.0069.
Maksud nombor perpuluhan boleh digambarkan seperti berikut :
(i) Nombor perpuluhan sebagai sebahagian daripada satu kawasan

Bahagian yg berwarna menunjukkan bahagian dalam bentuk perpuluhan, 0.4 .
(ii) Nombor perpuluhan sebagai titik-titik atas garis nombor

0 0.2 1
(iii) Nombor perpuluhan sebagai hasil daripada operasi bahagi
5 10 = 0.5




Setiap digit dalam nombor perpuluhan mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang
tertentu.
ra pu sa

persepuluh perseratus perseribu
1 3
.
2 4

Aktiviti 1

Berdasarkan maksud nombor perpuluhan di atas, huraikan perkaitan antara
nombor perpuluhan dan pecahan. Mengapa kita perlu menulis nombor dalam
bentuk perpuluhan?


Dalam contoh di atas, 13.24 boleh dicerakinkan mengikut nilai digitnya seperti berikut:
13.24 = 3 + 10 + 0.2 + 0.04
Cuba anda cerakinkan 149.571.
Bilangan tempat perpuluhan bagi sesuatu nombor perpuluhan ditentukan dengan
bilangan digit yang berada di sebelah kanan titik perpuluhan. Misalnya, 2.45
mempunyai 2 tempat perpuluhan.




Penghampiran sesuatu nombor perpuluhan ditentukan dengan nilai digit pertama yang
berada di sebelah kanannya. Jika nilai digit itu ialah 5 atau lebih, penghampirannya
akan ditambah 1. Jika nilai digit itu ialah kurang daripada 5, digit asal dikekalkan.
Misalnya penghampiran kepada 2 tempat perpuluhan bagi 3.178 ialah 3.18 .







Dalam rajah di bawah, kawasan yang diwarnakan mewakili 8 daripada 10 bahagian,
iaitu 8/10 bahagian.


1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1

Disebabkan 1/10 = 0.1, maka 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8

Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan adalah boleh saling ditukar
(interchangeable).

Aktiviti 2

Bandingbezakan antara 2.45 dan 2.450 dari segi nilainya.


Aktiviti 3

Jelaskan pernyataan Dua atau lebih nombor perpuluhan yang berbeza boleh
mempunyai nilai penghampiran yang sama.

Seterusnya cuba anda fikirkan kepentingan penghampiran bagi nombor
perpuluhan dalam kehidupan seharian!


Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh
diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan. Disebabkan 1/10 = 0.1, 1/100 = 0.01,
dan 1/1000 = 0.001, maka 81/100 = 0.81












2.2.2 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a. Membaca dan Menulis Nombor Perpuluhan
5/10 = 0.5 [dibaca sebagai: sifar perpuluhan lima (zero point five)]
2/100 = 0.02 [dibaca sebagai: sifar perpuluhan sifar dua (zero point zero two)]
1769/1000 = 1.769 [dibaca sebagai: satu perpuluhan tujuh enam sembilan (one
point seven six nine)]
b. Menukar Pecahan kepada Nombor Perpuluhan
Bahagikan pengangka (numerator) dengan penyebutnya (denominator).
Contoh :

Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.
(i) 1/8
1/8 = 1 8

Oleh itu, 1/8 = 0.125


Aktiviti 4

Anda telah jelas bahawa suatu nombor pecahan boleh dinyatakan dalam
bentuk perpuluhan. Dalam kumpulan kecil, bincangkan kelebihan-kelebihan
kita menyatakan suatu nombor dalam bentuk perpuluhan berbanding pecahan
dalam aplikasi seharian.


(ii) 15/8
15/8 = 15 8

Oleh itu, 15/8 = 1.875

c. Menukar Nombor Perpuluhan kepada Pecahan
Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.
Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan
penyebutnya adalah gandaan 10.
Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah.
Contoh :

Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.

(i) 0.07
0.07 = 7/100
0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)
7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar)
(ii) 0.095
0.095 = 95/1000
0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)
95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar)
(iii)1.568
1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000



d. Menukar Nombor Perpuluhan kepada Peratus
Darabkan nombor perpuluhan dengan 100 dan letakkan tanda "%" supaya
diketahui ia adalah per 100.
Cara mudah untuk mendarabkan dengan 100 adalah untuk menggerakkan titik
perpuluhan 2 tempat ke kanan.


e. Penambahan dan Penolakan Nombor Perpuluhan

Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan boleh dilakukan dengan cara
menyusun nombor perpuluhan dalam bentuk tegak dimana titik perpuluhan disusun
dalam turus yang sama.

