Anda di halaman 1dari 1

UNSUR RIBA DALAM INSURAN

NYAWA

Written by PPSM JB
Monday, 06 February 2006
Soalan : Bolehkah orang Islam mengambil insuran nyawa?

Jawapan:

Insuran nyawa yang diamalkan di dunia kini adalah berunsurkan riba.
Umat Islam sewajarnya tidak terlibat dengan institusi yang berunsur
riba. Allah mengharamkan riba kerana ia mengandungi unsure-unsur
kezaliman. Bolehlah disenaraikan di sini sebab-sebab haramnya iaitu :

orang yang menyertai insuran itu mengharapkan keuntungan berlipat
ganda dari syarikat yang menawarkan,

Wang yang akan diberikan kepada syarikat itu sebagai wang
pertaruhan yang akan lesap apabila tiada apa yang berlaku. Syarikat
akan untung berlebihan sedangkan pelanggan rugi.

Nyawa kita sudah dijamin Allah, umat Islam seluruhnya menjadi
penjamin di antara satu sama lain. Apabila kita mengharapkan sesuatu
yang lain dari yang Allah sebutkan itu sudah tentu kita menyalahinya.

Insuran kereta, motor yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sesuatu yang
tidak boleh dielakkan, maka haruslah diambil untuk membolehkan kita
memiliki lessen cukai jalan. Kita mengambil insuran itu bukan bertujuan
keuntungan sebaliknya untuk membolehkan kita mendapatkan lessen, itu
saja. Tetapi jika kita berniat mendapatkan keuntungan dan jaminan tetap
dikira riba juga. Oleh itu betulkan niat kita semasa mengambilnya.

Last Updated ( Friday, 10 February 2006 )