Anda di halaman 1dari 30

2 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1

Editorial
Syukur pada bulan April 2014 , banyak perkembangan terkini tentang universiti
di malaysia. Baru baru ini, pelbagai acara , seminar dan program yang dijalankan
oleh pihak universiti di seluruh malaysia untuk mahasiswa dan mahasiswi .


Di bulan April ini , Majalah Universitimy akan berkongsi idea dan cerita tentang
teknik kejayaan & informasi yang amat berguna .Mahasiswa mahasiswa di
seluruh Malaysia menghadapi tahun yang mencabar di tahun 2014 ini .


Teknik dan tips berkaitan dengan kehidupan mahasiswa di universiti turut
dimuatkan untuk rujukan mahasiswa dan mahasiswi .Selain itu , berita dan
aktiviti yang dijalakan oleh pihak universiti serta kerajaan juga disertakan
bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa tentang isu semasa .


Akhir kata, terima kasih kerana menyokong laman web
universitimy dan saya akan sentiasa berusaha
memberikan yang terbaik untuk mahasiswa dan
mahasiswi di seluruh Malaysia. Saya juga manusia biasa
yang tidak boleh lari daripada kesilapan. Saya berharap ,
anda dapat membantu saya membaiki kualiti majalah
ini dengan menghantar komen & cadangan anda.


Wassalam,
Pengasas Web Universitimy
Isi Kandungan
3 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
5 Langkah Bijak
Tangani GST
Universiti Sebagai
Rumah Kita
Wakil Pelajar UM
Terima Bauchar Buku
3 Teknik Mendapat
Biasiswa
Liga IPT
MMU Sedia Bangkit
Prinsip 4B
Untuk Lulus Temuduga
Senarai Biasiswa
Kerajaan & Swasta
Jenis Percintaan
di Universiti
5 Tip
Bangun Awal Pagi
Tips
Memotivasikan
diri
4
6
8
10
17
20
22
13
25
27
Universiti Sebagai
Rumah Kita
PULAU PINANG, 10 April 2014 - Universiti Sains Malaysia (USM) berkembang
pesat dan mencapai pelbagai kejayaan. Kini kakitangan USM telah menjangkau
lebih 10,000 orang tidak termasuk kira-kira lebih 1,000 orang kakitangan
kontrak dan tidak tetap.

Manakala pelajar pula sudah mencecah kira-kira 31,000 orangyang dijangka
meningkat kepada 35,000 orang dalam masa yang terdekat.

4 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Yang terbaharu USM diiktiraf pada kedudukan
ke-28 dalam bidang Sains Persekitaran dan
antara 100 - 200 terbaik dalam beberapa
bidang lain terutamanya dalam semua
bidang kejuruteraan dalam kalangan beribu
universiti yang ada di seluruh dunia," kata Naib
Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman.

Beliau bercakap kepada lebih 100 orang
kakitangan Jabatan Keselamatan yang

menghadiri program transformasi bersama Pejabat Transformasi USM dan Jawatankuasa
Khas Transformasi Jabatan Keselamatan yang dibentuk oleh Jawatankuasa Pengurusan
Universiti (JKPU) untuk meneliti pelbagai isu dan penambahbaikan dalam keselamatan
kampus USM.

Menurut Naib Canselor lagi, keadaan menjadi begitu rencam dengan kampus USM yang
kini berada di empat lokasi yang berbeza, Kampus Induk di Pulau Pinang, Kampus Bertam,
Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kelantan di samping
Kampus KLE di India serta keperluan keselamatan di Sg. Batu Merbok Kedah.


"Kerana itu, kita perlu melihat pembangunan dan perkembangan kampus USM ini seperti
kemajuan sebuah keluarga besar yang perlu diuruskan seperti sebuah rumah yang
memerlukan kefahaman dan kasih sayang mendalam dalam kalangan setiap ahli keluarga,"
kata Omar.


Naib Canselor menyeru agar usaha transformasi dan pemerkasaan Jabatan Keselamatan
disokong dengan memaklumkan universiti apa jua masalah yang dihadapi dan berkongsi
dengan mana-mana pihak yang bersedia membantu . - dari Website USM
Baucar Buku 1Malaysia
Seramai 12 wakil Jawatankuasa Tindakan Kolej Kediaman (JTK), Universiti Malaya (UM) dan
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) menerima Baucar Buku 1Malaysia
yang disampaikan oleh Naib Canselor UM, Profesor Dato Dr. Mohd Amin Jalaludin dalam
satu majlis baru-baru ini.


