Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN POST MORTERM

Perkhemahan yang berlansung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk


meningkatkan kepimpinan pengawas dan membentuk badan pengawas sebagai ejen
yang berkesan dalam membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin dikalangan
murid-murid.
Meskipun badan pengawas merupakan satu pertubuhan yang kecil, namun
sumbangan serta bantuan yang diberikan oleh mereka kepada guru dan pihak sekolah
demi memastikan disiplin sentiasa terkawal amatlah besar. Pengawas merupakan mata
dan telinga pihak kepada sekolah. Segala laporan yang dibuat oleh pengawas akan
diteliti oleh guru disi[lin dan tindakan susulan akan diambil. Badan pengawas yang utuh
dan berwibawa mampu menangani pelbagai masalah di sekolah.

Keberkesanan atau impak perkhemahan terhadap peserta
Sepanjang kem ini dijalankan, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti
dan program yang menjurus kepada pemupukan sifat kepimpinan, keberanian,
keyakinan dan kerjasama dalam kalangan pengawas. Keberkesanan yang dapat dilihat
adalah dari segi ketepatan masa. Peserta dilatih untuk menepati masa untuk setiap slot
yang dijalankan. Tujuannya adalah untuk membiasakan peserta supaya tidak lewat dan
menjadi contoh kepada murid yang lain.
Selain itu, peserta didedahkan dengan sikap mengambil berat antara satu sama
lain. Ketua kumpulan akan memastikan ahli-ahlinya berada dalam kumpulan yang telah
ditetapkan. Sikap tangggungjawab terhadap ahli kumpulan dapat ditonjolkan seterusnya
melatih mereka supaya sentiasa mengambil berat antara satu sama lain.
Peserta juga dilatih supaya berdisiplin semasa menunggu giliran untuk
mengambil makanan. Sikap ini patut ada dalam diri setiap perserta supaya menjadi
contoh dan teladan kepada murid-murid yang lain.
Disediakan oleh,

. ....
(NURUL NISAA BINTI AZALI) (MOHD FADLY BIN