Penambahan
proses mencari jumlah dua nombor perpuluhan atau lebih.
Penolakan
proses mencari beza antara dua nombor perpuluhan

f. Pendaraban nombor perpuluhan
mendarab nombor perpuluhan dengan 10, 100, 1000 dapat dilakukan dengan
cara memindahkan titik perpuluhan ke kanan. Misalnya, 2.14 X 10 = 21.4
mendarab nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah proses mencari
penambahan berulang nombor perpuluhan itu.
Mendarab dua nombor perpuluhan

g. Pembahagian nombor perpuluhan
Membahagi nombor perpuluhan dengan 10, 100, 1000 dapat dilakukan dengan
cara memindahkan titik perpuluhan ke kiri. Misalnya, 8.7 10 = 0.87
Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah pengongsian sama
rata.
Membahagi nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan.





h. Gabungan operasi
gabungan tambah dan tolak atau darab dan bahagi
(sentiasa kira dari kiri ke kanan mengikut tertib yang diberi)
gabungan tambah, tolak, darab ,bahagi, dan ( )
(lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu, diiikuti dengan darab atau bahagi,
kemudian tambah atau tolak, dari kiri ke kanan)


2.2.3 KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Perpuluhan digunakan dalam menyatakan ukuran panjang, ketinggian dan jarak
dalam unit mm, m, km dan sebagainya. Misalnya, jarak antara sekolah ke
rumah saya adalah 3.3 km.
Perpuluhan digunakan dalam menyatakan isipadu cecair dalam unit mililiter dan
liter. Misalnya, kuantiti minyak kereta sebanyak 1.4 liter.

Perpuluhan digunakan dalam menyatakan nilai wang.

Untuk difikirkan!
Sebagai seorang guru, bagaimana anda dapat menjelaskan kepada murid anda
perbezaan maksud titik perpuluhan apabila menyatakan waktu, sebagai contoh 7.15
pagi.


2.3 PERATUS

Peratus hanya diperkenalkan selepas murid telah faham pecahan dan perpuluhan.
Murid perlu diberi pengalaman dengan konsep asas peratus dan pengalaman ini harus
dikaitkan kepada pelbagai model konkrit dan manipulatif serta konteks kehidupan
sebenar.

2.3.1 Maksud peratus

Istilah peratus berasal daripada perkataan Latin percentum yang membawa maksud
daripada satu ratus. Ini bermakna peratus merujuk kepada bilangan bahagian yang
dipertimbangkan untuk setiap seratus bahagian. Peratus juga mewakili pecahan khas
dengan penyebut 100.

Oleh kerana pecahan, perpuluhan dan peratus saling berkaitan dan cuma merupakan
cara berlainan untuk mewakili idea yang sama maka perkaitan antara ketiga-tiga bentuk
tersebut mesti ditunjukkan dengan jelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.





36%







100
36
0.36


Rajah 1. Perkaitan antara pecahan, perpuluhan dan peratus.




2.3.2 Simbol peratus
Apa itu simbol peratus?
5 peratus boleh juga ditulis sebagai 5 %. Peratus diwakili oleh simbol %.
25% dibaca sebagai 25 peratus.


2.3.3 Pelbagai cara mewakili peratus
(i) Petak seratus



5% 20%


(5 petak terlorek daripada 100 petak (20 petak terlorek daripada 100 petak
mewakili 5 peratus) mewakili 20 peratus)

(ii) Pembaris meter


0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 cm
80%

(iii) Rantai seratus manik









2.3.4 Menukar pecahan dan perpuluhan kepada peratus dan sebaliknya

a) Menukar pecahan kepada peratus
Terdapat banyak cara untuk menukar pecahan kepada peratus.

Contoh:

100
75
25
25
3
2
3
2
% 75 % 100
3
2
3
2
atau


b) Menukar perpuluhan kepada peratus
Terdapat juga banyak cara untuk menukar perpuluhan kepada peratus.