MPPUM diwakili oleh Yang Dipertuanya iaitu Muhamad Kamarul Setapa bagi menerima
baucar bernilai RM250.00.

6 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Profesor Dato Dr. Mohd Amin dalam ucapannya berharap agar para pelajar menggunakan
baucar buku tersebut dengan sebaik-baiknya untuk membeli buku-buku ilmiah.

Jangan salah guna baucar ini dan jangan sesekali jual baucar buku kepada pihak ketiga,
tegas beliau.



Beliau turut menyarankan agar pelajar UM menggunakan pendekatan berkongsi atau
smart sharing iaitu setiap seorang pelajar membeli buku yang berlainan dan berkongsi
buku tersebut dengan rakan masing-masing.

Sementara itu, Presiden Kolej Kediaman Ketujuh, Mohd Hazwan Zulkifli berkata Baucar
Buku 1Malaysia amat berharga kepada para pelajar bagi meringankan beban mereka untuk
membeli buku-buku bagi kegunaan pembelajaran. - dari website UM

7 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Mendapat
Biasiswa
3 Teknik

1. Kenali penaja
Kini , ramai penaja yang
berminat untuk menaja
mereka yang berada di
universiti seluruh
Malaysia .

Anda perlu memahami bidang kerjaya yang
penaja anda berminat dalam memohon
biasiswa .

Contoh penaja yang menawarkan biasiwa
ialah Maybank, TM , CIMB , Khazanah
Negara dan lain - lain . Oleh itu , cari penaja
yang sesuai dengan bidang yang anda
belajar di universiti .
2. Cara berkomunikasi
Persaingan untuk mendapatkan biasiswa
antara pelajar pusat-pusat pengajian tinggi
semakin hebat.

Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang
mendapat CGPA yang tinggi semakin ramai
setiap tahun.

Calon-calon perlu meyakinkan panel yang
membuat pemilihan akan kemampuan
komunikasi mereka
semasa temuduga
untuk mendapatkan
biasiswa.

3.Berdoa
Ini merupakan cara yang terbaik ,
selepas anda menyelesaikan semua
cara untuk mendapatkan biasiswa .
Usaha sudah anda laksanakan , sekarang
tiba waktunya untuk anda berdoa dan
berserah kepada tuhan .

Semoga cita - cita anda untuk mendapatkan
Biasiswa termakbul.
9 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
MMU sedia bangkit

Liga IPT
Kuala Lumpur: Musim lalu, Universiti Multimedia (MMU) antara pencabar terkuat
saingan Divisyen Satu Liga Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi Liga IPT yang
menyaksikan mereka mengakhiri cabaran di tangga keenam daripada lapan pasukan.

Mereka turut layak ke pusingan akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi selain muncul
juara Divisyen Dua Liga IPT .

Perlawanan menentang Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pembuka tirai pusingan
kedua 11 Mei ini juga ditunda kerana majoriti pemain terbabit dalam peperiksaan.

Minggu lalu, keadaan menjadi lebih parah apabila MMU dibelasah 8-0 oleh UTeM,
aksi terakhir pusingan pertama.
Saya kehilangan tujuh pemain utama musim lalu yang menamatkan pengajian mereka,
kata Mohd Faizal yang bersama skuad ini sejak ditubuhkan pada 2003.Pemain baru pula
memerlu sedikit masa untuk matang. Semangat pemain juga agak rendah setakat ini.

Ringkasnya MMU berdepan saat sukar lebih-lebih lagi ketika pasukan lain masih
membariskan pemain lama dan anak buah saya melalui proses penyesuaian yang saya kira
akan mengambil sedikit masa.


4 Cara Terbaik Menjadi
Mahasiswa Cemerlang
Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk
menjadi yang terbaik.
Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin
diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap
kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi.
11 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Duduk di barisan hadapan
Duduk dibarisan hadapan
akan menaikkan peratus
anda lebih tinggi untuk
pensyarah mengecam
muka anda dan seterusnya
mengingati anda sebagai
pelajarnya.

Rakan yang betul
Sebenarnya rakan sekelas
yang duduk dalam jarak
1 meter radius, amat
memberi impak maksima.

