Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB

REFLEKSI UMUM
Sewaktu saya mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Suai, saya berasa
begitu bertuah kerana mendapat sekolah yang berada di kawasan pinggir bandar. Hal ini kerana
suasana sekolah dan kawasan sekeliling yang sudah biasa dengan diri saya. Disamping sekolah
yang penuh dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan struktur bangunan yang moden.
Apabila diberi tugas untuk mengajar, perasaan rendah diri dan gelisah kerana sebelum ini saya
tidak pernah mengajar mata pelajaran yang diberikan kepada saya. Namun, berkat bimbingan
guru-guru lama yang berpengalaman, dan bantuan guru-guru lain dalam membantu membuat
penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang telah saya ada semasa menjalani latihan mengajar
sebelum ini telah membantu saya dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dengan berkesan dan tersusun. Selain itu, perbezaan bahasa dan budaya adalah
sesuatu yang sangat dibimbangkan semasa mula-mula menjejak kaki di dalam kelas. Namun,
dengan sedikit pengalaman semasa latihan praktikal dan menjadi guru Interim sebelum ini dapat
membantu saya dalam mengawal pelajar dan dapat mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah
dengan berkesan.

KEKUATAN/ KELEMAHAN/ KEKANGAN/ HALANGAN/ ISU-ISU BERBANGKIT.
Semasa program PPGB ini dilaksanakan, kekuatan yang dapat saya simpulkan ialah,
program ini sangat penting untuk memastikan seseorang guru baharu dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan masing-masing bukan sahaja dalam ilmu yang guru baharu miliki tetapi program ini
dapat menyediakan guru bahru untuk menghadapi realiti sebenar keadaan bilik darjah. Dengan
berkat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor yang cukup berpengalaman saya dapat
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Perbezaan latar belakang belakang pelajar yang mempunyai tahap kecerdikan yang berlainan
hendaklah diajar menggunakan tahap kemampuan yang berbeza yang boleh diterima oleh
pelajar. Selain dapat mencari penyelesaian dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah,
mentor juga dapat membimbing guru baharu supaya bertindak secara proaktif dalam aktiviti
kokurikulum dan juga pentadbiran. Terdapat beberapa kekurangan semasa program PPGB ini
dilaksanakan. Antaranya ialah kekurangan masa yang boleh diluangkan bersama mentor kerana
kekangan masa antara guru baharu dengan mentor disebabkan menjalankan tugas sebagai
seorang guru. Selain itu, tanggungjawab yang diberikan untuk program-program lain dan
aktiviti-aktiviti sekolah yang padat kadang kala membuatkan saya terlupa akan program PPGB
ini. Namun, atas nasihat dan peringatan daripada mentor telah membantu saya melaksanakan
program ini dengan lancar lagi.
CADANGAN
Cadangan untuk penambahbaikan program PPGB ini ialah, program ini haruslah
diterangkan secara terperinci kepada guru baharu tentang program yang hendak dilaksanakan
sebelum guru baharu di tempatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai