Anda di halaman 1dari 10

NAMA AKTIVITI

Aktiviti yang dikenalpasti dapat menggalakkan kretiviti kanak-kanak di awal


perkembangan mereka adalah aktiviti Sandplay. Ia dikenali sebagai Sandplay
kerana aktiviti ini melibatkan pasir dan pelbagai lagi bahan bagi mencungkil
pemikiran yang kreatif dan kritis kanak-kanak di usia tiga hingga 6 tahun.
PENGENALAN
Perkembangan awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan
perkembangan mereka dari sejak lahir hingga usia 6 tahun. Pertumbuhan kanak-
kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Pertumbuhan merangkumi berat badan
dan ketinggian kanak-kanak tersebut. Manakala, aspek perkembangan pula meliputi
fizikal, bahasa, kognitif dan sosio-emosi kanak-kanak.
Sejak lahir, bermain adalah aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-
kanak. Oleh yang demikian, salah satu cara untuk menggalakkan dan meningkatkan
kreativiti terhadap kanak-kanak di usia perkembangan mereka adalah dengan
mendedahkan mereka melalui aktiviti Sandplay ini. Aktiviti Sandplay yang berasal
daripada Amerika Syarikat ini telah diperkenalkan oleh Dora Kalff iaitu seorang
penganalisis di Zurich pada tahun 1920-an.
Menurut beliau, melalui aktiviti Sandplay, kanak-kanak mampu memindahkan
pengalaman peribadi ke bentuk konkrit dan tiga dimensi. Disamping menyatakan
perasaan, emosi dan masalah dan meningkatkan kesedaran diri dan komunikasi di
antara kanak-kanak seusia mereka serta orang dewasa. Kalff mengiktiraf bahawa
terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan
kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian.
Menurut Malinda & William, aktiviti Sandplay ini merupakan salah satu teknik
psikoterapeutik yang membolehkan kanak-kanak menyusun objek kecil dalam kotak
mengandungi pasir dan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya.
Boik dan Goodwin menyatakan bahawa matlamat Sandplay adalah untuk mencari
satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan
menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak
boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.
Kesimpulannya, aktiviti Sandplay ini amat bersesuaian untuk menggalakkan
perkembangan kreativiti semasa awal kanak-kanak dan ia mampu membuatkan
kanak-kanak lebih tenang.
MATLAMAT
Antara matlamat bagi aktiviti Sandplay ini terhadap kanak-kanak adalah:
Melatih daya kreativiti kanak-kanak
Menghilangkan rasa marah
Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu
Meningkatkan keyakinan diri
Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak
OBJEKTIF
Objektif aktiviti Sandplay kepada kanak-kanak adalah untuk:
Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi.
Merangsang pemikiran kanak-kanak.
Mengurangkan tekanan emosi.
Membantu meningkatkan kemahiran sosial.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam
Sandplay.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir aktiviti Sandplay ini nanti, kanak-kanak akan dapat meningkatkan
keempat-empat aspek perkembangan iaitu perkembangan sosio-emosi, bahasa,
kognitif dan fizikal. Hal ini kerana, aktiviti ini melibatkan keempat-empat aspek
perkembangan secara serentak. Ia dapat membantu dalam meningkatkan pertuturan
dan komunikasi kanak-kanak. Melalui pertuturan, kanak-kanak akan bercerita
mengikut kreativiti mereka dan menjelaskan kepada guru tentang bahan-bahan yang
mereka gunakan dalam aktiviti tersebut. Guru perlu banyak menyoal agar
merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak dalam bercerita.
Selain daripada itu, daripada aktiviti ini juga, kanak-kanak akan dapat
menjalinkan hubungan persahabatan dengan kawan seusianya. Hal ini kerana,
aktiviti Sandplay dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Mereka akan
bergaul dan bergabung idea yang kreatif untuk mencapai arahan yang diberikan
oleh guru.
TARGET DAN JANGKAMASA
Aktiviti Sandplay ini kebiasaannya mengambil masa selama 45 minit hingga 1
jam. Hal ini kerana, untuk merancang dan menghasilkan satu hasilan berdasarkan
tajuk yang diberikan oleh guru akan mengambil masa yang lama. Peranan guru di
sini juga penting iaitu membimbing kanak-kanak dengan memberikan gambaran
awal sebelum kanak-kanak itu sendiri mereka apa yang tergambar dalam
pemikirannya.
Kebiasaannya, tajuk yang diberikan adalah berkaitan dengan pengalaman
sedia ada kanak-kanak. Hal ini akan memudahkan kanak-kanak serta tidak
mengambil masa yang lama. Selain itu, masa yang diberikan juga cukup untuk
kanak-kanak bercerita mengenai hasilnya. Jika tajuk yang diberikan adalah di luar
kotak pengalaman kanak-kanak, mereka akan mencari idea agak lama dan
kemungkinan aktiviti penceritaan dalam Sandplay ini tidak sempat untuk
dilaksanakan.
PROSIDUR
Terdapat tiga fasa utama bagi aktiviti Sandplay ini iaitu fasa sebelum, semasa dan
selepas.
Fasa sebelum
1. Pelaksanaan aktiviti ini memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik
yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan dan persediaan
kanak-kanak.
2. Bagi pelaksanaan aktiviti Sandplay ini, persekitaran bilik adalah amat penting
dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian
dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang
menekankan ruang yang bebas dan selamat.
3. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir mestilah
bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar pada waktu tersebut dan tidak
membahayakan murid-murid.
Fasa semasa
1. Kehadiran guru perlulah efektif. Guru perlulah aktif, mendengar dengan baik
dan memberikan tumpuan.
2. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang
menyusun objek di dalam bekas pasir.
3. Kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang
diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa
yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu.
4. Mereka akan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah,
gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-
kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan
mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang
dirasainya di atas pasir.
5. Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Guru boleh mengajukan soalan
atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat.
6. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh: persahabatan.
Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti:
Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?
Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?
Fasa selepas
1. Guru berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada
hasil aktiviti Sandplay yang dilakukan kanak-kanak.
2. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada guru.
3. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan
persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan
perhubungan dan pergaulan.
4. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak
perhubungan.
5. Untuk setiap sesi aktiviti Sandplay, guru perlu mengambil gambar hasil bekas
tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.
BAHAN-BAHAN
Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x
20 cm yang berisi pasir.
Pemilihan pasir sama ada pasir pantai atau sungai yang mempunyai
kedalaman 15cm di dalam bekas.





Simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,
binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan
kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan.





Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk
kolam atau sungai.
Jug dan penyembur air diperlukan untuk melembapkan pasir yang telah
dibina.







Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin
membersihkan peralatan dan tangan mereka.
Adalah lebih baik jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan
relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.
KEBAIKAN AKTIVITI SANDPLAY KEPADA KANAK-KANAK
Terdapat banyak kebaikan jika mendedahkan aktiviti Sandplay ini kepada
kanak-kanak di awal usia mereka. Hal ini kerana, di awal usia kanak-kanak inilah,
mereka akan terdedah dengan pelbagai pengalaman baru.
Salah satu daripadanya adalah, aktiviti Sandplay dapat meningkatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak. Perkembangan fizikal ini meliputi kebolehan
mengawal pergerakan motor kasar dan motor halus. Motor kasar berkaitan dengan
berjalan dan merangkak. Kanak-kanak akan berjalan untuk mengambil bahan serta
merangkak untuk membina lakaran pada pasir. Manakala, motor halus pula
berkaitan dengan hal saraf. Kanak-kanak akan membina istana atau sungai
daripada pasir dengan menggunakan jari-jemari mereka. Secara tidak langsung,
melalui Sandplay yang melibatkan pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan
sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung akan memantapkan
perkembangan fizikal di awal perkembangan kanak-kanak.
Selain daripada itu, aktiviti Sandplay tidak memerlukan pergerakan yang
khas. Kanak-kanak bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka ingin lakukan
dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang
membeban kanak-kanak itu. Kebanyakan pergerakan semasa aktiviti ini akan dapat
membuatkan daya penumpuan mereka dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku
selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Hasilnya kanak-kanak akan dapat
membina konsep diri yang positif melalui aktiviti Sandplay ini. Banyak pergerakan
yang sihat dapat dilakukan semasa aktiviti Sandplay ini dijalankan. Secara tidak
langsung kanak-kanak akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
Dari aspek kognitif pula, pemikiran kreatif kanak-kanak akan dapat
dirangsang kerana mereka akan melakar pasir dan meletakkan bahan-bahan atau
alatan yang tersedia berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Contohnya, tajuk
yang diberikan adalah berkaitan Keluarga Saya. Kanak-kanak akan mula
berimaginasi dengan meletakkan patung perempuan dan patung lelaki sebagai
simbol ibu dan ayah mereka. Selain itu, kanak-kanak akan meletakkan bahan lain
untuk menggambarkan perasaan mereka yang terpendam. Melalui aktiviti Sandplay
ini, kanak-kanak akan dapat meluah perasaan mereka sama ada marah, gembira
atau sedih. Pada masa inilah, peranan guru amat penting iaitu guru perlu menyoal
kanak-kanak tersebut mengenai sebab bahan tersebut diletakkan bersama-sama
pada pasir.



Aktiviti Sandplay juga dapat meningkatkan salah satu lagi aspek dalam
perkembangan iaitu perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut. Seperti yang
diketahui, di awal kanak-kanak iaitu bermula umur 2 tahun dan ke atas,
perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana
aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial
setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata di usia ini. Oleh yang
demikian, aktiviti Sandplay dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan
memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama
mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja
sekiranya ia dilakukan secara berkumpulan. Perkembangan bahasa diperluaskan
semasa aktiviti ini. Apabila mereka sedang melakukan aktiviti Sandplay, mereka
sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. Kanak-
kanak secara beransur-ansur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan
pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan.



Secara keseluruhannya, aktiviti Sandplay ini amat baik jika didedahkan
kepada kanak-kanak di awal perkembangan mereka. Aktiviti ini sangat fleksibel
kerana boleh dijalankan di dalam atau luar kelas. Selain itu, ianya boleh dijalankan


secara berkumpulan dan individu. Paling utama, aktiviti Sandplay dapat
meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak.
Dengan aktiviti ini juga, guru-guru dapat memantapkan lagi pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran terhadap kanak-kanak ini.
BIBLIOGRAFI
Bradway, K. (2006). What is Sandplay?. Journal of Sandplay, 15 (2), 1-3.
Kalff, D. (1980). Sandplay, a psychotherapeutic approach to the psyche. Santa
Monica: Sigo

Terapi Pasir. Dilayari pada 26 Mac 2014 di URL http://belognurna.blogspot.com
Kebaikan Sandplay. Dilayari pada 26 Mac 2014 di URL
http://terapikhas.blogspot.com














LAMPIRAN
Pelaksanaan aktiviti Sandplay.


Gambar 1: Bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti Sandplay

Gambar 2: Kanak-kanak menghasilkan rekaan mengikut kreativiti

Gambar 3: Sandplay meningkatkan motor halus


Gambar 4: Sandplay dapat meningkatkan kemahiran bersosial

Anda mungkin juga menyukai