Jika anda pandai berkawan,
anda boleh menyesuaikan diri
anda di mana sahaja anda berada nanti.

Tempat Study yang
betul
Mahasiswa akan termotivasi semasa belajar
jika persekitaran belajar dapat memberikan
rangsangan sehingga pelajar tertarik untuk
belajar .

Sentiasa Tepati
Masa
Jangan sesekali membazir masa
Secara tidak langsung hubungan akan
terjalin antara anda dengan pensyarah
dan seterusnya boleh mempengaruhi
carrier mark juga grad subjek
tersebut.

Oleh itu , penjadualan sangat penting bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran masa.

Kerja perlu disiapkan mengikut tempoh yang
telah ditetapkan untuk mengelak kerja
bertangguh dan tidak sistematik.

kerana orang yang benar-benar menghargai
masa akan sentiasa memenuhkan harinya
dengan melakukan perkara bermanfaat .

Selain itu, kawan yang baik
adalah satu faktor penting
dalam mencapai kejayaan.
Persekitaran yang
aman secara
fizikal bagi para
pelajar, sehingga
mereka merasa
senang dan nyaman untuk belajar.

12 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
5 Langkah
Bijak Untuk Tangani
Langkah 1:
Gunakan kad pelajar anda
Kad pelajar adalah satu instrumen
yang sangat membantu dalam usaha
anda menyimpan wang.

Anda boleh menggunakannya untuk
mendapat diskaun ketika menonton
wayang, membeli buku, menaiki LRT,
melayari Internet, bercuti, makan,
bersukan dan sebagainya.

Bayangkan penjimatan
yang anda dapat!

Langkah 2:
Wujudkan Dana Kecemasan
Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan
dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya
memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan
perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau
komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki,
serta isu-isu kewangan yang lain.


Namun, dengan adanya dana kecemasan,
anda tidak perlu runsing dan berhutang
dengan orang lain kerana anda
mempunyai wang simpanan sendiri.

Tetapi ingat : Dana kecemasan harus
digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

14 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Langkah 3 : Buat perbandingan
harga semasa membeli-belah
Dengan membandingkan harga dan mencari
tawaran yang terbaik, anda mampu
menjimatkan wang setiap kali membeli-belah.

Membandingkan harga juga mengajar kita
untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar
semasa membeli barang.

Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan
berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh
nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa
berusaha mendapatkan nilai yang terbaik
untuk wang anda!

Langkah 4 : Jadilah pelajar yang
bijak
Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran,
anda juga perlu bijak berbelanja.

Cetak tugasan anda di kedua-dua belah
muka surat kertas, beli isian semula mesin
pencetak dan bukannya kartrij pencetak,
pinjam buku rujukan daripada pelajar
senior/rakan/
perpustakaan,
sewa rumah
bersama kawan-
kawan dan
makanlah di
kampus.


Secara amnya,
perkhidmatan dan
kemudahan di
kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan
lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah
kesempatan ini. Lebih elok lagi, kumpulkan
kawan-kawan anda dan carilah peluang
mendapatkan diskaun apabila membeli
barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di
kampus.

15 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Langkah 5: Amalkan Peraturan 10 %
Secara amnya, peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan
10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan.

Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah
RM50.

Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau
elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan
sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi.

Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan.
Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam
menyimpan wang pada masa akan datang.

16 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Prinsip 4B untuk Lulus
Temuduga
Temuduga biasanya mendahului keputusan
pengambilan kerja, dan biasanya digunakan bagi
menilai calon.

Temuduga biasanya didahului dengan
penilaian resume dari calon yang berminat, kemudiannya
memilih sejumlah kecil calon bagi temuduga.
Temuduga merupakan suatu bentuk wawancara
berstruktur melibatkan panel penemuduga dan calon temuduga.
17 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
1. Berpakaian Kemas
Bagi lelaki pastikan rambut anda
pendek, disikat kemas dan
berminyak. Bagi perempuan
yang bertudung, pastikan
tudung anda diikat kemas.

Bagi perempuan yang tidak
bertudung, pastikan rambut anda
disikat kemas.

2. Bekeyakinan
Bila nama anda dipanggil, masuk dengan
senyuman dan penuh keyakinan. Tip
temuduga kerja ini nampak mudah, tapi
ramai yang mengabaikannya.

Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau
Selamat Petang bergantung pada sesi
temuduga. Duduk
hanya apabila
anda dibenarkan
duduk dan ucap
terima kasih.

4. Bawa Dokumen Penting
Jangan lupa semua dokumen penting. -
Salinan keputusan anda, Salinan kad
pengenalan dan
sebagainya. Itu
sangatlah penting.
Jangan sampai terlupa
end up menyusahkan
semua pihak yang
bertugas masa hari temuduga.


3. Bersedia
Jangan lupa untuk membawa salinan resume
anda serta sijil-sijil penting yang mungkin
menarik perhatian mereka.

Ini perlu kerana setiap majikan menanyakan
soalan berbeza tetapi
terdapat juga soalan-soalan lazim
dalam sesi temuduga.

18 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Senarai Biasiswa Kerajaan Senarai Biasiswa Swasta
1. Biasiswa Maybank

Pelajar yang memegang
biasiswa ini akan ditawar
kan pekerjaan di Maybank
supaya membolehkan individu yang
berkualiti & berkepimpinan menerajui
Maybank.

2. Biasiswa CIMB

Biasiswa CIMB disediakan oleh CIMB
Group menawarkan biasiswa untuk
pelajar - pelajar yang ingin mengikuti
pengajian Ijazah Sarjana Muda .

Pelajar yang ingin
memohon biasiswa ini
perlu mempunyai
pencapaian akademik
& daya kepimpinan
yang tinggi.

3. Biasiswa Maxis

Biasiswa Maxis ditawarkan kepada
pelajar - pelajar yang menuntut di IPTA &
IPTS Malaysia bertujuan untuk
membantu mereka mengejar cita - cita
yang mereka iginkan.

Hanya mereka yangmenjadi
pelanggan Maxis sahaja layak untuk
memohon biasiswa ini.
Anda boleh lihat banyak lagi
senarai biasiswa kerajaan ,
negeri dan swasta di website
http://www.universitimy.com/
21 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
1.Biasiswa Sukan KPT

Biasiswa Sukan KPT di
sediakan untuk atlet tang cemerlang dalam
sukan danmempunyai pencapaian academic
yang baik .

2.Biasiswa Khazanah Global

Biasiswa Khazanah Global
ditawarkan untuk pelajar
cemerlang Malaysia yang
ingin menyambung
pelajaran di universiti terkenal luar Negara

3.Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Biasiswa Tunku Abdul Rahman
ditawarkan kepada mereka
yang mempunyai bakat
kepimpinan yang tinggi &
mempunyai tahap akademik
yang cemerlang .

Biasiswa ini ditawarkan kepada
mereka yang mengikuti
peringkat pengajian Ijazah
Sarjana Muda di Universiti Awam dalam
Malaysia.
Jenis Percintaan
Mahasiswa di Universiti

Percintaan antara mahasiswa dengan mahasiswi
Percintaan mahasiswa di internet
Percintaan antara mahasiswa dengan pensyarah
Percintaan mahasiswa dengan suami orang
Percintaan mahasiswa dengan datuk-datuk/orang-orang kaya
Percintaan mahasiswa yang terlibat dengan cinta tiga segi
Tidak dinafikan setiap insan di muka bumi ini dilahirkan untuk mencintai dan dicintai
sesama manusia namun itu bukanlah alasan untuk melakukan perkara tersebut di luar
batas sehingga mengenepikan agama dan adat budaya.

Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai isu percintaan di kalangan mahasiswa universiti
sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap mahasiswa universiti.
.
Percintaan di kalangan pelajar universiti ini membuka minda masyarakat betapa golongan
ini dalam usaha mengatur hidup mereka di masa hadapan dan sedaya upaya memberikan
yang terbaik untuk pasangan masing-masing.