Contoh:

% 25 % 100 25 . 0 25 . 0 % 25
100
25
25 . 0 atau
atau % 40 % 100 4 . 0 4 . 0 % 40
100
40
10
4
4 . 0

c) Menukar peratus kepada pecahan
Untuk menukar peratus kepada pecahan, murid hanya perlu menulis semula dalam
bentuk pecahan perseratus dan mempermudahkan pecahan tersebut.

Contoh:

25
24
100
96
% 96

d) Menukar peratus kepada perpuluhan
Untuk menukar peratus kepada perpuluhan, murid hanya perlu tulis semula dalam
bentuk pecahan perseratus.

Contoh:

36 . 0
100
36
% 36

2.3.5 Mengira nilai peratus bagi suatu kuantiti yang diberi

a) Mencari peratus daripada satu nisbah nombor

CONTOH :
Berapa peratuskah ( i ) 6 daripada 25 ?
( ii ) 7 daripada 200?
( iii) 28 daripada 1000 ?



PENYELESAIAN:
1) X 100 = 24%
2) X 100= 3.5%
3) X 100 = 2.8%

b) Mencari nilai peratus daripada satu nombor
CONTOH:
Berapakah nilai (i) 15% daripada 80?
(ii) 140% daripada 500?
(iii) daripada 120?
PENYELESAIAN:
1) X 80 = 12
2) X 500 = 700
3) X X 120 = 15

c) Mencari keseluruhan (100%) apabila peratus diberi

CONTOH :
12 adalah 30% daripada satu nombor. Apakah nombor tersebut?

PENYELESAIAN:
30% daripada nombor itu = 12
1% daripada nombor itu ialah =
100% daripada nombor itu ialah = 100 x
` = 40
Nombor tersebut ialah 40.













2.3.6 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti 1: Mengenal Peratus
Hasil pembelajaran : Murid dapat menama dan menyebut peratus












Rajah 2
Prosedur:
1. Setiap murid diberi lembaran kerja seperti dalam Rajah 2.
2. Guru memimpin murid untuk menentukan bilangan bentuk yang ada.
3. Guru minta murid untuk mewarnakan semua bentuk pentagon dengan warna
merah.
3. Minta murid mengira bilangan pentagon merah.
4. Minta murid menulis pecahan yang diwakili oleh pentagon merah.
4. Minta murid menyebut dan menulis peratus bagi pentagon merah.

Nyatakan peratus bentuk-bentuk berikut dalam Rajah 2.

= = % = = %

= = % = = % = = %



Aktiviti 2 : Mari Menulis Peratus.

Hasil Pembelajaran :

Murid dapat (i) Melorek peratus yang diberi pada petak seratus
(ii) Menulis peratus dalam simbol dan perkataan






Prosedur:
1. Lengkapkan kad aktiviti di bawah.

Dalam Lorekkan
Angka petak
seratus
dua puluh empat peratus 24 %


enam puluh empat
peratus




39 %





lapan puluh peratus
satu ratus dua peratus 91 %


satu ratus dua puluh
peratus













Aktiviti 3: Mengenal Peratus
Hasil Pembelajaran : Murid dapat melorek petak seratus mengikut peratus yang diberi
dan menulis peratus
















Prosedur:
Warnakan petak seratus di atas seperti berikut:
Hitam 1 % = ______ petak Hijau 4 % = ______ petak
Biru muda 5 % = ______ petak Oren 10 % = ______ petak
Merah 18 %= ______ petak Kuning 12 % = ______ petak
Ungu 9 % = ______ petak Perang 16 % = ______ petak
Biru Tua 7 % = ______ petak Kelabu 14 % = ______ petak
Berapa peratus petak yang tak berwarna?

Variasi:
Rekacipta satu corak yang kreatif dengan mewarnakan petak seratus mengikut warna
dan nilai peratus yang diberi d atas.

Aktiviti 4 : Perkaitan Antara Pecahan dan Peratus
Hasil Pembelajaran:
(i) Murid dapat mengenalpasti perkaitan antara pecahan dan peratus.
(ii) Mengukuhkan kefahaman konsep pecahan
(iii) Menukar peratus kepada pecahan

Bahan-bahan:
Bagi setiap bentuk sediakan 12 kad pecahan untuk setiap kumpulan.

