Anda di halaman 1dari 4

Fakta Umum Syria

1) Sejarah Ringkas Syria Moden


Selepas Perang Dunia Pertama, Perancis menjajah
Syria, bekas kawasan Turki Uthmaniyah sehingga
tahun 1946. Pada Februari 1958, Syria bergabung
dengan Mesir menjadi Republik Arab Bersatu, tetapi
hanya bertahan sehingga September 1961 sahaja.
Pada November 1970, Hafiz al-Asad daripada Parti
Sosialis Baath dan minoriti Alawi berjaya menguasai
Syria secara coup detat. Semasa Perang Arab-Israel
1967, Israel merampas Bukit Golan. Pada Julai 2000,
Bashar al-Asad menggantikan ayahnya sebagai
Presiden setelah kematiannya sehingga kini.

2) Geografi
Timur Tengah, bersempadankan Laut
Mediterranean, Turki, Iraq, Jordan, Israel
dan Lebanon.

3) Sosial
Penduduk : 22.7 juta
Etnik : Arab 90.3%,
Kurdis, Armenia dan lain-lain
9.7%
Agama : Sunnah wal
Jamaah 74%, Syiah (Alawi,
Druz) 16%, Kristian 10%,
Yahudi (komuniti kecil di Daq,
al-Qamishili, dan Aleppo)
Negeri : 14 Al
Hasakah, Al Ladhiqiyah
(Latakia), Al Qunaytirah, Ar-
Raqqah, AsSuwayda, Dara,
Dayr az Zawr, Damshiq
(Damascus), Halab, Hamah,
Homs, Idlib, Rif Dimashq
(Pinggiran Damsyiq), Tartus.

4) Ekonomi
Unit kewangan : 1 paun Syria = 100
piastres
Industri : Petroleum, Gas Asli,
Pertanian, Pelancongan
PNK per kapita : US $ 2,790
[Malaysia: US $ 8,373]


5) Politik
Syria diperintah oleh Parti Baath. 84% daripada posisi
kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga Asad yang
terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula
daripada kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar. Tiada
posisi bagi ahli sunnah wal jamaah.

Kebangkitan Syria
Antagonis
Bashar al asad
Syiah Alawi
Rusia
China
Iran
Israel
Hizbullah




Protagonis
Majoriti (95%) rakyat Syria
Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian
Army): Kumpulan ketenteraan rakyat Syria
Majlis Kebangsaan Syria (Syrian National
Council): Pakatan pembangkang Syria &
kerajaan dalam buangan
Jawatankuasa Koordinasi Tempatan Syrian
(Local Coordination Committees of Syria):
rangkaian wartawan Syria


Figur Utama Kebangkitan
1) Ulama:
Syeikh Abul Huda
Dr. Yusuf al- Qaradawi
Adnan al-Aroor
2) Kanak-kanak:
Hamza al-Khateeb
Hamzah Bakur
3) Pemimpin:
Burhan Ghalioun
(Pengerusi Majlis
Kebangsaan Syria)
Riad Mousa al-Asaad
(bekas Kolonel Tentera
Udara Syria dan menjadi
Komander Tentera
Pembebasan Syria pada
Julai 2011)
4) Aktivis:
Ibrahim Qashoush
(Penulis lirik lagu protes)
Haitham al-Maleh (Bekas
Hakim)

Kronologi Ringkas Kebangkitan Rakyat Syria
2011 Mac Permulaan Revolusi Syria
Lebih 15 kanak-kanak lelaki (berumur 10-15 tahun) yang menconteng graffiti
di bangunan sekolah: As-Shaab Yurid Iskaat el Nizam! (Rakyat Mahu
Menjatuhkan Rejim!). Akhirnya mereka ditangkap oleh pasukan
keselamatan Syria, dipenjara, diseksa, dicabut kuku kaki dan tangan, dan
dicabul. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga beliau
meminta mayat kanak-kanak itu serta meminta kanak-kanak yang lain
dilepaskan. Tetapi kerajaan telah meletakkan syarat jika kanak-kanak
tersebut ingin dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan
mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan
sesuatu yang menghinakan, lantas berlakulah kebangkitan rakyat di Syria.
Setiap hari Jumaat akan diadakan demonstrasi besar-besaran dengan
pelbagai nama spesifik bagi menyampaikan mesej: Jumaat Khalid al-Walid,
Jumaat Kemenangan, Demonstrasi Hari Maruah yang diadakan di Damsyik
menuntut pembebasan tahanan politik. Kira-kira 35 orang telah
ditangkap. Pada satu perhimpunan Hari Kemarahan di bandar selatan
Dara, pasukan keselamatan menembak mati beberapa orang awam, lalu
mencetuskan rusuhan ganas dan lebih banyak kematian penduduk awam.
Kerajaan mengumumkan beberapa langkah pendamaian dan membebaskan
puluhan tahanan politik dalam usaha untuk mengurangkan
tentangan. Presiden Assad menafikan kezaliman kerajaan, dan menuduh
penunjuk perasaan sebagai ejen-ejen Israel dan Amerika (kenyataan sama
yang diguna pakai oleh Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi).



