Anda di halaman 1dari 44

KESELAMATAN BENGKEL

I. PERATURAN & ETIKA


II. PUNCA KEMALANGAN
III. PUNCA KEBAKARAN
IV. PERTOLONGAN CEMAS
Masuk bengkel dengan kebenaran guru.
Dilarang membawa beg.
Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.
Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan
cermat.
Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan
mudah terbakar tidak digunakan.
Semua peralatan dan bahan hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.
I. PERATURAN AM
Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar
bengkel kecuali dengan izin guru.
Laporkan segera kemalangan kepada guru atau
guru besar.
Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam
Buku Rekod Kemalangan.
Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa.
OFFkan semua suis sebelum meninggalkan
bengkel

Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa.
Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di
dalam bengkel.
Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut yang
bertutup.
Ikat rambut yang panjang dengan kemas atau diikat hujung
tudung bagi murid dan guru perempuan.
Fahami dengan betul sebelum memulakan kerja dan
mendapat bimbingan guru sekiranya terdapat sebarang
keraguan.
Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja.
Cuci tangan selepas bekerja.
II. KESELAMATAN DIRI
Memakai tudung
/ Ikat rambut
Memakai apron
Kasut bertutup
dan tapak getah
Memakai sarung
tangan
Lengan baju
dilipat
Rambut kemas
dan pendek
Memakai gogal
Kasut bertutup
dan tapak getah
PAKAIAN SESUAI DI BENGKEL
SIMBOL ARAHAN DALAM BENGKEL
BERACUN MUDAH TERBAKAR PEMADAM API
PAKAI KASUT CUCI TANGAN
BAHAYA
KECEDERAAN DAN KEMALANGAN YANG BIASA BERLAKU
SENGATAN
HIDUNG BERDARAH
LUKA
PENGSAN
HABUK LEMAS
KECEDERAAN LAIN:
TERSELIUH MELECUR
KERACUNAN
KEJUTAN ELEKTRIK
Amalan
4M
1. MEMBERSIH
2. MENYUSUN
ATUR
3. MENILAI
4. MENDISIPLIN
ETIKA
1. MEMBERSIH
Pembersihan dilakukan dalam bengkel
dengan menggunakan alatan seperti
penyapu, penyedut hampagas, kain buruk
dan lain-lain.
Ini adalah untuk memastikan bengkel bersih,
kemas dan selamat digunakan.
2. MENYUSUN ATUR
Alatan dan bahan disusun dan disimpan di
tempat yang ditetapkan dan mengikut
jenisnya.
Kerusi dan meja disusun semula sebelum
keluar dari bengkel.
Alatan membersih (penyapu, kain, tong
sampah) disimpan di tempatnya.

3. MENILAI
Murid perlu menilai terhadap diri sendiri dan
tempat kerja dari segi
Ketepatan langkah kerja.
Hasil kerja.
Keadaan tempat kerja.

4. MENDISIPLIN
Setiap murid perlu

Mempraktikkan peraturan keselamatan dan
langkah-langkah kerja yang ditetapkan.
Menggunakan alatan dengan betul dan selamat.
Mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh
guru atau formen.
Rujuk kepada guru segera jika terdapat alatan
yang rosak dan jika berlaku kecemasan.
PUNCA KEMALANGAN

Punca kemalangan akibat daripada:-
Kecuaian pelajar
Keadaan Peralatan/Perkakasan
Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja
LANGKAH PENCEGAHAN
KEMALANGAN
Menghapuskan gangguan
Menggunakan alat-alat yang selamat
Papan kenyataan yang mempunyai
maklumat amaran keselamatan
Melatih pelajar
Memakai peralatan perlindungan-pakaian,
kasut, topi keselamatan
REKOD KEMALANGAN
Tujuan menyimpan rekod:-
Membantu untuk membuat laporan yang tepat dan
lengkap
Panduan keberkesanan langkah pencegahan
Asas penilaian keberkesanan program
keselamatan
Menunjukkan kemungkinan bentuk kemalangan
yang serupa
Menjelaskan keadaan berbahaya dan amalan tidak
selamat
Menjadi sumber fakta bagi analisis yang dijalankan

JENIS-JENIS REKOD KESELAMATAN:
(i) buku rekod kemalangan
(ii) pemeriksaan keselamatan
(iii) mesyuarat jawankuasa keselamatan
(iv) program keselamatan
Satu rekod kemalangan hendaklah disediakan di setiap bengkel.
Butiran yang harus direkodkan seperti yang ditunjukkan dalam
jadual

Bil Tarikh Masa Nama Jenis Kemalangan Tindakan
1 1. 4. 07 9.45 AM ALI BIN ABU Luka terkena pisau

Cuci &
balut
* BOLEH TAMBAHKAN RUANGAN SAKSI
PUNCA KEBAKARAN

Litar pintas akibat dari retakan penebat
kabel.
Kerosakan peralatan elektrik.
Percikan api.
Bahan mudah terbakar ( tinner ).
Kebocoran gas ( penunu bunsen ).
Kecuaian.
Lilin.
JENIS-JENIS API/KEBAKARAN
Kelas A
Kebakaran yang melibatkan bahan pepejal
organik yang mudah terbakar seperti kayu dan
kertas.