Prosedur:
1. Berikan set kad-kad pecahan berikut kepada setiap kumpulan.
2. Minta murid melorekkan peratus yang diberikan (A,B,C,D,E,F,G dan H)pada kad-

kad pecahan.
3. Bantu murid menukar peratus kepada pecahan perseratus dahulu. Kemudian
permudahkan pecahan perseratus kepada pecahan yang dikehendaki.

Contoh jawapan:

A. Lorekkan 20% daripada bentuk-bentuk ini.
20% = =
B. Lorekkan 10% daripada bentuk-bentuk ini.
10 % = =
C. Lorekkan 90% daripada bentuk-bentuk ini.
90 % = =


D. Lorekkan 80% daripada bentuk-bentuk ini.
80 % = =






E. Lorekkan 25% daripada bentuk-bentuk ini.

25 % = =
F. Lorekkan 50% daripada bentuk-bentuk ini.

50 % = =
G. Lorekkan 75% daripada bentuk-bentuk ini.


75 % = =
H. Lorekkan 100% daripada bentuk-bentuk ini.


100 % = = 1





Aktiviti 5: Bulatkan Titik

Hasil Pembelajaran : Mengira nilai peratus daripada suatu kuantiti yang diberi.

Prosedur:

1. Bulatkan 50% dari titik-titik bagi setiap kotak di bawah.



2. Bulatkan 25 % dari titik-titik bagi setiap kotak di bawah.




3. Bulatkan 75 % dari titik-titik bagi setiap kotak di bawah.






Aktiviti 6: Menyelesaikan masalah melibatkan peratus
Hasil Pembelajaran: Menyelesaikan masalah melibatkan peratus

Prosedur:
1. Soalan di bawah dirujuk:
1) Guru mengemukakan soalan penyelesaian masalah.
2) Guru mengemukakan soalan penyelesaian masalah

2. Guru membimbing murid menyelesaikan masalah di atas dengan cara yang
berikut:
Cara 1: Menukar Penyebut kepada 100
RM 2.40 daripada RM 5.00 digunakan untuk membeli sebatang pensel.
Pecahan wang belanja untuk membeli sebatang pensel ialah
Pecahan perseratus ialah =

Jawapan: Peratus wang belanja yang digunakan untuk membeli sebatang
pensel ialah 48%.

Cara 2: Mendarab dengan 100%
% 100
5
4 . 2
= 48%


Aktiviti 7: Jom Membeli Belah
Hasil Pembelajaran: Murid dapat mencari nilai suatu peratus daripada suatu jumlah duit
Bahan-bahan:
Sebiji dadu ditanda dengan 10%, 20%,25%,30%,50%,70% pada setiap
permukaan untuk setiap kumpulan
Sebiji kalkulator untuk setiap kumpulan
Senarai promosi (Lampiran 1)
Hanif mendapat wang belanja daripada ibunya sebanyak RM 5.00. Dia membeli
sebatang pensel berharga RM 2.40. Berapa peratuskah wang yang digunakan
oleh Hanif untuk membeli sebatang pensel?

Lembaran kerja (Lampiran 2)
Prosedur:
1. Dalam kumpulan berempat, setiap ahli kumpulan mengambil giliran untuk
membeli mana-mana barang daripada senarai promosi.
2. Lontar dadu untuk menentukan peratus diskaun.
3. Hitung jumlah diskaun dan catat dalam jadual di dalam lembaran kerja yang
diberikan.
4. Setiap ahli kumpulan perlu membeli sebarang 6 item (tidak boleh diulang)
5. Lengkapkan jadual 1.Kumpulan yang jimat jumlah wang paling banyak adalah
pemenang.

























Kek RM 6.00
Biskut RM
24.00
Lobak RM
4.80
Epal RM
3.20 Ayam RM 12.00
Sate RM
2.50
Fabrik RM 38.00
Air minuman RM
36.00
Aiskrim RM
15.00
Susu RM 8.00
Sabun RM 4.20
Ubat gigi RM
3.60
Kamera RM 640 TV RM 880 Jam RM
72.00
Berus gigi RM14.50
6.00
Cakera padat RM
40.00
Syampu RM
18.00
Lampiran 1- Promosi Jualan

Lampiran 2:
Lembaran kerja
Item Harga asal Diskaun Harga selepas
diskaun
Jumlah
wang
dijimat