2011 April Akta Darurat (sejak 1963) ditarik balik.


2011 Mei kereta kebal tentera memasuki Dara,
Banyas, Homs dan pinggir bandar Damsyik dalam
usaha untuk menghancurkan protes anti-rejim.
Amerika Syarikat mengetatkan sekatan sebagai
respons kepada tindakan zalim kerajaan Syria ke atas
penunjuk perasaan. Kesatuan Eropah mengikuti
langkah yang sama.
Presiden Assad mengumumkan pengampunan bagi
tahanan politik.

2011 Jun Kerajaan berkata bahawa
120 anggota pasukan keselamatan
telah dibunuh oleh pemberontak
bersenjata di bandar barat laut Jisr
al-Shughour. Tentera mengepung
bandar dan lebih daripada 10,000
orang melarikan diri ke Turki.
Presiden Assad berikrar untuk
memulakan dialog nasional
berkenaan reformasi.


2011 Jun Pemerhati nuklear IAEA memutuskan untuk melaporkan Syria kepada Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas dakwaan program rahsia nuklear reaktor
program. Perumahan struktur reaktor yang dikatakan telah musnah dalam serangan udara
Israel pada tahun 2007.

2011 Julai Presiden Assad memecat gabenor wilayah utara Hama selepas demonstrasi besar-
besaran di sana, akhirnya menghantar tentera untuk memulihkan keadaan pada dengan
mengorbankan nyawa orang awam.
Berpuluh-puluh aktivis pembangkang bertemu di Istanbul untuk membentuk pakatan
pembangkang.


2011 Ogos Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama dan sekutunya menyeru kepada
Presiden Assad untuk meletak jawatan.




2011 Oktober Majlis Kebangsaan Syria
(Syrian National Council) yang baru dibentuk
mengatakan bahawa ia telah menjalinkan satu
pakatan bersama aktivis pembangkang dalam
dan luar negeri.
Rusia dan China menggunakan kuasa veto bagi
menghalang resolusi PBB mengutuk Syria.



2011 November Liga Arab mengundi untuk
menggantung Syria, menuduh ia gagal untuk
melaksanakan pelan damai Arab. Pada minggu
seterusnya, Liga Arab mengundi untuk
mengenakan sekatan ekonomi.
Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army)
menyerang pangkalan tentera berhampiran
Damsyik dalam serangan yang paling berprofil
tinggi sejak protes bermula.
Penyokong kerajaan menyerang kedutaan
asing di Syria.


2011 Disember Angka kematian sudah meningkat lebih 5,000, diumumkan PBB.
Syria bersetuju untuk inisiatif Liga Arab yang membenarkan pemerhati Liga Arab datang ke
Syria.
Pengeboman berkembar di luar bangunan keselamatan di Damsyik membunuh 44.
Pembangkang mengesyaki serangan dilaksanakan kerajaan.
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Homs untuk menyambut pemerhati Liga Arab.
TV milik kerajaan melaporkan lebih daripada 700 tahanan dibebaskan.


2012 Januari Pengeboman berani
mati membunuh 26 orang di
Damsyik. Kerajaan berjanji akan
menyerang balas secara kuku besi.
Liga Arab menggantung misi
pemantauan kerana keganasan yang
semakin teruk.


2012 Februari Homs yang
dihujani bom rejim Bashar al-
Asad, Baba Amr antara kawasan
yang paling terjejas.
Draf Resolusi Majlis Keselamatan
PBB ke atas Syria disekat oleh
Rusia dan China.
Dua buah kapal perang Iran
berlabuh di Syria.

Anda mungkin juga menyukai