Kelas B
Kebakaran yang melibatkan cecair mudah
terbakar atau pepejal yang mudah cair seperti
gris, gasolin, minyak dan sebagainya.
Kelas C
Kebakaran yang melibatkan gas yang
tidak mempunyai risiko menyebabkan
letupan.

Kelas D
Kebakaran akibat logam yang mudah
terbakar dan biasanya khusus untuk jenis
logam-logam tertentu sahaja.
PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN
Fire extinguisher / Pemadam api
Peralatan reaksi cepat pellbagai guna kerana
dapat dipakai untuk jenis kebakaran kelas
A,B,C.

Pastikan alat pemadam api berada di bengkel
sebagai langkah keselamatan.

Hendaklah diletakkan di tempat yang mudah
dilihat.
Memastikan alat tersebut berfungsi dengan baik
dan selamat digunakan.
Menghubungi pihak bomba untuk memeriksa
alatan tersebut.

HYDRAN
Reaksi cepat yang efisyen dan digunakan untuk
kebakaran jenis A.

Digunakan oleh bomba untuk mendapatkan
bekalan air jika berlaku kebakaran.
PENGESAN ASAP / SMOKE DETECTOR
Peralatan ini secara automatik akan
memberitahu kepada setiap orang apabila
terdapat asap.
Akan berbunyi apabila asap dikesan.
FIRE ALARM
Memberitahu setiap orang apabila terdapat
bahaya kebakaran di suatu tempat.

Loceng pada alat ini akan berbunyi dengan kuat.
FIRE HOSE REEL
Di dalam hos getah terdapat air yang
bertekanan tinggi.

Apabila injap dibuka, air akan disembur ke arah
api untuk memadamkannya.
LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN
Minta murid bertenang dahulu.
Ikut laluan kecemasan.
Membawa murid ke tempat yang selamat.
Berkumpul di tempat yang lapang.
Jika kebakaran itu kecil, guru boleh memadamkan api.
Jika kebakaran besar, hubungi pihak bomba.
KEJURUTERAAN

Badan yang mengkaji dan meneliti pelan
pelan bangunan dan bahan-bahan keperluan
di dalam bangunan seperti sistem
kebombaan.
KAWALAN KESELAMATAN
Memastikan peralatan pencegahan kebakaran
berada dalam keadaan baik.

Penyelenggaraan peralatan
Peralatan diselenggara dari semasa ke semasa
supaya berada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
PERTOLONGAN CEMAS
Definisi Pertolongan Cemas:

Bantuan segera yang diberikan kepada
orang yang cedera sebelum golongan
profesional seperti doktor atau jururawat
mengambil alih
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Setiap bengkel perlu memiliki peti pertolongan
cemas yang lengkap.

Diletakkan di tempat yang strategik supaya
senang diambil oleh sesiapa yang
memerlukannya.

Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaga dan
menambah barang yang telah habis digunakan.

TANGGUNGJAWAB KETIKA KECEMASAN
Menilai situasi kecemasan.

Pastikan kawasan kecemasan selamat.

Memberi bantuan kecemasan.
KECEMASAN DI BENGKEL
Lapor kepada guru bertugas.

Bersihkan kecederaan dengan antiseptik.

Membubuh ubat yang sesuai.

Rekodkan setiap kecederaan. ( kecil / besar )

Sekiranya kecederaan yang berlaku serius,
pastikan saksi dicatat.
KESUKARAN BERNAFAS
Punca kesukaran bernafas paling utama
akibat sedutan sama ada daripada asap gas
atau habuk.

Oleh itu, sentiasa menggunakan peralatan
perlindungan semasa bekerja di bengkel.
LUKA DAN LEBAM
Terdapat 2 jenis luka:

Luka terbuka

Luka tertutup (pendarahan dalaman).
LUKA TERBUKA
Satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak
dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain.

Luka ini terdedah kepada kemasukan kuman ke
dalam badan.

Rawatan bagi luka-luka kecil :
Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.
Jika luka tersebut kotor, bersih dengan
menggunakan air yang mengalir.
Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan
tisu atau tuala yang steril.

Tutup sementara luka dengan menggunakan
pembalut kasa yang steril.

Bersihkan kulit di sekeliling luka dengan sabun
dan air atau pencuci yang dapat menanggalkan
gris.

Buang pad kapas daripada luka dan gunakan pad
kapas yang baru setiap kali mengesat luka.

Lap luka sehingga kering dan kemudian balut
dengan pembalut berperekat atau plaster.
Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang
teruk):

Tanggalkan atau gunting pakaian untuk
mendedahkan luka. Perhatikan jika terdapat objek-
objek tajam spt kaca.

Beri tuaman atau tekanan terus ke atas
luka dengan tapak tangan. Jika boleh lakukan
dengan pembalut yang bersih.

Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada
aras atas jantung mangsa itu. Pegang anggota itu
perlahan-lahan jika anggota ini mengalami
keretakan.
Baringkan mangsa. Keadaan ini akan
mengurangkan pengaliran darah ke bahagian
yang tercedera dan mengurangkan renjatan.