Jumlah:



2.4 ISU-ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN PECAHAN, PERPULUHAN DAN
PERATUSAN
Pengajaran konsep pecahan, perpuluhan dan peratusan adalah antara cabaran
pengajaran matematik di sekolah. Murid telah membina pengetahuan tentang pecahan,
perpuluhan dan peratusan berdasarkan pengalaman mereka di rumah, melalui
permainan dan aktiviti lain di luar sekolah. Justeru menjadi tanggungjawab pendidik
untuk menghubungkaitkan pengetahuan yang telah mereka bina dengan pengetahuan
yang diajar di bilik darjah supaya pemahaman mereka tentang kosep pecahan,
perpuluhan dan peratusan dapat dibangunkan dengan mantap. Segala kekeliruan dan
salah tanggapan perlu diperbetulkan.

2.4.1 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Pecahan

Pecahan adalah antara kandungan penting dalam kurikulum matematik sekolah
rendah. Pengetahuan dan kemahiran dalam pecahan diperlukan dalam pembangunan
pemikiran berkaitan perkadaran, seterusnya dalam pengajian lanjutan matematik yang
akan melibatkan aljabar dan kebarangkalian. Walau bagaimanapun banyak guru
mendapati pecahan adalah bidang yang sukar untuk diajar, dan banyak murid
menghadapi masalah mempelajarinya.





Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, apakah konsep dan
kemahiran yang berkaitan dengan pecahan yang sukar untuk
difahami oleh murid?

Isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran pecahan telah banyak diperkatakan
oleh pakar pendidikan matematik. Antaranya adalah kekeliruan disebabkan oleh
beberapa tafsiran digunakan tentang konsep konstruk pecahan, perwakilan pecahan,
pengekodan pecahan yang berbeza, dan menggunapakai generalisasi yang sama bagi
operasi ke atas nombor dan pecahan (Clarke et al. 2008, Kilpatrick & Jeremy 2001,
McLeod & Newmach 2006, Sieglar et al. 2010).



Aktiviti 1
Tulis atau lukiskan
4
3
dalam pelbagai cara yang anda boleh fikirkan.

Pelbagai tafsiran berbeza yang digunakan bagi konstruk pecahan. Pecahan boleh
dimaksudkan dengan sebahagian daripada keseluruhan (part-whole), sukatan, hasil
bahagi (quotient), pengoperasi (operator), dan nisbah. Sebagai contoh,
3
2
: tafsiran
sebahagian daripada keseluruhan bermaksud 2 daripada 3 bahagian yang sama saiz.
Konteks ini digunakan bergantung kepada situasi di mana adanya keupayaan untuk
petakkan (partition) suatu kuantiti yang selanjar (seperti keluasan, jarak, isipadu)
kepada bahagian-bahagian yang sama atau satu set objek yang diskret kepada set-set
yang sama banyak.
Apabila pecahan ditafsirkan sebagai sukatan kuantiti (misalnya setengah kek),
dan ianya relatif bagi satu unit kuantiti. Tafsiran sukatan berbeza dengan konstruk
pecahan yang lain kerana bilangan bahagian yang sama banyak bagi satu unit adalah
bergantung kepada berapa banyak seseorang ingin bahagikan.
Pecahan boleh juga ditafsirkan sebagai operasi hasil bahagi atau hasil
membahagikan suatu nombor, misalnya 23 =
3
2
. Pecahan juga boleh dilihat dalam
konteksnya sebagai pengoperasi, iaitu untuk operasi ke atas satu unit atau hasil
kepada operasi yang sebelumnya. Sebagai contoh,
4
3
daripada 12 = 9 dan
4
1
8 = 2.