Diharapkan pelajar-pelajar universiti ini bijak mengatur langkah dan sentiasa berpijak di
bumi yang nyata.
22 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Pelajar China
Mengesa Media
Hentikan Burukkan
Imej Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelajar China
yang sedang mengikuti pengajian
di Malaysia dan mereka yang
pernah menuntut di negara ini,
menggesa media China dan
rakyat negara itu supaya tidak
memburukkan imej Malaysia
berikutan tragedi yang
menimpa pesawat Malaysia
Airlines MH370.
Presiden persatuan Alumni Pelajar China Malaysia (MACSA), Adam Huang, berkata
persatuan itu sudah menghubungi media di China melalui kedutaan negara mereka di sini
untuk memintanya tidak lagi mengutuk Malaysia.
"Kami telah menghubungi media di China supaya berhenti daripada mengutuk dan
memburukkan imej Malaysia. Kami juga minta mereka membantu memulihkan kepercayaan
rakyat China terhadap Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, hari ini.
"Sejak minggu pertama tragedi ini, kami menggunakan media sosial sebagai platform untuk
menyampaikan ucapan terima kasih kepada negara ini dan memberi penjelasan tentang
keadaan sebenar di sini," katanya.

Huang berkata, pengguna media sosial juga diminta tidak lagi melakukan provokasi terhadap
pihak berkuasa Malaysia, kerana perbuatan itu memburukkan lagi keadaan.
Ia berdasarkan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini oleh syarikat
telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara
UK. - Berita Harian Online
24 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
5 Tips Bangun Awal Pagi
Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi .
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab , antaranya ia telah menjadi tabiat,
tidur lewat dan perasaan malas.

Jom amalkan 5 tips untuk bangun awal pagi
1. Tidurlah lebih Awal
Ini adalah cara paling mudah dan merupakan
penyebab utama
mengapa banyak
orang susah
bangun pagi.

Yakni kerana
kurangnya tidur, tentunya kurang tidur akan
membuat anda susah bangun pagi dan
kalaupun anda bangun pagi, anda akan lebih
lelah.
2. Letakkan Alarm Jauh
Dari Anda
Alarm memang
bertujuan untuk
membangunkan
anda.

Tapi jika diletakkan di
samping anda dan terus di-snooze sampai
mati, maka alarm sekarang bertujuan untuk
hanya mengganggu anda.
3. Makan Sesuatu
Sama halnya dengan makan di pagi hari
yang membutuhkan kesadaran, makan
juga akan memotivasi anda untuk
bangun.

Letakkanlah makanan
kecil seperti biskut
di samping anda, lebih
baik jika makanan keci itu
memiliki karbohidrat di
dalamnya kerana pada saat
anda tidur, tingkat gula darah
anda menurun.

Letakkanlah di berhampiran anda supaya
anda dapat mengambilnya semasa bangun
dari tidur .

4. Tempat Tidur yang Selesa
Sebelum kita tidur ,cuba
pastikan keadaan tempat
tidur adalah selesa supaya
kita dapat tidur dengan nyenyak.

Tempat tidur yang selesa
menjadi faktor untuk bangun
pagi dengan gembira.

Pastikan bantal, selimut berada di
dalam keadaan yang bersih
dan elakkan dari
tidur di lantai
dan kawasan
yang keras.
5. Senaman Selepas Bangun
Apa kata selepas bangun tidur, kita jangan terus berdiri. Tetapi cuba buat
senaman ringan di katil seperti melunjurkan kaki, tangan dan sebagainya.
Cara ini dapat memanaskan badan dan seterusnya memudahkan kita
bangun tidur.
Tips Memotivasikan Diri
Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita
mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai
semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun.

Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan
berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
27 Maj al ah Uni versi ti my Edi si 1
Mengetahui Tujuan
Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk
anda berjaya dari tujuan anda melakukannya.
Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk
memberi perangsang dalam menghadapi
kesulitan di kemudian hari.

Ia akan dapat membantu anda melakukan
perkara-perkara yang dilihat mustahil pada
pandangan manusia normal.

.
Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan
anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.
Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu,
anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan
membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan
memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang
terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar,
apa yang perlu anda lakukan ialah untuk melihat kembali
kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan
motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.
Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan cabaran , anda mungkin cenderung
untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikir
bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan.

Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat
perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang
kalah. Jika berhadapan dalam situasi sukar, fokuskan pemikiran
anda untuk meneruskan langkah kehadapan.

Tunggu Kemunculan
UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN
BERITA SEMASA UNIVERSITI UNIVERSITI DI MALAYSIA ,
ANDA DISARANKAN MELAYARI LAMAN WEB UNIVERSITIMY
http://www.universitimy.com
IKUTI PERKEMBANGAN UNIVERSITI DI
MALAYSIA & TIPS BELAJAR DI UNIVERSITI
https://www.facebook.com/uni versi ti my