Pecahan juga digunakan sebagai nisbah. Iaitu satu cara untuk membandingkan saiz
bagi dua set atau dua ukuran. Misalnya bagi setiap empat biji rambutan merah terdapat
satu biji rambutan hijau.
Terdapat pelbagai tafsiran berbeza yang boleh diberikan tentang konstruk
pecahan. Oleh itu pendidik perlu memberikan pemahaman dan pengalaman yang baik,
matang dan fleksibel supaya murid boleh membezakan setiap satu dan berupaya
membuat hubungkaitan antara pelbagai tafsiran tentang maksud pecahan mengikut
situasi.
Amalan pengajaran guru yang cepat kepada penggunaan perwakilan yang
abstrak dan terus memberi tumpuan kepada manipulasi simbol pecahan telah
menyebabkan murid tidak mempunyai kefahaman yang matang tentang konsep
pecahan. Amalan begini boleh menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran
dalammewakili nombor pecahan dengan simbol yang piawai dan menggunakansimbol
pecahan dengan sewajarnya (Kilpatrick & Swafford 2001). Isu seperti ini perlu ditangani
dengan baik oleh pendidik. Sebelum penggunaan perwakilan pecahan secara abstrak,
murid perlu didedahkan dengan model perwakilan secara konkrit dan piktorial terlebih
dahulu. Pendekatan pengajaran tentang pecahan perlu memberi ruang kepada murid
untuk melihatnya dari perspektif mereka (McLeod &Newmarch 2006).
Nombor pecahan
4
3
misalnya, boleh diwakilkan dalam beberapa penulisan
simbol seperti
8
6
,
12
9
, 0.75, 75%. Pengekodan nombor pecahan yang pelbagai seperti
ini boleh mengelirukan murid jika kefahaman yang jelas tidak diberikan kepada mereka.
Pengajaran dalam kelas lebih memberi tumpuan dari sudut sintaksnya, iaitu simbol
ditukarkan kepada yang lain mengikut turutan hukum matematik sahaja. Sedangkan
setiap perwakilan nombor pecahan tersebut mempunyai semantiknya, iaitu perwakilan
yang ada maksudnya. Pengajaran kelas perlu memberi tumpuan kepada maksud setiap
perwakilan dan hubungkaitan antara setiap satunya (Kilpatrick & Swafford 2001).

Kebanyakan murid percaya mendarab akan menjadikan nombor lebih besar dan
membahagi akan menyebabkan nombor menjadi lebih kecil. Murid akan menghadapi
masalah sekiranya menggunakan konsep ini apabila menyelesaikan nombor pecahan.
Dalam contoh lain, berdasarkan pengalaman lepas, murid telah didedahkan tentang
konsep pendaraban sebagai penambahan berulang. Misalnya,

,
tetapi adalah sukar bagi murid untuk menggunakan strategi yang sama untuk membuat
visualisasi bagi operasi pendaraban nombor pecahan yang berikut:
, .




Aktiviti 2
Cadangkan strategi yang sesuai kepada murid bagi untuk
menerangkan operasi pendaraban di atas.
Fikirkan kesukaran yang dihadapi murid apabila melaksanakan
operasi pembahagian yang melibatkan pecahan.

Beberapa contoh yang dikemukakan di atas adalah situasi di mana murid
membuat generalisasi yang sama bagi operasi ke atas nombor bulat dan ke atas
pecahan. Sekiranya tidak diberikan penerangan yang bermakna murid boleh keliru dan
akan membuat manipulasi simbol secara hafalan.
Murid menghadapi kesukaran dalam membina kemahiran yang fleksibel dalam
menterjemahkan pecahan daripada perwakilan yang konkrit kepada perwakilan
pecahan yang simbolik. Bagi menangani isu ini pendidik perlu mengkaji cara-cara
bagaimana murid memahami sesuatu konsep matematik dan pengalaman secara tidak
formal tentang pecahan yang murid telah peroleh perlu diambil kira. Pengajaran perlu
memberi ruang kepada murid membina kemahiran menaakul bukannya sekadar
prosedur mekanikal.


2.4.2 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Perpuluhan

Pengajaran nombor perpuluhan juga mempunyai isu dan permasalahan. Pengajaran
perpuluhan biasanya bermula dengan mengaitkan perpuluhan dengan pecahan.
Walaubagaimana pun adalah mudah menyatakan nilai pecahan dalam bentuk
perpuluhan bagi pecahan bagi nombor nisbah. Misalnya 1/2 dan 2/5 boleh dinyatakan
sebagai 0.5 dan 0.4 masing-masing dalam bentuk perpuluhan. Namun murid agak
sukar memahami pecahan yang boleh dinyatakan dalam bentuk nombor berulang.
Sebagai contoh 1/3 boleh dinyatakan sebagai 0.3333... dan 5/9 boleh dinyatakan
sebagai 0.55555... Bagi pecahan yang lebih kompleks seperti 3/7 (yang boleh

dinyatakan sebagai 0.428571...), ianyanya lebih rumit lagi untuk dijelaskan secara
gambarajah pecahan atau garis nombor. Sebagai seorang guru, anda perlu
menjelaskan nombor perpuluhan seperti ini jika ditanya oleh murid. Penggunaan
kalkulator boleh membantu guru untuk menjelaskan masalah tersebut kepada murid.

Selain daripada itu, sebahagian murid akan keliru apabila membandingkan nilai dua
nombor perpuluhan yang berbeza bilangan tempat perpuluhan secara tipikal. Cuba
teliti contoh berikut:
0.4 dan 0.35 ...... 0.35 lebih besar kerana 35 lebih besar daripada 4
3.5 dan 3.25 ...... 3.5 lebih kecil kerana 5 lebih kecil daripada 25

Fenomena pertama di atas dikenali sebagai longer-is-larger dimana ada
kecenderungan memilih nombor yang mempunyai bilangan digit selepas titik
perpuluhan yang lebih banyak atau besar sebagai nombor yang lebih besar.
Fenomena kedua pula dikenali sebagai shorter-is-smaller.

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan kesilapan murid tersebut?
Bagimanakah anda sebagai guru boleh membantu murid yang mengalami masalah
salah konsep tersebut?

Dalam operasi tambah atau tolak yang melibatkan nombor perpuluhan juga adakalanya
mendatangkan masalah. Sebahagian murid akan membuat kesilapan apabila
menambah atau menolak nombor perpuluhan dengan nombor bulat sekiranya bilangan
tempat perpuluhan tidak ditekankan. Cuba teliti masalah berikut:
4.2 + 3 + 0.4 = 4.9
6.5 4 = 6.1
Jelaskan kesilapan yang dilakukan oleh murid tersebut dan cadangkan aktiviti yang
sesuai bagi membantu menangani masalah seumpamanya.

Dalam operasi darab nombor perpuluhan dengan nombor bulat pula, biasanya tempat
perpuluhan ditentukan selepas operasi darab dijalankan. Guru akan meminta murid
mangabaikan titik perpuluhan terlebih dahulu sebelum mendarabkan nombor yang
berkenaan. Kemudian titik perpuluhan diletakkan sama seperti tempat perpuluhan
yang asal.

Contoh:
3.25 x 6 , darabkan dahulu 325 x 6 = 1950
Jawapan: 19.50 sebab bilangan tempat perpuluhan asal adalah 2.

Sebagai seorang guru matematik, komen cara pengajaran tersebut sama ada sesuai
atau tidak untuk diamallkan dalam proses pengiraan tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran nombor perpuluhan di sekolah, anda
tentunya mempunyai isu atau permasalahan lain yang boleh dikongsi antara rakan
sekuliah anda. Jalankan satu sesi perbincangan dalam kumpulan 3 4 orang
dikalangan rakan kuliah anda.

2.4.3 Isu-Isu Penting Dalam Pengajaran Peratus

Peratus sangat lazim digunakan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun
salah tanggapan dan salah gunaan konsep peratus sangat meluas di kalangan pelajar
kita. Kadang kala salah tanggapan tentang peratus wujud di sekitar kita dan pelajar
melihat dan mempercayai salah tanggapan ini. Berapa contoh salah tanggapan , salah
konsep dan salah fahaman tentang peratus dibincangkan di bawah ini.

Contoh 1:
Ramai pelajar tidak tahu bahawa asas bandingan untuk peratus ialah satu ratus. Jika di
tanya soalan berikut : Jika 9 % daripada pelajar tidak menghantar kerja rumah
mereka, 9 daripada berapa orangkah yang tidak menhantar kerja rumah? Ramai
pelajar tidak dapat menjawab soalan ini. Disini, idea asas peratus tak kukuh. Maka
guru harus memastikan bahawa semua pelajar harus memahami konsep asas peratus.
Isu ini mungkin timbul daripada pedagogi pengajaran guru.


Contoh 2:
Diskaun sebanyak 100%








Apakah maksud kenyataan di atas. Adakah barang tersebut percuma ? Pada
kebiasaannya, pekedai cuma mengenakan diskaun 50% sahaja dan peratus diskaun
dikira berdasarkan harga jualan. Perkara-perkara begini yang merupakan gimik penjual
mengelirukan pelajar.

Contoh 3:
Kenyataan dalam akhbar harian atau iklan television yang mengesyorkan sesuatu
produk. Contohnya , 80% daripada pengguna yang disoal selidik menggunakan
jenama X berbanding dengan jenama lain. Kenyataan itu seolah-olah membuktikan
bahawa ramai orang suka dan menggunakan jenama X, iaitu jenama X paling popular.
Tetapi apa yang tak diketahui umum ialah bilangan orang yang terlibat dalam soal-
selidik tersebut. Jika hanya 5 orang disoal selidik, maka 80% hanya merujuk kepada 4
orang saja. Penggunaan peratus dalam cara ini tidak menyampaikan maklumat dengan
tepat malah mengelirukan dan mengubah kebenaran.
Contoh 4: Keputusan UPSR untuk dua buah kelas ditunjukkan seperti berikut:

Kelas
Damar
76% lulus
Kelas
Anggerik
90% lulus

Kelas yang mana menunjukkan pencapaian yang lebih baik? Tentunya kelas Anggerik.
Tetapi jika anda mengetahui bahawa bilangan murid dalam kelas Anggerik hanya 20
orang manakala bilangan pelajar dalam kelas Damar ialah 50 orang, maka ini
mengubah persepsi kita kerana bilangan yang lulus dalam kelas Damar sebenarnya
ialah 38 orang berbanding dengan 18 orang di kelas Anggerik.
Jadi peratus kadang kala digunakan untuk mengubah persepsi dan menyorok keadaan
sebenarnya. Pengajaran peratus haruslah dikaitkan dengan kehidupan seharian
dengan memberi fokus kepada aplikasi dalam kehidupan seharian. Semua salah
tanggapan miskonsepsi tentang peratus perlu dibincangkan dan dijelaskan dalam
kelas. Pelajar juga harus diajar menggunakan peratus dengan penuh tanggungjawab
tanpa memutar belitkan maklumat.


2.5 PENUTUP

Tahniah kerana anda telah membaca dan melaksanakan perbincangan dan latihan
seperti yang dikehendaki dalam modul ini. Anda seharusnya berupaya untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna
bagi kemahiran dalam tajuk pecahan, perpuluhan dan peratus. Selamat maju jaya.





Chinnapan, M. (2000). Preservice teachers' understanding andrepresentation of
fractions in a javabars environment. Mathematics EducationResearch Journal
13: 234-253.
Clarke, D.M., Roche, A. & Mitchell, A. Practical tips for making fractions come alive and
make sense. Mathematics Teaching in Middle School 13 (March 2008): 372-
380.
Kilpatrick, J. & Swafford, J. (2001). Adding it up: Helping children learn mathematics.
Washington DC: National Academy Press.
McLeod, R. &Newmarch, B. (2006). Fractions. University of London: National
Researchand Development Centre.
Siegler, R. et al. (2010). Developing effective fractions instruction for kindergarten
through 8th grade: A practice guide. Washington, DC: National Center for
Education Evaluation and Regional Assistance.

Pautan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-percents.html
http://www.mathsisfun.com/converting-decimals-fractions.html
http://pgsrkpt.blogspot.com/2011/08/mengajar-nombor-pecahan-perpuluhan-dan.html
http://panduanpercuma.info/petua-tips/4219/cara-mudah-fahami-pecahan-dan-
persamaannya-dalam-sistem-perpuluhan/
http://www.mathsisfun.com/decimals-menu.html
















PENULIS MODUL MTE 3109


IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

1. Datin Zaitun bt Othman
2. Pn Hafizah bt Omar
3. En Nor Hawan b Misiran
4. Dr Roslina bt Radzali
5. Dr Yusminah bt Mohd Yusof
6. En Mokhtar b Ishak
7. Pn Azizah Hj Tengah
8. Pn Rubaidah bt Ismail
9. Pn Wan Kamariah bt Wan Abdullah



IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1. Pn Parimalarani Sivasubramaniam
2. Y. M Tengku Noor Zima Tuan Jaafar
3. Cik Nellie Gan Hong Suan




IPG KAMPUS ILMU KHAS

1. Pn Khalidah bt Othman

Anda mungkin juga menyukai